SAYA berusia 31 tahun dan berkahwin dengan suami yang berusia 34 tahun pada 10 Februari 2008. Kami kerap ‘bersama’ setiap kali ada peluang kerana berhasrat menimang cahaya mata secepat mungkin, tetapi saya masih belum hamil.
Saya risau mengenai umur saya dan suami yang sudah lanjut. Mungkinkah seorang daripada kami mempunyai masalah atau kami perlu mencuba untuk beberapa bulan lagi?
VANI
Bandar Putra Permai, Selangor
SAYA faham perasaan puan suami isteri untuk menimang cahaya mata secepat mungkin memandangkan anda berdua kahwin lewat. Apa yang anda lakukan, iaitu kerap melakukan persetubuhan, adalah tepat sekali.
Anda perlu teruskan usaha untuk beberapa bulan lagi dan jika dalam enam bulan tiada apa-apa perubahan, anda berdua perlu menjalani pemeriksaan awal kesuburan.
Jika anda tunggu lebih lama, saya khuatir tahap kesuburan semula jadi anda akan merosot secara ketara memandangkan anda sudah masuk umur lebih 30 tahun.
Beberapa perkara perlu dilakukan untuk memastikan anda benar-benar mencuba untuk mencapai kehamilan.
Anda perlu kerapkan hubungan kelamin pada waktu subur anda yang bermula dengan kemunculan lendir macam putih telur yang belum masak.
Ia keluar beberapa hari selepas haid anda kering. Anda perlu kerap bersama sehingga anda dapat rasa imbasan sengal pada paras ari-ari anda yang menandakan ovulasi.
Jika anda merasainya, anda masih boleh lakukan persetubuhan untuk beberapa hari lagi kerana telur yang keluar itu dapat bertahan antara 24 hingga 36 jam. Selain itu, anda perlu pastikan setiap kali bersetubuh, air mani suami tidak keluar secara banyak dari faraj anda.
Untuk tujuan itu anda perlu legakan kemut atau tidak mengemaskan faraj selepas selesai seks. Jangan rapatkan paha dan kekalkan posisi kangkang seketika dan terus tidur tanpa pergi ke bilik air untuk mencuci anggota sulit.
Anda juga boleh lakukan posisi seks yang selesa dan yang boleh mengekalkan air mani dalam faraj, seperti posisi suami di belakang anda.
Dalam posisi ini, anda perlu lakukan depan dulu dan selepas selesai baru menonggeng dengan kepala di bawah dan punggung di atas, secara menyujud dan suami masukkan ereksinya dari belakang.
Apabila selesai, anda jangan kemut dan kekalkan posisi untuk 5 hingga 10 minit dan lepas itu boleh tidur mengiring. Posisi dari belakang sesuai untuk wanita yang memiliki rahim ‘terbalik’ atau posisi rahim ke belakang.
Lakukan hubungan seks dengan mengingati bahawa jangan biarkan ada limpahan air mani keluar, jika keluar pun, biar sedikit saja.
Jika masih tidak berhasil selepas mengusahakan semua ini untuk beberapa bulan, buat temujanji dengan doktor untuk menjalani pemeriksaan kesuburan.
Untuk permulaan, doktor akan jadualkan ujian air mani untuk suami dan ujian darah untuk puan bagi mengenal pasti kemampuan suami menghasilkan sperma yang mencukupi, aktif dan berbentuk normal dan kemampuan anda menghasilkan telur.
Jika kedua-duanya normal, pemeriksaan susulan akan dilakukan kepada anda. Jangan lupa berdoa kerana yang mengizinkan kehamilan itu hanya Tuhan, kita hanya merancangnya.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Tiada ulasan:
Catat Ulasan