HASRAT pengantin baru untuk mendapatkan zuriat secepat mungkin adalah persoalan yang sering dibangkitkan, terutama di kalangan pasangan yang berusia 30 tahun ke atas.
Pelbagai cara diusahakan, termasuk melakukan hubungan kelamin yang kerap, mengambil makanan tambahan atau mengamalkan petua tradisional.
Kita ambil satu contoh kes seorang wanita berusia 31 tahun yang berkahwin pada 10 Februari lalu dan suaminya berusia 34 tahun.
“Kami berhasrat menimang cahaya mata. Oleh itu, kami cuba sedaya upaya mencari masa untuk bersama bagi tujuan itu dan akan bersama dua hingga tiga kali sehari."
“Malangnya, saya mendapat haid pada Februari dan Mac. Haid saya adalah tetap setiap bulan selama tiga atau empat hari dengan selang masa 28 hari hingga sebulan."
“Saya mengambil asid folik 500 miligram selama tiga bulan sebelum kahwin. Saya ingin bertanya doktor, mengapa saya tidak hamil walaupun kerap mencuba.”
Jawapan pada persoalan ini ialah, tahap kesuburan wanita menurun apabila mencecah umur 30 dan kemungkinan kehamilan lebih mencabar apabila masuk lingkungan umur 40 tahun.
Oleh itu, melakukan hubungan seksual sekerap mungkin, terutama bagi pasangan yang baru berkahwin dan usia semakin meningkat, adalah tepat sekali.
Pastikan anda tidak menggunakan bahan pelicin seperti jeli kerana ini menjejaskan kesihatan sperma.
Anda perlu pastikan air mani suami tidak melimpah keluar setelah selesai seks. Caranya ialah jangan kemut atau mengemaskan faraj. Jangan pula bangun dan mencuci anggota sulit kerana ini juga menjejaskan kedudukan air mani dalam faraj.
Anda boleh lakukan posisi sesuai yang mana air mani suami kekal dalam faraj. Posisi belakang dengan anda dalam keadaan menyujud dengan punggung anda naik adalah sesuai sekali.
Kajian menunjukkan wanita yang mempunyai rahim ‘retroverted’ atau terbalik ke belakang mudah hamil dengan posisi itu.
Jangan putus asa. Teruskan usaha anda untuk mencapai kehamilan dan jika tiada hasil dalam tempoh setahun, anda dan pasangan perlu jumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kesuburan.
Kini masalah kesuburan bukan lagi ditanggung wanita, lelaki juga mengalaminya, lebih-lebih lagi jika merokok, minum minuman keras, obes, pakai seluar dan seluar dalam ketat.
Selain itu, terdedah pada persekitaran tidak sihat juga boleh menjejaskan kesuburan seperti kepanasan, terdedah kepada kimia dioksida, pemusnah rumpai, serangga serta beberapa ubat seperti ubat gastrik ‘cimetidine’, steroid, pembunuh kulat seperti ketokenazole dan bermacam lagi.
Dengan ujian air mani, kedudukan sperma dapat dikenal pasti sama ada mencukupi, aktif dan berbentuk normal.
Kesuburan adalah tanggungjawab bersama dan urusan bersama dengan pasangan anda. Jika anda saja yang berusaha tapi suami tidak mahu bekerjasama, memang susah untuk dapat anak.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Tiada ulasan:
Catat Ulasan