Label

ISTERI KURANG AKTIF (SAKIT TUAN)

Soalan

ISTERI saya tidak aktif dan kurang mengambil berat berkaitan layanan seksual. Isteri hanya mampu memberi layanan paling banyak sekali dalam seminggu.

Apakah petua dan cara supaya isteri saya menjadi lebih berminat menjalin hubungan intim, sama ada ubat atau kaedah yang difikirkan perlu.

BAHA
Pulau Pinang

Jawapan

SEBAGAI orang Islam, kita perlu sedar hubungan keintiman seksual meningkatkan hubungan silaturahim antara pasangan.

Saya dapati banyak pasangan suami isteri tidak dapat pendedahan sebegitu, walaupun pendedahan lain ada ketika mereka menjalani kursus pra-perkahwinan.

Agenda seks dan hubungan seksual seolah-olah tiada dan mereka hanya menunaikan tanggungjawab dan melakukan hubungan intim semata-mata untuk mendapat zuriat.

Selagi pasangan anda mendapat pendedahan seperti itu, saya tak yakin isteri anda akan berubah.

Jika dia tahu semua yang saya ketengahkan itu dan mendapati dirinya dingin, masalah yang dialaminya ialah masalah kedinginan seks, iaitu masalah kesihatan seksual wanita atau Female Sexual Dysfunction.

Jika itu masalahnya, dia perlu mendapat rawatan sewajarnya. Kini ada banyak doktor sakit puan yang berpengalaman dalam pengurusan masalah seksual wanita.

Jika berminat, sila ke Klinik Cinta atau ‘Love Clinic’ di Damai Service Hospital, 115-119 Jalan Ipoh, Kuala Lumpur atau hubungi 03- 40434900.

Anda juga boleh dapatkan cakera padat (CD) saya bertajuk ‘PEREMPUAN ISTERI DAN RAHSIA SEKSUAL’ dan hadiahkan kepada isteri supaya dia dapat maklumat yang diperlukan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan