Label

LUMPUH AKIBAT KEMALANGAN (SAKIT TUAN)

SAYA lumpuh akibat kemalangan jalan raya pada 2000 berikutan patah tulang belakang tahap 11 dan 12. Kaki saya tiada deria rasa dan zakar saya tidak berfungsi hingga terpaksa membuang air kecil menggunakan tiub.

Saya masih ada keinginan dan sering mengkhayalkan hubungan seks. Tahun depan saya akan berkahwin, namun bakal isteri tidak tahu saya mati pucuk.

ARIF
Kuala Terengganu

RAMAI lelaki yang mengalami kecederaan tulang belakang yang turut membabitkan liang urat saraf secara separa atau sepenuhnya, mengalami masalah seksual dan kesuburan.

Selain masalah fizikal ini, mereka mengalami masalah emosi yang secara langsung memberi kesan negatif pada kehidupan, lebih-lebih lagi jika sudah berumahtangga atau ingin berkahwin.

Lelaki biasa mengalami ereksi psaikogenik yang ada kaitan dengan perasaan keghairahan yang dibawa oleh urat saraf peringkat T10 — L2 dan ereksi secara refleksi iaitu hasil tindak balas sentuhan dan urutan kepada anggota sulit yang dikawal oleh urat saraf S2 — S4 tulang sakrum.

Lelaki yang mengalami kecederaan urat saraf di peringkat T10 — L2 akan mendapati mereka tidak mudah mencapai ereksi psaikogenik secara spontan.

Mereka mungkin boleh mencapai ereksi melalui pengambilan ubat PDE-5 Inhibitor seperti ‘Viagra’, ‘Cialis’ atau ‘Levitra’.

Lelaki yang mengalami kecederaan di S2 — S4 sukar mencapai ereksi walaupun anggota sulit mereka disentuh. Bagi yang tiada kecederaan di bahagian itu seperti yang anda alami, ereksi ada tapi tidak kekal.

Untuk mendapat ereksi yang kekal, mungkin apabila ereksi berlaku, lelaki itu perlu tambat getah ke pangkal zakar supaya darah yang masuk dalam liang otot zakar kekal dan ketegangan stabil dan boleh digunakan untuk seks penetratif.

Jadi, anda tidak akan ketinggalan dalam melakukan hubungan seks penetratif dengan pasangan anda dengan kemudahan perawatan sedia ada.

Cara alternatif termasuk menyuntik ubat pengembang salur darah dalam otot zakar untuk meningkatkan perjalanan darah ke dalam otot zakar dikenali sebagai ‘Intra Cavernosal Injection Therapy’.

Kaedah lain termasuk penggunaan pam vakum standard perubatan atau alat pam vakum yang berpiawaian untuk tujuan melancarkan darah ke dalam otot zakar, menambat pangkal zakar dengan getah penambat dan melakukan seks penetratif dengan kerjasama isteri.

Cabaran satu lagi ialah masalah ejakulasi. Ejakulasi secara refleksi memerlukan getaran kuat dan memerlukan peralatan penggetar. Jarang ejakulasi diuruskan melalui pendekatan tindak balas elektrik atau elektroejakulasi.

Buat masa kini alat ini hanya digunakan oleh MARDI untuk mengeluarkan sperma binatang ternakan untuk penyemaian mani berhadas. Anda boleh dapatkan bimbingan rawatan untuk mencapai ereksi di hospital kerajaan berdekatan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan