Label

MATI PUCUK (SAKIT TUAN)

APAKAH tanda-tanda seseorang itu menghidapi penyakit mati pucuk?

INGIN TAHU
Setiawangsa, Kuala Lumpur

APABILA gagal mencapai ketegangan alat sulitnya atau ereksi yang padat dan kekal secukupnya untuk melakukan seks penetratif dengan pasangan wanita, seseorang lelaki itu dikatakan mengalami ‘mati pucuk’.

Mati pucuk ialah tanda atau simptom penyakit atau masalah kesihatan yang menyebabkan kegagalan pencapaian ereksi. Mati pucuk bukan penyakit! Ia simptom penyakit!

Satu ketika, mati pucuk dikaitkan dengan gangguan fikiran dan lelaki yang mengalaminya biasa menyatakan mereka tidak terangsang, seolah-olah mengaitkan masalah mereka kepada pasangan.

Sebenarnya mereka berhajat untuk bersama dengan pasangan, tetapi tidak mampu kerana ereksi tidak berlaku atau ereksi tidak kekal.

Baru sekarang lelaki faham masalah ini ada kaitan dengan kurangnya kemasukan darah ke dalam ruang otot zakar yang menyebabkan kandungan darah tidak cukup untuk memadatkan zakar dan mengekalkan ereksi untuk tujuan persetubuhan.

Sebilangan besar masalah mati pucuk (lebih 80 peratus) disebabkan masalah kesihatan. Jadi apa-apa masalah kesihatan yang menyebabkan kekurangan darah masuk ke dalam otot zakar ketika lelaki berhajat melakukan persetubuhan boleh menyebabkan mati pucuk.

Sebagai contoh, penyakit yang menyebabkan pembuluh darah sempit seperti ‘arterioscelerosis’ yang ada kaitan dengan peningkatan kolesterol dan lemak dalam darah yang berpunca daripada amalan tidak sihat seperti makan makanan mengandungi banyak lemak dan kolesterol, merokok kerana kandungan kimia dan nikotin menyebabkan dinding salur darah tercerut, serta tidak atau kurang mengamalkan senaman dan tekanan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan