Label

RISAU ALAMI KELENJAR PROSTAT (SAKIT TUAN)

Soalan

ADAKAH seorang lelaki yang berkahwin empat tahun tetapi sudah setahun tidak bersama isterinya kerana masalah tertentu boleh mendapat sakit kelenjar prostat? Bagaimana cara untuk mengelaknya?

ZETTY
Simpang Pulai, Perak

Jawapan

PUNDI prostat lelaki berbentuk seakan-akan kacang walnut dan ia ada di depan pundi kencing, ditembusi salur kencing dan terbuka dalam salur kencing untuk menghasilkan sebahagian besar daripada air mani.

Fungsi mutlak pundi ini ialah menghasilkan 70 peratus air mani. Pundi prostat mengembang ketika lelaki mengalami rangsangan seksual dan jika lelaki itu tidak klimaks, pundi prostat akan kekal kembang seketika dan boleh mengakibatkan lelaki itu mengalami tekanan kepada pundi dan salur kencing yang menyebabkannya terasa hendak kencing, walaupun dia baru membuang air kecil.

Apabila pengembangan pundi prostat lega, lelaki itu akan rasa lega. Pundi prostat boleh mengembang dan mengeras apabila lelaki lanjut umur.

Jika ini berlaku, tentu salur kencing dan bahagian penghujung pundi kencing tertekan dan lelaki itu kerap membuang air kecil dan memakan masa lama untuk mengeluarkan air kencing, selain rasa kencing tidak lawas atau tidak lancar.

Keadaan ini berkemungkinan besar disebabkan pundi prostat membengkak dan perlu berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan.

Bengkak pundi prostat hanya berlaku kepada lelaki lanjut usia. Kemungkinan ia berlaku dalam umur 50 ialah 1:5 dan selepas 60 tahun 1:2/3. Jadi, anda tidak perlu khuatir jika masih muda.

Bagaimanapun, simptom bengkak pundi prostat dalam umur muda ada kaitan dengan keradangan pundi prostat akibat jangkitan. Jarang kebengkakan pundi prostat akibat tidak bersetubuh.

Jika lelaki itu ada perasaan syahwat dan tiada kelegaan iaitu tidak melakukan hubungan seksual, ini tidak mengakibatkan pundi prostat itu tertekan. Malah, jika berlaku tekanan syahwat, ejakulasi boleh berlaku ketika dalam tidur iaitu melalui mimpi.

Jadi tiada kemungkinan pundi prostat boleh bengkak jika tidak melakukan persetubuhan. Namun jika hubungan kelamin tidak dilakukan dalam keadaan terangsang, memang buah zakar dan pundi prostatnya berasa kurang selesa. Bagaimanapun, keadaan ini akan reda tanpa membuat apa-apa.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan