Label

SUAMI PERTIKAI DARA (SAKIT TUAN)

ISTILAH ‘dara’ dan ‘teruna’ diberi kepada wanita dan lelaki yang belum melakukan persetubuhan. Wanita yang sudah melakukan persetubuhan bukan dara lagi, walaupun ‘selaput dara’ atau cebisan tisu yang menyelaputi pembukaan faraj masih kekal (ada kalanya selaput itu elastik).

Berhubung isu dara, seorang wanita dari Kuala Lumpur yang berkahwin tahun lalu menceritakan bahawa suaminya mempertikai kesuciannya semata-mata kerana tiada darah tanda pecah selaput dara selepas hubungan kelamin pada malam pertama.

“Saya bukan gadis liar yang mengamalkan pergaulan bebas. Saya hanya gadis biasa. Apabila suami mempertikai kesucian saya, saya rasa terhina,” kata wanita itu dalam e-melnya.

Tanda sama ada wanita itu dara atau sebaliknya bukanlah darah yang keluar selepas persetubuhan kali pertama. Ini hanya berlaku jika selaput dara itu terkoyak.

Jika selaput dara tiada pada sebilangan perempuan yang secara kebetulan tiada selaput dara sejak lahir atau ia terlalu tipis dan tinggal bekas-bekas saja akibat aktiviti fizikal lasak, tiada darah akan keluar selepas persetubuhan kali pertama.

Lagipun, jika isteri tahu memainkan peranan ketika persetubuhan dengan suami, iaitu melegakan pembukaan faraj dan kebetulan banyak lelehan dalam faraj yang menyenangkan pergerakan ereksi dalam faraj, selaput dara hanya melecet, tanpa pengeluaran darah.

Apa yang anda alami ialah selaput dara melecet dan ketika anda membuang air kecil, didapati wujud kesan campuran sedikit darah dengan lendir.

Selain itu, jika ereksi suami kecil dengan pembukaan faraj lega dan mudah dilakukan isteri, geselan ereksi itu tidak akan memecahkan dara. Ia hanya melegakan pembukaan faraj memandangkan mukosa faraj dan selaput mengandungi banyak tisu elastik. Wanita itu masih dara!

Selain apa yang diketengahkan mengenai selaput dara dan kemungkinan pendarahan akibat selaput dara terkoyak, ia juga boleh tercedera atau menjadi lega ketika wanita melakukan onani dengan memasukkan benda panjang seperti jari dalam faraj.

Dalam keadaan ini, wanita itu masih dara walaupun tiada selaput dara lagi kerana dia belum melakukan persetubuhan dengan lelaki!

Saya kesal dan sedih apabila lelaki bergelar suami melempar segala hina dan mengutuk isteri tanpa usul periksa mengenai kesuciannya.

Sudahlah jahil mengenai diri mereka, mudah pula terpengaruh dengan cerita dan maklumat kurang tepat. Kalau mereka diberi penjelasan mengenai isu ‘dara’ ketika menjalani kursus praperkahwinan, tentu perkara dialami tidak timbul.

Saya harap maklumat yang saya beri sedikit sebanyak menenangkan kekeruhan dalam rumah tangga puan. Saya harap suami puan tidak mudah terpengaruh dengan maklumat tidak tepat.

Pastikan anda dan pasangan merujuk buku perubatan dan kesihatan yang ditulis pakar perubatan, bukan penterjemahan golongan bukan doktor atau pakar dalam bidang kesihatan seksual. Baca buku saya bertajuk ‘Cinta, Perkahwinan dan Kesihatan Seksual’ yang boleh didapati di mana-mana kedai buku terkemuka. Banyak perkara dan isu yang berkaitan diterangkan dengan jelas.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan