Label

KITARAN HAID TIDAK NORMAL (SAKIT PUAN)

SAYA kini berusia 34 tahun dan sudah berkahwin. Saya mempunyai masalah haid yang tidak normal.

Buat pengetahuan puan, sebelum saya berkahwin, kitaran haid normal setiap bulan. Tetapi selepas berkahwin dan bersalin anak pertama, kitaran haid tidak begitu teratur namun jarak datang haid hanya berbeza satu atau dua hari.

Selepas tiga tahun melahirkan anak kedua, baru-baru ini kitaran haid saya langsung tidak normal. Adakalanya ia lambat lima hari, ada kalanya dua hari dan paling lambat tiga minggu daripada tarikh sepatutnya.

Warna darah adalah darah hidup (cerah dan pekat) dan selalunya ia keluar selama empat hingga lima hari. Selepas itu ia berhenti dan bersambung dengan kesan darah sedikit atau berhenti terus.

Mengapa keadaan ini berlaku? Adakah keadaan ini normal?

Siti
Kuala Lumpur

MASALAH berkaitan haid adalah keluhan paling kerap didengari daripada pesakit wanita kumpulan usia anda. Sukar untuk kita mendapat kitaran haid yang betul-betul ideal iaitu setiap 28 hari sepanjang tempoh sejak kita baligh sehinggalah kita menopaus.

Secara amnya, kitaran di antara 25 hingga 35 hari boleh dianggap normal, ia tidak perlu tepat setiap kitaran.

Perkara yang dibimbangi berkaitan (jika masalah kitaran haid sebenarnya berpenyakit) lazimnya berkaitan lapisan terdalam rahim yang membentuk haid, antaranya adalah:

- Perkara berkaitan kesuburan iaitu telur tidak keluar atau ovulasi dalam kitaran terbabit sehingga mengganggu penebalan dan pematangan lapisan haid.

- Penyakit berbahaya berkaitan lapisan yang membentuk haid seperti penyakit hyperplasia endometrium rahim dan kanser endometrium rahim.

- Perkara biasa dan kurang berbahaya pada lapisan membentuk haid seperti polip endometrium atau polip fibroid kecil.

- Gangguan hormon lain.

Anda boleh berjumpa doktor pakar sakit puan untuk memastikan semua di atas tiada pada anda. Pada masa sama, doktor juga akan memeriksa serviks (pintu rahim) kerana kadangkala masalah ini bukanlah gangguan haid tetapi masalah luka peradangan (inflamasi) serviks. Di samping itu ujian Pap smear juga akan dilakukan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan