SOALAN
SAYA penghidap diabetis dan kini berusia 50 tahun. Masalahnya ialah, saya masih bernafsu untuk melakukan seks dengan isteri tetapi zakar lambat tegang dan apabila tegang, air mani keluar cepat. Ini menyebabkan saya terasa kecewa. Bagaimana saya dapat mengatasi masalah ini? Saya malu untuk berjumpa doktor.
Gaus,
Ipoh, Perak
JAWAPAN
RAMAI lelaki mengalami masalah lemah tenaga batin macam anda malu hendak berjumpa doktor untuk mendapat rawatan. Mereka lebih suka berjumpa tukang urut atau membeli ubat kuat.
Hanya selepas ada kesan sampingan yang teruk, baru mereka ‘berlari’ berjumpa doktor.
Penyakit diabetis atau kencing manis memberi kesan ketara kepada fungsi seksual lelaki dan wanita. Ini kerana tekanannya kepada urat saraf dan perjalanan darah. Untuk lelaki, mungkin peringkat awal ialah kegagalan mengawal ereksi kerana cepat kendur.
Sehubungan itu, setiap kali berlaku ereksi, mereka perlu segera memasukkan ke dalam faraj. Namun, jika masuk cepat dan tidak gerak cepat, ia akan kendur di dalam. Jika cepat gerak pula akan menyebabkan pancutan awal.
Ini yang berlaku kepada anda. Sekurang-kurangnya anda masih dapat ‘menembusi’ anggota sulit isteri. Namun, lama kelamaan mati pucuk pula akan menyusul. Jadi jangan diamkan diri. Jika belum jumpa doktor untuk rawatan kencing manis, baik lakukannya dan ikut nasihat doktor.
Jika dalam rawatan dan mengalami masalah ereksi, elok maklumkan kepada doktor. Mungkin doktor dapat bantu dengan memberi ubat ‘PDE-5 Inhibitor’ yang sesuai untuk melancarkan darah yang mencukupi dalam otot zakar, manakala jika hormon Testosterone kurang, doktor boleh beri hormon gantian.
Selain kaedah dijelaskan tadi, banyak lagi pendekatan untuk merawat ED atau mati pucuk. Namun jangan cuba ubat berdaftar sebagai racun yang hanya patut didapati daripada doktor atau melalui preskripsi doktor seperti Viagra, Cialis dan Levitra.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Tiada ulasan:
Catat Ulasan