Label

CARA LELAKI RANCANG KELUARGA (SAKIT TUAN)

SOALAN

SAYA mempunyai dua anak dan mengandungkan anak ketiga kami. Sebelum ini, isteri saya pernah mengambil pil perancang tetapi setengah jalan.

Selain daripada mengambil pil perancang, adakah cara lain untuk merancang seperti bagi pihak suami?

Isman Ismail,
Kuala Lumpur

JAWAPAN

WANITA mempunyai banyak pilihan untuk merancang keluarga dan apa yang paling penting ialah kerjasama di antara suami dan isteri.

Penggunaan pil hormon adalah kaedah paling popular selain suntikan hormon dan susuk hormon, kaedah ADR atau pemasangan alat dalam rahim untuk merancang jangka panjang.

Bagi lelaki, terdapat kaedah merancang yang kurang berkesan seperti kaedah kalendar iaitu merancang bersetubuh waktu telur tidak keluar atau waktu 'selamat', serta penggunaan kondom setiap kali hendak bersetubuh.

Suami boleh cuba kaedah al-Azal, atau mengeluarkan ereksi sebelum pancutan air mani berlaku.

Bagaimanapun, ini memerlukan daya kawalan yang tinggi, tidak boleh berlaku keciciran air mani, kerana isteri boleh hamil walaupun tercicir dengan jumlah sedikit dalam faraj.

Sebagai langkah selanjutnya anda dan isteri juga boleh merujuk pada mana-mana klinik merancang keluarga kerajaan seperti Klinik Keluarga Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) atau Klinik Ibu dan Kanak-kanak Kementerian Kesihatan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan