Label

SERING ALAMI SAKIT URAT (SAKIT TUAN)

SOALAN

SAYA selalu menghadapi sakit urat di celah paha dan punggung berdekatan buah zakar kiri. Apabila sakit, saya berasa kebas di bahagian badan sebelah kiri, seperti darah tidak berjalan lancar.

Mungkin masalah itu berpunca daripada kemalangan yang saya alami 15 tahun lalu. Ketika ini saya hanya berikhtiar dengan mengurut, tetapi belum sembuh.

Saya ada terbaca artikel mengenai varikosel. Saya risau kemungkinan saya menghidapi varikosel kerana sehingga kini belum memperoleh cahaya mata.

Salim
Gelang Patah, Johor

JAWAPAN

SAYA kesal apabila mendapati ada lelaki tidak mahu merujukkan masalah kepada doktor. Saya dapati wanita terbuka untuk merujuk kepada doktor jika mengalami masalah kesihatan.

Membaca untuk mendapat maklumat dan panduan mengenai kesihatan ada batasannya. Ia hanya dapat memberi sedikit gambaran mengenai masalah yang dialami.

Bertanya melalui telefon atau mencari maklumat melalui Internet juga bukan cara baik kerana maklumat yang didapati sangat terhad selagi tidak berjumpa doktor.

Menerusi maklumat yang anda beri, sukar untuk menentukan sama ada masalah anda kesan kemalangan atau penyakit gumpalan pembuluh darah ven, varikosel kecuali diperiksa.

Memang varikosel yang ketara memberi kesan buruk kepada kilang benih lelaki. Begitupun tanpa pemeriksaan, sukar untuk menentukan masalah sebenar.

Saya syorkan anda jumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan. Jangan dapat rawatan tradisional kerana takut akan memudaratkan masalah anda.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan