Label

GEJALA TIGA (SAKIT TUAN)

SOALAN

SAYA berusia 18 tahun dan mempunyai tiga buah zakar. Adakah ini satu ketumbuhan yang mendatangkan penyakit atau menjejaskan kesihatan saya?

Ingin Tahu,
Kuala Lumpur

JAWAPAN

JIKA ada tiga buah zakar, memang anda hebat kerana dapat menghasilkan banyak benih, tapi perkara sebegini tidak wujud. Bayangkan wanita mempunyai tiga buah dada, memang ada. Namun dua ovari tidak wujud.

Sebenarnya banyak lelaki keliru mengenai kandungan dalam kerandut buah zakar. Kandungan yang jelas ialah sepasang buah zakar, jika kedua-dua buah itu ada dalam kerandut.

Ada kala, hanya satu buah zakar kerana buah lagi satu terkandas ketika dalam perjalanan turun dari perut ke dalam kerandut.

Untuk memeriksanya, lelaki akan terasa ketulan atau gumpalan di belakang buah zakar dan bahagian ini dikenali sebagai pundi epididimis. Pundi ini sebenarnya bukan ‘pundi’, ia gumpalan salur memungut sperma daripada buah zakar.

Kadangkala, pundi ini besar dan ada kalanya ada ketulan seakan ‘buah zakar’ yang sebenarnya cista atau ketulan mengandungi cecair dari pundi epididimis.

Ini yang biasanya dikaitkan dengan ‘buah zakar’ ketiga. Cista ini kekal dan boleh membesar dan kadangkala boleh mengecil.

Yang mustahak ialah menjalani pemeriksaan doktor. Jika perlu, doktor akan cadangkan pemeriksaan imbasan. Saya syorkan anda berjumpa doktor untuk pengesahan kerana memang lelaki tiada tiga buah zakar!

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan