Label

ISTERI KECEWA TIADA BELAIAN (SAKIT TUAN)

SOALAN

SAYA baru berkahwin setengah tahun lalu. Namun sepanjang perkahwinan kami, saya tidak pernah puas setiap kali mengadakan hubungan seks.

Pada awal perkenalan, saya akui risau kerana suami saya bukan jenis penyayang dan mengambil berat.

Dia tidak pernah mengungkapkan kata-kata romantis, tetapi saya bersetuju mengahwininya atas dasar sayang dan percaya sebagai manusia normal, dia pasti berubah.

Saya tidak sangka sikapnya yang keras terbawa-bawa ketika melakukan hubungan seks dengan saya. Malah, dia juga bersikap acuh tidak acuh ketika kami bersama.

Bayangkan, dia hanya berbaring menghadap siling dengan hanya sebelah tangan memegang saya, manakala 'kerja' yang lain saya harus lakukan sendiri.

Mungkin kalau setiap hari kami melakukannya, wajarlah dia bersikap demikian.

Namun, kadangkala hanya seminggu sekali. Saya hampa sangat sebab sebagai wanita, saya memerlukan 'foreplay' (cumbuan). Saya terperanjat apabila dia memberitahu yang dia tidak tahu apa itu 'foreplay'!

Saya faham suami saya banyak masalah dan memang sentiasa fikirkan cara untuk memajukan bisnes, tetapi sebagai manusia normal bukankah keinginan semula jadi untuk berasmara bagi meredakan tekanan. Ini tidak, setiap kali saya yang harus memulakan dulu.

Tolonglah doktor, jiwa saya kini merana. Dalam usia pertengahan 20-an, memang saya tidak mampu membendung keinginan untuk mendapat hubungan seksual yang sempurna.

Pn Mira,
Serdang, Selangor

JAWAPAN

MANUSIA ialah satu-satunya makhluk Tuhan yang tiada batasan masa berintiman secara seksual dan memang biasa untuk mana-mana pasangan mengadakan hubungan seks bukan saja untuk mendapat zuriat, malah juga untuk keseronokan dan kemesraan bersama.

Memang rugi jika tubuh badan yang diberi Tuhan untuk berinteraksi secara seksual tidak digunakan. Memang elok untuk puan mendedahkan perasaan sebagai wanita sihat dan mempunyai nafsu, naluri dan syahwat yang dianugerah Tuhan dan sifat manja yang memerlukan kasih sayang dan belaian daripada suami.

Malangnya, suami anda bukan daripada golongan suami yang ideal. Apa masalah sebenar, hanya dia yang tahu. Anda sudah berusaha sebagai isteri yang cemerlang untuk membantunya mengikut kemampuan anda.

Namun, apa daya dia tidak pedulikan semua itu dan tidak bertanggungjawab kepada kewajipannya.

Pada pendapat saya, apa yang anda kehendaki ialah belaian, kasih sayang dan keintiman hak anda.

Jika suami anda tidak dapat menunaikannya, dia perlu mendapat rawatan jika ada masalah untuk memunaikan tanggungjawapnya sebagai suami.

Kini rawatan moden dapat mengatasi sebahagian besar masalah seksual. Anda juga boleh rujuk kepada Jabatan Agama Islam untuk membuat aduan dan mungkin dengan bimbingan yang suami anda dapat daripada kaunselor, dia akan berubah.

Mungkin ini yang anda perlu lakukan jika tiada lagi jalan lain. Mudah-mudahan berjaya dan rumah tangga anda aman hendaknya.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan