SOALAN
BERAPA kali hubungan seks yang disyorkan dalam seminggu? Adakah kekerapan melakukan seks ketika usia muda memberi kesan apabila berumur 40-an nanti? Saya dan suami melakukan seks paling kurang sekali setiap dua hari, adakah itu normal?
Isteri,
Kuala Lumpur
JAWAPAN
MANUSIA boleh melakukan seks pada bila-bila masa, iaitu tiada waktu tetap, sebaliknya ikut kesukaan pasangan berapa kerap yang mereka mahu.
Kata orang, ‘tepuk dada tanya selera’, dalam pandangan Islam hubungan keintiman seksual hanya untuk mereka yang berkahwin dan ia satu ibadah yang memberi ganjaran pahala, selain nikmat yang tidak terhingga nilainya. Lagi kerap dilakukan, semakin banyak ganjarannya.
Aktiviti itu membabitkan pergerakan tubuh badan dan otot ke tahap cergas, peningkatan pernafasan dan degupan untuk kesihatan jantung serta kelancaran darah yang cergas ke seluruh tubuh.
Ia juga merangsang pengeluaran kimia dalam badan seperti beta endorfin dan oxitocin yang mencergaskan badan, meningkatkan kecerdasan otak dan minda, mengurangkan tekanan serta memberi keceriaan kepada pasangan.
Oleh itu, anda boleh bayangkan betapa indah hubungan keintiman seksual dan jika anda muda dan memiliki kemampuan fizikal yang sempurna, tiada sebab kenapa anda tidak boleh menikmati hubungan seksual yang kerap.
Kekerapan yang saya maksudkan tertakluk kepada kemampuan anda dan pasangan.
Sudah tentu kemampuan orang muda lebih tinggi daripada yang berumur.
Mengikut Imam Al-Nawawi, anggota kelamin perlu digunakan selalu dan jika tidak, ia menjadi kecut dan tidak bermaya.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Tiada ulasan:
Catat Ulasan