Label

ALAT SULIT TERBENAM JIKA LELAKI GEMUK (SAKIT TUAN)

SOALAN

KEMALUAN saya sering terasa kebas dan kadangkala seolah-olah tenggelam kebelakangan ini. Saya juga berasakan kemaluan saya mengecil dan memendek.

Saya berusia 37 tahun dan tidak mengalami masalah dalam melakukan hubungan seks dengan isteri saya.

Zaidi,
Perlis

JAWAPAN

SAIZ dan bentuk zakar berubah mengikut bentuk badan lelaki itu. Lelaki yang gemuk tentu mendapati zakarnya seolah-olah terbenam dalam lemak tundun dan hanya kelihatan jika ereksi.

Ini tidak bermakna zakar itu kecil. Ketika bersama isteri, zakar yang terbenam itu masih mampu membesar hingga ke tahap saiz sebenarnya kerana kekerasan otot zakar mengekalkan saiz zakar.

Dalam keadaan terbenam dan tertekan oleh perut yang buncit itu, tentu zakar berasa kebas akibat tekanan perut kepada urat saraf dan jalanan darah. Apabila tekanan itu reda setelah lelaki itu menguruskan badannya, perasaan kebas itu akan reda.

Jika otot zakar tidak mantap, ereksi kelihatan mengecil dan saiz zakar tidak sampai ke tahap saiz sebenarnya. Ini biasa berlaku kepada lelaki yang membesarkan zakarnya melalui suntikan minyak cendana ke dalam isi zakar.

Saya syorkan anda menjalani pemeriksaan doktor jika anda rasa perubahan kepada anggota sulit anda. Jangan menjalani rawatan daripada orang tidak bertauliah. Kaedah paling selamat untuk membesarkan anggota sulit ialah dengan alat Andropenis.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan