Label

KEINTIMAN PETANDA SIHAT (SAKIT TUAN)

SOALAN

SAYA berumur 41 tahun dan sudah berkahwin. Saya ingin meminta nasihat doktor berkaitan beberapa perkara.

Apakah penyakit sampingan yang wujud jika pasangan kerap melakukan aktiviti seksual selain daripada keletihan? Adakah ia aktiviti sihat?

Adakalanya batang zakar kelihatan kurus atau mengecil daripada keadaan biasa jika tidak diurut sentiasa. Adakah ini masalah biasa atau kerana kekerapan hubungan seksual?

Adakah kekerapan melakukan hubungan seksual akan mengakibatkan perut buncit dan rambut serta penglihatan semakin kurang?

Ingin Tahu
Skudai, Johor

JAWAPAN


HUBUNGAN seksual dalam pandangan Islam hanya untuk pasangan berkahwin. Ia satu ibadah dan manfaatnya banyak selain mendapat ganjaran bekalan di akhirat.

Ganjaran kesihatan seks tidak terhingga kerana ia satu aktiviti fizikal yang dapat mengawal kesihatan.

Jika dilakukan tiga kali seminggu, dalam setahun dianggarkan pasangan itu membakar kalori ibarat berjoging kira-kira 90 kilometer.

Seks meningkatkan penggunaan oksigen oleh sel dalam badan dan merangsang sistem badan untuk berfungsi dengan hebat lagi.

Seks turut mampu mengurangkan kolesterol dan meningkatkan kolesterol baik. Kajian juga menunjukkan seks melegakan sakit kepala dan sendi.

Ia melindungi pundi prostat daripada tekanan dan mencegah kanser prostat, selain penawar kepada penyakit kemurungan serta melegakan tekanan.

Ia meningkatkan pengeluaran hormon oxitocin yang meningkatkan tahap kemesraan dan keyakinan antara pasangan.

Seks turut meningkatkan pemprosesan hormon wanita yang mengawal kesihatan faraj dan jantung, selain meningkatkan pengeluaran hormon testosterone untuk lelaki.

Seks juga meningkatkan tahap hormon DHEA kepada lima kali ganda dan secara langsung membantu mengukuhkan daya tahan kesihatan badan.

Oleh itu, jika anda dapati anda letih selepas seks, ia perkara biasa kerana penggunaan tenaga. Keletihan berkenaan satu kebaikan dan seks jelas aktiviti sihat selain menyegarkan kedua-dua pihak.

Tuhan memberi anggota kelamin itu untuk kebaikan individu. Ia akan kelihatan segar dan besar apabila kerap digunakan.

Jika tidak digunakan, ia akan kelihatan kecil dan kurus manakala jika lama tidak digunakan, ia menjadi tidak berguna.

Jika kerap digunakan, ia aktif dan mudah berfungsi. Seks dalam perkahwinan adalah satu hikmah yang memberi manfaat kepada pasangan.

Seks jika tidak dimanfaatkan memungkinkan jangka hayat pasangan menurun. Mereka mudah mengalami penyakit kemurungan.

Daya kekuatan badan dan fizikal akan merosot selain mengalami penyakit kronik yang menekan.

Oleh itu, jika anda dan pasangan masih mampu melakukan hubungan seks, kesihatan anda berdua akan cemerlang selalu.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan