Label

PENJAGAAN ANGGOTA KELAMIN PENTING BAGI MENGELAK PENYAKIT BERJANGKIT (SAKIT TUAN)

RAMAI antara kita, tidak kira lelaki atau wanita, sanggup menghabiskan ratusan ringgit sebulan hanya untuk penjagaan wajah.

Malah, ada yang ‘melabur’ sejumlah besar lagi untuk wangian dan pakaian berjenama yang mahal.

Perbuatan ini tidak salah dan digalakkan kerana bersih dan wangi bukan saja dapat meningkatkan tahap kita menjauhi virus dan penyakit, tetapi juga keyakinan diri seseorang.

Bagaimanapun, sesuatu yang perlu diberi perhatian ialah, di sebalik kecenderungan untuk penampilan luaran, penjagaan anggota kelamin adalah penting, terutama bagi pasangan kelamin yang aktif dalam hubungan seksual.

Saya menerima banyak soalan daripada lelaki dan wanita berkenaan senario kurang selesa akibat bau ‘kurang enak’ yang hadir daripada kemaluan pasangan mereka.

Sebagai contoh, saya kemukakan soalan ini sebagai rujukan:

"Saya berusia 23 tahun, berkahwin pada Jun 2006 tetapi belum dikurniakan anak. Isteri saya mengalami haid yang normal, tetapi kadangkala selepas bersetubuh, zakar saya seperti berkudis, mengelupas dan timbul seperti kulit kering."

“Isteri saya pula mengeluarkan keputihan yang berketul-ketul kecil dan sering mengadu kepedihan di sekitar faraj setiap kali selepas bersetubuh. Isteri saya juga mengalami bintik kecil yang sangat gatal di sekitar paha sehingga ke mulut faraj selepas haid.”

Saya cuma ingin mengingatkan, anggota sulit wanita mudah terdedah kepada kulat dan kuman berikutan ia terletak berdekatan dua lubang najis.

Sehubungan itu, tidak hairan jika wanita itu mudah mengalami ketidakselesaan ketika bersetubuh kerana dia sebenarnya terkena jangkitan yang menyerang mukosa faraj, menyebabkan berlaku keradangan faraj.

Bagi soalan di atas dan mana-mana wanita yang mengalami simptom sama, ada kemungkinan mereka terkena jangkitan kulat yis.

Ini kerana satu daripada simptomnya ialah pengeluaran cecair putih yang berketul-ketul dan kelihatan bintik merah pada permukaan faraj.

Kebetulan pula pengadu lelaki mengalami keradangan alat sulit kerana jangkitan daripada kulat yang menyerang pasangannya.

Nasihat saya ialah, masalah ini mudah diselesaikan dengan rawatan moden, justeru, jangan berlengah berjumpa doktor kerana ia boleh menghalang kesuburan.

Masalah jangkitan pada anggota sulit bukan hanya dapat dielakkan dengan tidak mengamalkan seks bebas. Penjagaan kebersihan dan menggunakan bahan tertentu yang diiktiraf Kementerian Kesihatan penting untuk mengelak jangkitan ini.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan