Label

SAKIT KEPALA SELEPAS HUBUNGAN SEKS (SAKIT TUAN)

SOALAN

SAYA sakit kepala yang teruk sehingga hampir pitam. Ia berlaku sebaik selepas melakukan hubungan seks.

Hanya selepas lima jam baru saya mampu bangun daripada tempat tidur. Walaupun begitu, kesan tidak selesa masih berpanjangan seharian. Dua hari berikutnya, saya melakukan onani dan sekali lagi diserang sakit kepala dan pening sebaik saja selepas ejakulasi.

Ini kali pertama saya mengalami serangan itu. Apakah masalahnya yang sebenar kerana saya berasa sangat runsing sekarang.

Zaid,
Alor Setar, Kedah

JAWAPAN

'POST CLIMAX HEADACHE’ atau pening dan sakit kepala selepas klimaks ialah satu fenomena yang boleh berlaku kepada mana-mana individu. Simptom yang mereka alami ialah sakit kepala yang amat sangat sebaik klimaks, sama ada hasil onani atau hubungan seksual.

Pening kepala boleh berpanjangan dan mengganggu kualiti kehidupan. Fenomena ini berlaku mungkin akibat perubahan ketara yang berlaku kepada tubuh individu itu ketika dia klimaks.

Bayangkan ketika dalam tahap rangsangan seksual yang kemuncak, tekanan darah dan tahap pernafasan meningkat manakala otot menegang, termasuk otot tengkuk dan kepala.

Ketika klimaks, pengeluaran kimia dalam badan meningkat dan ini sedikit sebanyak boleh mengakibatkan tindak balas kepada otot dan perjalanan darah dalam kepala.

Jika perkara ini kerap berlaku walaupun anda cuba makan ubat, lebih baik berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan urat saraf atau Neurological.

Ini untuk menentukan sama ada sesuatu yang luar biasa dalam otak atau saluran darah dalam otak yang tidak normal seperti Enuerysm atau kelemahan salur darah.

Jika tiada dan semuanya normal, anda tidak perlu khuatir. Doktor boleh memberi anda ubat anti radang yang anda boleh makan sebelum bersama atau sebelum anda lakukan onani.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan