Label

MUDAH MELECET, TERKOYAK (SAKIT TUAN)

SOALAN

SAYA berusia 34 tahun. Masalah saya ialah, zakar melecet dan terkoyak apabila tegang dan tertarik ke bawah. Ini menjadi masalah kepada saya sebaik saja hendak berjimak. Terasa pedih bila ‘bersama’ isteri.

Masalah ini berlaku sejak empat bulan lalu, seolah-olah kulit zakar saya (di bawah kepala zakar) terlalu nipis dan sensitif apabila tertarik. Apakah masalah atau penyakit yang saya hadapi? Adakah rawatan untuk mengubati penyakit ini?

Zaidee,
Pulau Pinang

JAWAPAN

UNTUK lelaki yang tidak berkhatan, kepala zakar terdedah keluar daripada kulit penghujung zakar yang menutupinya, iaitu kulop zakar, ketika lelaki mengalami ereksi. Jika kulop itu sempit, kepala zakar terperangkap atau tidak dapat keluar.

Jika ini berlaku, keadaan ini dikenali sebagai ‘Phimosis’. Cara pemulihannya ialah dengan berkhatan atau ‘Circumcision’. Jarang berlaku penghujung zakar tersepit ketika ereksi, walaupun individu itu sudah berkhatan dan bekas parutan mencengkam dan menyepitkan zakar.

Jika ini berlaku, mungkin dengan cara melembutkan parutan bekas berkhatan itu dapat memulihkan keadaan ‘tercekik’ berkenaan.

Caranya ialah menggunakan krim pelembut. Jika cara itu tidak berkesan, mungkin individu itu perlu berjumpa doktor untuk rawatan khusus.

Doktor boleh melegakan kulit yang keras itu dengan pembedahan plastik atau memotong kulit yang keras itu supaya ia tidak mencekik zakar.

Anda juga boleh jumpa saya di Damai Service Hospital, 115-119 Jalan Ipoh, Kuala Lumpur bila-bila masa.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan