Label

MAHU POTONG SALURAN SPERMA (SAKIT TUAN)

SOALAN

SAYA berusia 40-an dan ada tujuh anak. Isteri bersetuju membenarkan saya menjalani pembedahan vasektomi memandangkan kami tidak mahu lagi mendapat zuriat.

Soalan saya, di mana saya hendak mendapatkan rawatan itu, berapa hari diperlukan untuk sembuh dan kos pembedahannya jika dilakukan di hospital swasta?

Alexander Iskandar,
Kuala Lumpur

JAWAPAN

VASEKTOMI atau pembedahan pemotongan salur sperma lelaki ialah kaedah merancang keluarga untuk lelaki.

Pembedahan ini mudah dilakukan doktor yang menjalani latihan dan biasa dilakukan oleh pakar bedah atau pakar urologi.

Cara paling mudah untuk pembedahan itu ialah menggunakan bius am dan kulit kerandut buah zakar berdekatan salur sperma dipotong untuk mengeluarkan salur sperma. Ia dipotong dan diikat.

Kedua-dua salur sperma itu diikat dan selesai pembedahan, lelaki itu diberi 20 kondom untuk diguna ketika bersetubuh apabila dia sembuh.

Kemudian, ujian air mani dilakukan untuk mengenal pasti jika ada sperma lagi dalam air mani. Jika dua kali ujian air mani didapati tiada sperma, prosedur itu dianggap berjaya dan boleh melakukan persetubuhan tanpa was-was.

Kini kaedah pembedahan salur sperma atau vasektomi mudah tanpa menggunakan pisau melalui kaedah ‘non scalpel vasectomy’, tetapi ia hanya boleh dilakukan oleh doktor yang menjalani latihan kaedah itu.

Anda boleh merujuk kepada mana-mana pakar bedah atau pakar urologi untuk menjalani pembedahan itu. Kos tertakluk kepada bayaran pembedahan, cara bius dan pelbagai perkara berkaitan. Ini boleh dirunding dengan pakar atau hospital.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan