Label

TAKUT MANDUL (SAKIT TUAN)

SOALAN

SAYA berusia 21 tahun dan menghidap buasir sejak kecil. Ia gatal dan terdapat ketumbuhan terkeluar ketika buang air besar. Bagaimanapun, masalah ini masih belum ke tahap buang air berdarah. Adakah penyakit ini berbahaya dan boleh menyebabkan kemandulan?

Jali,
Bayan Lepas, Pulau Pinang

JAWAPAN

KULIT
di permukaan lubang najis lembut dan tidak mudah merekah apabila lubang najis (mukosa) mencengkam. Mukosa di bahagian pembukaan lubang najis juga lembut dan jika kering menyebabkan kegatalan dan ketumbuhan isi seperti ‘kutil’ atau ‘buasir’ yang terjojol ketika buang air besar.

Ia kembali lega jika tiada tekanan kepada bahagian pembukaan lubang najis seperti najis keras. Apabila isi itu mengecut dan kembali ke pembukaan lubang najis, kesempitan kurang dan pendarahan juga kurang.

Jika isi itu memberi masalah kronik, ia boleh dibuang seperti dilakukan kepada buasir kronik. Memang pada mulanya sakit tetapi selepas itu akan berasa selesa.

Cara perawatan konservatif, pembukaan lubang najis perlu dipastikan tidak sempit dan isi terjojol dirawat menggunakan krim pelembap dan nyah radang yang disapukan ke atasnya. Ia dilakukan supaya kulit yang terjojol itu kecut dan tiada keradangan.

Individu mengalami buasir perlu memastikan tidak sembelit atau najis keras kerana terpaksa meneran. Ia boleh mengakibatkan isi buasir itu kembang, bengkak dan menjadi radang.

Lelaki dan wanita yang mengalami buasir mendapati tahap kemutan dinding pelvik yang rendah. Ini kerana mengemut menyakitkan buasir yang terkeluar atau yang mengalami radang.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

TANDA BALIGH (SAKIT TUAN)

BAGI kebanyakan lelaki, ‘mimpi basah’ adalah sesuatu yang penting kerana ia menandakan mereka memasuki alam dewasa atau lebih tepat, baligh.

Namun, ada soalan diterima daripada lelaki yang memasuki usia awal 20-an tetapi mengaku tidak pernah mengalami mimpi sedemikian. Mereka bimbang sama ada sudah baligh atau tidak?

Buat pengetahuan, bagi wanita, tanda baligh mereka ialah kemunculan darah haid. Ia juga menandakan wanita berkenaan memasuki alam yang membolehkan mereka hamil jika bersetubuh.

Tanda ini dikenali sebagai ‘menarche’ yang dihadapi semua wanita normal. Bagaimanapun, berbeza dengan lelaki yang sperma mereka aktif sepanjang hayat, wanita mengalami proses ‘menopaus’ pada peringkat lewat usia.

Berbalik kepada persoalan mengenai mimpi basah, ia antara dua tanda, selain pancutan air mani ketika merangsang anggota sulit yang mana selama ini tidak pernah keluar air mani ketika merangsangkannya, yang menandakan seseorang itu baligh.

Bagi lelaki yang mengeluarkan air mani, mereka boleh menghamilkan wanita apabila bersetubuh. Tanda ini dikenali sebagai ‘spermache’.

Sehubungan itu, mana-mana lelaki yang menjalani tumbesaran tubuh badan seperti orang dewasa tetapi belum menghasilkan air mani, sama ada melalui onani atau mimpi basah, kemungkinan sistem reprodusinya belum matang.

Antara tanda masalah itu ialah anggota sulitnya kelihatan kecil, termasuk kedua-dua buah zakarnya, serta kurang atau tiada bulu roma di permukaan anggota sulit. Lelaki yang biasa onani tidak mengalami mimpi basah walaupun dia kurang melakukannya.

Jika seseorang lelaki itu berasa tidak pasti mengenai kematangan mereka, lebih baik berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan.

Bagi kes di mana doktor berasa ragu-ragu, pemeriksaan menyukat tahap hormon testosterone atau hormon kelelakian akan dapat memberi gambaran keadaan yang lebih jelas.

Jika hormon berkenaan normal, tahap kelelakiannya juga normal dan begitu sebaliknya yang menandakan seseorang itu mengalami kekurangan hormon.

Cara mengatasi masalah ini ialah dengan penambahan hormon, yang mana kebiasaannya seawal sebulan selepas proses berkenaan, perangsangan alat sulit menyebabkan ejakulasi berlaku.

Bagi anda yang mempunyai anggota sulit normal dan ada pancutan air mani ketika merangsangkan anggota sulit, anda dalam golongan lelaki sempurna.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

SPERMA LEMAH (SAKIT TUAN)

SOALAN

SAYA sudah tiga tahun berkahwin, tetapi masih belum dikurniakan anak. Saya mengambil keputusan untuk melakukan ujian kesuburan dan keputusannya sperma saya lemah atau dipanggil Oligoszoospermia.

Apakah punca masalah ini dan bagaimana mengubatinya?

Zam,
Putrajaya

JAWAPAN

MUNGKIN ujian air mani dapat menentukan lelaki menghasilkan sperma. Walaupun mempunyai sperma, tidak bermakna lelaki itu tidak mandul.

Jika bilangan sperma kurang, ia dikenali sebagai ‘oligospermia’ atau ‘oligozoospermia’. Jika banyak sperma tidak berbentuk normal (kurang 30 peratus berbentuk tidak normal), ia dikenali sebagai ‘teratospermia’ dan jika kurang 40 peratus sperma tidak bergerak aktif, ia dipanggil ‘asthenospermia’.

Punca ia berlaku tidak diketahui. Sesetengah lelaki mempunyai buah zakar yang kecil dan kurang sperma. Ada di kalangan mereka mengalami masalah hormon dan jika ubat penyubur diberi, keadaan akan pulih.

Ada juga yang mengalami pembuluh darah buah zakar berpintal atau varikosel dan jika pembedahan pemulihan dilakukan, keadaan akan pulih.

Sebahagian daripada rawatan masalah kesuburan lelaki ialah penyemaian benih dalam rahim isteri atau IUI dan bayi tabung uji. Insya-Allah peluang mendapatkan anak masih cerah.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

USAH KELIRU ISTILAH (SAKIT TUAN)

RAMAI masih keliru dengan istilah yang kini diguna pakai di dalam dunia perubatan, termasuk sakit tuan, apabila saya menerima banyak soalan mengenai istilah tertentu seperti ereksi dan ejakulasi. Saya akui istilah berkaitan seks memang mengelirukan, terutama apabila seseorang itu cuba mengaitkannya dengan istilah yang digunakan bomoh, tabib atau tukang urut bagi memahami masalah yang mereka hadapi. Bagaimanapun, perlu diingatkan kadangkala istilah digunakan golongan tradisional ini tidak benar dengan istilah perubatan.

Sebagai contoh, perkataan otot yang digunakan tukang urut untuk menjelaskan cara atau kaedah rawatan yang disyorkan mereka untuk memulihkan kekuatan otot zakar seolah-olah menyamakan otot zakar dengan otot badan. Sebenarnya otot badan berbeza dengan otot zakar kerana zakar mengandungi banyak saluran darah, bukan urat atau otot. Mengurutnya sama seperti badan pasti meninggalkan kesan buruk dan bahaya kepada zakar.

Ramai lelaki yang menjalani rawatan urutan mengalami kerosakan teruk pada zakar mereka. Malah, berdasarkan pengalaman saya merawat pesakit, ada yang mendapati zakar mereka mengecut dan mengecil beberapa bulan selepas zakar ‘diuli’ tukang urut. Ada juga yang mendapati benjolan dan kekerasan pada zakar akibat kecederaan kepada tisu vaskular (salur darah).

Istilah angin pasang atau air pasang yang disamakan dengan ‘uluran’ yang sebenarnya tiada kaitan pun dengan maksud sebenar angin atau air pasang itu. Penyakit yang dimaksudkan dengan angin pasang ialah hernia, di mana usus termasuk ke dalam kerandut buah zakar. Hidrosel atau istilah air pasang pula ialah kandungan cecair dalam selaput buah zakar. Mungkin istilah ereksi, klimaks, orgasma, kemuncak syahwat, mati pucuk, mati putik dan pelbagai yang lain yang saya sering gunakan di ruangan ini memberi maksud mengenai kepuasan atau kegagalan dalam hubungan seksual.

Saya pasti kini orang Melayu sudah bertamadun dan tidak lagi ketinggalan dan faham istilah perubatan yang saya ketengahkan. Saya lebih suka menggunakan istilah perubatan kerana banyak istilah Melayu, termasuk yang saya berikan sebagai contoh di atas, agak mengelirukan kerana ada banyak maksud dan makna terselindung. Ini membolehkan tukang urut, dukun atau bomoh mengelirukan mangsa mereka.

Saya tidak dapat menyatakan satu persatu makna secara khusus di dalam ruangan ini, tetapi meminta sesiapa yang mengetahui lebih lanjut supaya mendapatkan kamus Dewan Bahasa dan Pustaka jika masih keliru dalam bahasa yang digunakan untuk kesihatan seksual dan reproduktif.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

RISAU KESAN MENGGUNAKAN KONDOM (SAKIT TUAN)

SOALAN

SAYA sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata. Ketika bersama isteri, saya selalu guna kondom kerana ia dapat melambatkan pancutan air mani. Soalan saya, adakah penggunaan kondom yang kerap memberi kesan sampingan kerana kondom mempunyai sejenis minyak?

SYAH,
Raub, Pahang

JAWAPAN

SEBAHAGIAN besar lelaki yang mendapati menggunakan kondom sebagai kaedah merancang keluarga dapat meningkat atau melambatkan masa bersama, akan kekal menggunakannya walaupun tiada hajat untuk merancang keluarga.

Jika ini berlaku, ia menjadi cabaran untuk mereka, iaitu kedua-dua pasangan suami isteri, terutama apabila ingin menambah bilangan anak. Selain itu, tiada apa-apa masalah dengan penggunaan kondom.

‘Minyak’ yang dimaksudkan itu bukan minyak, sebaliknya ia pelicin ‘silikon’ yang memudahkan gerakan kondom ke dalam faraj, selain mengelak alahan kepada pemakai dan pasangan. Bagi yang ingin kekalkan kesan kondom untuk melewatkan ejakulasi, anda boleh mengunakan cincin penambat zakar atau ‘penile ring’ yang kini banyak di pasaran.

Anda boleh sarungkan cincin berkenaan ketika ereksi, dan dengan cengkaman yang anda dapati daripada cincin itu anda boleh mengunakannya sebagai penghalang pancutan air mani terlalu cepat. Cincin ini ada dalam beberapa jenama.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KELIRU EREKSI PAGI (SAKIT TUAN)

EREKSI pagi sering dikaitkan dengan kemampuan seksual seseorang lelaki. Malah, saya menerima banyak soalan daripada orang ramai yang berasa bimbang kerana ereksi pagi mereka lemah atau mungkin tidak berlaku.

Yang terbaru ialah seorang suami berusia 29 tahun yang mendirikan rumah tangga tiga tahun lalu dan mempunyai sepasang anak kembar. Dia jelas keliru dan bimbang apabila tidak lagi mengalami ereksi pada waktu pagi.

Pesakit ini kemudian mengalami tekanan emosi apabila multi-vitamin mengandungi ginseng yang diambilnya tidak berupaya menguatkan ereksi paginya, sekali gus menyebabkan dia menjadi dingin terhadap isteri kerana beranggapan mengalami lemah syahwat.

Ingin saya perjelaskan di sini yang ereksi pagi atau ‘Nocturnal Penile Tumescence’ berlaku pada awal pagi ketika lelaki itu tidur nyenyak atau tidur yang dikenali sebagai tidur REM (Rapid Eye Movement) Sleep.

Jadi jika tiada REM Sleep atau tidur tidak nyenyak kerana kerap terbangun atau tidur lewat, ereksi pagi pasti kurang kelihatan dan kurang mantap.

Apabila terjaga secara tiba-tiba, baru nampak ereksi berkenaan, dan jika tidak, ia tidak kelihatan.

Sehubungan itu, nasihat saya kepada mereka yang tidak mengalami ereksi pagi ialah, jangan mudah terpengaruh dengan fenomena itu. Jika anda mendapati ereksi pagi kurang kelihatan atau hanya singkat, kemungkinan kemunculannya tidak mengikut jadual dulu.

Mungkin ereksi pagi menjadi lebih jelas pada awal pagi atau ketika anda terjaga secara tiba-tiba atau ketika bangun membuang air kecil.

Bagi mereka yang tidak mengesan ereksi pagi tetapi kemampuan seksual masih normal, saya nasihatkan anda supaya mula melakukan senaman secara berkala kerana ereksi pagi anda akan menjadi lebih kelihatan.

Berkaitan dengan kelajuan ejakulasi (pancutan air mani) pula, ia tiada kena mengena dengan tahap kesuburan. Jika seseorang lelaki itu menahan ketika air maninya hendak terpancut, ejakulasi menjadi lemah.

Untuk menguatkan pancutan, lelaki hendaklah mengerakkan zakar dengan kuat dalam keadaan otot lantai pelvis wanita sedang mencengkam, atau gerak zakar dalam keadaan kemut.

Perlu diingatkan tanpa rangsangan, air mani juga berkurangan. Seperti saya katakan di atas, jangan menahan ketika hendak ejakulasi kerana air mani dan pancutan menjadi lemah.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

JAHIL SEKSUALITI (SAKIT TUAN)

BANYAK perkara dongeng disebarkan mengenai seksualiti, tetapi pada masa sama ada kes di luar jangkaan manusia dan ia bukan magis.

KES 1

Seorang lelaki bermain cinta dengan menggeselkan zakarnya ke permukaan kemaluan pasangan wanita. Tiada seks penetratif, tetapi berlaku ejakulasi akibat rangsangan hebat itu dan air mani kemudian bertakung di kelangkang pasangannya. Sebulan kemudian, wanita itu lewat datang haid dan ujian air kencing mendapati dia hamil, walaupun masih ‘dara’.

Air mani yang bertakung di kelengkang wanita itu sebenarnya diserap dan masuk ke dalam faraj melalui kelembapan yang wujud di sekitar anggota sulitnya. Ini dinamakan ‘kehamilan anak dara’.

KES 2

Seorang wanita ingin sangat hendak hamil dan melakukan seks oral dengan suaminya dengan beranggapan air mani yang masuk ke dalam mulutnya akan sampai ke dalam rahimnya dan menghamilkannya. Yang pasti, sampai kiamat pun dia tidak akan hamil dengan cara itu.

Ini dua contoh kejahilan dalam seksualiti yang walaupun jarang tetapi berlaku di dalam masyarakat kita yang perlukan perhatian serius.

Antara soalan yang jelas menggambarkan kejahilan ialah seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Zack bertanya kepada saya baru-baru ini mengenai masalah isterinya yang belum bersedia untuk hamil. Pengadu kemudian resah berikutan isterinya meletakkan tangan ke atas kemaluan sehingga zakarnya mengeluarkan cecair.

Kejahilan seks ini berlaku di kalangan segelintir anak muda kerana mereka tidak mahu membaca. Hendak salahkan mereka juga tidak boleh kerana sistem pendidikan sedia ada hanya untuk persediaan kerjaya dan bukan kehidupan.

Mungkin ibu bapa yang sepatutnya memberi tunjuk ajar mengenai hal kehidupan, termasuk seksualiti, malangnya mereka juga hasil daripada sistem pendidikan sama.

Bagi saya, manusia seperti Zack sepatutnya berjumpa doktor atau ahli perancang keluarga untuk mendapat maklumat mengenai kaedah sesuai untuk merancang keluarga berikutan jelas mereka belum bersedia dan cetek pengetahuan mengenai seksualiti.

Mengenai isteri memegang anggota sulit suami, ia tidak mengakibatkan kehamilan selagi zakar tidak masuk dan air mani tidak terpancut ke dalam atau berdekatan faraj. Kemungkinan hamil lagi mustahil jika cairan daripada zakar sekadar melekat kepada pakaian luar wanita.

(Sumber Internet)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

BERSETUBUH MENGIKUT CARA ISLAM (SAKIT TUAN)

SOALAN

SAYA hendak tahu cara bersetubuh yang disyorkan dalam Islam. Posisi mana yang sesuai kerana isteri saya mengadu dia bosan dengan posisi saya di atas. Untuk pengetahuan doktor, saya berkahwin hampir lima tahun dan dikurniakan seorang anak. Saya harap doktor dapat mencadangkan posisi untuk saya mengaplikasikannya dalam hubungan suami isteri.

DJ ROCK,
Bayan Lepas

JAWAPAN

PERNAH sahabat bertanya Rasulullah SAW mengenai hubungan kelamin dari belakang, yang mana mengikut sahabat ia dilarang sama sekali. Rasulullah SAW kemudian memaklumkan, melakukan hubungan seksual dari belakang adalah harus, dengan syarat anggota sulit lelaki masuk ke anggota sulit perempuan dari posisi itu.

Pendek kata, apa saja posisi boleh dilakukan, asalkan ereksi lelaki masuk ke dalam faraj wanita. Sehubungan itu, anda boleh mencuba posisi persetubuhan dari belakang, atau pasangan di atas, sama ada tubuh badan depannya bertentangan atau membelakangkan muka anda atau cara mana yang anda dan dia rasa selesa dan mudah untuk melakukan hubungan seksual.

Tidak semestinya hubungan seksual dilakukan di atas katil kerana ia juga boleh dilakukan di atas sofa dengan posisi anda duduk dan dia duduk di atas paha anda dengan memasukkan ereksi anda ke dalam farajnya dan mukanya bertentangan dengan muka anda.

Elok hubungan kelamin itu dilakukan di dalam kamar tidur atau dalam rumah dan bukan di luar kerana tidak beradab dalam pandangan Islam.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

SAYA TAK PUAS (SAKIT TUAN)

SOALAN

SAYA berdepan masalah sukar mencapai klimaks walaupun zakar saya berlakunya ereksi. Kegagalan mencapai ejakulasi menjadikan saya tidak puas. Saya berusia 27 tahun dan sudah lima bulan berkahwin. Buat pengetahuan doktor, ketika bujang, saya sering onani.

AD,
Melaka

JAWAPAN

LELAKI dan wanita yang biasa dengan amalan onani mengikut cara mereka yang tersendiri akan mendapati mereka hanya mendapat kepuasan atau dapat mencapai klimaks melalui cara itu setelah berkahwin.

Mereka tidak mencapai klimaks setiap kali bersetubuh, menyebabkan mereka akan melakukan onani secara sembunyi untuk melepaskan perasaan syahwat mereka.

Ini tidak akan membantu hubungan silaturahim dengan pasangan.

Untuk lelaki yang mengalami masalah ini, sudah tentu dia tidak dapat menghamilkan pasangannya kerana tanpa ejakulasi, tiada air mani dan tiada sperma dalam faraj.

Namun, sebaliknya untuk wanita kerana mereka masih mampu hamil walaupun tidak mencapai klimaks dengan pasangan.

Masalah yang mereka berdua alami ialah masalah disfungsi seksual akibat amalan onani. Masalah ini juga dikenali sebagai ‘Traumatic Masturbatory Syndrome’.

Anda kemungkinan mengalami masalah ini dan ia tiada kaitan dengan disfungsi erektil kerana anda mudah mendapat ereksi dan boleh melakukan hubungan seksual penetrasi dengan pasangan anda.

Cuma anda tidak dapat klimaks kerana keseronokan yang anda dapati daripada bersetubuh dengan pasangan tidak sama dengan cara yang anda dapati daripada amalan onani anda yang boleh mencetuskan klimaks dan ejakulasi.

Saya mencadangkan supaya anda merangsangkan anggota sulit setiap kali hendak bersetubuh dan ketika hampir ke ‘kemuncak’, anda boleh masukkan ereksi dalam faraj atau berdekatan faraj supaya air mani itu boleh masuk ke dalam faraj dan menyebabkan kehamilan.

Satu cara lagi yang anda boleh cuba ialah mengeluarkan air mani dalam bekas dan menyuntiknya ke dalam faraj isteri dengan mengunakan ‘picagari’ tanpa jarum.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

MATI PUCUK SELEPAS NAHAS JALAN RAYA (SAKIT TUAN)

SOALAN

SAYA kemalangan dan mengalami kecederaan serius di pundi kencing dan salurannya, menyebabkan saya dibedah dari perut hingga ke kawasan berhampiran kemaluan saya.

Ketika di hospital, doktor mengesahkan saya mati pucuk akibat kemalangan itu.

Selain itu, saya terpaksa menjalani pembedahan kedua di celah kelengkang. Pada pengetahuan saya, kawasan itu adalah saraf bagi kemaluan lelaki.

Justeru, saya ingin tahu sama ada berpeluang untuk kembali normal selepas mengamalkan perubatan moden atau mungkinkah saya akan menderita selama-lamanya?

HASNI
Pulau Pinang

JAWAPAN

ANDA perlu bersyukur yang anda selamat. Kecederaan yang anda alami tidak mencederakan pergerakan, dan anda kini mempunyai tubuh badan yang berfungsi dengan baik. Hanya fungsi syahwat anda yang menjadi tanda tanya.

Jika anda boleh membuang air kecil dan besar, serta anggota sulit anda menunjukkan tindak balas seperti mengembang dan memejal jika diurut dengan lembut sambil menghayati rangsangan seksual mental, kemungkinan fungsi anggota itu tidak terjejas.

Jika anda boleh mencapai ereksi pagi dan juga ketika menghayati rangsangan seksual mental, sudah tentu pancaindera anda yang mengawal sistem ereksi tidak terjejas.

Bagaimanapun, ganguan ereksi boleh berlaku secara tetap jika urat saraf yang mengawal fungsi ereksi tercedera. Rawatan moden boleh mengatasi masalah ini.

Kini ada suntikan ubat Alprostadil yang boleh memberi ereksi dalam masa lima minit jika ingin ‘bersama’ dan juga pam vakum ‘medical standard’ yang dapat memberi ereksi padat untuk tujuan sama.

Jika urat saraf tidak terganggu, ubat PDE-5 Inhibitor seperti Viagra, Levitra atau Cialis berkesan, tetapi anda perlu berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan sewajarnya.

Jangan cuba urutan atau kaedah tradisional kerana bimbang keadaan menjadi lebih parah. Selain itu, jangan makan ubat tidak menentu kerana bimbang ada kesan sampingan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

LELAKI TERTEKAN KURANG PENGALAMAN (SAKIT TUAN)

SOALAN

SAYA yakin ada masalah lemah syahwat, tetapi malu hendak berjumpa doktor. Ini mendatangkan kesan terhadap rumah tangga yang masih baru. Adakah masalah lemah syahwat dapat dirawat sepenuhnya? Berapakah kosnya? Di mana saya boleh membeli Viagra dan berapa harganya?

Ghouse,
Pulau Pinang

JAWAPAN

LELAKI yang tiada pengalaman bersetubuh tentu berasa tertekan ketika mahu melakukannya untuk kali pertama. Jika pasangannya juga berasa tertekan, pengalaman pertama mereka akan gagal apabila suami cuba menyalurkan ereksinya ke dalam faraj dan pada masa sama pasangan pula sentiasa mengelak.

Suami akan mendapati ereksinya yang ‘kukuh’ tadi tiba-tiba mengendur atau ejakulasi (pancutan air mani) berlaku tanpa kemasukan zakar dalam faraj.

Jika ini kerap berlaku, suami akan menyalahkan diri sendiri. Dia akan berasa seolah-olah dia mengalami masalah lemah tenaga batin atau mati pucuk.

Kadangkala zakarnya yang dalam keadaan ereksi dapat memasuki faraj, tetapi cepat sangat terpancut atau dapat masuk sedikit dan terus mengendur tanpa ejakulasi.

Kedua-dua situasi ini menandakan dia gagal dan lama kelamaan dia berasa was-was untuk melakukan hubungan seks dan langsung tidak mahu mencuba lagi kerana takut gagal. Maka ereksi tidak lagi berlaku apabila dia berdekatan isteri kerana dia beranggapan dia mati pucuk atau lemah tenaga batin!

Perlu diingatkan, kegagalan melakukan seks penetratif tidak bermakna lelaki itu mati pucuk. Dia dapat mencapai ereksi, tetapi tidak dapat menggunakannya untuk memasuki faraj.

Mungkin ereksinya tidak cukup padat atau ada halangan yang sukar diatasi, seperti isteri mengemut terlalu kuat sehingga pintu farajnya tertutup.

Jika dibiarkan, masalah tidak akan selesai. Pasangan berkenaan perlu berjumpa pakar dengan kos tidak tinggi dan hasil bimbingan dan tunjuk ajar, saya percaya keintiman akan menjadi lebih kukuh.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

ZAKAR SUAMI TIDAK LAGI MENEGANG (SAKIT TUAN)

SOALAN

SUAMI saya berusia 36 tahun manakala saya 32 tahun. Kami berkahwin 12 tahun lalu dan mempunyai lima anak berusia di antara enam bulan hingga 10 tahun. Masalahnya sekarang, sejak seminggu lalu zakar suami tidak menegang ketika ingin ‘bersama’ saya.

Selain lembik, air mani terkeluar sebelum zakar sempat dimasukkan ke dalam faraj. Sebelum ini masalah itu tidak pernah berlaku. Kami cuba beberapa kali sejak seminggu lalu dan masalah sama dihadapi.

Kami tersangat bimbang sekarang. Adakah ini tanda awal mati pucuk?

Nan,
Bayan Lepas, Pulau Pinang

JAWAPAN

ISTILAH mati pucuk atau DE (Disfungsi Erektil) ialah kegagalan lelaki mencapai ereksi yang mencukupi dan kekal untuk tujuan seks penetratif. Jadi masalah yang suami anda alami kelihatan seperti mati pucuk.

Perkara ini boleh berlaku secara spontan atau beransur-ansur. Yang berlaku secara beransur-ansur dan memakan masa sebelum benar-benar mati pucuk, ia lebih berlaku akibat penyakit.

DE yang secara tiba-tiba, ia lebih akibat tekanan atau psikologikal. Namun, suami anda perlu berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan mendapat rawatan sewajar.

Membiarkan perkara ini terus berlaku tentu meningkatkan tekanan kepadanya dan juga kegelisahan kepada puan.

Ketegangan zakar atau ereksi berlaku akibat kemasukan darah yang banyak ke dalam otot zakar akibat tindak balas perasaan seksual.

Jika hanya zakar kelihatan besar tetapi tidak keras, itu ialah tahap ereksi gred pertama.

Jika besar dan keras tetapi tidak cukup keras untuk dimasukkan ke dalam faraj, ereksi ini ialah gred dua, manakala gred tiga pula boleh masuk ke dalam faraj tetapi kadangkala gagal.

Gred empat pula, ia boleh masuk ke dalam faraj dan kadangkala boleh terbengkok jika pasangan tidak bersedia, manakala gred lima apabila ereksi keras macam kayu.

Kini ada pelbagai rawatan moden, tetapi perlu berjumpa doktor, bukan daripada peniaga tepi jalan. Saya syorkan anda memujuk suami berjumpa doktor.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

CEPAT KLIMAKS (SAKIT TUAN)

Merumitkan kedua-dua pihak

RAMAI beranggapan cepat klimaks adalah satu masalah. Namun daripada sudut pandangan perubatan, ia mungkin ada hikmahnya kerana kemasukan air mani ke dalam faraj dalam kadar cepat membolehkan kehamilan berlaku.

Lelaki yang biasa dengan amalan onani mendapati mereka mudah cepat klimaks. Ada yang mencapai klimaks sebelum sempat menyalurkan ereksi ke dalam faraj pasangan.

Yang cepat klimaks tetapi masih dapat mengekalkan ereksi mereka akan dapat meneruskan aksi, tapi dalam keadaan ‘basah’ yang mungkin tidak dapat diterima pasangan.

Pendek kata, cepat klimaks memang merumitkan kedua-dua pihak. Lelaki dapat menikmati keseronokan persetubuhan tetapi masih belum puas, dan wanita pula lebih berasa tertekan.

Kebiasaannya, sebahagian besar daripada mereka dapat juga menangani masalah cepat klimaks secara sendiri dengan bantuan pasangan.

Ini dapat direalisasikan apabila si lelaki menggerakkan zakar dalam faraj yang dilakukan secara terkawal. Apabila terasa seperti hendak klimaks, dia menghentikan hayunan seketika dan si wanita melegakan kemutan.

Selepas ‘gelora’ dapat diredakan, baru si lelaki memulakan ‘gerakan baru’.

Perlu diingatkan yang masalah cepat klimaks bukan remeh, kerana jika tidak diatasi ia menyebabkan pasangan berasa tertekan sehingga ke tahap ada yang mengalami mati pucuk.

Sehingga kini tiada ubat dapat meningkatkan daya kawalan daripada ejakulasi cepat. Ubat mengawal keresahan minda seperti Prosac dan Zoloft dapat mengurangkan keresahan, dan lelaki yang mempunyai kawalan minda yang lemah akan mendapati ubat ini memudahkan mereka memberi tumpuan kepada ketahanan dan mengekalkan ereksi.

Kadangkala ubat ini mengurangkan rangsangan mental dan mengakibatkan ereksi tidak berlaku atau terbantut.

Teknik bersetubuh sedikit sebanyak dapat membantu mengekalkan ereksi. Ketika hayunan zakar dilakukan, tuju utama ialah ke langit faraj. Cara ini dapat membantu wanita mencapai rangsangan.

Cincin penambat zakar yang pelbagai jenama dapat membantu mengekalkan ereksi lebih lama walaupun sudah klimaks.

Cincin ini diperbuat daripada getah asli, buatan Malaysia disarung seperti cincin ke pangkal zakar ketika zakar ereksi padat.

Perlu diingatkan supaya tidak memakai cincin keras daripada besi, tanduk atau batu jed kerana ia berbahaya dan boleh merosakkan zakar.

Dengan menumpukan minda kepada cincin ketika hayunan ereksi dilakukan ke dalam faraj, minda tidak mudah terangsang, sekali gus dapat menutup perasaan seronok, oleh itu si lelaki dapat bertahan lama.

Cepat klimaks tiada kaitan dengan saiz zakar yang normal antara 10 hingga 14 sentimeter untuk lelaki Asia. Bagaimanapun, tahap ereksi mempengaruhi daya kawalan ketegangan kerana jika ereksi kurang padat, cepat klimaks akan berlaku, tetapi apabila ereksi kembali padat, kawalan menjadi kukuh.

Kebanyakan wanita memerlukan masa lama untuk mendapat rangsangan sebelum klimaks, kira-kira lapan minit jika dibandingkan dengan lelaki antara dua hingga lima minit.

Jangan putus asa dan kecewa. Hubungan kelamin bukan pertarungan. Ia satu nikmat bersama antara suami dan isteri, seterusnya bersama-samalah berusaha untuk menjayakannya.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

GAGAL DALAM HUBUNGAN SEKS (SAKIT TUAN)

HUBUNGAN kelamin memainkan peranan mengeratkan silaturahim antara pasangan dan mantapkan kemesraan dan keyakinan dalam institusi keluarga yang harmoni. Bayangkan keadaan yang mana kedua-dua pasangan jahil tentang seks tidak tahu memainkan peranan masing-masing sewaktu bersama.

Bayangkan keadaan di mana remaja yang tidak pernah terdedah kepada pengenalan seks, mendapati dirinya kekurangan apabila masuk ke alam kedewasaan dan berkahwin serta tidak dapat menyempurnakan tanggungjawabnya dari segi hubungan seksual dengan pasangan.

Hubungan seksual dianggap sinonim dengan perkahwinan apabila pasangan yang telah berkahwin. Tetapi ada pasangan yang gagal memainkan peranan masing-masing sehinggakan isteri masih lagi dara! Dan suami masih teruna!

GAGAL kerana tidak tahu memainkan peranan

Bayangkan wanita yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan pasangan untuk melakukan hubungan seksual dan tidak tahu cara untuk memberi kerjasama kepada suami. Apabila suami mula hendak menyalurkan ereksi, wanita itu tidak dapat memberi ruang untuk memudahkan kemasukan ereksi suami ke dalam farajnya. Dia tiba-tiba merasa kekok, takut dan tidak selesa apabila pasangan mula menggerakkan ereksi ke dalam anggota sulitnya dan dia akan bertindak dengan mencengkam faraj atau faraj tercengkam tanpa kawalan (vaginismus). Dia tidak tahu yang hubungan kelamin melibatkan kemasukan ereksi ke dalam faraj dan tidak tahu mengawal faraj.

Isteri perlu melegakan faraj ketika suami hendak menyalurkan zakar ke dalam farajnya! Selagi dia tidak diberi petunjuk atau cara gaya tentang teknik persetubuhan sama ada daripada suami yang arif dalam perkara tersebut atau mendapat bantuan kaunselor atau bimbingan daripada doktor atau seksologis, selagi itu dia tidak akan dapat menyempurnakan peranannya.

Dia akan mendiamkan diri dan mungkin beranggapan yang suaminya tidak tahu atau gagal untuk melakukan persetubuhan kerana untuknya suami yang memainkan peranan penting dan dia hanya ikut sahaja kehendak suami. Dia tidak memahami yang dia juga perlu memainkan peranannya untuk menjayakan hubungan seksual bersama suami dengan memberi kerjasama kepada suami.

Dr Ismail Tambi
Pakar Kesihatan Reproduktif dan Seksual

(Sumber Internet)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

10 KESILAPAN DILAKUKAN LELAKI DI TEMPAT TIDUR (SAKIT TUAN)

ADA yang membuat tanggapan, lelaki seumpama ketuhar gelombang mikro. Manakala wanita adalah periuk tekanan (slow cooker). Tanpa pengetahuan dan komunikasi, perbezaan yang ketara ini kadangkala menjadi punca perbalahan dan persengketaan. Siapakah yang patut dipersalahkan? Adakah lelaki kerana bersikap terlalu mendesak dan ingin segalanya selesai dalam tempoh lima minit? Ataupun wanita yang sering kali bersikap acuh tak acuh sewaktu ‘diminta’ menjalinkan hubungan intim? Tip di bawah ini barangkali mampu memberitahu kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan kaum Adam dan memahami masalah yang dihadapi oleh golongan hawa.

1. Atmosfera yang tidak memberangsangkan

Anda tidak perlu menjadi seorang pereka hias dalaman. Tetapi ‘kerja’ anda akan menjadi lebih mudah sekiranya atmosfera adalah selesa dan cukup merangsangkan. Ia bermakna tiada baju kotor atau pinggan mangkuk yang bersepah di dapur. Untuk itu, pastikan keadaan rumah agak kemas, malapkan lampu, pasangkan muzik yang lembut dan hidangkan minuman.

2. Mengelakkan cumbu-cumbuan

Wanita kadangkala memerlukan ‘juadah pembuka hidangan’ sebelum menghadap menu utama. Sesuatu yang mudah seperti usapan menggoda, ciuman bernafsu atau berbisik di telinga diikuti dengan satu pandangan yang menusuk ke kalbu mampu memberikan perbezaan.

3. Bergerak terlalu pantas


Bersabar sewaktu di tempat tidur akan menyebabkan wanita lebih panas dan menjurus kepada pengalaman seksual yang hebat buat anda berdua. Jadi berlatihlah untuk bersabar dan bergembira dengan apa yang terhidang di depan mata. Percayalah, anda berdua akan berasa gembira.

4. Tidak mengendahkan bahasa tubuhnya

Wanita biasanya malu untuk memberitahu apa yang dikehendakinya di bilik tidur. Jadi cubalah untuk ‘membaca’ gerak balas terhadap sentuhan yang diberikan. Sekiranya, dia cuba berpaling apabila disentuh, ini bermakna anda agak kasar. Kalau sebaliknya, inilah masanya untuk memulakan pelayaran.

5. Mencuba banyak teknik pada satu-satu masa

Ramai wanita memiliki sikap yang gemarkan aktiviti yang mencabar dan sanggup mencuba taktik baru di tempat tidur, apabila mempercayai pasangan mereka. Bagaimanapun, anda tidak harus memaksanya melakukan pelbagai teknik yang baru satu-satu masa. Cubalah melakukannya secara perlahan-lahan dan mulakan dengan teknik yang mudah.

6. Tidak menghormatinya

Sebelum mengadakan hubungan intim, pastikan si dia melakukannya dengan penuh kerelaan. Selain itu, janganlah terlalu mendambakan pasangan, anda mampu menterjemah setiap fantasi yang anda bayangkan. Bantulah untuk memberikan respons yang tepat.

7. Bersikap terlalu dominan

Sikap suka mengarah akan menyebabkan hubungan seks menjadi punca tekanan dan tidak menyeronokkan. Apa kata cuba menyuarakan pendapat menggunakan bahasa yang lembut, berbicara dengan mata atau menggerakkan tubuhnya ke posisi yanglebih selesa. Pendekatan tersebut akan lebih membuahkan hasil.

8. Melupakan zon rangsangan pada tubuhnya

Tubuh wanita sebenarnya penuh dengan zon rangsangan yang tidak jelas kelihatan. Lain kali apabila ingin bersama, cubalah kucup bahagian tulang selangka (bahu bertemu leher), larikan jari anda di bahagian belakangnya, usap dan ciumlah pinggul atau geletek tapak kakinya. Aksi sebegini mencetuskan rasa berahi dengan cepat dan sudah pasti dia akan memberikan respons seperti diharapkan.

9. Beranggapan dia sudah puas

Hajat anda sudah tertunai. Tetapi ia tidak bermakna hajat pasangan anda sudah dipenuhi. Ingatlah ada orang lain selain anda. Sekurang-kurangnya cubalah untuk menggembirakannya. Begini sekiranya puas, dia pasti ingin tidur sebentar bersama anda.

10. Adegan selepas seks

Jangan terus tidur sebaik sahaja selesai mengadakan hubungan seks. Sekurang-kurangnya luangkan masa selama 30 minit untuk berbual atau bersenda gurau dengan pasangan anda. Jika berupaya melakukannya, anda adalah antara lelaki yang sememangnya mempunyai daya tarikan yang kuat terhadap wanita.

Dr Ismail Tambi
Pakar Kesihatan Reproduktif dan Seksual

(Sumber Internet)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

ISTERI KECEWA TIADA BELAIAN (SAKIT TUAN)

SOALAN

SAYA baru berkahwin setengah tahun lalu. Namun sepanjang perkahwinan kami, saya tidak pernah puas setiap kali mengadakan hubungan seks.

Pada awal perkenalan, saya akui risau kerana suami saya bukan jenis penyayang dan mengambil berat.

Dia tidak pernah mengungkapkan kata-kata romantis, tetapi saya bersetuju mengahwininya atas dasar sayang dan percaya sebagai manusia normal, dia pasti berubah.

Saya tidak sangka sikapnya yang keras terbawa-bawa ketika melakukan hubungan seks dengan saya. Malah, dia juga bersikap acuh tidak acuh ketika kami bersama.

Bayangkan, dia hanya berbaring menghadap siling dengan hanya sebelah tangan memegang saya, manakala 'kerja' yang lain saya harus lakukan sendiri.

Mungkin kalau setiap hari kami melakukannya, wajarlah dia bersikap demikian.

Namun, kadangkala hanya seminggu sekali. Saya hampa sangat sebab sebagai wanita, saya memerlukan 'foreplay' (cumbuan). Saya terperanjat apabila dia memberitahu yang dia tidak tahu apa itu 'foreplay'!

Saya faham suami saya banyak masalah dan memang sentiasa fikirkan cara untuk memajukan bisnes, tetapi sebagai manusia normal bukankah keinginan semula jadi untuk berasmara bagi meredakan tekanan. Ini tidak, setiap kali saya yang harus memulakan dulu.

Tolonglah doktor, jiwa saya kini merana. Dalam usia pertengahan 20-an, memang saya tidak mampu membendung keinginan untuk mendapat hubungan seksual yang sempurna.

Pn Mira,
Serdang, Selangor

JAWAPAN

MANUSIA ialah satu-satunya makhluk Tuhan yang tiada batasan masa berintiman secara seksual dan memang biasa untuk mana-mana pasangan mengadakan hubungan seks bukan saja untuk mendapat zuriat, malah juga untuk keseronokan dan kemesraan bersama.

Memang rugi jika tubuh badan yang diberi Tuhan untuk berinteraksi secara seksual tidak digunakan. Memang elok untuk puan mendedahkan perasaan sebagai wanita sihat dan mempunyai nafsu, naluri dan syahwat yang dianugerah Tuhan dan sifat manja yang memerlukan kasih sayang dan belaian daripada suami.

Malangnya, suami anda bukan daripada golongan suami yang ideal. Apa masalah sebenar, hanya dia yang tahu. Anda sudah berusaha sebagai isteri yang cemerlang untuk membantunya mengikut kemampuan anda.

Namun, apa daya dia tidak pedulikan semua itu dan tidak bertanggungjawab kepada kewajipannya.

Pada pendapat saya, apa yang anda kehendaki ialah belaian, kasih sayang dan keintiman hak anda.

Jika suami anda tidak dapat menunaikannya, dia perlu mendapat rawatan jika ada masalah untuk memunaikan tanggungjawapnya sebagai suami.

Kini rawatan moden dapat mengatasi sebahagian besar masalah seksual. Anda juga boleh rujuk kepada Jabatan Agama Islam untuk membuat aduan dan mungkin dengan bimbingan yang suami anda dapat daripada kaunselor, dia akan berubah.

Mungkin ini yang anda perlu lakukan jika tiada lagi jalan lain. Mudah-mudahan berjaya dan rumah tangga anda aman hendaknya.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

INGIN CUBA PAM VAKUM (SAKIT TUAN)

SOALAN

SAYA berusia 23 tahun dan bercadang melangsungkan perkahwinan setahun lagi. Saya pernah melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya dengan kekasih tetapi tidak sehingga melakukan hubungan seks, cuma sentuhan pada organ seksual masing-masing.

Masalah yang saya hadapi ialah, kekasih merungut kemaluan saya kecil. Justeru, saya berhasrat mencuba krim dan juga pam vakum. Namun, selepas membaca pelbagai isu mengenai pil dan alat tiruan, saya menjadi takut.

Zie,
Tampoi, Johor

JAWAPAN

MEMANG isu saiz dan bentuk anggota sulit lelaki adalah topik yang hangat dan kerap dipertikaikan. Walaupun banyak kali diperjelaskan, masih ramai bertanyakan soalan sama kerana jahil.

Yang pertama, saiz dan bentuk anggota sulit lelaki tertakluk kepada baka, keturunan dan ketumbesaran yang sempurna. Jadi jika lelaki Asia hendak dibandingkan dengan lelaki Eropah, India atau Pakistan, memang tidak sama.

Jika baka zakar kecil, maka zakar akan jadi kecil dan ini bukan masalah kesihatan kerana zakar normal boleh mengeras.

Namun, ukuran kecil, iaitu jika kurang daripada enam sentimeter (sm), zakar itu digelar zakar ‘micropenis’. Faraj wanita pula pembukaannya lebih kurang satu sm dan ukuran panjang antara enam hingga sembilan sm, tetapi boleh meluas dan memanjang mengikut acuan zakar.

Oleh kerana bahagian anggota sulit wanita yang merangsangkan wanita terletak di luar (klitoris) dan berdekatan G-spot, iaitu langit faraj dan tiga sentimeter dari pembukaan faraj, zakar yang berukuran enam hingga sembilan sm masih mampu memberi kepuasan syahwat kepada wanita berkenaan.

Bagaimanapun, tidak dinafikan sebilangan wanita berasa lebih teruja dengan saiz zakar yang luar biasa.

Pada masa ini, semua pil, krim dan alat pam didapati tidak berkesan serta membazirkan wang. Kaedah ‘somatoterapi’ atau suntikan minyak cendana kepada anggota sulit hanya mengakibatkan keradangan isi dan mengakibatkan bahagian itu membesar, tetapi tidak panjang, malah zakar akan kelihatan kontot.

Sehubungan itu, jangan cuba kaedah mengarut itu yang dipasarkan oleh beberapa pengamal bukan doktor, tabib atau pembantu hospital. Jika sudah besar, zakar kelihatan macam kena sakit untut. Pemulihan ialah melalui pembedahan, lagi mahal dan tidak pulih dengan sempurna! Ramai artis terperangkap dengan kaedah ini.

Kaedah yang diuji kaji ialah kaedah penarik otot zakar atau ‘Penile Extension’ dengan menggunakan alat penarik zakar. Kini, ada beberapa model yang murah dan tidak pernah dikaji, kecuali alat penarik zakar yang dikenali sebagai ‘Andropenis’.

Maklumat mengenai alat ini ada dalam laman www.andromedical.com. Saya syorkan anda berjumpa doktor terlebih dulu untuk menjalani pemeriksaan sama ada zakar anda kecil atau biasa. Kadangkala dalam keadaan tertentu kedudukan ereksi tidak mantap dan ereksi kecil.

Dalam keadaan yang ghairah dan teruja, ereksi boleh menyemarak dan membesar secara luar biasa.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

BAHAYA PENAGIH ONANI (SAKIT TUAN)

ONANI masalah lazim yang dibangkitkan kepada pakar sakit tuan. Di dalam bidang perubatan sendiri, banyak pertikaian mengenai amalan ini dengan kebanyakan pakar psikologi berpendapat ia satu cara untuk mengenali diri secara mendalam, terutama mengenai tindak balas perasaan syahwat dan kemuncak rangsangan seksual.

Bagaimanapun, mereka tidak menjelaskan apa perlu dilakukan apabila amalan itu bertukar kepada ketagihan kerana saya menerima begitu banyak soalan daripada mereka yang mengaku sebagai ‘penagih onani’.

Perlu diingatkan yang mereka membabitkan semua peringkat usia dengan sebahagian besarnya remaja dan bujang, tetapi golongan sudah berkahwin turut tidak ketinggalan dengan amalan ini, malah ada yang menyifatkan berasa lebih puas dengan beronani. Anda boleh bayangkan tekanan yang anda berikan kepada anggota sulit dan sistem syahwat anda dengan beronani.

Jika anda lakukan onani secara luar biasa seperti melakukan rangsangan seksual secara kasar dan kuat untuk mengecapi klimaks, mungkin apabila beristeri, anda akan mendapati bersetubuh dengannya tidak memberi kepuasan seperti anda kecapi secara onani. Masalah ini dikenali sebagai ‘Traumatic Masturbatory Syndrome’. Yang menimbulkan masalah ialah onani mengakibatkan klimaks anda berlaku dengan cepat, yang jika berterusan dan diamalkan akan mengakibatkan anda tidak dapat bertahan lama apabila mengadakan hubungan seksual sebenar.

Selain itu, jika agak ganas dengan cara merangsang anggota sulit anda sehingga mengakibatkan anggota itu sakit dan bengkak, kemungkinan satu hari anda akan mengalami mati pucuk apabila kerosakan lama menunjukkan kesannya. Ini kerana anggota sulit adalah organ vaskular dan tidak boleh diurut atau dirangsang dengan keras. Ia hanya sesuai untuk dirangsang melalui salur faraj perempuan. Berkaitan dengan benih dan kesuburan bukan dalam pengaruh onani. Sehubungan itu, bagi anda yang sihat dan mempunyai buah zakar yang berfungsi dengan baik, ia pasti mampu menghasilkan sperma.

Namun, saya ingin mengingatkan yang kerosakan buah zakar boleh berlaku pada bila-bila masa ketika melakukan onani, dan jika ia berlaku dan menjejaskan kilang sperma, sudah tentu anda akan mandul kerana sperma tidak lagi dihasilkan ‘kilang’. Sebagai contoh, anda melakukan onani dalam keadaan tidak terkawal seperti pengaruh alkohol, menyebabkan tidak tahu atau sedar ketika itu anda teragut buah zakar atau mencederakan buah zakar.

Anda hanya menyedari selepas beberapa lama yang buah zakar anda menjadi semakin kecil atau bengkak, dan jika kilang sperma terjejas, anda akan menjadi mandul. Sudah tentu perkara yang menyeronokkan sukar untuk dihentikan, kecuali berlaku sesuatu perkara yang memudaratkan seperti keradangan buah zakar, kecederaan zakar seperti kebengkakan zakar.

Bagaimanapun, ia sudah terlewat jika tiada cara perawatannya. Mungkin jika zakar terkulai, bengkok atau patah, ada cara rawatan seperti pemulihan dengan pembedahan atau penggunaan alat pemulih. Namun, jika kilang sudah rosak dan buah zakar mengecil, tiada penawarnya. Jadi cuba kurangkan amalan onani, terutama secara kasar. Anda perlu ingat, anda hanya ada satu zakar, bukan sepasang. Jika zakar itu tidak berguna, hidup anda merana selama-lamanya!

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

RAHSIA GELORA (SAKIT TUAN)

APABILA seorang lelaki bertanya mengenai 'klimaks' wanita, ramai antara kita mempunyai pandangan serong terhadapnya. Malah, ada yang terus menuding jari menuduhnya sebagai gatal.

Hakikatnya, cukup penting bagi seorang lelaki untuk mengetahui 'point' yang mampu membangkitkan keghairahan seseorang wanita bagi mengelak kerap 'tewas' ketika berasmara, seterusnya menimbulkan masalah di dalam rumah tangga mereka.

Perlu diingatkan, wanita juga mempunyai naluri, nafsu syahwat dan perasaan ghairah. Apabila wanita itu dalam keadaan ghairah dan bersedia melakukan hubungan seks, anggota seksualnya terangsang.

Pada masa ini, darah banyak masuk ke saluran anggota sulitnya, sekali gus membuatkannya bergelora dan bersedia menerima kemasukan alat kelamin pasangan.

Jika dalam keadaan bersedia dan mendapat rangsangan berterusan, dia akan mencapai kemuncak rangsangan, iaitu orgasma. Ketika itu, dia akan berasa dirinya terapung dalam suasana ghairah.

Seorang wanita boleh mencapai beberapa kali orgasma jika dia masih berhajatkannya sebelum berasa letih. Ketika dia mencapai 'kemuncak', kulit muka dan payu daranya akan kelihatan kemerahan dan titisan peluh akan keluar, seterusnya dia akan masuk ke fasa resolusi atau kelegaan.

Bagi mencapai kemuncak rangsangan seksual, adalah penting untuk mengenali bahagian anggota seksual yang mudah mencetuskan rangsangan. Kebanyakan wanita mudah mencapai kemuncak klitoris jika dibandingkan dengan kemuncak faraj, terutama jika pasangan tidak mampu bertahan lama.

Kadangkala menggunakan jari atau mulut dapat mencetuskan kemuncak klitoris. Jika jari juga digunakan ke langit faraj, iaitu antara tiga hingga empat sentimeter daripada pembukaan faraj di bahagian yang dikenali sebagai 'G-Spot', kemuncak faraj atau G-Spot boleh berlaku.

Apabila wanita sudah kenal pasti proses kemuncaknya, mudah untuk dia menghayati pada masa lain. Pada masa sama, dia perlu memainkan fungsi untuk mencapai kemuncak dengan memberi panduan kepada pasangannya mengenai tempat dan cara dia mahu anggota seksualnya dirangsang.

Ini cukup penting jika pasangannya cepat klimaks. Dia boleh mencadangkan kepada pasangan supaya merangsangkannya dulu dan ketika dia sampai ke 'pintu' kemuncak, seks penetratif boleh dilakukan.

Posisi tertentu dapat memberi kemuncak dengan lebih mudah dan didapati posisi wanita di atas dapat mencetuskan kemuncak dengan mudah untuk wanita. Ini kerana dalam posisi itu, wanita yang melakukan dayungan dan gerakan yang dilakukannya mengikut rentak yang akan mencetuskan kemuncak dengan senang.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

AKSI GANAS (SAKIT TUAN)

SOALAN

SAYA baru mendirikan rumah tangga. Yang menimbulkan kebimbangan ialah kehendak seksual ‘luar biasa’ suami saya yang gemarkan aksi ganas. Saya pula bimbang perlakuan itu akan mendatangkan kecederaan kepada zakarnya.

Selain itu, suami saya kerap menyuruh saya melakukan seks oral yang ganas dan kemudian menelan air maninya. Saya ingin tahu kesannya terhadap kesihatan.

INA,
Kuala Lumpur

JAWAPAN

ANGGOTA sulit mengandungi tisu lembut dan sensitif. Ia perlu dikendalikan secara cermat ketika merangsang anggota berkenaan. Justeru, secara logik, anggota sulit lelaki dan wanita dibentuk untuk digunakan bersama dalam hubungan seksual.

Bagi onani, menggunakan kekerasan kepada anggota sulit boleh mengakibatkannya mengalami kecederaan dan kehilangan fungsinya seperti daya sensitiviti. Sudah tentu ini akan memberi kesan negatif kepada hubungan seksual jangka panjang di kemudian hari.

Sehubungan itu, jika hendak merangsang anggota sulit, sama ada secara sendiri atau dilakukan pasangan untuk mengecapi keseronokan seksual, perlu dilakukan secara lembut dengan bantuan bahan pelicin. Antaranya ialah jeli pelicin mesra anggota sulit seperti jeli jenama Durex.

Seks oral yang membabitkan penggunaan lidah, mulut dan bibir untuk merangsang anggota sulit perlu dilakukan secara cermat. Berikutan mulut mengandungi banyak kuman, rangsangan yang dilakukan kepada anggota sulit perlu dilakukan tanpa memberi kecederaan. Jangan sampai anggota itu tergigit kerana ini boleh mengakibatkan anggota yang tercedera itu terdedah kepada jangkitan.

Jika anda dan suami gemar dengan cara seks oral dan peka dengan penjagaan kebersihan, tiada sebab kenapa anda dan suami tidak boleh melakukannya.

Untuk makluman anda, seks oral ditakrif sebagai seks luar tabii dan jika tertangkap boleh dihukum mengikut undang-undang.

Mengikut pandangan Islam pula, boleh dilakukan dalam konteks perkahwinan dan kerelaan kedua-dua pasangan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

FENOMENA LELAKI REMAJA (SAKIT TUAN)

Mengalami mimpi basah petanda akil baligh

SUDAH berusia 15 tahun tetapi masih kencing malam. Mungkin kedengaran pelik, tetapi masalah ini berlaku kerana beberapa faktor yang kadangkala disalah anggap oleh masyarakat, menyebabkannya menjadi lebih kritikal.

Memang diakui jarang lelaki pada awal usia remaja mengalami masalah kencing malam, terutama terkencing atas katil. Namun, keadaan ini boleh berlaku jika seseorang itu mengalami keradangan pundi kencing, menyebabkannya tidak berdaya menahan kencing.

Ini mengakibatkan seseorang itu tidak sempat bangun daripada tempat tidur untuk ke bilik air. Jika terlalu kerap kena bangun untuk membuang air kecil, ini mungkin petanda keradangan pundi prostat dan biasanya ia ada kaitan dengan infeksi prostat.

Sebilangan lelaki awal remaja mungkin tidak tahu mengenai fenomena ‘mimpi basah’ dan akan menganggapnya sebagai ‘kencing malam’. Mimpi basah memang susah dikawal dan seseorang itu hanya sedar selepas bangun daripada tidur.

Ketika itu, dia hanya berasa kelembapan dan tidak terlintas yang kebasahan itu bukan kencing. Jarang lelaki terbangun ketika ia berlaku.

Jika terbangun, kemungkinan besar dia tahu air yang keluar bukan air kencing kerana lebih pekat dan berbau luar biasa. Malah, mungkin ketika itu baru timbul kesedaran yang air itu adalah air mani!

Saya ingin tekankan adalah biasa untuk lelaki remaja mengalami mimpi basah apabila sudah akil baligh. Ini bukan tanda penyakit, malah menunjukkan sistem reproduksi seseorang itu dalam keadaan sihat. Ia boleh berlaku secara kerap dan ini juga bukan petanda penyakit.

Dalam keadaan tidur nyenyak mungkin kerana letih, sistem urat saraf yang mengawal ejakulasi menjadi aktif dan mengakibatkan ejakulasi atau mimpi basah berlaku apabila anggota sulit tersentuh ‘sesuatu’. Ia juga mudah berlaku apabila lelaki yang kerap beronani mengurangkan perbuatan itu.

Bagaimanapun, apabila seseorang itu tidak dapat membezakan air yang keluar secara kerap, sesuatu perlu dilakukan bagi memastikan ia bukan satu masalah. Nasihat saya ialah berjumpa doktor.

Namun, nasihat terbaik ialah jika hendak menjaga kesihatan, anda perlu amalkan gaya hidup sihat. Lakukan senaman berkala dan luaskan kehidupan sosial supaya anda dapat berinteraksi dengan lelaki dan wanita dalam keadaan sihat.

Memang seks mustahak dalam kehidupan kita, tetapi ia satu tanggungjawab dan memerlukan kematangan fizikal dan mental. Seseorang itu akan dapat menghayatinya dengan baik kelak.

Sehubungan itu, adalah penting untuk mengelak aktiviti onani, duduk bersendirian, tiada interaksi sosial dan tidak bersenam kerana ia akan menekan kesihatan dan membuat anda berasa seperti menghidap ‘seribu satu jenis penyakit’.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

USAH SOROK MASALAH (SAKIT TUAN)

SUDAH menjadi lumrah, manusia yang berpasangan dan berkeluarga akan menikmati hubungan keintiman seks kerana ia bukan saja penting untuk mendapatkan zuriat, tetapi juga mengeratkan hubungan silaturahim suami isteri.

Bagaimanapun, untuk menjayakan hubungan seksual, seseorang itu harus ada keyakinan diri terhadap tahap kesihatan mereka. Bagi yang mendapati ada ‘masalah dalaman’, perkara sebaik-baiknya ialah merujuk dan mendapatkan rawatan doktor.

Mendiamkan diri tanpa berbuat apa-apa apabila berasa sesuatu tidak kena terhadap tahap kesihatan mereka bukan saja tidak digalakkan, tetapi berbahaya.

Malah, bersikap terbuka dan tidak menyorok masalah dengan berlagak seperti tiada apa berlaku dapat menyelamatkan tekanan ke atas diri sendiri dan pasangan.

Tiada sebab individu yang mengalami masalah penyakit jantung tidak dapat berfungsi sebagai individu yang normal daripada segi kemampuan batinnya jika penyakitnya mendapat rawatan.

Jika dia dapat melakukan aktiviti harian dan dapat menaiki tangga tanpa terasa kepenatan atau sesak nafas, hubungan kelamin mampu dilakukannya selagi dia boleh mencapai ereksi.

Sebahagian besar lelaki yang mengalami sakit jantung tidak mampu mencapai ereksi yang mencukupi, sama ada ereksi tidak kekal atau tiada langsung, walaupun sangat terangsang.

Malah, lelaki berusia 40 tahun ke atas yang kerap mengalami masalah ereksi perlu diperiksa untuk memastikan sama ada mereka ada penyakit jantung.

Bagaimanapun, tiada sebab lelaki yang selesai menjalani pembedahan pemintasan jantung tidak dapat melakukan hubungan seksual kerana kesihatan tubuhnya pulih, melainkan jika dia mengalami Disfungsi Erektil (DE) yang mana mereka perlu mendapatkan rawatan.

Jika isteri yang sihat mendapati sesuatu tidak kena dengan suami, tidak salah untuk bertanya perkara itu kerana tiada sebab untuk pasangannya menyembunyikan masalah kelemahan syahwatnya hanya untuk menutup aib.

Selain kesihatan jantung, banyak masalah kesihatan boleh menggugat kemampuan syahwat lelaki seperti tua. Kemungkinan lelaki berumur 40 tahun mengalami DE ialah 40 peratus.

Hormon testosterone didapati memainkan fungsi mengukuhkan keaktifan otot zakar dan tindak balas ereksi, dan ini juga menurun apabila usia lelaki mencapai 40 tahun ke atas.

Semua masalah ada rawatan dan yang mustahak ialah untuk lelaki itu berjumpa doktor. Ubat PDE-5 Inhibitor saperti Viagra, Cialis dan Levitra dapat membantu melancarkan darah ke dalam otot zakar ketika hendak melakukan persetubuhan.

Ubat ini tidak boleh makan bersama ubat ‘Nitrate’ yang biasa diberi kepada lelaki yang sakit jantung. Biasanya Nitrate tidak lagi diperlukan lelaki yang menjalani pemintasan darah kepada jantung.

Selain ubat ini, ada pendekatan lain seperti terapi suntikan Kavernosa dengan ubat Caverject. Pam vakum juga sesuai jika tiada cara lain. Yang mustahak ialah lelaki itu berjumpa doktor dan bukan segala ‘pak karut’ atau tukang urut. Sampai masanya rawatan DE dikendali melalui rawatan moden.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

PUNCA BERUBAH WARNA (SAKIT TUAN)

LELAKI sungguh prihatin dengan organ seksual mereka. Berikutan sikap semulajadi itu, mereka kerap ‘gelabah’ apabila mendapati organ seksual mereka tidak menepati apa yang dilihat, terutama kepada ‘kaki’ filem lucah.

Saya kerap menerima soalan mengenai warna air mani. Setiap kali ada perubahan pada warna cecair mengandungi sperma itu, mereka terus menjadi ‘serabut’ dengan berfikiran sudah dijangkiti penyakit kelamin.

Ini adalah pemikiran sempit. Mungkin kepada lelaki yang mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti seks bebas, mereka sentiasa diburu bayang-bayang dosa sendiri.

Namun, tidak semua perubahan air mani ada kaitan dengan penyakit seks.

Saya memberi contoh soalan ini: “Air kencing saya kadangkala mempunyai lendir berwarna kuning. Begitu juga air mani saya. Kadangkala air mani saya juga tidak berwarna putih seperti biasa. Ia berwarna ‘koko’ seakan-akan bercampur darah."

“Saya juga mengalami masalah di mana saya tidak berasa senak apabila sesuatu berlaku pada buah zakar saya, seperti terkena tendangan bola. Adakah ini menunjukkan buah zakar saya sudah tidak berfungsi?”

Di dalam dunia perubatan sakit tuan, warna air mani tertakluk kepada cecair yang banyak keluar daripada pundi yang terbabit menghasilkan air mani.

Jika ia berwarna kekuningan, kemungkinan besar banyak cairan keluar daripada pundi seminal dan jika ia kelihatan kelabu putih, itu bermakna banyak cecair datang daripada pundi prostat.

Jika warna kelihatan ‘koko’ pula, ia menunjukkan ada kandungan darah dalam air mani dan mungkin petanda jangkitan dalam pundi prostat.

Kadangkala air mani kekuningan menjadi petanda jangkitan kepada pundi prostat.

Bagaimanapun, semua perkara di atas perlu mendapat kepastian dan bukan sekadar melihat apa perubahan yang berlaku tetapi tidak menjalani rawatan doktor kerana bimbang disahkan mengidap penyakit, terutama kelamin yang sungguh memalukan.

Namun, tidak semua penyakit kelamin berasaskan seks bebas atau meniduri ‘wanita kotor’, sebaliknya boleh berlaku disebabkan kerosakan kepada beberapa pundi yang penting di dalam ‘dunia seksualiti’ lelaki.

Jangan ‘dibuai’ kebimbangan tanpa bersebab. Berjumpalah doktor, bukan bomoh atau tukang urut untuk ketenangan fikiran apabila anda berasa ada perubahan pada organ seksual.

Saya juga menasihatkan supaya anda jangan bertanya yang bukan pakar seperti rakan kerana nasihat yang tidak betul akan memudaratkan anda seumur hidup.

Mengenai perasaan senak yang biasa timbul jika buah zakar tercedera, itu tertakluk kepada keadaan.

Kebiasaan untuk kerandut mengecut ketika sesuatu kemalangan berlaku kepada buah zakar. Ini satu perlindungan semulajadi yang tidak perlu dibimbangkan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KESAN ONANI TERHADAP HUBUNGAN SEKS (SAKIT TUAN)

SOALAN

SAYA baru sahaja mendirikan rumah tangga kurang setahun yang lalu. Namun saya mempunyai masalah dalam hubungan seks kerana saya tidak dapat mengekalkan ereksi.

Saya juga mendapat rungutan daripada isteri kerana tidak dapat memuaskan hatinya. Apakah onani yang saya amalkan sejak sekian lama memberikan kesan kepada hubungan seks ini?

JAWAPAN

AMALAN onani yang telah diamalkan sejak sekian lama boleh memberikan kesan kepada hubungan intim yang normal. Lebih teruk lagi sekiranya onani yang dilakukan menggunakan cara yang ekstrem.

Onani sememangnya berbeza dengan hubungan seks yang normal kerana anda tidak perlu untuk memberikan pertimbangan kepada pasangan anda, malah anda lakukan untuk kepuasan diri sendiri semata-mata.

Hubungan intim yang normal memerlukan anda lebih bertimbang rasa serta mementingkan keselesaan di samping menghormati keinginan pasangan.

Sekiranya anda tidak dapat memenuhi harapan pasangan, tentunya ia boleh menjejaskan kualiti hubungan intim.

Onani yang dilakukan secara ekstrem akan memberikan tekanan berlebihan kepada alat kelamin yang boleh memberi kecederaan kepada saraf. Kecederaan saraf akan menjejaskan pengaliran darah ke zakar yang menjejaskan ereksi.

Ada juga yang melaporkan mereka bukan sahaja sukar untuk mengekalkan ereksi, malah ada kalanya tidak dapat mencapai ereksi.

Kajian ada menunjukkan bahawa mereka yang beronani bukan sahaja menjejaskan kualiti hubungan intim, tetapi juga lebih berisiko untuk mendapat mati pucuk.

Seharusnya anda menghentikan amalan onani dan mulakan amalan-amalan yang lebih sihat seperti dengan kawalan minda dan rangsangan seks yang lebih sihat. Jauhi rokok, pil ekstasi dan alkohol.

Terdapat kajian yang menunjukkan gingko boleh menggalakkan kesan oksida nitrik bagi membantu merehatkan dinding salur darah supaya aliran darah dapat ditingkatkan.

Hasil penemuan mengenai Horny goat weed pula mendapati ia dapat memperbaiki fungsi erektil di kalangan lelaki.

(Sumber Utusan Malaysia)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

ISTERI KURANG MINAT HUBUNGAN SEKS (SAKIT TUAN)

SOALAN

SAYA dan isteri berusia dalam lingkungan 50-an. Isteri saya sudah pun melewati fasa menopaus.

Perubahan yang boleh saya rasai adalah isteri saya kurang berminat terhadap hubungan seks. Apakah faktor penyebab dan adakah formula tertentu yang boleh membantu?

JAWAPAN


MENOPAUS merupakan satu lagi fasa yang dilalui oleh wanita, yang bukan sahaja membawa perubahan kepada fizikal tetapi juga mental dan emosi.

Selain daripada perubahan dari segi keanjalan dan kelembapan kulit yang semakin merosot, kedinginan dalam hubungan intim juga antara masalah yang kerap diperbincangkan.

Menopaus bermakna ovari berhenti daripada mengeluarkan hormon seperti estrogen, testosteron dan hormon-hormon lain. Paras hormon-hormon yang rendah turut memberikan kesan terhadap keinginan seks di kalangan wanita.

Keadaan ini juga akan menyebabkan keadaan vagina/faraj menjadi semakin kering akibat kekurangan lembapan yang turut menjadikan hubungan intim tidak selancar dahulu.

Ada kalanya kekeringan ini akan menyebabkan hubungan seks boleh menyakitkan.

Wanita menopaus juga berhadapan dengan keadaan emosi yang mudah terganggu yang mendorong kepada tekanan, rasa rendah diri, keletihan dan sebagainya.

Keadaan ini tentunya turut memberikan kesan kepada keinginan seks dan hubungan mesra di antara pasangan.

Wanita pada fasa ini juga lebih terdedah kepada masalah jangkitan urogenital seperti jangkitan pada saluran kencing, jangkitan kulat dan bakteria yang boleh mendatangkan ketidakselesaan semasa hubungan intim.

Pengambilan sesetengah herba seperti Damiana atau nama saintifiknya Turnera Diffusa boleh menambahkan kepekaan terhadap rangsangan pada bahagian alat kelamin wanita.

Withania membantu dari segi fungsi saraf yang sihat dan membantu tekanan emosi.

Bagi yang mengalami ketidakselesaan sewaktu menopaus, pengambilan Horny goat weed atau epinedium sagittatum mungkin boleh membantu wanita mengurangkan kelesuan dan masalah yang berkaitan.

Begitu juga dengan ginseng yang menggalakkan aliran darah ke tisu-tisu vagina dan pengikatan pada sel penerima hormon.

(Sumber Utusan Malaysia)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

HIPERTENSI JEJASKAN SYAHWAT (SAKIT TUAN)

SOALAN

SAYA berumur 32 tahun dan baru saja mendirikan rumah tangga. Sebenarnya, saya segan untuk bertanyakan soalan ini. Masalah saya ialah, ada kalanya apabila saya ingin melakukan hubungan kelamin dengan isteri saya, alat kelamin saya agak lemah atau kurang tegang.

Untuk pengetahuan doktor, masalah ini telah berlarutan selama setahun lebih. Saya ada makan ubatan herba seperti Gingko, Ginseng dan herba yang mengandungi herba “Tribulus”. Herba ini amat berkesan tetapi ada masanya ia tidak memberikan sebarang reaksi.

Saya juga berhenti dari merokok sekurang kurangnya sejam sebelum berintim. Minuman beralkohol sama sekali saya tidak menyentuhnya. Namun, apa yang menyedihkan, ia tidak memberikan hasil yang diingini. Saya juga mempunyai masalah tekanan darah tinggi.

Jadi ubat (Micardis) yang saya makan mempunyai kesan yang amat tipis terhadap ketegangan alat kelamin. Saya tidak mempunyai penyakit kencing manis. Berdasarkan kepada keterangan ini, apakah punca masalah saya yang doktor rasakan dan bagaimanakah cara untuk mengatasinya?

Suami Pening

JAWAPAN

UNTUK
pengetahuan saudara, ubat Micardis yang saudara ambil untuk merawat penyakit darah tinggi boleh memberikan kesan terhadap libido (nafsu syahwat), sekali gus menyebabkan masalah ereksi (ketegangan alat sulit lelaki).

Saya juga menyarankan agar saudara berhenti merokok sepenuhnya kerana tabiat itu mampu menyumbang kepada gangguan disfungsi eretil (mati pucuk) sebagaimana yang saudara gambarkan di atas.

Saudara perlu berjumpa dengan doktor yang telah mempreskripsikan anda dengan Macardis dan bincangkan dengan beliau sekiranya saudara boleh menukar kepada ubat-ubatan lain bagi merawat hipertensi, yang tidak menjejaskan ereksi anda.

Bincangkan juga dengannya tentang langkah-langkah antimerokok yang boleh saudara ambil bagi membantu menghentikan aktiviti tersebut sama sekali.

(Sumber Utusan Malaysia)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

PRIAPISM : EREKSI LEBIH EMPAT JAM (SAKIT TUAN)

INI amaran keras kepada lelaki yang gemar mendapatkan perkhidmatan seks urut batin. Kononnya hendak menikmati keseronokan sementara tetapi akhirnya mati pucuk yang dapat!

Urut batin – urut pada bahagian alat kelamin seperti melakukan onani atau melancap boleh menyebabkan ereksi yang berpanjangan sehingga lebih empat jam atau dalam istilah perubatannya - priapism.

Perkataan priapism berasal dari Greek yang selalu diibaratkan dengan alat kelamin yang besar.

Jika dalam tempoh berkenaan keadaan itu tidak diberikan layanan sebagai kecemasan perubatan, ereksi yang diiringi dengan kesakitan itu boleh berlarutan sehingga lebih 12 jam lamanya, menyebabkan kerosakan kekal.

Tindakan melengah-lengahkan rawatan dengan berjumpa doktor (bukannya tabib tepi jalan), boleh mengakibatkan parut pada zakar di mana anda tidak mampu lagi mendapatkan ereksi normal seperti sediakala.

Priapism boleh juga terjadi secara spontan kepada sesiapa jua termasuk kanak-kanak di antara usia 5 hingga 10 tahun. Dan jika ereksi anda tidak mahu kendur, apakah yang harus anda lakukan?

Langkah pertama yang mungkin boleh anda ambil adalah dengan menjadi seorang yang amat bimbang tentang insiden itu dan usah tunggu lagi. Segeralah mendapatkan rawatan sewajarnya jika zakar menegang lebih empat jam.

Pakar Perunding Urologi, Hospital Pakar Putra, Melaka, Dr. S Kumaresan berkata, priapism merupakan satu keadaan di mana alat kelamin akan menjadi tegang lebih daripada empat jam dan keadaan itu; ‘‘Uhhh..., sangat menyakitkan."

‘‘Alat kelamin lelaki menjadi tegang (ereksi) dan tidak dapat kembali kepada keadaannya yang asal walaupun tanpa diiringi oleh rangsangan seksual secara fizikal atau psikologi."

‘‘Priapism terjadi apabila air mani telah keluar tetapi alat kelamin masih tegang. Ini berlaku kerana darah yang disekat dari keluar masih tersekat di alat kelamin dan pada masa yang sama darah yang masuk telah berkurangan."

‘‘Disebabkan oleh kekurangan oksigen dan penambahan asid, alat kelamin akan sakit dan terus tegang kerana darah yang masuk tidak dapat mengalir keluar,’’ katanya.

Menurutnya, apabila ereksi berterusan sehingga lebih empat jam, darah yang terperangkap di dalam alat kelamin akan mula menebal disebabkan oleh kekurangan oksigen.

Jika dibiarkan, ia boleh mencederakan tisu-tisu zakar hingga meninggalkan kesan berparut (fibrosis) dan keras. Alat kelamin kemudiannya akan hilang ketegangan dan pesakit sukar mencapai ketegangan penis secara kekal.

Ditanya kekerapan insiden itu berlaku, Dr. Kumaresan berkata: ‘‘Mungkin tidak begitu banyak tetapi ia lebih jarang dilaporkan berbanding disfungsi erektil (ED), mungkin kerana malu."

‘‘Tetapi, semasa saya bertugas di Hospital Kuala Lumpur sedikit masa dahulu, saya menerima antara tiga hingga empat pesakit dalam sebulan,’’ ujar beliau.

Teori alat kelamin

Apabila darah yang mengandungi oksigen mengalir masuk dan darah yang tidak mengandungi oksigen disekat, maka keadaan ini akan menambahkan darah di dalam alat kelamin dan menyebabkan alat kelamin menjadi tegang.

Alat kelamin akan mula kehilangan ketegangan apabila seseorang individu itu mengeluarkan air maninya.

Keadaan ini terjadi kerana darah yang masuk ke dalam alat kelamin akan berkurangan dan pada masa yang sama, sekatan untuk darah keluar dari alat kelamin akan hilang dan ini menyebabkan alat kelamin menjadi lembik.

Gejala


* Ereksi yang berpanjangan sekurang-kurangnya empat ke enam jam

* Ereksi yang tidak mempunyai kaitan dengan dorongan seksual, atau yang berterusan sekalipun selepas menerima rangsangan seksual ataupun orgasm/puncak syahwat berakhir

* Ereksi yang menyakitkan

* Penis tegang tetapi berasa lembut pada hujungnya.

Jenis-jenis

* Iskemik (aliran rendah) di mana aliran darah keluar penis lemah atau terhalang, selalu terjadi di kalangan individu yang sihat. Bentuk ini mewakili kira-kira 90 peratus kes priapism dan dikira sebagai satu kecemasan perubatan yang memerlukan perhatian segera pakar

* Bukan iskemik (aliran tinggi). Jenis ini lebih kurang ditemui, kurang menyakitkan dan boleh jadi juga, langsung tidak menyakitkan. Lazimnya, ia sering dikaitkan dengan pembuluh darah yang pecah disebabkan oleh trauma dan kecederaan pada zakar atau kawasan yang terletak di antara skrotum/buah zakar dengan anus/dubur.

Punca

Priapism terjadi disebabkan oleh kepincangan pembuluh dan saraf-saraf darah di mana darah terperangkap di dalam dan tidak boleh keluar daripada tisu-tisu zakar yang mempunyai kaitan dengan ereksi.

Penggunaan atau penyalahgunaan ubat-ubatan tertentu boleh mencetuskan priapism. Rata-rata pesakit berupaya mengambil ubat ini dengan risiko priapism yang sangat rendah. Bagaimanapun, bagi sesetengah orang, tanda dan gejala boleh bermula dalam masa beberapa minggu ke beberapa bulan kemudian.

Antara ubat-ubatan yang dimaksudkan adalah:

* Ubat-ubatan oral (yang dimakan) bagi menguruskan ED seperti sildenafil , vardenafil dan tadalafil memang diketahui mengeluarkan amaran kesan sampingan seperti penglihatan kabur, sakit kepala, ketidakcernaan dan termasuklah, ereksi berpanjangan

* Ubat antidepresan seperti trazodone

* Ubat darah tinggi (beberapa kumpulan sahaja)

* Ubat tertentu bagi merawat gangguan psikotik seperti chlorpromazine, risperidone dan olanzapine

* Ubat pencair darah (bagi mengelakkan darah beku) seperti heparin dan warfarin

* Ubat antikeresahan seperti diazepam

* Suntikan. PGE dan Papaverine disuntik di alat kelamin untuk menegangkan alat kelamin (rawatan mati pucuk) kadang-kadang boleh menyebabkan priapism.

Lain-lain penyebab priapism termasuklah:

* Penyakit darah seperti penyakit sel sikel/sabit (kekurangan sel darah merah yang sihat) di mana 40 peratus pesakit akan mendapat priapism dan, leukemia (1 peratus). Ini disebabkan oleh perlahannya perjalanan darah kerana masalah sel darah.

Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami priapism tergolong dalam mereka yang menderita kedua-dua jenis penyakit ini. Sekiranya seseorang itu menghidapi penyakit-penyakit yang tersebut di atas, ia perlulah dirawat agar priapism tidak kembali.

* Kanser seperti prostat, usus besar dan buah pinggang. Kebanyakan pesakit yang mendapat priapism akibat kanser kebiasaannya tidak boleh hidup lama kerana kanser telah merebak ke tahap yang sangat bahaya

* Kemalangan yang menyebabkan kecederaan pada tulang belakang, groin dan alat kelamin

* Darah beku

* Keradangan pada tiub uretra yang mengalirkan keluar air kencing dari tubuh

* Tumor yang terletak di pelvis/pinggul

* Penyalahgunaan dadah seperti kokain dan marijuana serta ketagihan alkohol

* Penyakit Fabry‘s iaitu sejenis gangguan metabolik yang mana lemak tidak dibakar atau dipecahkan dengan baik di dalam sistem pencernaan anda

* Keracunan karbon monoksida

* Gigitan labah-labah black widow

Dalam setengah-setengah kes, doktor tidak dapat menentukan punca priapism.

Diagnosis

Doktor anda akan memulakan proses diagnosis dengan menanyakan sejarah perubatan seperti:

* Berapa lamakah ereksi berlaku dan perbandingannya dengan tempoh ereksi normal?

* Adakah anda pernah mengalami episod ereksi yang berlarutan sebelum ini?

* Baru-baru ini, adakah anda mengalami sebarang kecederaan atau trauma pada groin atau kawasan berhampiran (celah kelangkang)?

* Adakah anda berasa sakit? Priapism iskemik merupakan satu keadaan yang sungguh menyakitkan manakala priapism bukan iskemik lebih cenderung tidak mendatangkan apa-apa kesakitan

* Apakah ubat-ubatan atau dadah yang sedang anda ambil - dipreskripsi oleh doktor, dibeli di kaunter farmasi atau mendapatkannya secara haram?

* Adakah anda mengambil alkohol?

“Selepas mendengar masalah, pemeriksaan fizikal akan dijalankan bagi mengesan sebarang bukti trauma atau keradangan uretra. Doktor akan memeriksa abdomen, perineum (kawasan di antara dubur dan lubang kencing) dan alat kelamin serta memeriksa tanda-tanda tumor yang berkaitan dengan priapism."

“Pemeriksaan alat kelamin akan menunjukkan ia tegang tetapi kepala alat kelamin lembut dan sakit. Pemeriksaan darah akan dilakukan untuk mengesan jika terdapat penyakit sel sikel atau leukemia,’’ kata Dr. Kumaresan.

Pemeriksaan ujian ultrasound doppler menggunakan refleks gelombang bunyi dijalankan untuk mengetahui perjalanan darah di dalam alat kelamin anda.

Rawatan

Berita baiknya, rawatan awal boleh menyelamatkan kelelakian anda. Kata Dr. Kumaresan, apabila priapism terjadi, pesakit akan berasa sakit dan ubat tahan sakit akan diberikan.

“Selepas itu darah dari alat kelamin akan disedut keluar dan air suling (larutan salina normal) akan dimasukkan untuk mengeluarkan darah yang tersekat di alat kelamin."

“Pada masa yang sama ubat adrenergic agonist dimasukkan beberapa kali ke dalam alat kelamin sampai priapism itu hilang. Tiada ubat untuk dimakan yang berkesan bagi merawat priapism,’’ jelasnya.

Jika darah yang dikeluarkan dari alat kelamin tidak berkesan, maka pembedahan terpaksa dilakukan.

Tujuan pembedahan adalah untuk mencantumkan saluran darah yang tersumbat di alat kelamin dengan saluran lain supaya perjalanan darah menjadi lancar dan priapism akan hilang.

Kesimpulannya

Priapism merupakan sejenis penyakit yang boleh merosakkan alat kelamin dan jika ia tidak diubati secepat mungkin iaitu kurang dari 12 jam ia akan menyebabkan fungsi alat kelamin menjadi lemah.

‘‘Ia boleh diubati dengan mendapatkan rawatan segera daripada doktor. Selain itu, masyarakat kita harus mengetahui dan mempunyai pengetahuan mengenai penyakit priapism ini."

‘‘Kebanyakan pesakit lambat mendapatkan rawatan kerana malu dan kurang pengetahuan tentang penyakit ini atau pergi mendapatkan rawatan tradisional,’’ kata Dr. Kumaresan.

Beliau turut mengambil kesempatan menasihati orang ramai agar jangan mudah terpedaya dengan ubat-ubatan tradisional yang tidak terbukti, begitu juga dengan terapi urut pada kemaluan yang boleh menyebabkan kecederaan dalaman.

‘‘Urut yang paling berbahaya selain alat kelamin adalah kawasan perut. Tekanan yang kuat boleh menyebabkan organ dalaman pecah dan memerlukan pembedahan kecemasan. Sepanjang bertugas di Kota Bharu, Kelantan tidak lama dulu, boleh dikatakan, setiap minggu ada sahaja kes-kes pembedahan seumpama ini,” tambahnya.

Oleh :
Shafinaz Sheikh Maznan

(Sumber Internet)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

HERNIA (ANGIN PASANG) - USUS TERJULUR KELUAR (SAKIT TUAN)

ANDA perasan, ada benjolan sebesar telur puyuh di celah kelangkang. Benjolan itu timbul semasa anda batuk, bersin, berdiri, berjalan, berlari atau melakukan aktiviti fizikal lain.

Namun, ia tidak kelihatan seolah-olah bersembunyi dan menghilangkan dirinya apabila anda berbaring mahupun terjaga dari tidur pada waktu pagi keesokan harinya.

Lazimnya, ia tidak mendatangkan apa-apa kesakitan, cuma rasa agak kurang selesa, malah ada benjolan yang masuk semula dengan sendirinya.

Kanak-kanak mempamerkan simptom klasik – kelihatan resah gelisah dan sering menangis sambil teriakannya diiringi dengan benjolan tenggelam timbul, selalunya pada bahagian pusat.

Benjolan itu makin ketara apabila si comel menggeliatkan tubuhnya. Perutnya pula kelihatan kembung. Benjolan yang ditolak secara lembut agar memasuki dinding otot semula biasanya berjaya memulihkan keadaan.

Jika gagal, segeralah berjumpa doktor kerana dibimbangi isi hernia terjerut sehingga menyebabkan gangguan peredaran darah yang boleh mengancam nyawa bayi anda terutamanya jika benjolan menjadi keras dan bayi (khususnya enam bulan ke bawah) mengalami muntah-muntah.

Anda mungkin pernah mendengar orang tua-tua bercakap tentang angin pasang, uluran dan burut. Inilah dia. Pakar-pakar perubatan pula memanggilnya sebagai hernia.

Walaupun namanya boleh sahaja membayangkan seorang perawan dengan rupa paras yang menarik, hakikatnya lebih ramai lelaki yang menghidapi hernia, 1:10.

Pakar Pembedahan dan Endolaparoskopi, Hospital Pakar Putra (Batu Pahat), Johor, Dr. Chan Kin Yoong berkata, hernia merupakan satu lubang atau kelemahan otot pada bahagian badan hingga mengakibatkan kandungan dalaman badan menonjol keluar.

‘‘Kecacatan otot di badan boleh terjadi sejak kelahiran, dikenali sebagai hernia kongenital manakala jenis acquired melibatkan kerosakan otot badan disebabkan oleh kecederaan, pembedahan atau tekanan dalam badan berpunca daripada batuk berkali-kali, angkat berat, sembelit dan sukar membuang air kecil.

‘‘Bahagian badan menonjol keluar apabila seseorang itu mengemut atau berdiri. Kalau komplikasi terjadi, perut akan mengembung, sakit, muntah dan tidak boleh buang air besar,’’ ujar beliau.

Nama penyakit ini berasal dari bahasa Latin, herniae, yang bererti penonjolan isi suatu rongga melalui tisu nipis yang lemah pada dinding rongga itu.

Dinding rongga yang lemah itu membentuk suatu kantung dengan pintu berupa cincin. Gangguan ini sering terjadi di bahagian perut dengan isi yang keluar berupa bahagian dari usus,

Menurutnya, umum beranggapan bahawa hernia merupakan gangguan kesihatan yang hanya terjadi di kalangan individu yang telah lanjut usia. Padahal, ia juga boleh terjadi pada kanak-kanak dan lebih sering dialami kaum Adam berbanding Hawa.

‘‘Ini terjadi kerana adanya perbezaan proses perkembangan alat reproduksi lelaki dan wanita semasa janin.

‘‘Pada janin lelaki, testis (buah zakar) turun dari rongga perut menuju skrotum (kantung kemaluan) pada bulan ketujuh hingga kelapan usia kehamilan.

‘‘Lubang yang berupa saluran itu akan tertutup menjelang kelahiran atau sebelum anak mencapai usia setahun. Ketika dewasa, bahagian itu dapat menjadi titik lemah yang berpotensi mengalami hernia,’’ kata Dr. Chan.

Pesakit sering mengeluh adanya benjolan yang tidak menyakitkan namun cukup mengganggu, bergantung berapa besar penonjolannya. Penonjolan muncul kerana adanya kelemahan anatomi pada otot dinding perut, menyebabkan penonjolan di tempat yang lemah.

Keadaan menjadi lebih parah apabila ada dorongan akibat peningkatan tekanan di dalam rongga perut. Misalnya, akibat meneran ketika buang air, batuk, bersin atau mengangkat bebanan berat.

Pada bayi dan anak-anak, hernia merupakan keadaan bawaan sejak lahir (kongenital) dan berisi cairan dan tidak semestinya hernia inguinal yang berisi bahagian usus.

Mengulas lanjut, katanya, hernia pada kanak-kanak terjadi oleh kerana hubungan antara rongga perut dan kantung kemaluan, yang merupakan tempat testis bergerak turun dari rongga perut ke kantung kemaluan ketika bayi masih dalam kandungan.

Pada orang dewasa, hernia terjadi disebabkan dua faktor utama.

‘‘Pertama, adanya otot dinding rongga, misalnya perut yang lemah. Kedua, dorongan yang menyebabkan tekanan di dalam rongga perut meningkat. Biasanya hernia pada orang dewasa ini terjadi pada usia lanjut kerana pada umur tua otot dinding rongga perut melemah.

‘‘Seiring pertambahan usia, organ dan tisu tubuh mengalami proses kemerosotan. Pada wanita, kegemukan juga dapat memungkinkan timbulnya bahagian yang lemah.

‘‘Keadaan-keadaan tersebut, jika ditambah dengan faktor kedua tadi, dapat mengakibatkan usus terdorong ke dalam bahagian yang lemah tadi lalu menonjol ke luar,’’ jelasnya.

Kebiasaan merokok, penyakit yang mengenai tisu dan diabetes melitus juga dapat mempengaruhi timbulnya hernia. Ketiga-tiganya mempunyai kaitan dengan gangguan metabolisme pada tisu.

Dalam kes hernia ringan, bahagian usus yang keluar dapat masuk kembali ke rongga perut jika pesakit berbaring atau didorong sendiri oleh pesakit.

Berita buruknya apabila hernia sudah masuk ke tahap takterturunkan. Pada peringkat ini, isi hernia yang keluar tidak boleh masuk kembali meskipun ditolak dari luar.

Terang Dr. Chan: ‘‘Kita juga perlu waspada jika cincin hernia berdiameter kecil. Bila sudah ada usus yang keluar ditambah tekanan rongga perut yang meningkat, bahagian usus dapat keluar lebih banyak.

‘‘Jika berterusan begitu tanpa rawatan, ia boleh menjadi hernia inkarserat. Bahagian usus yang terjulur keluar tidak dapat kembali ke tempat asalnya.

``Atau menjadi hernia tercekik kerana usus yang terkeluar tadi dapat mengalami pembusukan dan mati akibat tidak mendapat bekalan darah (gangren).’’

*Rawatan

Hernia pada orang dewasa seelok-eloknya ditangani seawal mungkin. Bila didiamkan dan bertambah parah, nyawa mampu menjadi taruhannya.

‘‘Terapinya tak ada jalan lain, kecuali pembedahan,’’ tegas Dr. Chan. Tidak ada ubat yang dapat menyembuhkan kerana puncanya melibatkan keadaan anatomi yang melemah atau mengalami kelainan.

Pembedahan untuk menangani hernia ini merupakan yang kedua paling kerap selepas operasi apendiks.

Di kalangan orang dewasa, pembedahan dilakukan untuk menutup lubang dan memperkuatkan bahagian yang lemah. Otot perut dirapatkan menutupi lubang yang ada.

Pada zaman dahulu, pembedahan dilakukan dengan menempatkan pesakit dalam posisi kepala di bawah agar isi hernia masuk kembali ke rongga perut oleh graviti bumi.

‘‘Pembedahan tidak harus segera kecuali bagi hernia inkarserat dan tercekik, ia harus segera dilakukan. Jika tidak, bahagian isi hernia yang terjerut boleh membusuk dan menjadi sumber infeksi ke seluruh dinding usus (peritonitis). Akibat yang lebih buruk adalah kematian,’’ katanya.

Setelah operasi, ada sesetengah pesakit mengadu bahagian yang dibedah seperti tertarik dan berasa nyeri (sakit seperti ditusuk jarum).

Untuk mengatasi keluhan tadi, kini tersedia jala sintetis yang dikenal dengan mesh.

Selain pembedahan konvensional, kini terdapat rawatan menggunakan teknik bedah laparoskopi yang menawarkan beberapa kelebihan, antara lain, luka surgeri yang kecil sehingga mempengaruhi penyembuhan yang lebih cepat.

‘‘Pada kanak-kanak yang belum mencapai usia satu tahun, biasanya pembedahan tidak dipertimbangkan kerana lubang diharap akan tertutup sendiri selaras tumbesarannya.

‘‘Namun, jika setelah berusia setahun lubang masih terbuka, doktor akan menganjurkan surgeri kerana kalau dibiarkan, lubang dapat bertambah besar. Ketika anak mulai berjalan dan semakin aktif, lubang tadi dapat terus membesar akibat dorongan terus-menerus.

‘‘Akibatnya, tidak hanya cairan yang keluar, usus pun dapat keluar, sehingga berlanjutan menjadi hernia,’’ ujar Dr. Chan sambil menambah, pada kanak-kanak, tindakan hanya ditujukan untuk menutup lubang.

Terapi tanpa bedah berupa pemakaian penopang hanya bersifat menyokong, sama sekali tidak memperbaiki hernia itu, apalagi menyembuhkannya.

Cara ini diperuntukkan bagi pesakit yang menolak pembedahan atau keadaan yang tidak mengizinkannya untuk dibedah.

Namun, untuk penderita yang menolak pembedahan, keadaan penyakitnya boleh memasuki tahap lanjut dan akhirnya tetap memerlukan pembedahan.

Malangnya, pada keadaan ini, surgeri akan menjadi lebih sukar, apalagi kalau sampai isi hernia tidak boleh dimasukkan kembali atau membusuk.

(Sumber Internet)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

MITOS KANSER PROSTAT (SAKIT TUAN)

PELBAGAI mitos tentang penyakit prostat dan kanser prostat wujud akibat kurangnya kefahaman orang ramai terhadap gejala ini. Mitos-mitos ini bukan sahaja memberi gambaran yang tidak tepat tentang kanser prostat, malah juga berupaya mengelirukan orang ramai.

Artikel ini akan cuba memperbetulkan persepsi dan tanggapan orang ramai tentang kanser prostat dengan meneliti mitos-mitos popular mengenai kanser prostat.

Mitos 1: Kanser prostat merupakan penyakit orang tua. Orang ramai beranggapan bahawa hanya orang lelaki yang berumur 65 tahun ke atas akan menghidapi kanser prostat.

Mitos ini tidak benar kerana walaupun mereka yang berusia 65 tahun ke atas lebih besar kebarangkalian akan menghidapi kanser prostat, ia juga pernah dikesan pada kaum lelaki yang lebih muda. Walau bagaimanapun, peratusan orang muda yang menghidapi kanser prostat adalah rendah.

Namun demikian, seandainya seseorang lelaki mengesyaki dirinya mempunyai gejala-gejala kanser prostat, adalah disyorkan supaya menjalani pemeriksaan agar dapat mengenal pasti masalah tersebut supaya tidak berlanjutan.

Masalah-masalah berkaitan dengan kelenjar prostat yang lain seperti pembengkakan kelenjar prostat boleh mengakibatkan kanser prostat pada hari tua nanti, oleh sebab yang demikian pemeriksaan yang rapi adalah perlu.

Mitos 2: Setiap kanser ada tanda-tandanya.

Jika anda telah mengikuti lima siri artikel terdahulu tentang kesihatan prostat ini, maka anda akan tahu bahawa simptom kanser prostat sering kali disalah anggap sebagai tanda usia tua.

Kanser prostat di peringkat awal selalunya tidak menunjukkan gejala-gejala yang ketara, dan hanya dapat dikesan atau disedari apabila sudah terlambat iaitu apabila kanser tersebut sudah memasuki tahap kritikal. Sekiranya anda berumur 50 tahun ke atas, anda digalakkan menjalani ujian antigen spesifik prostat (PSA) tiap-tiap tahun.

Mitos 3: Sekiranya saya menghidapi kanser prostat, saya mesti menjalani pembedahan atau rawatan kemoterapi.

Prostatektomi ataupun pembedahan untuk mengeluarkan kelenjar prostat merupakan salah satu rawatan popular untuk mengelakkan kanser prostat merebak ke bahagian-bahagian badan atau organ lain.

Namun begitu, bukan semua pesakit memerlukan pembedahan. Keputusan untuk membuat pembedahan bergantung kepada usia pesakit, tahap kanser dan sikap pesakit terhadap kesan sampingan pembedahan tersebut.

Contohnya, jika penghidap kanser prostat berumur 70 tahun juga merupakan penghidap penyakit kencing manis, kaedah pembedahan mungkin bukan penyelesaian terbaik. Ini kerana jangka hayat seseorang yang berusia 70 tahun hanya sepuluh tahun.

Sekiranya pesakit tersebut berumur 50 tahun dan kanser tersebut telah dikenal pasti hanya menjangkiti kelenjar prostat, prostatektomi mungkin menjadi pilihan rawatan terbaik. Lelaki 55 tahun dan sihat tubuh badan, pembedahan merupakan pilihan terbaik.

Doktor akan meneliti setiap kes secara individu dan memberi nasihat rawatan yang seharusnya dijalani oleh pesakit tersebut kerana setiap individu adalah berlainan.

Rawatan yang disyorkan oleh doktor bergantung kepada keseriusan kanser, bagaimana kesan kanser tersebut ke atas badan dan kesihatan individu, dan keadaan fizikal pesakit.

Mitos 4: Saya akan mati pucuk atau mengalami masalah ereksi jika menjalani rawatan kanser prostat.

Hal ini tidak selalunya benar, namun besar kemungkinannya. Hampir separuh daripada jumlah lelaki yang menjalani rawatan kanser prostat seperti kemoterapi mengalami masalah mati pucuk atau ereksi/disfungsi ereksi (ED).

Namun begitu, ada juga lelaki yang tidak mengalami apa-apa masalah langsung berikutan rawatan. Ada kalanya, masalah ereksi ini hanyalah sementara dan pesakit akan pulih seperti sediakala dalam masa setahun atau lebih, bergantung kepada individu.

Mitos 5: Sekiranya menghidapi kanser prostat, kehidupan sosial dan aktiviti seharian saya akan terjejas.

Jika seseorang sedang menjalani rawatan untuk kanser prostat, itu tidak bermakna individu tersebut tidak boleh menjalani kehidupan seperti biasa. Kebanyakan pesakit kanser prostat menerima rawatan secara pesakit luar di hospital atau klinik.

Penyelidikan juga telah bertambah maju khasnya dalam menghasilkan ubat-ubatan yang dapat membantu seseorang penghidap kanser mengawal kejadian loya semasa menjalani rawatan.

Hasilnya, ramai yang menjalani rawatan seperti kemoterapi mampu menjalankan aktiviti seharian tanpa gangguan. Walau bagaimanapun, aktiviti-aktiviti tertentu seperti pemakanan dan diet perlulah diberi perhatian yang lebih.

Mitos 6: Masalah pembesaran kelenjar prostat - Hiperplasia Prostatik Benigna (BPH) akan membawa kepada berlakunya kanser prostat.

BPH tidak selalunya mengakibatkan kanser prostat, walaupun simptom awalnya seperti kerap membuang air kecil adalah serupa dengan simptom kanser prostat.

Mitos 7: Hanya mereka yang mempunyai sejarah keluarga kanser prostat akan menghidapinya.

Hanya 15 peratus daripada pesakit kanser prostat mempunyai sejarah ahli keluarga yang pernah menghidap kanser prostat. Kajian menunjukkan bahawa kanser prostat mungkin diwarisi melalui kromosom X, iaitu melalui wanita.

Oleh yang demikian, anak-anak lelaki kepada ibu yang menghidapi kanser payudara ataupun adik beradik perempuan, mempunyai kebarangkalian menghidapi kanser prostat yang lebih tinggi. Namun begitu, kajian ini tidaklah konklusif kerana sejarah keluarga yang kuat.

Mitos 8: Onani meningkatkan kebarangkalian menghidapi kanser prostat.

Ada kajian yang dilakukan yang menyatakan bahawa aktiviti seksual yang kerap meningkatkan kebarangkalian menghidapi kanser prostat. Ada juga kajian yang menyatakan bahawa lelaki yang kerap memancutkan air mani/berejakulasi juga mempunyai risiko kanser prostat yang lebih tinggi.

Namun begitu, sehingga hari ini, tiada keputusan muktamad yang membuktikan dakwaan-dakwaan tersebut. Kaum lelaki seharusnya mengekalkan gaya hidup sihat dan mengamalkan diet tinggi serat di samping mengurangkan pemakanan daging merah yang berlebihan.

- Dr. Sulaiman Tamanang ialah pakar Radiologi dan Perubatan Nuklear di Pusat Kebangsaan Kanser, Kuala Lumpur. Beliau juga merupakan salah seorang daripada ahli MayFirst Health and Wellness Council (MHWC), panel pakar yang ditubuhkan oleh syarikat MayFirst Gold Sdn. Bhd. untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kanser prostat, melalui kempen CEgah KAnser Prostat (CEKAP).

(Sumber Utusan Malaysia)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

MATI PUCUK - IBU JARI BERSUARA (SAKIT TUAN)

“DR. ISMAIL, saya ada hal sikit nak cakap dengan doktor tetapi saya segan dan gementar. Kebelakangan ini, saya rasa macam ada yang tidak kena dengan kehidupan seks saya.”

Atau, “Dr. Zul, sudah banyak yang saya dengar tentang disfungsi erektil (ED atau mati pucuk). Bolehkah kita berbincang mengenainya?”

Atau, “Doktor, saya rasa tidak selesa dan rendah diri sebenarnya untuk bercakap mengenainya. Tetapi, saya perlu memecahkan kebuntuan ini. Saya menghadapi masalah dengan ereksi.”

Bagaimanapun, anda mungkin terkejut mendengar maklum balas doktor yang tidak seperti tergambar di minda sebelum berjumpa mereka:

“Usah bimbang. Anda tidak keseorangan dan bukan juga orang pertama yang mengadu masalah seumpama ini. Saya sudah bertemu dengan ba...nyak lelaki yang menghadapi masalah serupa.

“Apabila sudah berumur, lelaki mengambil masa yang lebih lama untuk mendapatkan ereksi, zakar tidak setegang dahulu dan lambat mencapai klimaks (kemuncak)."

“Lagipun, masalah erektil sudah menjadi sesuatu yang umum sekarang. Adalah dianggarkan 60 peratus lelaki Malaysia berumur 40 tahun ke atas mengalami kesukaran ini, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup mereka.”

Pengakuan berani “Saya ada ED” - bukanlah satu pernyataan yang mudah bagi lelaki. Ia cukup peribadi bagi spesies Adam itu.

Tidak dinafikan, menjadi sesuatu yang kekok untuk memperkatakan tentang masalah mati pucuk dengan orang lain termasuklah pasangan sendiri mahupun doktor.

Namun, tidak kira betapa luar biasanya yang anda rasakan sepanjang pembicaraan tersebut, doktor sedia maklum bahawa masalah seksual merupakan sebahagian aspek terpenting kesihatan.

Jadi, berterus terang sahajalah kepada doktor sebaik sahaja memulakan rundingan dan bukannya apabila anda sudah berada separuh jalan untuk keluar dari biliknya.

Empat daripada lima lelaki yang bercakap dengan doktor tentang ED berasa lega, merasakan perasaan mereka dihormati dan paling penting, harapan untuk dirawat.

“Dalam pengurusan ED, halangan utamanya adalah keengganan lelaki untuk berbincang mengenainya bersama doktor mereka atas pelbagai alasan seperti malu, penafian dan kurang kesedaran."

“Kajian menunjukkan, sehingga 47 peratus lelaki Malaysia yang berusia 40 tahun ke atas menghidapi ED. Tetapi, hanya tujuh peratus mengaku menghadapi masalah perubatan ini,” kata Ketua Unit Urologi, Jabatan Pembedahan, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Zulkifli Md. Zainuddin.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran kempen kesihatan terbaru firma farmaseutikal Bayer Healthcare - Kempen Ibu Jari, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ia bertujuan menggalakkan lelaki mati pucuk untuk menyuarakan masalah tersebut serta memulakan perbincangan dengan doktor mereka tentang masalah perubatan berkenaan.

Menurutnya, hasil kajian mengenai lelaki vitalseksual Malaysia yang diterbitkan Mac lalu mendapati, lelaki Malaysia enggan mengaku mereka menghadapi masalah ED.

“Sehingga kini, masih ramai lagi lelaki Malaysia yang memilih untuk menderita dalam diam.”

Bagaimanapun, kajian yang sama mengenai lelaki vitalseksual Malaysia menunjukkan, lebih 39 peratus lelaki Malaysia berusia 40 tahun ke atas didedahkan sebagai lelaki vitalseksual.

Senarai semak seorang vitalseksual:

- Lelaki

- Berumur 40-an

- Hubungan seks adalah penting dalam hidupnya

- Hubungan spontan dan kepuasan pasangan adalah keutamaannya

- Akan mendapat rawatan jika menghidapi ED

Sementara itu, Ahli Bersekutu Persatuan Penyelidikan Impoten Asia Pasifik, Dr. Mohd. Ismail Mohd. Thambi berkata, ramai pesakit yang tidak menerima rawatan kurang sedar akan kesan jangka panjang ED ke atas kesihatan psikologi dan seksual mereka.

“ED bukan masalah lelaki seorang tetapi turut membabitkan isteri masing-masing dan patut diselesaikan secara berpasangan."

“Para isteri boleh memainkan peranan yang penting dalam memperbaiki hubungan seksual dengan menggalakkan pasangan mereka berbincang dengan doktor,” katanya.

Hanya setelah masalah ini berjaya diatasi, hubungan seksual serta kemesraan mereka akan bersambung secara biasa. Ia juga akan meningkatkan komunikasi mereka sebagai pasangan.

Pengurus Besar Bayer Healthcare Pharmaceuticals bagi Singapura, Brunei, Malaysia, Vietnam, Lim Siew Kheng berkata:

“Adalah sesuatu yang paradoksikal (bertentangan) bila mana semakin ramai lelaki Malaysia mempunyai keinginan untuk memberi lebih kepuasan kepada pasangan mereka tetapi mendapati bahawa ED adalah satu topik terlarang."

“Kempen Ibu Jari menyediakan cara yang mudah dan efektif untuk lelaki dan pasangan mereka mengatasi halangan daripada menerima rawatan profesional tanpa rasa takut atau malu,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr. Zulkifli menyifatkan kempen itu sebagai satu mesej ringkas yang menyeru mana-mana lelaki dengan gangguan erektil berserta pasangan mereka yang ingin mengatasi masalah perubatan tersebut, tetapi berasa sukar untuk memulakan perbincangan mengenainya dengan doktor mereka.

“Ia menyediakan platform bagi profesional kesihatan meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat umum bahawa ED dihadapi oleh ramai pesakit dan ia adalah satu masalah perubatan - bukannya sumpahan.

“Tiada apa yang perlu dimalukan mengenai penyakit ini. Rawatan efektif untuk ED boleh didapati dan tindak balasnya yang pantas membolehkan penghidap ED serta pasangan menikmati hubungan seksual yang lebih spontan dan memuaskan,” jelas beliau.

Tambahnya, adalah penting bagi mereka yang menghidap ED untuk mendapatkan rawatan kerana masalah kesihatan itu juga dikaitkan dengan penyakit-penyakit lain yang mungkin tersembunyi seperti kencing manis, tekanan darah serta kolesterol yang tinggi.

Kempen ibu jari

Ibu jari adalah isyarat universal yang dikenali dan difahami oleh semua tanpa mengira latar belakang pendidikan.

Dengan menggunakan ibu jari sebagai alat komunikasi, para penghidap ED atau pasangan mereka boleh mengatasi kesulitan menyuarakan masalah mereka kepada doktor.

Isyarat yang mudah difahami yang disarankan oleh kempen ini telah terbukti berkesan di negara-negara di serata dunia di mana para lelakinya juga menghadapi masalah berbincang mengenai topik seks.

Dengan menyasarkan para doktor dan lelaki yang menghidap ED, kempen pendidikan global oleh syarikat pengeluar pil mati pucuk - Levitra ini menggunakan soalan dan isyarat visual yang mudah.

Para pesakit akan melihat simbol-simbol komunikasi berupa lambang ibu jari pada borang soal selidik untuk pesakit, poster, pelekat lantai, beg kertas, risalah siling dan kotak tisu di lebih 1,200 klinik yang mengambil bahagian di seluruh Malaysia.

Untuk keterangan lanjut mengenai Kempen Ibu Jari mahupun senarai klinik-klinik terbabit, sila hubungi vitalsexualmalaysia@bayerpharma. com.my.

Tunggu apa lagi? Sudah tiba masanya untuk ibu jari anda bersuara.

Mengenai disfungsi erektil

ED bermaksud ketidakbolehan yang konsisten atau sering berlaku kepada seseorang dalam mendapat dan/atau mengekalkan ereksi zakarnya cukup untuk melakukan hubungan seks.

Sesetengah kaum lelaki menganggap bahawa ED merupakan gejala penuaan yang tidak dapat dielakkan. Ini tidak benar.

Ia biasanya disebabkan oleh keadaan kesihatan, kesan sampingan ubat-ubatan tertentu atau tabiat yang mengganggu pengaliran darah. Untuk mendapatkan ereksi, anda perlu mempunyai pengaliran darah, penyambungan saraf dan rangsangan seks.

Faktor risiko termasuklah merokok, berat badan berlebihan dan ketagihan alkohol. Gaya hidup sihat, diet seimbang, bersenam dan tidak merokok dapat membantu mengamalkan kesihatan seks kerana keadaan kesihatan yang berkaitan dengan pengaliran darah merupakan punca umum ED.

Rawatan yang paling popular dan digunakan ramai bagi disfungsi erektil adalah perubatan oral (bentuk pil telan). ED boleh dirawati dengan cara lain, seperti suntikan, supositori atau pembedahan.

Adalah dianggarkan bahawa ED dihadapi dalam pelbagai tahap oleh lebih kurang separuh lelaki berusia 40 tahun ke atas.

Lebih kurang 152 juta lelaki menghidapi ED di seluruh dunia. Jumlahnya dijangka meningkat lebih sekali ganda kepada 322 juta pada tahun 2025.

Walaupun jumlah yang mengalami ED semakin meningkat, hanya 15 hingga 20 peratus pesakit sedang menerima rawatan.

(Sumber Utusan Malaysia)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme