Label

SAKIT PINGGANG SETIAP PAGI (SAKIT TUAN)

SAYA mengalami masalah sakit pinggang kronik pada setiap pagi selepas bangun daripada tidur, terutama selepas melakukan hubungan suami isteri.

Bagaimanapun, ia beransur-ansur kurang apabila saya melakukan senaman pada setiap pagi. Apakah punca kesakitan ini?

MAN
Manjung, Perak

TINJAUAN rambang mengenai seks dan sakit belakang yang pernah dijalankan di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan 60 peratus lelaki dan 40 peratus perempuan yang pernah mengalami sakit belakang atau 'low back pain' mengalami masalah disfungsi seksual.

Jadi masalah anda bukan perkara luar biasa kerana mengikut pakar yang pernah membicarakan mengenai seks dan sakit belakang, beliau berpendapat kegagalan melakukan persetubuhan yang sering dialami individu yang mengalami sakit belakang disebabkan beberapa masalah.

Yang utama sekali ialah perasaan tekanan yang berlaku akibat sakit belakang, tindak balas atau kesan sampingan ubat yang digunakan untuk menahan sakit.

Pakar juga menjelaskan, rawatan sakit belakang yang kronik adalah secara pengambilan ubat, senaman atau fisioterapi dapat membantu mengubahkan tekanan pesakit supaya mereka dapat menghayati seks dengan sempurna.

Jika amalan senaman yang anda lakukan itu dapat membantu mengembalikan keseronokan syahwat dengan pasangan anda, teruskan usaha untuk mengatasi masalah sakit belakang anda.

Lebih baik jika anda dapat bertemu doktor untuk menjalani pemeriksaan mengenai sakit belakang anda. Doktor akan jalankan pemeriksaan rapi untuk mengesan sebab ia berlaku.

Doktor akan periksa tulang belakang anda sama ada posisinya normal. Otot belakang turut diperiksa sama ada wujud 'spasm' atau cengkaman yang menandakan tekanan kepada otot itu.

Jika anda pernah mengalami kecederaan di bahagian belakang yang menyebabkan 'disc' tulang belakang terjojol, anda perlu dapatkan rawatan sewajarnya.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan