Label

DADA BESAR SEBELAH (SAKIT TUAN)

SAYA berusia 21 tahun dan sebelah buah dada saya besar sedikit. Ini sangat memalukan dan ia juga menyebabkan saya sukar memilih pakaian kerana sesetengah pakaian menyerlahkan tempat menonjol itu.

Selain itu, puting pada buah dada itu asyik ke dalam dan hanya keluar pada waktu sejuk. Keadaan ini menyebabkan saya susah hati kerana bimbang ia menjadi kanser buah dada lelaki.

AHMAD
Arau, Perlis

BUAH dada besar di kalangan lelaki dikenali sebagai 'gynecomastia' atau seakan-akan buah dada wanita. Buah dada lelaki mengalami sedikit ketumbesaran ketika peringkat awal baligh, yang mana ketika itu hormon daripada pundi adrenal mengeluarkan hormon mineralocorticoids DHEA yang boleh bertukar kepada hormon testosterone, progesterone dan estrogen.

Progesterone dan oestrogen ialah hormon kewanitaan. Hormon estrogen mengakibatkan ketumbesaran salur buah dada dan hormon progesterone menyebabkan ketumbesaran pundi susu.

Bagaimanapun, ketumbesaran itu hanya seketika dan kemudian terbantut. Kadangkala ketumbesaran itu hanya berlaku kepada satu buah dada, maka akan kelihatan ketidakseimbangan seperti anda alami. Ini bukan perubahan kanser.

Gynecomastia boleh berlaku kepada lelaki yang mengalami kanser buah dada dan kemungkinan berlaku kanser buah dada untuk lelaki Asia ialah kurang satu kes dalam sejuta orang setahun.

Ketumbesaran buah dada berlaku akibat tindak balas hormon kewanitaan yang terhasil oleh buah dada akibat kanser.

Jadi lelaki yang mengalami perubahan kanser buah dada didapati ketumbesarannya berlaku selepas baligh dan pada usia lebih dewasa. Ini perbezaan antara gynecomastia akibat baligh dan gynecomastia akibat kanser buah dada.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan