Label

BIMBANG VARIKOSEL TANPA RAWATAN (SAKIT TUAN)

SAYA menghidap penyakit varikosel, saya ingin tahu adakah saya perlu membuat rawatan? Jika saya tidak membuat rawatan, apakah kesan buruk yang akan berlaku pada saya?

MUIZ
Gombak, Selangor

VARIKOSEL atau pembuluh darah ven yang mengembang dan memintal itu bukan penyakit. Ia berlaku begitu kerana darah dalam ven itu tidak dapat keluar sepenuhnya dan membuatkan ven itu mengembang dan berpintal.

Keadaan sedemikian ada tiga tahap iaitu yang pertama ialah perasaan 'pulsation' atau 'kembang kuncup' apabila ven itu dipegang dengan jari apabila individu itu batuk. Tahap kedua ialah ven itu memang rasa kembang dan tahap ketiga ialah pembuluh darah ven itu kelihatan berpintal.

Sebilangan besar lelaki yang menghidap varikosel peringkat pertama kekal di peringkat itu tanpa menjejaskan buah kerandutnya.

Hanya sebilangan kecil saja yang mana varikosel itu dalam peringkat ketiga yang mengalami masalah sperma. Jadi, anda tidak perlu khuatir jika memikirkan mengenai harapan untuk mendapatkan zuriat.

Untuk permulaan, anda perlu menjalani pemeriksaan doktor untuk kepastian sama ada anda benar-benar menghidap varikosel. Jika benar, tahap varikosel anda perlu diketahui dan jika ujian air mani menunjukkan sesuatu yang ada kaitan dengan varikosel, maka rawatan sewajar akan diberi.

Terdapat sebilangan besar kes yang mana selepas sudah mengikat ven, timbul masalah lain muncul dan ven lain mengembang kembali menyebabkan masalah yang sama berlaku. Tidak semestinya mengikat ven yang berpintal itu dapat memulihkan masalah sperma.

Yang mustahak ialah anda tahu mengenai varikosel dan hubungannya dengan masalah kesuburan lelaki.

Jika anda sudah berkahwin dan belum mendapat anak, anda dan isteri boleh berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kesuburan. Itu yang paling baik daripada mendiamkan diri dan menyangka yang bukan-bukan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan