Label

SALUR DARAH BUAH ZAKAR MEMUNTAL (SAKIT TUAN)

SAYA terbaca di Internet mengenai pembuluh buah zakar atau varises buah zakar. Adakah ia berbahaya atau boleh menyebabkan kemandulan? Bagaimana ia boleh berlaku dan sekiranya seseorang mengalaminya, bagaimana kaedah rawatan yang perlu diambil oleh pesakit. Bolehkah ia sembuh?

Zul
Johor

PEMBULUH vena yang menerima darah dari tisu dalam buah zakar menyalurkan darah ini kembali ke dalam sistem penyaluran darah boleh mengembang dan memuntal apabila takungan darah mendap dan berkumpul dalamnya apabila sistem penahan (valve) dalam vena itu tidak dapat menolak darah kembali ke dalam sistem penyaluran darah.

Apabila ini berlaku pembuluh vena kepada buah zakar itu akan mengembang dan kelihatan terjojol. Apabila keadaan ini berpanjangan, tisu buah zakar akan terdedah kepada kepanasan dan ini boleh membuatkan kilang sperma terencat dan tidak dapat menghasilkan sperma berkualiti.

Keadaan ini dikenali sebagai 'varicocele' dan ia boleh berlaku kepada kedua-dua pembuluh vena buah zakar. Kemungkinan ia berlaku dalam kehidupan lelaki itu ialah antara 15 hingga 20 peratus.

Kemungkinan varikosel berlaku kepada pembuluh vena buah zakar kiri ialah 80 peratus. Biasa perkara ini bukan isu kecuali lelaki itu sudah berkahwin dan belum lagi dikurniakan cahaya mata dan kebetulan isterinya tiada masalah kesuburan dan ujian air maninya menunjukkan masalah kepada kedudukan profil spermanya.

Jika ini berlaku, cara yang bijak ialah untuk lelaki itu berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan untuk mengatasi masalah kemendapan darah vena itu, melalui pembedahan mengikat salur vena yang sudah kembang itu.

Sekiranya masalah sperma itu akibat kepanasan, maka cara yang dilakukan itu sudah tentu akan memulihkan keadaan. Jarangkali pembuluh vena baru yang muncul setelah vena yang kembang itu diikat, mengembang kembali dan membuatkan perkara itu berulang.

Apabila situasi ini berlaku dan lelaki itu didapati ada masalah sperma, maka varikosel yang kembang itu perlu diikat supaya kilang sperma kembali aktif. Ada sebilangan lelaki yang mengalami varikosel kepada kedua-dua buah zakar dan mempunyai masalah kesuburan.

Pembedahan yang sama juga akan dicadangkan dengan harapan profil sperma dapat dipulihkan. Boleh juga berlaku profil sperma masih kekal bermasalah dengan kualiti sperma yang merosot walaupun varikosel sudah dirawati.

Ada juga kes profil sperma normal walaupun lelaki itu mengandungi varikosel. Pendek kata, varikosel ini hanya dikendalikan apabila kesuburan lelaki itu tergendala.

Jika kualiti sperma normal dan dia tiada apa-apa masalah, tiada sebab kenapa dia perlu jalani pembedahan varikosel.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan