Label

LEBIHAN TISU KETIKA KHATAN (SAKIT TUAN)

SAYA mengalami pangkal kemaluan yang kasar kerana terdapat lebihan tisu ketika sunat.

Difahamkan tisu ini tidak boleh dipotong kerana akan menyebabkan pendarahan. Adakah terdapat krim yang boleh menanggalkan tisu ini?

Risau
Sarawak

KULIT anggota kelamin jenis kulit yang lembut, licin, tidak bersisik dan mudah bergayut kerana bawah kulit mengandungi tisu lembut dan tisu pengembang. Jadi sukar diterima jika anda nyatakan yang kulit di pangkal atau di bawah penghujung kemaluan anda 'kasar'.

Jika bukan kulit lebihan tapi 'ketuat' (akibat jangkitan kuman ketuat HPV), maka dengan memotongnya akan mengakibatkan pendarahan yang kronik dan infeksi.

Ketuat hanya dapat dikenal pasti melalui pemeriksaan teliti oleh doktor, maka cara untuk mengurangkan kekasaran kulit itu ialah dengan menggunakan krim yang boleh membunuh kuman ketuat itu. Krim berkenaan ada pelbagai dan yang terbaik ialah 'Aldara'.

Walau bagaimanapun, sebelum anda gunakan apa-apa krim kepada tempat yang 'kasar' di bahagian kemaluan anda itu, lebih baik jumpa doktor untuk pengesahan, sama ada kulit kasar itu kulit lebihan hasil daripada berkhatan ataupun ketuat.

Jika ketuat, mustahak untuk memperbaiki keadaan kerana pasangan anda boleh terkena jangkitan melalui hubungan seks.

Kira-kira 80 ke 90 peratus daripada 'ketuat genital' yang disebabkan oleh kuman virus HPV menyebabkan kanser pangkal rahim. Jadi mustahak untuk pastikan keadaan kulit anda itu seberapa cepat.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

1 ulasan:

  1. SAYA telah dapati bahawa tedapat benjolan kecil di pangkal zakar pada semingg yang lalu.Hasil rujukan internet....saya telah menyapukan kapur sirih pada benjolan tersebut dan ia telah kering dan tertanggal.jadi saya nak tanya...adakah saya masih perlu membuat pemeriksaan doktor??adakah isteri saya masih lagi berisiko menerima keadaan yang sama kalau kita bersama?Terima kasih.

    BalasPadam