Label

PUNCA KERAP GATAL PADA ZAKAR (SAKIT TUAN)

SAYA sering mengalami rasa gatal pada kemaluan walaupun kerap mencucinya.

Adakah ini mendatangkan masalah pada zakar saya dan bagaimana cara mengatasinya?

INGIN TAHU
Klang, Selangor

TERDAPAT banyak faktor yang menyebabkan kegatalan pada anggota kelamin. Zakar terdiri daripada kulit lembut, tidak bersisik dan ada lapisan pelembap semula jadi. Mencuci kemaluan dengan sabun biasa akan menyebabkan lapisan pelembap itu hilang, lalu kulit menjadi kering dan tegang. Ini membuatkannya terasa gatal. Jika digaru ia boleh menjadi radang dan rasa gatal itu akan berulang.

Kulit yang lembut dan tidak bersisik akan bertukar sebaliknya iaitu kering dan bersisik. Biasanya kulit sebegini mudah diserang kulat. Apabila ia berlaku, kegatalan pada anggota sulit semakin ketara.

Akibatnya kulit anggota kelamin semakin tebal, bersisik dan berwarna lebih gelap serta pudar. Perkara yang sama juga akan berlaku apabila bulu roma pada alat sulit dicukur. Kulit akan menjadi kesat seterusnya meradang serta terasa gatal. Oleh itu, jangan cukur bulu roma sebaliknya 'trim' saja bagi mengelakkan masalah itu berlaku.

Jika anda terkena penyakit kudis buta atau diserang kutu pubik, anggota kelamin juga akan terasa gatal. Begitu juga sekiranya ada jangkitan kulat.

Anda perlu berjumpa doktor, menjalani pemeriksaan seterusnya mengesan masalah sebenar anda. Jangan sesekali ambil mudah masalah kegatalan pada anggota kelamin.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan