Label

SAKIT BILA BERGESEL (SAKIT TUAN)

SAYA rasa sakit dan senak jika testis bergesel dengan benda keras. Kerandut juga banyak urat dan tidak berasa sakit jika saya memicitnya. Selain itu, ada satu ketulan pada testis dan saya berasa was-was mengenainya.

SYAM
Langkawi

LELAKI mempunyai sepasang buah zakar. Kedudukan buah zakar tidak sama, kedua-duanya mempunyai kerandut atau skrotum sama tapi kantung (spermatic cord) berasingan.

Buah zakar juga diselaputi tiga lapisan pembalut yang berfungsi menyerap tekanan apabila buah zakar bergesel antara satu sama lain.

Jarang buah zakar terasa sakit kecuali dalam keadaan yang tertentu seperti pembuluh darah vena buah zakar kembang dan berpintal hingga membuatkan ia terasa sensitif ketika tersentuh sesuatu atau ketika ereksi.

Begitu juga dengan penurunan batu karang dalam salur ureter memberi rasa sengal kepada buah zakar.

Selain itu, kebengkakan pada testis seperti ketumbuhan, hernia atau keradangan buah zakar boleh menyebabkan kesakitan.

Anda perlu berjumpa doktor untuk mengetahui punca sebenar testis menjadi sensitif. Jangan picit apa-apa bahagian dalaman buah zakar anda tanpa menjalani pemeriksaan doktor terlebih dahulu kerana bimbang perbuatan itu boleh memudaratkan keadaannya.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan