Label

MASALAH BUANG AIR BESAR (SAKIT TUAN)

SEJAK kebelakangan ini suami saya sukar buang air besar. Malah, setiap kali membuang, najisnya berwarna hijau.

Selain itu, setiap kali meneran, air mani turut keluar. Adakah masalah ini berbahaya?

Diq Nor
Pontian, Johor

SAYA dapati ramai keliru mengenai air mani dan air mazi. Sebenarnya air mani keluar melalui ejakulasi hasil kemuncak rangsangan seksual untuk lelaki dan juga ketika dalam mimpi yang digelar mimpi basah lelaki.

Wanita juga boleh menghasilkan air mani jika berlaku pancutan dari lubang kencing ketika kemuncak seksual dan juga mengalami mimpi basah.

Air mazi pula ialah cecair yang keluar dari salur kencing ketika lelaki teruja akibat rangsangan seksual. Kadangkala jika cecair itu banyak, ia akan keluar dengan sendirinya. Keadaan ini dikenali sebagai resdung zakar.

Air mazi juga boleh keluar ketika lelaki meneran sewaktu membuang air besar atau selepas selesai buang air kecil.

Ini ialah cecair yang terkeluar dari pundi 'Cowpers' ketika kemutan dilakukan. Kadangkala cecair itu berwarna putih dan kadangkala berwarna kelabu.

Biasanya cecair yang keluar itu berwarna jernih. Begitupun, ia adalah fenomena semulajadi.

Semua perubahan ini normal dan bukan petanda penyakit. Ada juga situasi cecair keluar dari salur kencing akibat keradangan salur kencing. Keradangan ini akibat jangkitan yang mungkin dialami melalui hubungan seks rambang.

Mengenai najis berwarna hijau, ia mungkin mengandungi cecair dari hempedu (boleh berlaku ketika sakit perut) atau warna itu hasil dari klorofil (pewarna hijau) sayuran.

Jika suami anda terlalu kerap sakit perut dan membuang air besar dengan najis berwarna hijau, lebih elok dia mendapat rawatan doktor.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan