Label

BAKAL PENGANTIN MALU KAKI BERBULU LEBAT (SAKIT TUAN)

SAYA lelaki yang berusia 25 tahun dan mempunyai ketinggian 160 sentimeter (cm) dengan berat badan 70 kilogram (kg) dan akan berkahwin tidak lama lagi.

Masalah saya sekarang ialah saya mengalami pertumbuhan bulu roma yang sangat banyak dan lebat dari kaki hingga ke pangkal paha, ini amat merunsingkan saya kerana terasa malu untuk bergaul dengan teman dan bersama dengan isteri nanti, untuk pengetahuan doktor saya kurang melakukan aktiviti sukan dan tidak ada keturunan dalam keluarga saya mengalami masalah seperti ini.

INSAN RUNSING
Perak

KEMUNCULAN bulu roma bermula apabila individu itu masuk ke alam akil baligh. Bulu roma halus yang bergelar rambut 'vellus' yang didapati di kulit lelaki dan perempuan bertukar kepada rambut yang lebih kasar, berat dan berwarna gelap di bahagian kulit yang sensitif kepada hormon testosterone.

Memandangkan lelaki mempunyai tahap hormon testosterone yang berlebihan, maka ketumbuhan bulu roma menjadi lebih luas jika dibandingkan dengan perempuan.

Bagi lelaki, bulu roma tumbuh di beberapa tempat yang biasa tumbuh seperti misai, janggut, jambang, dada, bahagian bahu dan belakang, bahagian tundun dengan mengelilingi anggota kelamin, paha dan kaki, malah keseluruhan badan boleh diselubungi bulu roma dan situasi ini dikenali sebagai 'hirsutisme'.

Biasa istilah 'hirsutisme' digunakan untuk menggambarkan wanita yang mana corak lebat bulu roma seperti lelaki. Anda pula mengalami bulu roma yang lebat hanya dari kaki ke pangkal paha.

Jika situasi ini memang biasa kelihatan di kalangan lelaki dalam keluarga seperti bapa atau saudara terdekat, maka situasi ini ada kaitan dengan baka dan bukan suatu penyakit yang luar biasa. Situasi ini juga berlaku akibat peningkatan sensitiviti kulit bahagian itu kepada tindak balas hormon testosterone.

Anda boleh berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan untuk diteliti corak dan keluasan ketumbuhan bulu roma, sekiranya perlu doktor akan lakukan ujian tertentu seperti ujian hormon testosterone dan DHEA (testosterone dari pundi adrenal) untuk mengesan jika tahap hormon itu lebih daripada biasa.

Jika semua ujian itu normal, maka keadaan yang anda alami itu bukan masalah kesihatan dan jika anda tidak selesa dengan bulu roma yang lebat itu, anda boleh mencukur atau mengurangkannya dengan menggunakan krim penghapus bulu roma atau krim 'depilator' seperti Veet atau Immac.

Untuk makluman anda, bulu roma yang lebat menggambarkan tahap testosterone yang mantap, maka anda boleh dikatakan amat seksi. Manalah tahu bakal isteri anda mungkin seorang yang tertarik kepada bulu roma lebat!

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

1 ulasan:

  1. saya ingin bertanya jika saya keluar bersama teman kekasih saya selalu zakar saya menegang apabila kita bersentuhan..dalam masa menegang saya memakai seluar..tetapi lame kelamaan zakar saya kerap menegang apabila sering bertemu..ia menyebabkan saya mengalami kesakitan di sekitar pangkal ari2 saya..seperti rase senak di telur saye..seperti ade urat yang menegang di tepi belah kiri pangkal kemaluan saya..adakah keadaan ni berbahaya doktor ia akan sakit apabila zakar saye mule erksi..tapi setelah malam saye tidor keesokanye ia kembali ok..

    BalasPadam