SAYA dan suami merancang mendapatkan anak kedua. Namun selepas tujuh bulan mencuba, tiada tanda positif hamil. Saya mencadangkan suami melakukan ujian air mani tetapi dia ragu-ragu.
Bagaimanakah prosedur ujian air mani dilakukan dan dimanakah tempat sesuai untuk menjalani ujian itu?
LINDA
Keramat, Kuala Lumpur
MANA-MANA pasangan yang pernah mendapat cahaya mata dan merancang menambah bilangan anak dan mendapatkan kehamilan tetapi dalam setahun tiada apa-apa berita sememangnya perlu menjalani pemeriksaan kesuburan.
Bagi suami, pemeriksaan fizikal dan buah zakar serta ujian air mani dilakukan manakala bagi si isteri, pemeriksaan kepastian kemampuan menghasilkan telur dan ujian X-ray salur reproduksi iaitu rahim dan salur telur untuk menentukan sama ada wujud masalah atau sebaliknya.
Jika semua ujian normal, mungkin mereka berdua boleh mencuba kaedah Teknologi Bantuan Konsepsi serta penyemaian benih suami dalam rahim atau IUI. Jika masih tiada apa-apa hasil, cuba kaedah bayi tabung uji atau IVF.
Tiada jaminan kehamilan akan berlaku kerana itu kuasa Tuhan. Yang mustahak ialah kedua-dua pasangan itu berusaha dan bukan sekadar berdiam diri atau tidak mahu buat apa-apa kerana ego.
Ujian air mani perlu dilakukan di makmal dan atas rujukan doktor. Jadi suami perlu jumpa doktor terlebih dahulu dan mendapatkan borang melakukan ujian air mani di makmal yang disyorkan doktor. Puan juga perlu menjalani pemeriksaan seperti saya senaraikan di atas.
Kadar kehamilan untuk wanita menurun sebanyak 80 peratus selepas umur 40 tahun. Lelaki berumur lebih 40 tahun pula banyak menghasilkan sperma kurang aktif dan berbentuk tidak normal.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Tiada ulasan:
Catat Ulasan