Label

SERBUK PUTIH MERIMASKAN (SAKIT PUAN)

SAYA berumur 24 tahun dan belum berkahwin. Masalahnya pada faraj saya terdapat serbuk keputihan dan menjadi banyak apabila saya menggaru bahagian yang mempunyai serbuk putih itu.

Adakah perkara ini disebabkan keadaan faraj yang lembap? Ia tidak gatal, tetapi merunsingkan kerana kehadiran benda putih itu seakan-akan daki.

Ain,
Selangor

ADAKAH
ia tertumpu kepada bahagian pintu faraj saja? Saya kurang pasti bagaimana anda menggaru kawasan faraj kerana ia terletak di dalam daripada selaput dara, ia boleh mencederakan bahagian terbabit.

Jika benar, ia mungkin disebabkan jangkitan kulat dan ini mudah dirawat menggunakan ubat antikulat secara makan dan sapuan.

Adakah ia berada pada bahagian lipatan antara bibir kemaluan? Ini lebih disebabkan oleh faktor kebersihan dan ia mudah diatasi, namun perlu diteruskan amalan membersihkan kawasan terbabit sewaktu mandi. Ia tidak mencederakan bahagian selaput dara.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan