Label

RISAU MASALAH DI KANAN OVARI (SAKIT PUAN)

SAYA sangat bimbang kini kerana pernah mengalami penyakit cyst di sebelah kanan ovari dan melakukan pembedahan pada 2009. Kini saya mempunyai cyst sekali lagi di sebelah kanan sebesar tiga sentimeter.

Kali terakhir saya membuat pemeriksaan pada Jun lalu dan seterusnya pada November depan.

Saya baru berkahwin kira-kira dua bulan. Saya didatangi haid pada 27 Jun dan sepatutnya datang haid pada 24 Julai, tetapi masih tiada haid hingga kini. Saya membuat ujian kehamilan, tetapi keputusannya negatif.

Pada 28 Julai waktu bangun sahur, ada ketulan darah keluar dan perut saya sakit di bahagian bawah. Selepas itu sudah tiada darah keluar lagi.

Pada waktu tengah hari ketulan darah keluar lagi dan saya mengalami sakit perut di bahagian sama sekali lagi. Saya musykil sama ada ia darah haid atau darah penyakit.

Doktor memberikan saya ubat vitamin dan asid folik. Katanya, masih awal untuk mengetahui jika saya hamil.

Saya bimbang jika ada perkara lain yang mengganggu kesihatan saya. Apakah pandangan doktor mengenai hal ini?

Juliana,
Kuala Lumpur

BAGI kes keguguran, ujian air kencing boleh cepat menjadi negatif manakala kit ujian air kencing juga berbeza tahap kepekaannya dalam mengesahkan kehamilan. Dalam keadaan ini, ujian kehamilan boleh disahkan semula menggunakan ujian darah kerana ia lebih tepat.

Anda mungkin hamil, tetapi keguguran. Mungkin juga pendarahan terbabit hanyalah haid yang lewat.

Anda juga perlu mendapatkan maklumat lanjut mengenai kemungkinan cyst berkenaan. Adakah ia mungkin hanya cyst jenis ‘normal’ iaitu cyst folikel telur atau kantung luteal ataupun sama ada ia cyst penyakit?

Lazimnya cyst jenis ‘normal’ ini dijangka mengecil atau menyusut sendiri dalam masa tiga bulan daripada kemunculannya.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan