Label

LENDIR COKLAT BERBAU (SAKIT PUAN)

SAYA kini hamil 14 minggu. Cuma masalah saya ketika kandungan saya 13 minggu, terdapat lendir coklat agak berbau, tapi tidak terlalu kerap.

Ada ketikanya ia bercampur dengan sedikit darah beku seperti darah haid. Adakah ini mendatangkan mudarat kepada bayi saya?

Sebelum ini pernah terjadi perkara serupa ketika kandungan saya sembilan minggu. Apabila saya rujuk kepada pihak hospital dan dilakukan TVS, keadaan bayi saya sihat, cuma terdapat sedikit ketulan pada pangkal rahim. Ketulan itu selamat dikeluarkan dan dihantar ke makmal bagi tujuan penyelidikan.

Pihak hospital akan memaklumkan keputusannya pada September depan. Saya khuatir ia memberi kesan kepada bayi sebab ini kandungan pertama yang saya nantikan hampir tiga tahun. Saya mohon pandangan doktor mengenai masalah ini.

Aily,
Kuala Lumpur

ADAKAH dasar atau pangkal ketulan terbabit berasal daripada pangkal rahim (serviks) sendiri atau jauh dari dalam rahim? Apakah yang diberitahu oleh doktor anda? Apakah jenis ujian yang dilakukan?

Ini kerana lazimnya di hospital swasta, hasil ujian histopatologi dapat diketahui dalam masa seminggu saja atau mungkin lebih awal jika ia dihantar secara ujian penting manakala di hospital kerajaan lazimnya ia mengambil masa enam minggu.

Sekiranya setelah dibuang kini masalah pendarahan anda tidak lagi berlaku, berkemungkinan ia berpunca daripada ketulan ini saja. Besar kemungkinan kandungan anda juga tidak terjejas. Saya pasti doktor anda sudahpun memberikan temu janji lebih awal untuk memeriksa keadaan anda selepas prosedur membuang ketulan terbabit.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan