SAYA berusia 28 tahun dan sudah berkahwin lebih setahun tetapi masih belum mempunyai cahaya mata.
Saya mempunyai masalah dengan kesuburan iaitu haid tidak normal. Setiap bulan saya didatangi haid, tapi peliknya, darah haid berwarna coklat dan sedikit dalam tempoh adakalanya sehingga 10 hari. Ia berterusan hingga beberapa bulan.
Sejak berkahwin, dalam tempoh lima hingga enam bulan barulah keluar darah haid merah. Darah itu agak banyak dan kadang-kadang rasa sakit dan tegang di bawah pusat selama tujuh hingga lapan hari.
Mengapakah keadaan ini berlaku?
Ingin Tahu,
Shah Alam, Selangor
CORAK pendarahan haid banyak dipengaruhi hormon estrogen dan progesteron. Kedua-dua hormon ini banyak dihasilkan oleh kantung telur yang membesar dan kemudiannya matang sehingga berlakunya ovulasi.
Inilah yang mencorakkan haid melalui proses penebalan lapisan haid (endometrium), pematangan endometrium dan kejadian haid jika telur yang keluar tidak disenyawakan. Jika proses ini tidak berlaku dengan lengkap, penghasilan hormon ini juga akan terganggu dan proses pada endometrium juga terencat.
Eloklah anda berjumpa pakar sakit puan bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan kesuburan.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Tiada ulasan:
Catat Ulasan