Label

JANGAN PANIK DENGAN HUTANG (KEWANGAN)

>> Bertenang dan fikirkan kaedah terbaik untuk mengatasinya

HUTANG boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan tekanan hidup kalau kita gagal menguruskannya dengan baik.

Disebabkan tidak dapat menghadapi tekanan hidup kerana beban hutang menimbun menyebabkan ada yang mengambil jalan singkat seperti meminjam dengan ah long – yang sebenarnya menjerat diri sendiri.

Malahan, kalau pegangan agama tak kuat, ada yang sanggup membunuh diri.

Bertenang. Apa pun tindakan yang anda nak buat kena fikir buruk baiknya. Fikirlah, bahawa setiap masalah termasuk hutang, ada cara penyelesaiannya.

Berikut adalah tiga langkah yang boleh digunakan untuk menangani masalah hutang tidak terkawal.

1) Mengaku ada banyak hutang
Mengaku sajalah kita mempunyai masalah hutang tidak terkawal. Jangan menafikannya.

Jangan menambahkan lagi hutang. Ini termasuk membeli barangan dan perkhidmatan menggunakan kad kredit.

2) Periksa status kewangan
Analisis keadaan untuk menilai kedudukan kewangan kita. Kemas kini semua penyata hutang kita untuk mengetahui jumlah semua hutang yang sebenarnya.

Bandingkan jumlah pembayaran balik hutang dengan pendapatan kita.

Bayar balik hutang mengikut keutamaan. Bayar pinjaman dan hutang tertunggak dengan kadar faedah yang lebih tinggi dahulu.

3) Segera betulkan keadaan
Ambil tindakan segera untuk membetulkan keadaan. Sediakan bajet, sekiranya kita masih belum berbuat demikian. Bajet kita mesti mengambil kira semua pembayaran bulanan dalam senarai perbelanjaan kita.

Pertimbangkan untuk menggunakan tabungan atau menjual aset pelaburan bagi mengurangkan hutang.

Kurangkan perbelanjaan kita. Berbelanja untuk barangan dan perkhidmatan yang penting sahaja.

Berusaha untuk meningkatkan pendapatan, seperti membuat kerja sambilan.

Berunding dengan institusi kewangan untuk memohon penstrukturan atau penjadualan semula pinjaman yang bersesuaian dengan kedudukan aliran tunai kita.

Dapatkan bantuan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) jika institusi kewangan tidak dapat membantu.

Terdapat beberapa organisasi yang kita boleh hubungi sekiranya kita memerlukan bantuan dan nasihat untuk menyelesaikan hutang. Bagaimanapun, kita perlu mengambil langkah proaktif seperti yang diterangkan untuk menyelesaikan masalah, termasuk berbincang dengan pihak institusi kewangan.

Berikut adalah organisasi yang boleh membantu menguruskan kedudukan hutang. Peranan mereka bukanlah menyediakan wang untuk melangsaikan hutang kita, tetapi untuk memberi nasihat dan panduan bagaimana hutang kita boleh diuruskan.

AKPK
Organisasi ini ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dengan visi: Amalkan Pengurusan Kewangan Berhemat Sebagai Budaya Hidup. Ia bertujuan untuk memastikan warga Malaysia hidup dengan mempunyai kemahiran pengurusan kewangan yang baik dan hutang terkawal.

AKPK menawarkan tiga jenis perkhidmatan secara percuma kepada individu sahaja untuk membantu menguruskan kewangan dengan lebih baik:
• Mendidik atau mengajar mengenai penggunaan kredit dan asas pengurusan wang termasuk petua menggunakan kredit (hutang) secara bertanggungjawab
• Memberi kaunseling dan nasihat mengenai pengurusan kewangan, membuat penilaian mendalam mengenai masalah kewangan kita dan cara untuk mengatasinya.
• Program Pengurusan Kredit (PPK), iaitu peminjam dan AKPK bekerjasama untuk menyediakan pelan penstrukturan atau penjadualan semula pinjaman menerusi rundingan dengan institusi kewangan.

Untuk layak mendapatkan perkhidmatan PPK, kita perlu memenuhi syarat berikut:
• Tidak mampu menguruskan tanggungan hutang
• Mempunyai pinjaman daripada institusi kewangan yang dikawal selia oleh BNM. Maknanya, bukan hutang dari ceti haram atau ah long.
• Mempunyai jumlah pinjaman tak lebih RM2 juta.
• Mempunyai sumber pendapatan positif selepas menolak perbelanjaan.
• Tidak berada di peringkat tindakan undang-undang yang sudah lanjut.
• Belum diisytiharkan bankrap.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari laman web www.akpk.org.my

Laman informasi dan Khidmat Nasihat BNM (BNMLINK)
Ini adalah saluran penting BNM untuk berhubung dengan orang ramai. Ia berperanan sebagai pusat perhubungan untuk memudahkan maklum balas kepada orang ramai dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berhubung dengan perkara berkaitan dengan sektor kewangan.
Layari BNMLINK di www.bnm.gov.my/bnmlink/index.tm

Biro Pengantara Kewangan (BPK)
BPK adalah badan bebas yang ditubuhkan bagi membantu menyelesaikan aduan, pertikaian atau tuntutan antara kita dengan penyedia perkhidmatan kewangan. Bagaimanapun, ada perkara yang tidak dipertimbangkan oleh BPK, iaitu:
• Penentuan harga umum
• Dasar produk (barangan) dan perkhidmatan
• Keputusan kredit
• Kes yang melebihi had masa enam tahun
• Kes yang dibawa atau dirujuk ke mahkamah
Maklumat lanjut boleh didapati di www.fmb.org.my

Biro Kredit
Biro Kredit BNM mengumpul kredit pinjaman, termasuk individu peribadi, perniagaan (milik tunggal dan perkongsian), syarikat dan entiti kerajaan, dan menyalurkan semula maklumat itu kepada institusi kewangan.

Setiap kali kita memohon pinjaman baru, institusi kewangan akan membuat rujukan berhubung dengan status kredit kita menerusi Biro Kredit.

Maklumat ini akan digunakan bagi tujuan meluluskan pinjaman ataupun sebaliknya menerusi Sistem Makluman Rujukan Kredit Pusat atau Central Credit Reference Information System (CCRIS).

Kita dikehendaki mendapatkan salinan laporan CCRIS untuk mengetahui rekod pembayaran kita sama ada ia teratur, tertunggak atau terlewat bayar. Adalah berbaloi jika kita membuat bayaran mengikut jadual kerana ini akan tertera dalam laporan kredit kita.
Bagi keterangan lanjut, layari http://creditbureau.bnm.gov.my

(Petikan artikel dari Berita Harian, 25 Mei 2013)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

1 ulasan:

  1. Aku Widya Okta, saya ingin bersaksi pekerjaan yang baik dari Allah dalam hidup saya kepada orang-orang saya yang mencari untuk pinjaman di Asia dan bagian lain dari kata, karena ekonomi yang buruk di beberapa negara. Apakah mereka orang yang mencari pinjaman di antara kamu? Maka Anda harus sangat berhati-hati karena banyak perusahaan pinjaman penipuan di sini di internet, tetapi mereka masih asli sekali di perusahaan pinjaman palsu. Saya telah menjadi korban dari suatu 6-kredit pemberi pinjaman penipuan, saya kehilangan begitu banyak uang karena saya mencari pinjaman dari perusahaan mereka. Aku hampir mati dalam proses karena saya ditangkap oleh orang-orang dari utang saya sendiri, sebelum aku rilis dari penjara dan teman yang saya saya menjelaskan situasi saya kemudian memperkenalkan saya ke perusahaan pinjaman dapat diandalkan yang SANDRAOVIALOANFIRM. Saya mendapat pinjaman saya Rp900,000,000 dari SANDRAOVIALOANFIRM sangat mudah dalam 24 jam yang saya diterapkan, Jadi saya memutuskan untuk berbagi pekerjaan yang baik dari Allah melalui SANDRAOVIALOANFIRM dalam kehidupan keluarga saya. Saya meminta nasihat Anda jika Anda membutuhkan pinjaman Anda lebih baik kontak SANDRAOVIALOANFIRM. menghubungi mereka melalui email:. (Sandraovialoanfirm@gmail.com)
    Anda juga dapat menghubungi saya melalui email saya di (widyaokta750@gmail.com) jika Anda merasa sulit atau ingin prosedur untuk memperoleh pinjaman.

    BalasPadam