Label

URUT TIDAK SEMESTINYA AKAN HAMIL (SAKIT PUAN)

SAYA berusia 24 tahun dan ingin hamil buat kali kedua. Anak pertama saya baru berusia setahun setengah.

Saya tidak pernah mengambil sebarang ubat untuk menjarakkan kehamilan dan tidak pernah menjalankan kaedah berurut seperti yang dilakukan oleh setiap wanita selepas bersalin.

Haid saya pun datang secara normal setiap bulan. Soalannya, adakah saya perlu berurut untuk hamil kali kedua? Berapakah tempoh yang perlu diambil untuk hamil kali kedua? Apakah kaedah atau ubat yang perlu diambil untuk hamil sekali lagi?

INGIN HAMIL
Perak

BUKAN setiap wanita berurut selepas bersalin seperti sangkaan anda. Jarak kelahiran dikira selamat bagi anda yang mungkin paling cepat dari sekarang, anda melahirkan anak kedua setelah dua tahun kelahiran pertama.

Saya juga belum mendengar pendapat perlu berurut untuk hamil seterusnya, namun begitu tidak salah anda berurut untuk keselesaan tubuh dan ketenangan minda.

Anda juga mungkin tidak perlu mengambil ubat kesuburan memandangkan anda masih muda. Amalkan pemakanan sihat, lakukan hubungan kelamin berselang sehari atau berselang dua hari di luar kedatangan haid dan mulakan pengambilan pil asid folik sebanyak lima miligram setiap hari.

Jika anda ingin mendapatkan rawatan kesuburan daripada doktor sekarang, ia juga tidak salah.

Harian Metro

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan