Label

LIMA BULAN TANPA HAID (SAKIT PUAN)

SAYA mengalami masalah haid tidak teratur selepas berhenti mengambil ubat perancang setahun lalu. Ada kalanya empat hingga lima bulan saya tidak didatangi haid.

Saya ke klinik swasta dan kerajaan untuk membuat pemeriksaan malangnya cuma diberi ubat tahan sakit dan ubat pembersih air kencing saja.

Saya membeli ubat hormon untuk mengeluarkan haid di farmasi berhampiran. Baru-baru ini saya membeli ubat hormon itu kerana sudah empat bulan tidak didatangi haid. Namun, haid saya tidak keluar dan saya mengalami sakit yang teramat sakit di sekitar pinggang dan perut saya.

Apakah punca haid tidak teratur? Adakah saya boleh mengambil ubat hormon terbabit untuk mengeluarkan haid sekali lagi selepas saya mengambilnya seminggu lalu?

Apakah kesannya terhadap rahim saya? Adakah saya boleh mengandung lagi disebabkan haid tidak teratur itu?

JAINAH
Kuala Lumpur

HAID tidak teratur mempunyai beberapa punca berbeza, salah satu yang lazim adalah disebabkan oleh gangguan ovulasi (pengeluaran telur).

Ubat hormon yang diberikan untuk mengeluarkan haid kebiasaannya mengandungi hormon progestin yang menyerupai hormon progesteron tubuh kita.

Hormon progesteron hanya dihasilkan mencukupi setelah berlakunya ovulasi. Maka, ubat hormon progestin diberikan untuk menggantikan kekurangan hormon progesteron pada kitaran terbabit. Anda perlu berjumpa doktor pakar sakit puan untuk mengetahui punca haid tidak teratur yang anda alami dan pada masa sama, mengesan kemungkinan terdapat penyakit berkaitan kesuburan dan sakit lain seperti sakit perut atau pinggang yang anda alami.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

1 ulasan:

  1. salam sejahtera doktor...saya ingin bertanya dengan doktor tentang masalah saya..sebelum berkahwin saya juga memang sudah mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur..kini saya sudahpun berkahwin selama 9 tahun...pada tahun lepas.saya telah mencuba rawatan iui di hospital umum sarawak...setelah membuat semua ujian suami isteri,doktor menyuruh saya mencuba iui.doktor juga menyuruh saya keklinik pakar untuk tarikh susulan untuk membuat tvs,tetapi sejak membuat iui itu ,saya tidak datang di datangi iui lagi..sya memohon pertimbangan doktor untuk menjawab soalan saya...adakah ini normal bagi yang sudah membuat rawatan iui

    BalasPadam