Label

Payudara Keluar Cecair (Sakit Puan)

SAYA berusia 34 tahun, berat badan 44 kilogram dengan ketinggian lima kaki empat inci. Kesihatan saya normal dan sudah berkahwin selama 14 tahun dan mempunyai seorang anak lelaki berumur 13 tahun.

Baru-baru ini saya dapati ada sedikit cecair keluar daripada puting payudara kiri saya. Jika saya memicit pada bahagian puting terbabit, kadangkala ada cecair keluar tetapi jika dibiarkan, tiada pula cecair yang keluar. Saya tidak rasa sakit di sekitar payudara itu. Apakah cecair itu sebenarnya?

PUAN IZWANI,
Johor

ANDA tidak menerangkan lebih lanjut mengenai cecair terbabit sama ada jernih, susu atau darah. Apapun, memandangkan ini tidak dialami dahulunya, saya sarankan anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan. Contoh cecair mungkin akan dihantar untuk ujian sitologi.

Pada masa sama, doktor mungkin akan melakukan imbasan ultra bunyi ke atas kedua-dua payudara anda. Ia boleh sama ada susu (kadangkala disebabkan oleh rangsangan manual seperti kerap menyentuh atau memicit payudara), jangkitan kuman (kurang berkemungkinan memandangkan anda tidak sakit atau payudara tidak membengkak) atau penyakit berbahaya.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan