SAYA baru melangsungkan perkahwinan pada Mac lalu. Memandangkan umur saya dan suami masih muda iaitu 22 tahun dan memandangkan ekonomi masih belum kukuh, kami merancang untuk tidak mempunyai anak lagi buat masa sekarang, oleh itu saya mengambil pil perancang keluarga.
Saya musykil jika disebabkan ubat itu saya tidak boleh mengandung lagi pada masa hadapan.
Saya ingin mendapatkan nasihat doktor dan ubat perancang keluarga yang selamat. Adakah benar wanita yang mengamalkan pengambilan pil perancang keluarga sukar untuk hamil atau ia hanya tanggapan orang saja?
ISTERI KELIRU
Kuala Lumpur
Secara amnya, pil perancang keluarga selamat diambil, tetapi biarlah setelah anda mendapat pemeriksaan doktor terlebih dulu.
Doktor akan bertanyakan beberapa perkara berkaitan kerana seperti mana-mana bahan ubatan, terdapat kesan sampingan tersendiri.
Doktor juga akan menerangkan lebih lanjut mengenai pilihan kaedah pencegah kehamilan yang ada serta kelebihan atau kekurangan masing-masing.
Pil perancang tidak menghentikan kesuburan seseorang selamanya. Secara prinsipnya, ia tidak mengurangkan kesuburan seseorang apabila dihentikan penggunaannya, mungkin sebahagian wanita mendapati kesuburan mereka lambat kembali selepas berhenti mengambil pil berkenaan.
Selain itu, faktor penambahan usia sebenarnya juga memberi kesan kepada kesuburan seseorang secara amnya. Ini belum lagi termasuk faktor lain yang mungkin berlaku dalam tempoh terbabit (tiada kaitan dengan pil perancang) yang boleh mengurangkan kesuburan seseorang seperti jangkitan penyakit peradangan pelvis (PID) dan seumpamanya.
Harian Metro
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Tiada ulasan:
Catat Ulasan