Label

SAKIT BERSAMA SUAMI (SAKIT PUAN)

SAYA berumur 32 tahun dan baru melahirkan anak keempat berusia dua bulan. Semua anak saya lahir secara pembedahan.

Memandangkan sudah empat kali menjalani pembedahan bersalin secara lower segment caesarean section (LSCS), doktor terus membuat kaedah BTL kepada saya. Sejak akhir-akhir ini, saya mengalami masalah pada faraj. Terdapat lendir berwarna kuning dan berbau.

Apabila bersama suami, faraj saya terasa sakit dan air pada faraj juga semakin kering. Adakah ia berpunca daripada kaedah BTL atau adakah ini petanda barah serviks sebab keluarga saya ada menghidap penyakit ini. Adakah kemungkinan saya menghidapinya juga?

LYNNEY
Melaka

BTL atau bilateral tubal ligation hanya kaedah menutup laluan tiub fallopio sama ada secara memotongnya atau mengikatnya menggunakan cecincin ketat, atau mengepitnya menggunakan klip khas dan seumpamanya.

Walaupun tiub fallopio juga boleh menghasilkan sedikit cairan (mengandungi bahan nutrien untuk sperma, telur dan embrio), kuantitinya sangat sedikit.

Anda mungkin mengalami jangkitan faraj sahaja yang berasal dari luar seperti kulat yang kerap berlaku akibat perubahan hormon.

Bagaimanapun, eloklah anda menjalani pemeriksaan doktor untuk mengetahui jenis jangkitan terbabit dan rawatan ubatan yang sesuai.

Kemungkinan jangkitan terbabit masuk jauh ke dalam (walaupun jarang) sehingga membabitkan lapisan dalam rahim, ini dinamakan endometritis.

Penghasilan cecair pelincir sewaktu hubungan seks berkait rapat dengan rangsangan seksual itu sendiri.

Sekiranya wanita mengalami rangsangan seksual, kelenjar Bartholin berhampiran bukaan faraj akan menghasilkan cecair ini.

Anda tidak pernah bersalin normal, maka kelenjar dan terowong kelenjar tidak mengalami trauma dan sepatutnya berfungsi. Sekiranya ia tersumbat, sudah pasti anda mengalami pembengkakan kelenjar jika anda tidak mempunyai masalah rangsangan seksual.

Sewaktu pemeriksaan untuk mengambil sampel lelehan faraj, doktor akan menilai keadaan permukaan serviks anda dan melakukan ujian pap smear. Barah serviks tiada kaitan dengan keturunan.

Mana-mana wanita yang pernah mengalami hubungan seks penetratif berisiko mempunyai kanser serviks dan ujian pap smear ialah satu ujian saringan awal yang mudah dan berkesan untuk mencegah kanser ini.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KHUATIR BUASIR BERI KESAN APABILA BERBADAN DUA (SAKIT PUAN)

SAYA berumur 25 tahun dan mengalami masalah buasir luar selama beberapa tahun. Saya tidak pernah menjalani apa-apa rawatan untuk menyembuhkannya kerana saya malu untuk merujuk kepada doktor.

Saya cuma mengambil ubat untuk disapu pada bahagian berkenaan, tetapi masih tiada apa-apa perubahan.

Saya sudah mendirikan rumah tangga pada Januari lalu dan hingga kini masih belum hamil.

Adakah apabila saya hamil kelak, penyakit ini akan membahayakan kesihatan saya dan bayi?

Apakah tindakan yang perlu saya lakukan sekarang?

ALIA
Selangor

BUASIR adalah penyakit masalah berkaitan keanjalan salur darah vena. Ia sama dengan keadaan urat timbul pada bahagian betis. Ia tiada kaitan dengan kesukaran seseorang untuk hamil.

Bagaimanapun, tekanan kandungan yang semakin membesar sewaktu kehamilan boleh menjadikan buasir bertambah teruk.

Anda boleh menambah pengambilan air dan serat dalam pemakanan.

Terdapat juga pil suplemen yang mengandungi bahan flavonoid yang dapat membantu meningkatkan keanjalan salur darah vena, cecair 'pelembut najis' untuk memudahkan membuang air besar, salap sapuan pada buasir untuk meredakan ketidakselesaan (bukannya mengubati buasir) dan seumpamanya.

Ada juga buasir yang boleh 'ditolak' kembali ke dalam dubur menggunakan jari, ini dapat mengurangkan rasa tidak selesa apabila buasir bersentuhan sewaktu seseorang duduk.

Buasir juga boleh dibuang melalui prosedur pembedahan kecil, lebih-lebih lagi jika ia menyebabkan kesakitan.

Anda hendaklah mengurangkan aktiviti atau perkara yang boleh menambah tekanan intra-abdomen seperti batuk berpanjangan, masalah sembelit dan mengangkat benda berat.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

BERAT BADAN PENGARUHI TAHAP KESUBURAN (SAKIT PUAN)

SAYA berusia 29 tahun dan mempunyai seorang anak berumur tiga tahun empat bulan. Berat badan saya 85 kilogram dengan ketinggian 163 sentimeter.

Anak saya dilahirkan melalui pembedahan kerana air ketuban pecah terlalu awal.

Saya merancang untuk menambah cahaya mata dalam masa terdekat. Bermacam usaha saya lakukan, tetapi belum berhasil. Sejak setahun ini, kitaran haid saya tidak teratur.

Saya sudah ke klinik untuk membuat pemeriksaan dan doktor memberikan ubat supaya saya didatangi haid. Apabila mengambil ubat itu, saya hanya didatangi haid sehari saja, itu pun dalam kuantiti yang sangat sedikit.

Kini sudah dua bulan saya tidak didatangi haid. Apakah yang harus saya lakukan? Adakah saya boleh hamil lagi?

NIZA
Petaling Jaya, Selangor

DENGAN ketinggian anda, berat badan yang sesuai adalah di antara 51 kilogram dan 66 kilogram.

Berlebihan berat badan (malah dengan BMI 32 kg/m2, anda termasuk dalam kategori obes) boleh menyebabkan gangguan pengeluaran telur (anovulasi).

Bukan itu saja, dengan ketiadaan pengeluaran telur, tiada hormon progesteron dihasilkan oleh ovari dan ini boleh mengganggu turutan perubahan pada lapisan haid atau endometrium sehingga menyebabkan ketiadaan haid. Ubat menurunkan haid yang sering diberikan doktor sebenarnya menggantikan hormon progesteron yang tidak dihasilkan itu.

Anda tidak menyatakan lebih lanjut jenis usaha yang sudah anda lakukan. Eloklah anda mulakan dengan mendapatkan nasihat pemakanan daripada pakar dietetik bagi membantu mengurangkan berat badan anda sebanyak lima peratus terlebih dulu (lima kilogram).

Kajian menunjukkan dengan mengurangkan berat badan berlebihan sebanyak 10 peratus, ia boleh mengubati masalah anovulasi. Pada masa sama, anda dinasihatkan berjumpa pakar sakit puan berhampiran.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

MASALAH FIBROID KETIKA HAMIL (SAKIT PUAN)

SAYA disahkan mempunyai fibroid ketika hamil anak sulung pada 2007. Fibroid terbabit membesar sama dengan saiz kepala anak dalam kandungan ketika kandungan berusia empat bulan.

Saya juga menjalankan pemeriksaan secara berkala di sebuah hospital di Kuantan setiap bulan sehingga dua minggu sebelum bersalin.

Sewaktu pemeriksaan terakhir, doktor menyatakan fibroid terbabit masih ada, tetapi sudah mengecil disebabkan tekanan daripada pembesaran anak dalam kandungan. Proses semasa bersalin juga normal dan berjalan lancar cuma uri melekat dan saya dikuarantin selama enam jam dan diberi antibiotik akibat uri terlekat itu.

Selepas bersalin tiada lagi pemeriksaan susulan dan sehingga kini saya tidak pernah menjalankan pemeriksaan.

Untuk pengetahuan doktor, saya dalam perancangan untuk hamil anak kedua. Masalahnya, saya bimbang perkara sama berlaku seperti kandungan pertama itu.

Saya bimbang fibroid akan memudaratkan tumbesaran anak dalam kandungan. Apakah cara dan tempat untuk saya menjalankan pemeriksaan?

Untuk pengetahuan doktor sewaktu pemeriksaan di Kuantan, doktor yang membuat pemeriksaan pernah memaklumkan fibroid saya tidak berbahaya dan saya boleh melahirkan anak lagi.

Saya juga bimbang ia memberi kesan seperti anak saya yang pertama iaitu anak saya dilahirkan dengan masalah jantung konginetal (PDA infailure) dan menjalani proses 'katerer' pada usia anak saya setahun pada 2008.

Dia masih lagi menjalani rawatan susulan di Kuantan dan Institut Jantung Negara (IJN).

Untuk makluman doktor, kitaran haid saya sejak enam bulan lalu tidak normal iaitu hanya lima hari didatangi haid sedangkan sebelum ini enam hingga tujuh hari.

Adakah ia berkaitan dengan fibroid? Saya juga ingin tahu punca fibroid dan bahaya fibroid berkenaan.

IBU RESAH
Pekan, Pahang

SAYA menganggarkan saiz fibroid anda sekitar 3.6 sentimeter berdasarkan saiz ukuran rentas (diameter biparietal) kepala janin empat bulan (17 minggu).

Pada waktu menghampiri kelahiran matang, saiz terbabit adalah kecil secara relatif terhadap saiz janin seberat tiga kilogram, tambahan pula apabila doktor anda mengatakan saiz fibroid itu menjadi lebih kecil daripada saiz awal.

Anda perlu mengetahui dengan lebih lanjut mengenai fibroid yang anda alami berkait dengan kesuburan atau kehamilan akan datang, melalui pemeriksaan doktor sakit puan anda dan ujian mudah (ultrabunyi):

- Lokasi fibroid berkait dengan lapisan dinding otot. Besar kemungkinan ia di kawasan tengah dinding otot (intramural) ataupun membonjol ke permukaan luar rahim (subserosal). Pada saiz terbabit, lazimnya kedua-dua jenis fibroid ini tidak mengganggu kesuburan. Fibroid yang membonjol ke dalam ruang rahim (submukosal) ataupun berada dan menekan pada bahagian pangkal tiub fallopio boleh mengganggu kesuburan.

Fibroid submukosal juga lazimnya menyebabkan pendarahan haid yang banyak (menorhagia) kerana keluasan permukaan endometrium atau haid juga bertambah. Sekiranya uri berada 'di atas' fibroid submukosal ini lebih-lebih lagi jika ia di kawasan segmen bawah, ia boleh menyebabkan masalah tumpah darah selepas bersalin kerana bahagian otot rahim pada kawasan itu tidak atau lambat mengecut sepenuhnya.

- Lokasi fibroid berkait dengan bahagian rahim. Besar kemungkinan fibroid anda berada di bahagian badan rahim dan bukannya serviks (pintu rahim), maka laluan bayi sewaktu kelahiran tidak menghadapi masalah. Sekiranya ia berada membonjol ke bahagian hadapan, seseorang lazimnya kerap berasa ingin membuang air kecil, lebih-lebih lagi sewaktu kehamilan trimester pertama.

- Saiz terkini fibroid dan sekiranya fibroid lain sudah kelihatan. Fibroid boleh sama ada satu atau banyak, berasingan atau bergugusan, sekecil beberapa milimeter (tidak nyata kelihatan dahulunya) atau sangat besar sehingga memenuhi ruang abdomen.

- Sama ada anda juga mungkin mengalami endometriosis. Ini kerana kedua-dua penyakit ini 'hidup' dengan rangsangan hormon yang sama iaitu hormon estrogen. Endometriosis peringkat lanjut boleh mengurangkan kesuburan.

Kitaran haid bukan dikira berdasarkan panjang tempoh haid, tetapi jarak di antara dua kedatangan haid berturutan. Panjang tempoh haid anda mungkin tiada masalah, lebih-lebih lagi jika jumlah pendarahan selama tempoh lima hari itu sama dengan sebelumnya sewaktu pendarahan tujuh hari.

Fibroid tidak menyebabkan kecacatan organ janin atau bayi. Anda tidak menyatakan usia anda, sekiranya terdapat ahli keluarga anda dengan keabnormalan organ atau jantung, sama ada anda diuji penyakit diabetes mellitus (kencing manis), jangkitan kuman sewaktu kehamilan, ubat yang sering diambil sebelum dan sewaktu kehamilan dan seumpamanya.

Fibroid juga tidak berbahaya atau menyebabkan kanser. Risiko fibroid menjadi kanser sangat rendah iaitu di bawah satu peratus.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

BAKAL PENGANTIN ADA VIRUS HEPATITIS B (SAKIT PUAN)

SAYA berusia 25 tahun dan akan berkahwin dalam tempoh lima bulan lagi. Saya disahkan mempunyai virus hepatitis B. Bakal suami tidak mengetahui mengenai penyakit saya kerana saya takut dia tidak mahu berkahwin dengan saya.

Apakah nasihat doktor supaya suami saya tidak terkena virus sama apabila kami berkahwin kelak? Adakah kemungkinan saya memiliki anak yang sihat dan bebas daripada virus ini?

GADIS KELIRU
Shah Alam, Selangor

SEBELUM itu, saya jelaskan bahawa ini bukan bidang kepakaran saya. Terdapat kategori pakar perubatan dalaman, lebih-lebih lagi yang mempunyai tambahan pengkhususan dalam bidang hepatologi atau gastro-enterologi yang lebih mahir dalam mengendalikan kes anda, malah dapat memberikan penerangan yang lebih mendalam dan jelas terhadap penyakit ini.

Penerangan di bawah adalah secara panduan saja, seeloknya anda bertanyakan doktor anda untuk kesahihan.

Anda tidak menyatakan status jangkitan yang anda alami, yang boleh diketahui melalui ujian darah ke atas protein berlainan hepatitis B (s-Antibodi, s-Antigen, e-Antigen, c-Antibodi dan c-Antibodi IgM).

Tidak salah jika anda ingin mengulangi ujian itu untuk kepastian. Anda juga boleh mengetahui sekiranya anda sudah sembuh daripada virus ini.

Terlebih dulu, anda juga mungkin boleh cuba bertanya kepada bakal suami mengenai status hepatitis B pada dirinya sekiranya dia sudah mendapatkan suntikan vaksin hepatitis B sebelum ini yang boleh melindunginya. Ini boleh disahkan dengan ujian darah.

Jika benar anda dijangkiti dan bakal suami anda tidak pernah mendapat perlindungan vaksin itu, saya nasihatkan anda berterus terang kepada bakal suami kerana mempunyai virus hepatitis B boleh menjangkiti suami melalui hubungan seks (virus ini terdapat dalam lelehan faraj selain bendalir tubuh seperti darah, air mani, susu badan dan lelehan luka). Ini terutamanya jika ujian darah menunjukkan kehadiran antigen e (hepatitis B e-Antigen) yang bermakna tubuh seseorang mempunyai paras virus hepatitis B yang tinggi dan mudah menjangkiti.

Bakal suami anda juga disaran mendapatkan suntikan gamma immunoglobulin hepatitis B dan memulakan siri vaksinasi hepatitis B secepat mungkin bagi melindunginya.

Berikut adalah beberapa fakta yang boleh dijadikan panduan:

Secara perbandingan, virus hepatitis B seribu kali lebih mudah berjangkit berbanding virus HIV. Virus hepatitis B boleh menyebabkan penyakit peradangan hati (hepatitis) yang boleh menjadi kronik, penyakit sirosis hati dan kanser hati (kanser hepatoselular).

Tempoh vaksinasi mengambil masa enam bulan. Menangguhkan hubungan seks adalah pilihan selamat sehingga suami mengambil suntikan immunoglobulin dan vaksinasi lengkap serta disahkan oleh ujian darah dirinya sudah imun terhadap hepatitis B. Menggunakan kondom dalam tempoh terbabit boleh memberi risiko jangkitan sekiranya kondom itu bocor.

Anda juga dinasihatkan tidak berkongsi barangan peribadi seperti sikat, berus gigi, pengetip kuku, gunting, pencukur dan seumpamanya yang boleh mempunyai sisa darah anda, sama ada dengan mereka di sekeliling anda yang masih belum imun.

Begitu juga apabila anda luka, hendaklah ditutup dan elakkan menyentuh orang lain dengan kawasan luka terbabit kerana dikhuatiri berjangkit kepada mereka sekiranya permukaan kulit mereka juga mengalami luka walaupun kecil.

Menderma darah juga dilarang.

Kebanyakan hospital juga menjalankan ujian hepatitis B secara rutin bagi pesakit yang ingin menjalani pembedahan bagi membolehkan mereka mengubah suai persediaan atau jenis alatan pembedahan untuk mengelakkan risiko kakitangan atau pesakit lain dijangkiti.

Seeloknya anda memberitahu doktor keadaan hepatitis anda apabila mendapatkan rawatan penyakit seperti demam, apabila hamil dan sebelum menjalani pembedahan.

Virus hepatitis B juga boleh berpindah secara transmisi 'menegak' daripada ibu kepada bayinya. Selepas dilahirkan, bayi anda akan diberikan suntikan immunoglobulin hepatitis B bagi membantu mencegah jangkitan di samping vaksin hepatitis B. Di negara kita, program siri imunisasi hepatitis B ke atas bayi sudah diberikan secara percuma sejak lebih 20 tahun lalu.

Anda dinasihati menjalani rawatan susulan untuk mengetahui kesan jangkitan terhadap hati dan kesihatan am anda dari semasa ke semasa. Terdapat juga pesakit yang kemudian didapati bebas daripada virus ini.

Amalkan pemakanan berkhasiat dan seimbang bagi menguatkan sistem imun anda terhadap penyakit lain. Penjagaan ketahanan hati amat penting, ketahui isi kandungan sebenar yang anda ambil dan kesannya sama ada produk makanan, produk tradisional ataupun ubatan moden.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

HAID ISTERI TAK NORMAL (SAKIT PUAN)

SAYA ingin tahu masalah yang dihadapi isteri saya iaitu haidnya tidak teratur. Isteri merancang keluarga dengan kaedah suntikan tiga bulan sekali. Ketika suntikan, dia tidak didatangi haid dan kali terakhir suntikan pada Mac 2010.

Selepas itu, isteri saya berjumpa doktor yang memberikan ubat hormon tetapi haidnya tidak normal selepas mengambil ubat. Pada hari ketujuh, darah keluar sedikit dan apabila membuang air besar dan air kecil, darah keluar.

Darah itu seakan-akan warna merah cair, kadang-kadang berwarna coklat. Apabila bersama, darah akan keluar dan keesokan hari, darah keluar semula. Ia menghilang dan kemudian darah keluar semula sehingga hari ke-21.

Isteri saya melakukan Pap smear tiga tahun turut-turut. Kali terakhir pada September 2010 dan keputusannya normal. Isteri saya sudah buat imbasan di perut dan keputusannya juga normal.

Isteri saya berusia 35 tahun dan kami mempunyai empat anak. Isteri saya teringin mahukan anak lagi dan dia risau darah yang keluar ketika kami bersama.

SHAM
Shah Alam, Selangor

SAYA cadangkan anda membawa isteri membuat pemeriksaan dengan pakar sakit puan. Suntikan pencegah kehamilan jarang memberikan kesan sebegitu setelah tamat penggunaannya melebihi enam bulan, apatah lagi setelah setahun.

Doktor mungkin akan mengulangi ujian Pap smear untuk mengetahui keadaan sel permukaan serviks (pintu rahim), kadangkala sewaktu alat spekulum dimasukkan, punca pendarahan seperti polip serviks dapat dilihat dan dibuang.

Selain itu, ultrabunyi pelvis (seeloknya dilakukan kaedah trans-vaginal) akan dilakukan bagi mengetahui keadaan lapisan dalaman rahim yang mungkin menjadi punca pendarahan terbabit serta ujian darah asas.

Doktor juga mungkin akan menasihati isteri menjalani prosedur mudah secara pembedahan kecil yang dinamakan histeroskopi bagi melihat secara langsung keadaan ruang dan lapisan terdalam rahim menggunakan teropong yang dimasukkan menerusi pintu rahimnya.

Sewaktu prosedur itu, doktor akan memotong atau mengeluarkan sekiranya terdapat sebarang ketumbuhan. Ia mungkin disudahi dengan prosedur D&C. Semua sampel ini akan dihantar untuk ujian makmal (ujian histologi) bagi mengetahui jenis penyakit pada lapisan haid anda (jika ada).

Prosedur itu lazimnya direkodkan secara video. Bagi hospital yang tidak mempunyai kemudahan itu, doktor mungkin akan mencadangkan prosedur D&C sahaja.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

HUBUNGAN INTIM KETIKA HAMIL (SAKIT PUAN)

APAKAH kemungkinan sebarang risiko jika melakukan hubungan kelamin bersama isteri yang hamil? Kandungan isteri saya kini sekitar lima atau enam bulan.

LIM
Kuala Lumpur

SAYA tidak dapat memberi jaminan 100 peratus hubungan kelamin tidak menyebabkan sebarang risiko.

Secara amnya, ia selamat dilakukan.

Bagaimanapun, anda hendaklah mendapatkan penilaian daripada doktor perbidanan yang merawat atau menjaga kehamilan isteri anda.

Lazimnya, sekiranya uri berada di bahagian bawah, terdapat masalah pendarahan daripada faraj, serviks (pintu rahim) menjadi pendek atau membonjol atau sudah mula membuka misalnya dalam masalah inkompetens serviks dan seumpamanya, doktor menasihatkan hubungan kelamin dielakkan.

Begitu juga jika suami mempunyai pasangan atau isteri lain dan dijangkiti penyakit jangkitan seksual seperti herpes simplex.

Ia mendedahkan isteri terhadap jangkitan yang sama serta kemungkinan jangkitan seksual yang lain.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

HILANG SELERA BERSAMA SUAMI (SAKIT PUAN)

SAYA sudah 11 bulan melahirkan anak ketiga. Masalahnya kini, sejak mula hamil anak ketiga hingga sekarang, nafsu untuk mengadakan hubungan kelamin saya menurun sehingga saya tidak punya keinginan langsung.

Saya mempunyai masalah tiroid. Adakah semua masalah saya ini berpunca daripada tiroid atau saya ada masalah lain?

FINA
Kuala Lumpur

TIDAK mustahil masalah keintiman hubungan kelamin bukan saja berpunca daripada satu masalah, tetapi beberapa masalah yang mungkin tidak disedari misalnya masalah komunikasi.

Ada juga laporan kajian masalah serupa dialami oleh ibu yang menyusu badan disebabkan oleh peningkatan hormon prolaktin. Anda tidak menyatakan jenis masalah tiroid yang anda alami, sama ada paras hormonnya berlebihan atau sebaliknya menurun atau adakah paras hormonnya normal, tetapi cuma leher saja membengkak.

Eloklah anda berjumpa doktor anda untuk menyuarakan masalah dan menjalani ujian tertentu. Lazimnya kita mempunyai doktor yang dianggap 'rapat' kerana sering mendapatkan rawatan misalnya rawatan antenatal ataupun anda boleh terus berjumpa pakar psikiatri untuk mendapatkan bimbingan lebih profesional. Usah malu kerana pengajian bidang psikiatri juga merangkumi masalah sebegini.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

FIBROID BESAR SEPERTI HAMIL (SAKIT PUAN)

ISTERI saya yang berusia 34 tahun dikesan mempunyai fibroid ketika hamil anak ketiga dan Alhamdulillah, dia selamat melahirkan bayi lelaki pada Julai 2010. Ketiga-tiga anak lelaki kami dilahirkan melalui pembedahan (Caesarean).

Masalahnya kini, fibroid isteri saya semakin membesar (lapan sentimeter) ketika menjalani pemeriksaan berkala oleh pakar di hospital di Johor Bahru kira-kira tiga bulan lalu.

Saya ingin tahu, sejauh mana fibroid ini berbahaya? Apakah langkah rawatan atau ubatan yang boleh disyorkan untuk mengurang dan mengecutkannya selain daripada menopaus atau pembedahan?

ZAINAL
Seri Saujana, Kota Tinggi

FIBROID adalah sejenis ketumbuhan berasal dari dalam dinding berotot rahim, malah ia juga terdiri daripada sel otot rahim (myometrium), bezanya cuma sifatnya membentuk ketulan atau pusaran.

Fibroid bukanlah kanser dan risiko ia bertukar menjadi kanser sangat rendah (di bawah satu peratus). Tetapi fibroid boleh memberi masalah bergantung kepada saiz dan lokasinya, kadangkala sehingga membahayakan kesihatan seperti:

Pendarahan haid yang banyak sehingga boleh menyebabkan kekurangan darah (anemia). Ini lebih kerap berlaku dalam fibroid jenis submukosa kerana keluasan tisu haid atau endometrium bertambah. Jantung juga bertindak balas secara cuba mengepam lebih laju walaupun hasilnya isi padu setiap kontraksi jantung menjadi berkurangan.

Kesan himpitan fibroid terhadap organ berhampirannya contohnya apabila fibroid menekan bahagian hadapan (pundi kencing), seseorang akan terasa kerap ingin membuang air kecil.

Kesan tidak nyata boleh berlaku apabila fibroid menghimpit bahagian tepi (saluran kencing ureter) dan menyebabkan air kencing membolak semula ke buah pinggang sehingga menjadikannya bengkak (hidronefrosis).

Saiz fibroid yang semakin membesar juga boleh menjadikan isteri anda kelihatan seperti hamil lagi. Jika terlalu besar, ia juga boleh menyukarkan pernafasan. Memandangkan isteri anda masih muda, tidak mustahil ini boleh berlaku.

Fibroid muncul atau membesar dengan rangsangan hormon estrogen. Itulah sebabnya fibroid dijangka beransur-ansur mengecil (bukannya pupus) setelah wanita mencapai menopaus, fibroid baru juga tidak akan muncul selepas menopaus.

Selain itu, fibroid juga sering dikaitkan dengan kehadiran penyakit endometriosis kerana endometriosis juga 'hidup' atas rangsangan hormon estrogen.

Rawatan untuk mengecilkan fibroid lebih menjurus kepada ubatan yang mempunyai kesan menurunkan paras hormon estrogen seseorang. Terdapat beberapa jenis ubatan sama ada yang mengandungi bahan analog GnRH ataupun bahan androgenik, setiap satunya mempunyai kesan sampingan tersendiri dan diberikan untuk sementara saja.

Selain itu, terdapat juga kaedah embolisasi (penyumbatan salur darah arteri uterin) yang menyekat bekalan darah kepada rahim (termasuk fibroid) sehingga menyebabkan ia mengecil. Isteri anda juga tidak digalakkan mengambil ubat atau produk sebarangan kerana dikhuatiri mengandungi bahan hormon estrogen ataupun steroid (yang kemudian boleh bertukar kepada estrogen).

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

ISTERI PCOS IDAM ZURIAT (SAKIT PUAN)

SAYA disahkan oleh doktor menghidap sindrom ovari polisistik (PCOS). Saya sudah berkahwin hampir dua tahun dan tidak dikurniakan anak. Saya juga membuat pemeriksaan ulangan di hospital dan doktor meminta saya makan ubat Duphaston lima kali sebulan memandangkan saya tidak akan datang haid tanpa bantuan ubat.

Untuk pengetahuan doktor, berat badan saya ialah 90 kilogram dan ketinggian 162 sentimeter. Berat badan saya meningkat selepas saya mengambil pil perancang yang diberikan doktor empat tahun lalu disebabkan haid tidak teratur.

Adakah saya mempunyai waktu subur jika saya mengharapkan ubat untuk didatangi haid? Adakah saya boleh hamil seperti orang lain?

Apakah saranan doktor supaya saya boleh hamil? Adakah penggunaan termometer untuk memeriksa suhu itu berkesan bagi memantau waktu kesuburan?

SALWANI
Kuala Lumpur

DENGAN ketinggian anda, berat badan yang ideal adalah di antara 50 kilogram sehingga 65 kilogram saja. Malah, sekiranya berat badan anda bertambah kepada 92 kilogram, anda termasuk dalam kategori obes morbid (obes berpenyakit dengan pertambahan risiko seperti penyakit jantung, darah tinggi dan seumpamanya).

Eloklah anda berusaha lebih giat untuk menurunkan berat badan anda kepada 85 kilogram terlebih dulu sebelum meneruskan usaha mencapai berat badan ideal di atas. Saya sarankan anda mendapatkan nasihat pakar dietetik yang boleh memberi panduan mudah, praktikal dan berkesan mengenai pengambilan makanan mengikut kepentingan, kalori dan bilangan hidangan. Selain itu, senaman berterusan juga penting.

Pil perancang mengandungi dua jenis hormon (estrogen dan progestin) yang menyerupai hormon yang dikeluarkan oleh ovari yang aktif. Dalam erti kata lain, pemberian pil perancang bertujuan menggantikan kekurangan hormon terbabit, lazimnya ketiadaan ovulasi (dinamakan anovulasi) yang juga menjadikan seseorang tidak subur.

Kesan peningkatan berat badan anda dilaporkan dalam sebilangan kecil (sebilangan lain pula melaporkan tiada perubahan, malah sebilangan kecil lagi sebaliknya melaporkan penurunan berat badan!), ia lebih disebabkan oleh pengumpulan cecair di dalam tubuh.

Pemberian ubat mengandungi hormon progestin yang anda ambil untuk menurunkan haid juga bertujuan menggantikan hormon progesteron yang tidak cukup akibat ketiadaan ovulasi terbabit. Bagi mereka yang sememangnya mempunyai masalah anovulasi, haid lazimnya hanya keluar setelah ubat ini diberikan, menjadikan mereka bergantung terhadap ubat itu bagi membolehkan mereka didatangi haid sedangkan punca utama (anovulasi) tidak dirawat.

Penggunaan termometer untuk mengambil bacaan suhu badan (lebih dikenali sebagai BBT) tidak sesuai diguna pakai bagi mereka yang tidak mempunyai kitaran haid yang teratur. Bagi mereka yang mempunyai bilangan kitaran haid yang tepat (misalnya setiap 35 hari atau setiap 28 hari), kaedah BBT hendaklah dicatatkan sekitar tiga kitaran terdahulu sebelum mereka dapat menelah hari ovulasi pada kitaran akan datang. BBT tidak digunakan untuk mengetahui waktu seseorang akan subur pada bulan terbabit, tetapi perubahan suhu itu menandakan sudah berlaku ovulasi sekitar 24 jam yang lalu.

Seseorang yang masih mempunyai telur di dalam ovarinya (walaupun tidak diovulasi), rahim dan tiub fallopio yang berfungsi, masih mempunyai peluang untuk hamil.

Lazimnya bagi keadaan anda, penurunan berat badan dan pil kesuburan mungkin kaedah awal yang akan dicadangkan oleh doktor setelah menjalankan beberapa ujian asas (ultrabunyi pelvis, ujian darah, HSG serta ujian tahap kesihatan umum).

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

ALAMI HAID 24 HARI (SAKIT PUAN)

PADA bulan lalu, saya mengalami haid yang lama iaitu selama 24 hari yang mana pada tiga hari terakhir haid keluar dengan kadar yang banyak sehingga perlu menukar tuala wanita setiap dua jam sekali, kemudian ia berhenti.

Bulan ini haid saya datang seperti biasa iaitu selama lapan hari saja, namun selepas 18 hari daripada haid pertama, darah keluar dalam kadar sedikit yang berlarutan sehingga lima hari.

Saya amat bingung dengan keadaan tubuh saya ini. Untuk pengetahuan doktor, selepas haid yang panjang iaitu 24 hari itu, saya sudah berjumpa dengan doktor namun doktor hanya memberi saya antibiotik (Flagyl dan Levofloxacin). Saya melakukan pemeriksaan imbasan rahim dan hanya mendapati ruang rahim saya berangin.

Doktor meminta saya datang pada keesokan harinya untuk melakukan 'flush' pada saluran tiub fallopio (untuk menyah bakteria dan halangan yang mungkin menyekat pergerakan sperma ke dalam rahim) namun doktor tidak menyatakan sebab saya didatangi haid dalam tempoh berkenaan.

Saya sudah berkahwin selama dua tahun namun belum dikurniakan cahaya mata. Alhamdulillah, suami saya subur kerana sudah memiliki dua cahaya mata menerusi perkahwinan sebelumnya. Kini kami berusaha untuk mendapatkan cahaya mata.

Namun adakah masalah haid ini akan mengganggu usaha saya? Berat badan saya 65 kilogram dengan ketinggian 155 sentimeter. Adakah keadaan fizikal saya juga menyebabkan haid saya terganggu?

CIK ZAI
Shah Alam, Selangor

APABILA wanita datang dengan masalah haid, kemungkinan kehamilan atau keguguran perlu diselidiki. Sukar untuk memahami bagaimana haid yang terlalu banyak sedemikian (setiap dua jam terpaksa menukar tuala wanita) tiba-tiba terus berhenti atau kering keesokan harinya.

Begitu juga dengan istilah ruang rahim berangin, istilah yang saya dengar buat pertama kalinya. Saya juga tidak pasti dengan tujuan membersihkan tiub fallopio secara 'flushing' kerana jika benar ia disebabkan jangkitan bakteria, kuman ini akan terus ditolak lebih jauh ke dalam sehingga ke ruang dalam pelvis serta organ abdomino-pelvis yang lain dan menyebabkan jangkitan PID lebih dalam pula.

Prosedur 'flushing' juga bukan bertujuan serta tidak dijamin dapat membersihkan tiub fallopio tetapi ia dilakukan untuk menilai sama ada terdapat penyumbatan atau sekatan pada laluan ruang tiub terbabit. Cuma, secara tidak langsung, ia 'diharapkan' dapat memutuskan atau membuka sekatan atau jaringan perlekatan halus atau kecil di dalam ruang tiub itu.

Anda juga dinasihatkan berusaha mencapai berat badan ideal di antara 46 hingga 59.8 kilogram kerana berlebihan berat badan juga boleh mengganggu ovulasi (pengeluaran telur) yang kemudiannya memberikan gangguan haid.

Dulu, kajian mendapati hanya obes (apabila berat badan anda melebihi 72 kilogram iaitu BMI melebihi 29.9kg/m2) mengganggu kesuburan tetapi kajian lebih terkini mendapati berlebihan berat badan (BMI 25-29.9 kg/m2) juga boleh mengganggu ovulasi.

Pada masa sama, anda mungkin ingin mendapatkan rawatan doktor pakar kesuburan berhampiran sebelum dibebani lebih tekanan akibat kegagalan hamil kerana tekanan juga boleh memberikan gangguan ovulasi.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

SELAMAT UNTUK HAMIL LAGI (SAKIT PUAN)

SAYA berumur 30 tahun dan mempunyai dua anak. Anak pertama lahir pada 2007 dan anak kedua lahir pada 2008.

Adakah saya boleh hamil selepas melakukan pembedahan luar rahim pada 3 Januari 2011? Ketika itu, tiub fallopio sebelah kiri saya dibuang. Pada Mei lalu, saya terlewat datang haid selama dua minggu. Apabila saya membuat ujian air kencing, didapati saya hamil.

Saya juga sudah membuat pemeriksaan kandungan yang mana benih terbabit berada di dalam rahim, tidak lagi berada di luar rahim. Persoalannya sekarang, adakah terdapat masalah jika saya hamil selepas membuat pembedahan ini?

INSAN INGIN TAHU
Rawang, Selangor

PEMBEDAHAN membuang tiub fallopio lazimnya tidak membabitkan rahim, maka secara amnya selamat untuk hamil pada waktu ini, lebih-lebih lagi jika pembedahan terbabit dilakukan secara laparoskopi saja.

Peringatan yang sama harus dipraktikkan apabila setelah anda bersalin kelak iaitu jika anda lambat didatangi haid, lakukan ujian air kencing untuk kehamilan dan sekiranya positif hamil, anda mestilah mendapatkan pemeriksaan doktor untuk imbasan ultrabunyi atau ujian darah bagi membantu mengesan kedudukan kandungan berkenaan.

Cuma kali ini, tidak perlu menunggu selama dua minggu sebelum melakukan ujian, memadai seminggu terlewat saja.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KELIRU URI DI BAWAH (SAKIT PUAN)

SAYA kini hamil tujuh bulan dan ini adalah bayi sulung saya. Minggu lalu ketika saya membuat pemeriksaan kandungan di klinik ibu dan anak, doktor menyatakan keadaan uri saya berada di bawah dan menutup ruang untuk bayi keluar.

Adakah keadaan uri ini akan bergerak ke atas ataupun tidak? Adakah wajar jika saya mendapatkan rawatan tradisional seperti berurut untuk menaikkan uri kembali? Adakah bayi saya akan dilahirkan normal ataupun tidak?

RISAU
Terengganu

RAMAI yang salah faham dengan istilah uri bawah (sama seperti salah faham terhadap istilah rahim terbalik). Ramai yang menyangka uri boleh bergerak atau boleh digerakkan.

Uri adalah organ yang terbentuk dalam kehamilan sahaja. Ia berupa seperti sekeping piring yang menjalar atau bertaup kuat pada dinding rahim kerana di antara kedua-dua ini terbentuk jalinan salur darah yang menyalurkan oksigen serta nutrien kepada bayi serta mengkumuhkan bahan buangan ke aliran darah ibu pula.

Mustahil untuk tempat perlekatan antara uri dan kawasan dinding rahim ini berpindah-randah kerana ia mengganggu atau memutuskan jalinan salur darah terbabit.

Memandangkan permukaan dalaman dinding rahim lebih luas daripada uri, maka ada uri didapati melekat pada bahagian bawah uri manakala ada uri pula yang melekat pada bahagian atas uri, ada uri yang melekat pada bahagian dinding hadapan dan ada pula yang melekat pada bahagian dinding belakang rahim dan seumpamanya.

Pada bahagian mana berlakunya perlekatan uri ini ditentukan sewaktu embrio mula 'mendarat' (implantasi) sebelum kehamilan menjadi positif dahulu.

Uniknya dinding rahim bahagian bawah terdapat satu garisan lingkungan yang akan melebar membentuk segmen bawah, ini berlaku pada sekitar bulan ketujuh kehamilan. Ini membolehkan uri di bawah kelihatan seolah-olah 'naik' kerana kawasan perlekatan uri ini sebenarnya 'tersasar ke atas' oleh garisan yang melebar atau mengembang ini.

Ini bermakna:

Uri yang pada awalnya di kawasan atas akan kekal di kawasan atas saja, ia tidak 'turun' ke bawah.

Uri yang pada awalnya di kawasan bawah pula mempunyai peluang akan 'tersasar' ke atas apabila segmen bawah uri mengembang kemudian. Peluang ini lebih cerah jika uri terbabit berada pada bahagian dinding hadapan (berbanding belakang) dan agak jauh atau tidak menyentuh pintu rahim (berbanding jika ia menutupi atau melangkaui pintu rahim). Dalam dunia perubatan moden, uri bawah dinamakan plasenta previa.

Uri di bawah bermakna ia melekat di bahagian bawah sejak dari awal kehamilan, bukannya 'terjatuh' sewaktu kehamilan terbabit.

Uri tidak boleh bergerak-gerak ke atas kemudian ke bawah, hadapan, belakang dan seumpamanya.

Uri tidak boleh digerakkan ke mana-mana menggunakan kaedah urut atau apa-apa teknik manual doktor.

Malah ia boleh mendatangkan risiko trauma kepada uri terbabit.

Terdapat beberapa peringkat uri bawah, ini dipengaruhi pilihan bersalin. Sekiranya ia menutupi pintu rahim, lazimnya pembedahan Caesarean akan dilakukan kerana bayi tidak dapat keluar secara normal melainkan uri dikeluarkan dahulu dan ini bermakna memutuskan bekalan darah kepada bayi.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KEMOTERAPI SUAMI PENGARUHI KEHAMILAN? (SAKIT PUAN)

SUAMI saya pesakit SLE tahap empat dan pernah enam kali mendapat rawatan kemoterapi. Rawatan kemoterapi itu berakhir pada Mac 2011, tetapi dia masih mendapat rawatan ubatan dan temu janji daripada hospital.

Persoalannya, bolehkah saya hamil? Adakah rawatan yang dilalui suami boleh memberi kesan kepada kandungan sekiranya hamil?

Saya pernah bertanya rakan yang suaminya pernah mendapat rawatan kemoterapi akibat kanser. Menurut rakan saya, doktor tidak membenarkan dia hamil dalam jangka waktu suaminya menjalani rawatan kemoterapi.

Suami juga pernah bertanya doktor pakar yang merawatnya dan doktor berkenaan mengatakan tiada masalah untuk saya hamil. Bagaimanapun, apabila bertanya doktor pakar lain, kami dinasihatkan menangguhkan dulu selama enam bulan hingga setahun.

Diharap doktor dapat berkongsi pendapat dan maklumat mengenai kemusykilan ini.

LIZA
Kuala Lumpur

SAYA menjawab soalan ini mengenai kemoterapi secara umum, bukannya terhad kepada penyakit suami puan. Kemoterapi boleh memberikan kesan sampingan terhadap tubuh termasuk terhadap sperma.

Banyak kajian yang sudah dan sedang dilakukan untuk mengetahui pengaruh kemoterapi terhadap:

- Bilangan sperma misalnya sama ada ia berkurangan atau tiada langsung

- Keabnormalan kromosom pada sperma seperti aneuploidy, diploidy (yang kemudiannya menyebabkan keabnormalan kromosom pada embrio yang terbentuk).

Kedua-dua perkara di atas boleh mengurangkan kesuburan lelaki sehingga menyebabkan pasangan wanitanya sukar hamil. Kadangkala kehamilan berlaku, tetapi berakhir dengan keguguran yang lazimnya berpunca daripada keabnormalan kromosom embrio yang terbentuk.

Ini menjadi sebab ada doktor yang mencadangkan untuk menangguhkan buat tempoh tertentu bagi memberi peluang kehamilan normal yang optimum daripada sperma baru yang diharapkan kembali normal bilangannya dan peratusan normalnya.

Itulah sebabnya juga ada doktor yang mencadangkan menyimpan sperma beku (menggunakan prosedur beku-krio) daripada air mani yang dikeluarkan atau pembedahan mengeluarkan sebahagian epididimis atau menggunakan kaedah pembedahan mengeluarkan testis sebelum rawatan kemoterapi bermula untuk kegunaan akan datang jika berlaku keadaan ketiadaan sperma (azoospermia) kelak.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

5 KALI GUNA IUI TAPI BELUM BERHASIL (SAKIT PUAN)

SAYA berumur 33 tahun, sudah berkahwin hampir enam tahun dan tiada anak. Saya pernah melakukan rawatan IUI sebanyak lima kali tapi tidak berjaya.

Suami dan saya tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan manakala kiraan sperma suami dilaporkan baik.

Saya juga tiada masalah cuma menurut doktor, serviks saya senget dan susah untuk memasukkan sperma ke dalam rahim. Banyak duit sudah pun saya belanjakan dan kini, saya kesempitan wang, tetapi terlalu inginkan anak.

Doktor menyuruh saya membuat rawatan IVF, tetapi saya tidak mampu. Apakah saranan doktor?

MALATI
Puchong, Selangor

PELUANG kehamilan dengan IUI adalah sekitar 10 peratus bagi yang mengambil pil kesuburan dan 20 peratus bagi yang mengambil suntikan kesuburan, itu pun bergantung kepada penyebab tambahan masalah kesuburan wanita dan pasangannya serta bilangan percubaan IUI terbabit.

Peluang di atas lazimnya benar bagi setiap percubaan sehingga ke percubaan IUI ketiga saja. Apabila memasuki IUI keempat dan seterusnya, peratusan kejayaan IUI dilaporkan lebih rendah dan doktor lazimnya akan menilai semula dengan lebih lanjut kerana mungkin ada faktor tambahan tidak dikenal pasti sebelum itu, lebih-lebih lagi dengan tempoh mencuba yang anda tempuhi.

Jika ia hanya berpunca daripada masalah serviks yang senget, IUI lazimnya dapat membantu untuk hamil lebih awal lagi. Kedudukan serviks senget boleh memberi petanda penyakit tertentu, malah lebih signifikan daripada kedudukan rahim ke belakang.

Anda mungkin ingin berjumpa pakar sakit puan yang mendalami bidang rawatan kesuburan selepas ini. Lebih elok jika anda turut membawa rekod perubatan atau salinan keputusan ujian yang pernah dijalani agar ia tidak perlu diulangi.

Terdapat badan yang memberi peluang bantuan rawatan IVF secara percuma sebanyak dua kali, tetapi hanya setelah memenuhi syarat tertentu dan bergantung kepada kedudukan tabung kewangan yang ada.

Anda mungkin pernah mendengar mengenai Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF). Terdapat juga pusat IVF yang secara amnya menawarkan IVF pada kos yang lebih rendah seperti di universiti tempatan atau hospital kerajaan tertentu.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

BAKAL PENGANTIN BIMBANG MANDUL (SAKIT PUAN)

SAYA remaja perempuan berumur 21 tahun dengan berat 80 kilogram. Saya akan melangsungkan perkahwinan tahun hadapan.

Saya sebenarnya sangat takut keadaan fizikal menyebabkan mempunyai risiko untuk mandul. Adakah sebarang pemeriksaan yang saya boleh lakukan bagi mengesahkan keadaan ini? Adakah pemeriksaan sebegini tidak akan mendatangkan sebarang kesan kepada saya?

INGIN TAHU
Kuala Lumpur

UNTUK berat badan sedemikian dikatakan ideal, seseorang perlu mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 180 sentimeter (5 kaki 10 inci) dan ini jarang dimiliki wanita tempatan. Anda tidak menyatakan ketinggian anda.

Berat badan berlebihan memang ada dikaitkan dengan masalah kesuburan, penyakit ketika hamil, kesukaran menilai kandungan, masalah ketika bersalin dan masalah penyembuhan luka selepas bersalin.

Tidak semua pemeriksaan atau ujian berkaitan kesuburan sesuai dilakukan sewaktu anda masih dara lagi. Lazimnya doktor akan menasihatkan anda menunggu sehingga selepas berkahwin, mungkin setelah mencuba selama enam bulan.

Apa yang lebih penting adalah untuk anda menyedari risiko berkaitan berlebihan berat badan kerana skopnya lebih meluas dan untuk jangka masa panjang sehingga anda meningkat ke usia tua kelak.

Anda mungkin ingin mendapatkan bantuan profesional dalam hal ini.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

SUKAR HAMIL KALI KEDUA (SAKIT PUAN)

SAYA mengalami masalah untuk hamil. Pada 2007, saya melahirkan anak kembar melalui kaedah pembedahan. Kelahiran anak kembar ini adalah hubungan dengan suami saya yang pertama.

Selepas setahun umur anak, kami bercerai dan saya berkahwin lain. Sehingga kini kira-kira dua hingga tiga tahun, saya masih tidak mempunyai anak dengan suami baru. Saya berharap doktor dapat memberikan cadangan atau jalan penyelesaian untuk saya.

FARAH NADIAH
Kuala Lumpur

TERDAPAT beberapa persoalan yang perlu anda jelaskan terlebih dulu. Anda tidak menyatakan sama ada kehamilan kembar dahulunya berkaitan dengan pengambilan ubat kesuburan (serta teknik bantuan contohnya rawatan permanian berhadas - IUI atau persenyawaan tabung uji - IVF) atau adakah berlaku secara spontan atau semula jadi.

Adakah ini bermakna anda mempunyai masalah kesuburan sejak awal lagi? Jika benar, apakah puncanya? Adakah ia berkait dengan masalah pengeluaran telur saja (menyebabkan ubat kesuburan diberikan) atau adakah anda juga mempunyai masalah tambahan?

Selain itu, sewaktu pembedahan Caesarean dulu, doktor boleh mendapat maklumat lanjut mengenai keadaan dalaman ruang pelvis anda yang tidak dapat dinilai menggunakan teknik pemeriksaan luaran atau kaedah ultrabunyi.

Memandangkan pertambahan usia juga mengurangkan kesuburan wanita (penurunan kesuburan bermula apabila wanita menjangkau usia 28 tahun), eloklah anda mendapatkan rawatan kesuburan dengan pakar sakit puan berhampiran. Suami anda juga dinasihatkan menjalani ujian air mani.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

LIMA BULAN TANPA HAID (SAKIT PUAN)

SAYA mengalami masalah haid tidak teratur selepas berhenti mengambil ubat perancang setahun lalu. Ada kalanya empat hingga lima bulan saya tidak didatangi haid.

Saya ke klinik swasta dan kerajaan untuk membuat pemeriksaan malangnya cuma diberi ubat tahan sakit dan ubat pembersih air kencing saja.

Saya membeli ubat hormon untuk mengeluarkan haid di farmasi berhampiran. Baru-baru ini saya membeli ubat hormon itu kerana sudah empat bulan tidak didatangi haid. Namun, haid saya tidak keluar dan saya mengalami sakit yang teramat sakit di sekitar pinggang dan perut saya.

Apakah punca haid tidak teratur? Adakah saya boleh mengambil ubat hormon terbabit untuk mengeluarkan haid sekali lagi selepas saya mengambilnya seminggu lalu?

Apakah kesannya terhadap rahim saya? Adakah saya boleh mengandung lagi disebabkan haid tidak teratur itu?

JAINAH
Kuala Lumpur

HAID tidak teratur mempunyai beberapa punca berbeza, salah satu yang lazim adalah disebabkan oleh gangguan ovulasi (pengeluaran telur).

Ubat hormon yang diberikan untuk mengeluarkan haid kebiasaannya mengandungi hormon progestin yang menyerupai hormon progesteron tubuh kita.

Hormon progesteron hanya dihasilkan mencukupi setelah berlakunya ovulasi. Maka, ubat hormon progestin diberikan untuk menggantikan kekurangan hormon progesteron pada kitaran terbabit. Anda perlu berjumpa doktor pakar sakit puan untuk mengetahui punca haid tidak teratur yang anda alami dan pada masa sama, mengesan kemungkinan terdapat penyakit berkaitan kesuburan dan sakit lain seperti sakit perut atau pinggang yang anda alami.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

PENDARAHAN SELEPAS SEKS PETANDA KANSER SERVIKS (SAKIT PUAN)

SAYA baru mendirikan rumah tangga pada Disember 2010 dan disahkan hamil lapan minggu pada April lalu. Namun pada minggu ke-10 dan ke-11, ada sedikit darah keluar dari kemaluan saya.

Saya ada berjumpa doktor pakar dan katanya janin saya sudah tidak berdenyut nadinya dan saya diarahkan untuk menjalani cucian dilation & curettage (D&C) pada 20 April 2011.

Pada 22 Mei lalu saya datang haid selama tujuh hari. Darah haid saya pada mulanya sedikit tapi selepas itu mula banyak sehingga kering pada hari ketujuh.

Selepas dua minggu kedatangan haid, saya ada melakukan urut tradisional bagi membetulkan kedudukan rahim saya. Selepas berurut, pada keesokan harinya apabila saya melakukan hubungan kelamin dengan suami ada sedikit darah yang keluar bersama dengan air mani. Ia tidak sakit dan darah itu hanya sedikit saja.

Saya bertanya dengan pakar di tempat saya melakukan D&C dan mereka mengatakan ia cuma darah selepas melakukan urut dan menyarankan saya melakukan ujian Pap smear.

Untuk pengetahuan doktor, saya dan suami tidak menggunakan apa-apa alat perancang.

Apakah risiko sekiranya saya hamil kurang daripada empat bulan selepas menjalani D&C?

Adakah benar bagi seseorang yang ingin merancang untuk hamil boleh mengamalkan minum susu untuk ibu sebelum mereka hamil?

Adakah kerana faktor rahim saya tidak kuat yang menyebabkan kandungan saya gugur?

NADIA
Kuala Lumpur

SECARA amnya, tempoh empat bulan sudah mencukupi untuk seseorang yang baru keguguran hamil semula. Susu yang diformula untuk ibu hamil boleh diambil oleh dewasa yang lain, ia lazimnya sesuai kerana komposisinya juga mengambil kira kesan kesihatan ke atas janin.

Seperti mana-mana makanan, eloklah ia diambil dalam kuantiti sederhana.

Rahim tidak kuat juga adalah istilah yang kurang tepat. Istilah ini biasanya digunakan untuk lapisan terdalam dinding rahim di mana berlakunya implantasi. Kajian mendapati sekiranya ketebalannya tidak mencukupi, kehamilan atau implantasi lazimnya sukar untuk berlaku.

Serviks atau pintu rahim yang tidak kuat (inkompetens serviks) pula adalah keadaan di mana pintu rahim membuka menyebabkan berlakunya keguguran ataupun kelahiran terlalu pramatang, ia lebih kerap berlaku dalam trimester kedua (bulan keempat, kelima dan keenam).

Keguguran anda berlaku dalam trimester pertama seperti kebanyakan keguguran yang dialami wanita lain. Keguguran trimester pertama lebih kerap disebabkan oleh masalah janin itu sendiri (kromosom atau sifat). Ia lazimnya tidak berulang.

Saya kurang faham mengapa anda membuat pernyataan 'membetulkan kedudukan rahim'. Adakah anda beranggapan rahim anda berkedudukan tidak normal dan ini menyebabkan keguguran? Adakah anda juga percaya berurut boleh membetulkan kedudukan rahim? Bagaimanakah dengan hasil pemeriksaan atau ujian doktor sebelum dan selepas anda berurut?

Kadangkala minyak yang digunakan sewaktu berurut mengandungi bahan 'mencairkan darah'. Seperti trauma yang lain seperti kemalangan atau luka, urutan ke atas otot badan (yang juga mengandungi salur darah) boleh menyebabkan berlakunya kecenderungan pendarahan sistemik susulan trauma ke atas salur darah.

Doktor anda menasihatkan anda menjalani ujian Pap smear kerana pendarahan selepas bersama adalah salah satu petanda kanser serviks.

Walaupun berkemungkinan besar anda diharap tidak mengalaminya, ujian Pap smear yang mudah dan murah ini masih penting kerana mana-mana wanita yang pernah melakukan hubungan seks penetratif terdedah untuk kanser ini.

Pada masa sama, doktor juga dapat memeriksa keadaan permukaan faraj dan ekto-serviks anda kerana kadangkala terdapat luka abrasi akibat jangkitan kuman saja. Ini mudah dirawat dan tidak membahayakan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

PUTING PAYUDARA LEPER (SAKIT PUAN)

SAYA berumur 24 tahun dan mempunyai puting payudara leper (inverted). Saya mengalami perkara ini sejak berumur 12 tahun lagi (sejak baligh).

Adakah keadaan puting ini satu perkara biasa di Malaysia? Disebabkan keadaan ini, saya pernah mengalami jangkitan bakteria apabila kawasan puting payudara saya membengkak dan berwarna kemerah-merahan.

Namun, setelah berjumpa doktor, doktor itu membuat hirisan pembedahan kecil sebanyak dua kali dan mengunakan jarum halus untuk menyedut keluar cecair yang mengandungi bakteria dari kawasan terbabit.

Alhamdulillah, sejak peristiwa tiga tahun lalu itu, saya tidak mengalami apa-apa masalah berkaitan puting leper saya.

Namun apa yang merisaukan saya ialah hirisan kecil yang dilakukan doktor itu meninggalkan kesan parut dan saya bakal berkahwin tidak lama lagi.

Saya risau mengenai penerimaan bakal suami mengenai keadaan puting payudara dan parut itu.

Adakah sebarang cara untuk saya 'membetulkan' kembali puting leper itu? Adakah keadaan puting itu akan kekal selama-lamanya?

INGIN TAHU
Muar, Johor

PUTING leper atau inverted adalah suatu keadaan yang bukan saja berlaku di Malaysia tetapi juga di negara lain, malah ia ada dibincangkan beberapa kali dalam ruangan ini sebelumnya.

Ada yang mengalami masalah puting payudara leper seperti anda. Memandangkan terdapat ruang lekuk, peluh, daki atau kotoran boleh berkumpul dan jangkitan boleh berlaku seperti yang anda alami.

Parut pembedahan sama seperti parut yang lain, anda hanya perlu menjelaskan kepada suami mengenai keadaan ini. Puting leper bukanlah masalah besar lebih-lebih lagi puting leper kongenital (semula jadi sejak lahir), ia lazimnya tidak membahayakan.

Namun memandangkan ia sejenis kelainan anggota badan, doktor yang memeriksa anda ketika lahir mungkin sudah memeriksa kemungkinan terdapat juga kelainan pada bahagian atau organ lain badan.

Walaupun ia disedari pada usia anda 12 tahun (ketika berlaku tumbesaran payudara sebelum baligh), berkemungkinan anda sememangnya dilahirkan begitu.

Terdapat teknik mudah secara manual untuk membantu 'mengeluarkan' puting leper ini. Bagaimanapun, anda harus bersedia kerana ia memerlukan kesungguhan.

Jika ligamen yang menyebabkan ia tertarik ke dalam itu tebal, ia mungkin lambat atau tidak berjaya ditarik keluar, malah mungkin memerlukan pembedahan kecil, itupun jika anda mahukanya.

Teknik manual adalah secara menggunakan dua jari (lazimnya jari telunjuk dan ibu jari) pada sisi bertentangan puting itu di dasar areolar. Kemudian, kedua-dua jari ini dijarakkan secara menggerakkannya ke luar iaitu arah bertentangan.

Ia boleh juga ditambah dengan menggunakan dua jari tangan sebelah lagi satu untuk cuba menarik puting terbabit sementara jari tadi dijarakkan.

Anda mungkin ingin berjumpa doktor untuk demonstrasi teknik ini. Hasilnya, ia mungkin berjaya dikeluarkan sama ada sebahagian atau keseluruhannya, ia mungkin juga tidak berjaya. Apapun, puting leper tidak memberi masalah untuk penyusuan badan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

SELEPAS KEMATIAN ANAK DALAM KANDUNGAN MASIH BELUM HAMIL (SAKIT PUAN)

SAYA mendirikan rumah tangga pada awal Mac 2009 dan saya pernah hamil secara semula jadi serta melahirkan anak pada akhir Julai 2010, tetapi anak itu meninggal dalam kandungan semasa saya hendak melahirkannya.

Persoalannya, sehingga sekarang saya masih belum hamil dan saya tidak merancang kehamilan. Sepanjang tempoh saya hamil anak dahulu tiada apa masalah dan janin sihat. Harap doktor dapat membantu.

RASHIDAH
Kuala Lumpur

ANDA tidak menyatakan usia anda. Memandangkan kini sudah hampir setahun berlalu, anda mungkin ingin mendapatkan pemeriksaan dan rawatan doktor bagi kehamilan akan datang.

Sebelum itu, eloklah anda mendapatkan laporan mengenai kehamilan dan kelahiran terdahulu serta masalah yang dihadapi oleh janin atau bayi anda. Sekurang-kurangnya doktor mungkin akan menasihatkan anda menjalani ujian pengesahan kencing manis.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

USAH TAHAN EJAKULASI

Soalan

APAKAH sebabnya jika darah keluar bersama air mani? Saya berusia 33 tahun dan masih bujang.

Beberapa minggu lalu saya mengalami masalah itu apabila zakar tegang secara luar biasa pada waktu pagi dan sejak itu, air mani bercampur darah tetapi tiada rasa sakit.

Kadangkala, saya terasa senak apabila terangsang. Sebelum ini saya selalu mengambil makanan tambahan yang disahkan di farmasi sebagai makanan kesihatan.

Adakah masalah ini serius dan perlukah saya merujuk kepada pakar?

RAZAK
Kuala Lumpur

Jawapan

Keadaan di mana darah bercampur dengan air mani yang terhasil dalam ejakulasi melalui onani dikenali sebagai 'hematospermia' atau air mani bercampur darah. Ia boleh berlaku secara spontan.

Jika darah itu datang daripada salur kencing, sudah tentu ketika membuang air kecil darah itu akan kelihatan.

Namun, masalah yang saudara hadapi ini tidak berlaku. Kemungkinan besar punca darah daripada pundi yang menghasilkan air mani iaitu pundi prostat.

Pundi prostat mudah terkena jangkitan dan ini boleh membuatkan saluran darah kecil menjadi radang dan pecah apabila pundi prostat bermasalah.

Apabila radang itu lega, tisu pundi prostat juga lega dan pulih serta darah yang bertakung dalam pundi prostat akan bertukar warna.

Selagi takungan itu ada, selagi itu air mani yang keluar akan kelihatan bercampur dengan darah terbabit.

Bagaimanapun, lama-kelamaan air mani akan kembali normal.

Perkara itu boleh berulang iaitu setiap kali pundi prostat menjadi radang, kemungkinan besar pembuluh darah kecil juga akan radang dan tercedera serta air mani yang keluar itu kelihatan bercampur darah.

Bagaimana pundi prostat seseorang boleh menjadi radang?

Keadaan itu boleh terjadi kepada lelaki yang suka menahan ejakulasi, iaitu ketika ejakulasi mahu berlaku, dia mengemut seolah-olah mahu menahannya daripada keluar.

Ini boleh membuatkan cecair yang berkumpul dalam salur uretra bahagian pundi prostat menyerap kembali ke dalam pundi prostat dan membawa kuman dari salur uretra ke pundi prostat, sekali gus menyebabkan berlakunya gejala keradangan prostat.

Simptom keradangan pundi prostat ialah perasaan kurang selesa dialami (perasaan seolah-olah air mani masih tertinggal dalam pundi prostat) selepas mencapai ejakulasi melalui persetubuhan atau onani.

Jika ini berlaku, kemungkinan besar anda mengalami keradangan pundi prostat dan ia perlu mendapat rawatan.

Anda boleh rujuk kepada pakar urologis dan menjalani pemeriksaan sewajarnya.

Jika mahu melakukan onani, jangan menahan ejakulasi. Biarkan ia berlaku dengan lancar.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

AIR LIUR PELINCIR SELAMAT

BANYAK pasangan di luar sana mempunyai masalah 'kekeringan' ketika melakukan persetubuhan. Ini bermaksud pasangan wanita tidak mengeluarkan cecair faraj untuk memudahkan zakar pasangan memasuki faraj serta melakukan hubungan kelamin dengan mudah.

Seharusnya, jika wanita itu teruja seksual, anggota kelamin mereka akan menerima kemasukan darah yang banyak dan membuatkan bibir kecil dan besar faraj menebal. Kemudian, bahagian antara bibir kecil atau 'vestibule' akan menghasilkan rembesan cecair yang menjadi pelembap atau pelincir bagi kemasukan zakar.

Jika perkara ini tidak berlaku, maka pasangan terbabit tiada jalan lain dan perlu menggunakan pelincir tiruan untuk memudahkan dan memberi keselesaan ketika mengadakan hubungan kelamin. Malahan, ada pelbagai jenama dan jenis bahan pelincir dijual untuk kegunaan pasangan bermasalah seperti ini.

Bagaimanapun, ramai tidak tahu bahawa penggunaan bahan-bahan pelincir memberikan kesan sampingan kepada pasangan itu. Sesetengah ramuan bahan terbabit mengubah keasidan faraj dan membuatkan mukosa faraj mudah terdedah kepada jangkitan kulat yis.

Ramuan tertentu dalam pelicin atau pelembap faraj juga boleh membunuh sperma. Secara kebetulan, ramuan yang terdapat dalam 'lubes' yang sering digunakan pasangan bermasalah ini membunuh sperma serta memudahkan faraj terkena jangkitan! Jika ini berlaku, pastinya pasangan terbabit sukar mendapatkan cahaya mata.

Jadi, mustahak untuk pasangan yang berminat menggunakannya, mendapat pandangan ahli farmasi sebelum beli pelincir atau 'lube' sebagai pengganti cecair faraj. Kini ada banyak pelincir tidak berbahaya untuk faraj dan sperma.

Namun, ini tidak bermaksud semua pasangan yang menggunakan pelicin yang tidak mesra sperma atau faraj, tidak akan menimang cahaya mata! Jadi, bagi pasangan yang bermasalah menimang cahaya mata kerana menyangka 'lubes' yang digunakan membunuh sperma, tidak seharusnya mendiamkan diri dan menyalahkan 'lube' berkenaan.

Mungkin, anda mengalami masalah kesuburan bukan kerana 'lube' terbabit. Anda dan pasangan perlu menjalani pemeriksaan kesuburan awalan di mana-mana klinik atau hospital yang memberi khidmat pemeriksaan fertiliti. Pemeriksaan awal fertiliti yang akan dilakukan kepada anda ialah pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan fizikal yang juga termasuk pemeriksaan buah zakar dan ujian air mani.

Ujian hormon untuk penentuan pencapaian ovulasi dan pemeriksaan fizikal dan pelvik (pemeriksaan anggota kelamin dan bahagian dalam anggota reproduktif) mungkin dilakukan.

Namun demikian, saya sarankan pasangan yang bermasalah, hentikan sementara penggunaan pelicin ini. Lebihkan proses pemanasan terhadap pasangan dan jika perlu, rangsang anggota kelamin isteri menggunakan mulut supaya rembesan dipertingkatkan sebelum anda menyalurkan ereksi. Air liur dan rembesan faraj tidak mengganggu sperma! Walau apapun, pasangan seperti ini perlu berjumpa doktor dengan segera dan selesaikan masalah berkenaan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

SAKIT KRONIK ADA KESAN

RAMAI lelaki berusia serta kebetulan mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi sering bertanyakan saya, adakah ubat yang dimakan bagi mengawal penyakit itu memberi kesan terhadap anggota kelamin?

Masalah yang sering diajukan adalah, mampukah pesakit mencapai ereksi, dapatkah zakar mereka menegang dengan baik atau adakah ubat itu boleh membunuh sperma dalam air mani? Malah, sesetengahnya berhenti mengambil ubat semata-mata tidak mahu anggota sulit mereka mengalami masalah.

Pada pendapat saya, penghidap penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi perlu mengawal penyakit mereka dengan memakan ubat. Jika tidak makan ubat, penyakit berkenaan menjadi lebih ketara dan boleh memburukkan lagi keadaan kesihatan anda.

Ramai juga tidak tahu, jika tidak memakan ubat diberikan doktor, pesakit mudah terkena pelbagai penyakit lain, antaranya strok atau angin ahmar, sakit jantung atau kerosakan buah pinggang.

Malah, jika tidak memakan ubat, jangka hayat anda juga lebih pendek dan kualiti kehidupan tercabar.

Penyakit itu juga akan memberatkan lagi masalah kemampuan syahwat dan anda boleh mengalami mati pucuk ketara. Pesakit di luar sana perlu bersyukur anda dapat menghayati kehidupan lebih selesa selepas mengamalkan memakan ubat untuk mengawal penyakit.

Bagaimanapun, penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi tetap memberi  kesan halus kepada anda, antaranya kesukaran mencapai ereksi padat. Ramai tidak tahu, kesan kepada anggota kelamin bukan disebabkan ubat tetapi kerana penyakit itu sendiri. Namun, ia adalah kesan biasa dan dipanggil kesan halus kepada pesakit.

Jika ini berlaku, jangan berhenti memakan ubat terbabit. Namun, berjumpa doktor sakit tuan di kawasan anda adalah jalan terbaik.

Mungkin ubat melancarkan peredaran darah kepada anggota kelamin ketika anda mahu melakukan hubungan seks dengan isteri akan diberikan.

Anda juga boleh memantapkan otot benteng anggota kelamin melalui senaman Kegel atau kemut. Senaman ini membantu ereksi yang tidak cukup keras ke tahap keras dan ereksi yang tidak kekal ke tahap lebih kekal. Namun, senaman perlu dilakukan secara lazim dan pemulihan otot kemut akan berlaku dalam masa tiga bulan.

Dengan ubat pelancar darah seperti Viagra, Cialis, Levitra atau Zydena, anda dapat menghayati hubungan intim lebih mantap dan sempurna.

Saranan saya, jika mengalami masalah membabitkan anggota kelamin, berjumpa doktor adalah jalan terbaik. Anda tidak harus malu kerana penyakit adalah sesuatu yang tidak dapat dielak dan boleh dirawat.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

RAWAT KENCING 'KOTOR'

Soalan

SAYA lelaki berumur 18 tahun. Sejak akhir-akhir ini, saya berasa sakit di pinggang dan ia terasa sangat pedih. Tiga bulan lalu, saya membuat pemeriksaan di hospital kerana sukar membuang air kecil.

Keputusannya, saya tidak mengalami apa-apa penyakit serius dan ia hanya disebabkan masalah air kencing kotor.

Sejak itu, saya mula bimbang kerana air kencing berwarna kuning dan kuantitinya tidak seimbang (terlalu sedikit dan terlalu banyak).

Saya juga kerap membuang air kecil dan perut menjadi keras. Apakah masalah sebenarnya yang saya hadapi?

AZROY
Muar, Johor

Jawapan

Anda mengalami simptom sakit bahagian belakang berdekatan kawasan buah pinggang, kencing berwarna kuning dan kandungannya tidak menentu.

Begitupun, anda sudah merujuk kepada doktor untuk menjalani pemeriksaan. Kemungkinan doktor lakukan ujian air kencing dan mendapati air kencing anda 'kotor', istilah am digunakan doktor untuk menjelaskan mengenai air kencing mengandungi kristal, sel dan kuman.

Doktor juga menjalankan ujian imbasan atau 'scanning' terhadap pundi kencing dan kawasan buah pinggang dan mungkin tidak nampak apa-apa yang luar biasa seperti batu karang.

Bagi saya, masalah anda kerana kencing kotor dan kini doktor anda memberi ubat sewajar untuk anda makan.

Secara amnya, doktor terbabit sudah mengendalikan masalah 'kencing kotor' anda. Kini, anda perlu makan ubat sehingga habis dan ikuti nasihat doktor.

Anda juga perlu minum air dengan secukupnya. Bagaimanapun, jangan risau jika simptom lain muncul, sebaliknya segera berjumpa doktor bagi mendapatkan kepastian dan rawatan mengenai penyakit terbabit.

Kencing kotor tidak berbahaya tetapi harus dirawat. Paling penting, jangan mendiamkan diri dan berusaha seterusnya sehingga penyakit anda terubat.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

MANTAPKAN OTOT DADA

LELAKI memiliki buah dada besar yang seakan-akan wanita bukan perkara ganjil.

Fakta turut menjelaskan, keadaan ini berlaku akibat penambahan hormon dalam badan. Ia dikenali sebagai 'gynecomazia' atau 'male titis'.

Ia biasanya berlaku kepada lelaki tanpa disedari. Namun, lebih ramai memiliki buah dada kerana memakan pil hormon wanita bagi menambah hormon terbabit dalam badan.

Saya pernah menerima soalan pembaca mengatakan dia termakan pil hormon wanita dan dengan keadaan berat badan yang ketara, tidak hairan buah dadanya kelihatan menonjol.

Pil hormon wanita yang dimakan mungkin tidak memberi perubahan ketara tetapi kepada lelaki obes, ia mudah menghasilkan hormon estrogen, oleh itu perubahan yang berlaku kepada buah dada dilihat sebagai akibat tindak balas obesiti!

Untuk makluman, tiada krim atau jeli yang bertujuan mencairkan lemak terbabit. Bagaimanapun, ia boleh dilakukan dengan menyedut lemak daripada buah dada supaya kembali 'kempis' dan kaedah ini dikenali sebagai 'lipo suction'.

Namun, akibat proses terbabit, buah dada akan kelihatan melendut atau gelebeh dan kemudian 'termasuk' ke dalam badan.

Oleh itu, saya sarankan jangan cuba kaedah itu. Kaedah terbaik untuk mengecilkan buah dada ialah dengan senaman menguruskan badan serta memantapkan otot dada supaya lebih mantap dan kelihatan lebih berotot.

Bagaimanapun, jika cara ini tidak atau kurang berkesan, cara seterusnya ialah menjalani kaedah pembedahan plastik pembuangan buah dada.

Namun perlu diingat, buah dada anda adalah anugerah Allah. Ia ada fungsinya, sekurang-kurangnya sebagai anggota rangsangan seksual. Mana tahu, pasangan anda nanti menyukainya dan mungkin dapat memeriahkan hubungan suami isteri.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

SAKIT BILA BUANG AIR

Sekiranya simptom dialami bukan kencing berasid, anda mesti jumpa pakar urologi

SIMPTOM sakit ketika buang air kecil atau 'dysuria' kerap menjadi sebab individu yang mengalaminya merujuk kepada doktor keluarga. Pemeriksaan yang biasa dilakukan doktor ialah ujian air kencing untuk meneliti jika ada tanda atau petunjuk yang boleh dikaitkan dengan masalah itu.

Kencing berasid yang mengandungi sel nanah, hablur dan kuman menandakan jangkitan seperti keradangan salur kencing atau 'uretritis' dan keradangan pundi kencing atau 'cystitis'.

Jika simptom ini dikesan, doktor keluarga akan memberikan ubat yang dapat mengurangkan keasidan air kencing dan antibiotik.

Ubat ini dapat mengurangkan dysuria dan menyelesaikan masalah kencing berasid. Bagaimanapun, jika kebetulan anda mengalami simptom lain, ia tidak akan sembuh begitu saja.

Biasanya, lelaki akan mengalami masalah benjolan atau ketulan, sama ada kecil atau besar, di zakar mereka. Jika ketulan itu berdekatan salur kencing dan anda menekannya, tentu ia terasa sakit ketika anda membuang air kecil.

Jika ketulan itu di luar kawasan salur kencing, ia tidak mengganggu pengeluaran air kecil.

Jika kesakitan ketika kencing masih kekal selepas mengambil rawatan untuk melawaskan pengaliran kencing, anda mungkin perlu dirujuk kepada pakar urologi.

Pemeriksaan urologis lebih teliti. Pakar akan melakukan pemeriksaan fizikal, termasuk anggota kelamin anda, dan teliti ketulan itu.

Jika perlu, anda akan menjalani ujian air kencing dan ujian imbasan untuk meneliti anggota kelamin, ketulan itu dan bahagian dalaman seaidainya wujud sesuatu yang boleh menjadi punca dysuria seperti infeksi buah pinggang, batu karang atau pundi prostat.

Jika pakar terbabit melakukan pemeriksaan lanjut, air kencing anda diperiksa secara teliti untuk mengesan jenis kuman supaya rawatan lebih tepat diberi.

Memandangkan simptom sakit ketika kencing atau dysuria ada pelbagai sebab dan pemeriksaan biasa tidak memberi apa-apa kebaikan, pemeriksaan lebih teliti perlu dilakukan.

Sudah tentu kos pemeriksaan dan perawatan meningkat. Anda mungkin perlu menjalani pelbagai ujian dan kajian yang dianggap mustahak oleh pakar urologis. Tiada jalan singkat jika masalah anda tidak selesai dengan rawatan biasa.

Kepada mereka yang mengalami sakit seperti ini dan tidak mendapat rawatan sewajarnya selepas berjumpa doktor keluarga, eloklah berjumpa pakar untuk menjalani pemeriksaan lebih teliti.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KESAN TIDUR MENIARAP

Soalan

SAYA berusia 27 tahun dan masih bujang. Baru-baru ini, saya mengambil ubat pelangsing badan dan kesannya memang terbukti. Masalahnya, selepas itu alat kelamin saya tidak boleh menegang. Saya cuba beronani tetapi tetap gagal mencapai ereksi. Bagaimanapun, saya mampu mencapai klimaks walaupun tidak sampai lima minit.

Untuk pengetahuan doktor, dulu saya selalu beronani tetapi sudah lama berhenti. Sekarang saya sering tidur meniarap disebabkan masalah berdengkur ketika tidur terlentang.

Pada masa yang sama, saya kerap klimaks bila zakar bergesel dengan tilam.

Jadi, saya ingin bertanya adakah ini kesan daripada ubat pelangsing badan atau kesan tidur meniarap serta tabiat onani dahulu atau kesan bergesel dengan tilam? Adakah masalah saya ini boleh diubati dan bagaimanakah caranya? Harap doktor dapat membantu.

Airil
Kota Bharu, Kelantan

Jawapan

Anda mempunyai perasaan rendah diri sejak anda mula mengamalkan makanan tambahan pelangsing badan untuk tujuan melangsingkan badan anda. Anda juga sudah lama tidak melakukan aktiviti onani. Amalan tidur meniarap yang anda amalkan itu pula semata-mata untuk mengurangkan masalah dengkur waktu tidur. Namun, sedikit sebanyak ia membuatkan anda mudah 'klimaks' akibat geselan zakar dengan tilam.

Jadi, anda boleh bayangkan perubahan yang berlaku kepada anda sekarang. Anda dapati anda tidak mudah mencapai ereksi yang mantap tapi mudah mencapai klimaks apabila anda teruskan mengurut zakar anda. Jadi masalah sekarang ialah ketegangan atau ereksi zakar yang kurang mantap.

Sebelum anda mengamalkan tidur meniarap, anda dapat mencapai ereksi yang cukup mantap. Keadaan itu mula berubah apabila anda mula menumpukan perhatian anda kepada badan dan mula berusaha untuk menguruskan badan. Perkara yang memberatkan lagi situasi anda itu ialah amalan tidur meniarap. Dalam keadaan tidur begini, ereksi spontan yang biasa berlaku ketika lelaki dalam tidur nyenyak terganggu.

Ada kemungkinan anggota kelamin anda boleh tercedera apabila ereksi tertindih atau bengkok akibat tidur meniarap. Jika ini berlaku sudah tentu ketika anda bangun tidur, zakar terasa sakit.

Selain itu, dalam keadaan tertekan iaitu dengan perasaan rendah diri dan dengan pengalaman makanan tambahan untuk melangsingkan badan, kemungkinan mencapai ereksi pagi secara spontan amat rendah dan jika berlaku kualiti ereksi tidak sama, lebih rendah daripada dahulu.

Anda perlu tahu kekerapan, kekuatan dan tahap ereksi dalam kawalan hormon testosterone. Memandangkan anda tidak mengamalkan senaman berkala dan anda kini dalam keadaan tertekan, maka tahap testosterone anda menjadi kurang mantap. Jika anda tidak mengamalkan gaya hidup sihat, iaitu tidak melakukan senaman berkala dan merokok, sudah tentu keadaan ini menambah masalah kepada situasi anda itu.

Anda perlu mengamalkan gaya hidup sihat, melakukan senaman berkala dan mengaktifkan otot badan dengan bersukan supaya tahap hormon testosterone anda lebih mantap serta elakkan tidur meniarap. Jika anda masih berdengkur, anda boleh berjumpa doktor pakar ENT (Hidung, telinga dan tekak) untuk menjalani pemeriksaan jika kemasukan angin dalam hidung tidak lancar.

Anda boleh menghentikan memakan makanan tambahan pelangsing badan dan beralih kepada minuman ekstrak larut dalam air seperti Tongkat Ali (NU-Prep100).

Suplemen ini juga dapat membantu menambahkan tenaga, meningkatkan metabolisma (secara langsung melangsingkan badan) dan memantapkan tahap hormon testosterone dan ini sudah dikenal pasti berkesan melalui kajian klinikal.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

RAWAT SEGERA KUDIS

Soalan

TAPAK kaki dan tangan saya gatal-gatal dan berkudis. Tambah menakutkan, ia turut terjadi di bahagian kemaluan saya.

Ada masa, ia sangat gatal dan apabila kering, ia seakan-akan seperti terkena cacar air. Apakah sebenar penyakit saya dan dapatkah ia dirawat sebelum menjadi bertambah teruk?

SHAM
Perak

Jawapan

Masalah utama anda ialah kegatalan keseluruhan badan anda yang secara kebetulan tertumpu kepada tapak tangan dan mungkin celah jari dan tapak kaki, selain celah paha dan anggota kelamin.

Anda mungkin mengalami masalah ini tanpa sedar, iaitu jangkitan berlaku tanpa pengetahuan anda. Kemungkinan besar anda menghidap penyakit kudis buta.

Penyakit ini berlaku akibat alahan kulit tubuh kepada sejenis kutu atau hama bergelar 'Sarcopti Scabei'. Kutu atau hama ini sangat kecil dan tinggal di dalam kulit.

Pada waktu malam ia keluar dan 'menggigit' kulit untuk menanam telur. Jadi kesan kudis berlaku antara 2-6 minggu.

Perubahan kepada kulit termasuk kemunculan gelembung di tapak tangan dan kaki dan juga di celah jari. Jika dipicit, cecair jernih akan keluar.

Jangan mendiamkan diri atau malu berjumpa doktor. Penyakit ini mudah merebak dan boleh menjangkiti orang ramai mahupun ahli keluarga yang tinggal berhampiran anda.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

SPERMA NORMAL, AKTIF

Soalan

SAYA berusia 24 tahun. Ketika kecil, saya dilahirkan dengan kedua-dua testis tidak berada di dalam scrotum. Ketika berumur 10 tahun, saya menjalani pembedahan kerana satu testis saya yang berada di abdomen membengkak dan doktor terpaksa membuangnya.

Setahun lalu, saya juga menjalani pembedahan Undescended Testicles dan doktor berjaya membawa turun testis saya ke dalam scrotum, tempat asalnya.

Sejak itu, saya kerap mengalami mimpi basah ketika tidur. Saya juga pernah bersetubuh dan melakukan oral seks dan air mani saya juga keluar.

Adakah air mani yang keluar mempunyai sperma atau tidak dan adakah saya mampu mendapatkan zuriat selepas berkahwin kelak? Adakah saya boleh dikategorikan sebagai mandul disebabkan testis saya hanya satu dan adakah tahap kesuburan saya tidak bagus disebabkan hanya mempunyai satu testis?

LAN
Klang

Jawapan

Selepas membaca masalah anda, saya teringat satu kes yang saya kendalikan 20 tahun lalu.

Ia kes berbeza, namun masalah sebenarnya ialah buah zakarnya duduk di atas iaitu di dalam 'Perineal Pouch' atau bahagian atas antara tundun dan lubang najis dan bukan di dalam kerandut.

Bagaimanapun, dia mempunyai sperma dengan bilangan normal, aktif dan berbentuk normal. Ketika itu dia belum beristeri.

Dipendekkan cerita, selepas berkahwin, isterinya mampu hamil dan kini dia ada beberapa anak jadi anda tidak perlu risau dengan keadaan anda.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

TERASA ADA BANYAK BIJI

Soalan

SAYA sering terasa sakit pada luar testis walaupun tidak onani (belum kahwin). Bila melakukan pemeriksaan fizikal, seperti ada banyak biji di bahagian atas testis kanan. Ia juga menyakitkan bila terhimpit atau pakai pakaian dalam yang ketat.

KHAIRUL
Ampangan, Negeri Sembilan

Jawapan

Anda terjumpa bijian di luar buah zakar sebelah kanan. Soalnya, adakah ia berada di kerandut buah zakar seperti ketulan kecil jerawat yang muncul di kawasan kerandut?

Jika benar, bijian itu ialah pundi pelembap semula jadi di dalam kerandut buah zakar yang membesar dan menjadi radang.

Jika dipicit, ia terasa sakit. Ketulan ini ialah 'cista epidermoid' dan ia juga dikenali sebagai 'jerawat' kerandut.

Ia boleh berlaku apabila salur pundi pelembap semula jadi kerandut terkandas, yang biasanya boleh berlaku apabila kawasan kulit kerandut itu digaru atau dicukur.

Cara menghilangkan ketulan ini ialah melalui mengeluarkan cista dan ia boleh dilakukan oleh doktor. Anda tidak boleh melakukannya sendiri kerana ketulan ini perlu diperiksa terlebih dulu.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KETULAN BAGAI TESTIS 'KETIGA'

Soalan

SAYA lelaki berusia 27 tahun, sudah berkahwin dan dikurniakan bayi lelaki yang kini berusia lapan bulan.

Di celah kelengkang saya (antara testis dan dubur) ada satu ketulan sebesar ibu jari. Pada mulanya (enam tujuh tahun lalu), ketulan itu kecil, tetapi ia kini membesar hingga sebesar ibu jari dan seakan-akan testis 'ketiga'.

Sebelum ini ia tidak sakit, termasuk ketika dipegang. Kini, bila ia dalam keadaan terkepit seperti ketika duduk, ia membuatkan saya tidak selesa dan rasa sakit sedikit.

Kebetulan, di tangan kiri saya juga ada biji seperti itu dan ia juga bermula kecil tetapi kini sebesar bola golf. Untuk pengetahuan doktor, di seluruh badan saya juga ada banyak ketulan. Ada yang kecil dan ada yang besar.

Saya risau apabila ia semakin membesar dan terfikir adakah ia berbahaya. Malah, ketulan dan benjolan ini seakan-akan bertambah dari sehari ke sehari di seluruh badan dan kaki.

LIAM
Taiping

Jawapan

Anda mendapati beberapa ketulan di keseluruhan badan yang mulanya ketulan kecil di kelengkang antara buah zakar dan dubur yang kini membesar dan muncul pula beberapa ketulan lain.

Apa yang jelas ialah, ketulan ini tidak menyakitkan tapi kelihatan hodoh kerana ia timbul dan terdedah. Jika ada tompok coklat di beberapa tempat di badan anda, di bahagian kawasan bawah pusat seperti tundun atau punggung, tompok yang dikenali sebagai 'cafe au lait spots' atau tompok 'berwarna coklat cair', mungkin anda menghidap penyakit yang jarang berlaku di kalangan lelaki atau perempaun.

Penyakit ini digelar 'Von Recklinghausen'. Namanya menakutkan bukan? Namun saya tidak pasti jika itu yang anda alami.

Ketulan dan benjolan yang kelihatan di keseluruhan badan yang berlaku kepada penghidap penyakit ini ialah ketumbuhan daripada struktur urat saraf. Kadangkala penyakit ini dikenali sebagai 'neurifibromatosis'.

Penyakit ini ada kaitan dengan masalah baka yang secara kebetulan mengalami perubahan dan mencetuskan manifestasi kepada individu itu seperti tompok coklat atau 'cafe au lait' dan ketulan yang muncul di bahagian badan (kerap muncul di tundun).

Manifestasi penyakit boleh berlaku di peringkat kanak-kanak lagi atau sejak akil baligh. Jika benar anda menghidap penyakit berkenaan, ia tiada penawar!

Rawatan diberi untuk masalah seperti ketulan membesar, ia boleh dibedah dan dibuang jika mengganggu kesihatan.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

PROSES BERSIH SPERMA

Soalan

DOKTOR, saya ada terbaca mengenai 'sperm wash' atau difahamkan dengan penyucian sperma di Internet melalui maklumat yang diperoleh daripada hospital swasta di Kuala Lumpur.

Saya ingin bertanya, adakah prosedur ini dilakukan kepada pesakit HIV (suami) bagi tujuan untuk memperoleh anak bersama isteri yang negatif HIV? Selain itu, bolehkah doktor memberi maklumat tentang prosedur ini dan di mana ia boleh dilakukan?

Ingin tahu
Selangor

Jawapan

Tidak dinafikan banyak teknologi canggih sudah ada berkaitan dengan aspek kesuburan dan kemandulan manusia. Kini air mani boleh dibersihkan selepas ditapis dan diasingkan dengan cecair yang dirumuskan khusus untuk membersihkan benih dalam air mani.

Sperma yang kurang aktif  akibat antibodi yang melekat kepada sperma, menjadi lebih aktif selepas dicuci dan juga air mani yang mengandungi kuman dan kuman virus, termasuk kuman virus HIV dapat dibersihkan sebelum disalurkan ke dalam rahim.

Memandangkan kuman HIV ini masih belum ada penawar atau ubat yang dapat membunuhnya, maka masih terdapat keraguan tentang keberkesanan kaedah pembersihan air mani.

Mengikut kajian, semua bendalir yang dihasilkan oleh badan pesakit HIV mengandungi kuman virus HIV dan soalnya ialah 'viral load' atau kandungan kuman virus dalam bendalir. Misalnya, 'viral load' dalam darah kurang tetapi dalam air mani lebih untuk sesetengah lelaki. Jika banyak, maka kemungkinan mendapat jangkitan itu tinggi lebih-lebih lagi jika berlaku kemelecetan di kawasan kemasukkan air mani melalui penyuntik.

Jika viral load kurang dan prosedur yang dilakukan sempurna, mungkin risiko itu tiada. Bagaimanapun, itu masih belum pasti! Jika anda tinjau di Internet untuk maklumat berkenaan 'sperm washing' anda akan dimaklumkan bahawa kaedah itu mula diperkenalkan di Milan, Itali.

Air mani yang belum diproses tidak boleh dimasukkan ke dalam rahim kerana bahan kandungan selain sperma boleh mengganggu kesihatan rahim selain menyerang tisu dalaman rahim jika terdapat kuman berbahaya.

Jadi, air mani perlu dibersihkan melalui proses pembersihan atau sperm washing. Jadi sperma yang bersih dan sesuai untuk percantuman akan mudah bercantum dengan benih. Jangkitan dapat dikawal sekiranya sperma itu bersih.

Jadi secara teori, prosedur menyemai sperma yang dibersih secara teliti dapat membendung transmisi jangkitan kepada janin, termasuk jangkitan HIV. Namun, tidak semua pakar berkongsi pendapat yang sama. Jadi kaedah ini tidak terbuka kepada pesakit HIV jika mereka mahukannya kerana prosedur ini adalah sesuatu yang rumit.

Saya juga tidak pasti jika kaedah ini ada di Malaysia untuk pesakit HIV. Anda boleh menghubungi terus ke Pusat Kesuburan tempatan yang berdekatan untuk mengetahui sama ada mereka menyediakan khidmat mencuci sperma untuk tujuan penyemaian benih untuk pesakit HIV.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

SAIZ ZAKAR SIHAT

LELAKI mempunyai sepasang buah zakar dan kedudukannya dalam kerandut. Ada juga lelaki yang tiada buah zakar dan ini berlaku kerana ia tidak menjadi atau buah zakarnya tidak turun ke dalam kerandut ketika dia di dalam rahim ibunya.

Perkara sama ada lelaki itu tiada buah zakar atau kedua-dua buah zakarnya terkandas dalam perut hanya dapat dikesan melalui ujian imbasan.

Ada juga lelaki yang mempunyai satu buah zakar dan satu lagi memang tidak menjadi atau terkandas dalam perjalanan dari perut ke dalam kerandut.

Jika itu berlaku, buah zakar yang tersangkut itu perlu diturunkan melalui pembedahan dalam masa usia dua tahun. Jika terlewat diturunkan, ada kemungkinan ia tidak berfungsi dengan baik.

Sama juga untuk lelaki yang mempunyai dua buah zakar tersangkut dalam perut. Ia perlu diturunkan melalui pembedahan. Begitu juga dengan buah zakar yang ada di luar kawasan kerandut sepert tundun atau kelangkang.

Buah zakar perlu dimasukkan ke dalam kerandut kerana buah zakar yang tiada dalam kerandutnya terdedah kepada tekanan dan kemungkinan berisiko berubah menjadi kanser buah zakar!

Mengenai buah zakar anda yang mungkin mengalami masalah tumbesaran, sebenarnya tumbesaran buah zakar agak kompleks apabila seseorang lelaki itu baligh atau lebih kurang usia 18 tahun.

Selepas itu buah zakar tidak lagi mengembang tetapi ada kemungkinan ia boleh mengecut jika mengalami kecederaan atau jangkitan (seperti jangkitan mumps atau viral orchitis).

Untuk pengetahuan saudara, saiz buah zakar yang matang dan sihat adalah 10 mililiter lebih kurang 3/4 saiz ibu jari kaki.

Jika isi padu kecil, kemungkinan kilang tidak berfungsi dan tidak dapat menghasilkan sperma.

Alat pengukur buah zakar dikenali sebagai Praders Orkidometer. Jika mahu tahu sama ada dia dapat menghasilkan sperma kerana was-was mengenai saiz buah zakar, seseorang itu boleh jalani ujian air mani.

Untuk tujuan itu, dia perlu mengeluarkan air maninya dalam bekas plastik yang dibekalkan oleh pihak makmal.

Ujian itu lebih perlu selepas seseorang lelaki itu mendirikan rumah tangga. Jika dia buat ujian itu sebelum berkahwin dan keputusannya pula normal, tentu ia tidak bermakna, tambahan pula profil air maninya juga boleh berubah dari semasa ke semasa!

Jadi, di syorkan anda berjumapa doktor untuk menjalani pemeriksaan. Jika perlu, doktor akan jadualkan ujian air mani untuk anda.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

BAHAYA ONANI

BERONANI sudah menjadi seperti masalah lazim yang dihadapi lelaki kerana banyak soalan diajukan berkaitan ruangan ini. Berikutan itu saya gabungkan beberapa masalah yang kebanyakannya berkaitan 'ketagih onani' untuk renungan bersama.

Sebenarnya, dalam bidang perubatan banyak pertikaian mengenai amalan itu, dengan kebanyakan pakar psikologi berpendapat ia satu cara untuk mengenali diri secara mendalam, terutama mengenai tindak balas perasaan syahwat dan kemuncak rangsangan seksual.

Masalah itu membabitkan semua peringkat usia dengan sebahagian besarnya remaja dan bujang, tetapi golongan berkahwin turut tidak ketinggalan dengan amalan ini, malah ada yang menyifatkan berasa lebih puas dengan beronani.

Anda boleh bayangkan tekanan yang diberi kepada anggota sulit dan sistem syahwat apabila beronani. Jika anda melakukan onani secara luar biasa seperti rangsangan seksual secara kasar dan kuat untuk mengecapi klimaks, mungkin apabila beristeri, anda mendapati bersetubuh dengannya tidak memberi kepuasan seperti anda kecapi secara onani.

Masalah ini dikenali sebagai 'Traumatic Masturbatory Syndrome'. Yang menimbulkan masalah ialah onani mengakibatkan klimaks anda berlaku dengan cepat, yang jika berterusan dan diamalkan akan mengakibatkan anda tidak dapat bertahan lama apabila mengadakan hubungan seksual sebenar.

Selain itu, jika merangsang anggota sulit dengan ganas sehingga mengakibatkan ia sakit dan bengkak, mungkin satu hari nanti anda mengalami mati pucuk apabila kerosakan lama menunjukkan kesannya.

Ini kerana anggota sulit adalah organ vaskular dan tidak boleh dirangsang dengan keras. Ia hanya sesuai untuk dirangsang melalui salur faraj wanita.

Berkaitan benih dan kesuburan, ia bukan dalam pengaruh onani. Bagi anda yang sihat dan buah zakar berfungsi dengan baik, ia pasti mampu menghasilkan sperma.

Namun, kerosakan buah zakar boleh berlaku pada bila-bila masa ketika melakukan onani. Jika ia berlaku dan menjejaskan kilang sperma, tentu anda akan mandul kerana sperma tidak lagi dihasilkan 'kilang'.

Sebagai contoh, anda melakukan onani dalam keadaan tidak terkawal seperti pengaruh alkohol, menyebabkan tidak tahu atau sedar ketika itu anda meragut atau mencederakan buah zakar.

Anda hanya menyedari selepas beberapa lama yang buah zakar anda menjadi semakin kecil atau bengkak, dan jika kilang sperma terjejas, anda menjadi mandul.

Sudah tentu perkara yang menyeronokkan sukar dihentikan, kecuali berlaku perkara memudaratkan seperti keradangan buah zakar dan kebengkakan zakar.

Bagaimanapun, sudah terlewat jika tiada cara merawatnya. Mungkin jika zakar terkulai, bengkok atau patah, ada cara rawatan seperti pemulihan dengan pembedahan atau penggunaan alat pemulih.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

TIADA EREKSI PAGI SEPERTI KEBIASAAN

EREKSI pagi atau 'Nocturnal Penile Tumescence' berlaku pada awal pagi ketika lelaki itu tidur nyenyak atau tidur yang dikenali sebagai REM (Rapid Eye Movement) Sleep.

Jadi jika tiada REM Sleep atau tidur nyenyak kerana kerap terbangun atau tidur lewat, ereksi pagi pasti kurang kelihatan dan kurang mantap.

Apabila terjaga secara tiba-tiba, baru nampak ereksi berkenaan dan jika tidak, ia tidak kelihatan.

Sehubungan itu, nasihat kepada mereka yang tidak mengalami ereksi pagi, jangan mudah terpengaruh dengan fenomena itu.

Jika anda mendapati ereksi pagi kurang kelihatan atau hanya singkat, kemungkinan kemunculannya tidak mengikut jadual seperti dulu.

Mungkin ereksi pagi menjadi lebih jelas pada awal pagi atau ketika anda terjaga secara tiba-tiba atau ketika bangun membuang air kecil.

Bagi mereka yang tidak mengesan ereksi pagi tetapi kemampuan seksual masih normal, dinasihatkan anda supaya mula melakukan senaman secara berkala kerana ereksi pagi anda akan menjadi lebih kelihatan.

Berkaitan dengan kelajuan ejakulasi (pancutan air mani) pula, ia tiada kena mengena dengan tahap kesuburan. Jika seseorang lelaki itu menahan ketika air maninya hendak terpancut, ejakulasi menjadi lemah.

Untuk menguatkan pancutan, lelaki hendaklah menggerakkan zakar dengan kuat dalam keadaan otot lantai pelvis wanita sedang mencengkam, atau gerak zakar dalam keadaan kemut.

Perlu diingatkan, tanpa rangsangan, air mani juga berkurangan. Seperti saya katakan di atas, jangan menahan ketika hendak ejakulasi kerana air mani dan pancutan menjadi lemah.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

ZAKAR SENAK KERANA HERNIA

MUNGKIN sebelum ini pembedahan disifatkan sebagai rawatan akhir untuk mengatasi masalah berkaitan burut atau angin pasang atau hernia dan hasilnya memang menakutkan apabila pesakit tidak keluar dari dewan bedah secara selamat!

Itu sebenarnya cerita dongeng dan jika ada kebenaran, hasil sedemikian hanya berlaku kerana penyakit itu menjadi ketara sehingga usus yang terkeluar itu terpulas dan menjadi septik disebabkan perjalanan darah kepada gumpalan usus itu tersekat dan individu itu dalam keadaan nazak!

Sebenarnya perkara ini yang kita tidak mahu, iaitu usus yang terkeluar dan masuk ke dalam kantung buah zakar melalui pembukaan yang sepatutnya tiada.

Ia terjadi kerana kelemahan dinding perut atau kerana ada ruang yang terbuka antara perut dan kerandut. Ia terpulas dan berpuntal apabila banyak ketulan usus masuk dan tertekan antara satu dengan yang lain dan menyebabkan saluran darah usus tersekat, menyebabkan usus menjadi septik dan maut.

Jadi rawatan tradisional mengurut ketulan usus yang terkeluar itu untuk kembali dalam perut adalah perbuatan berbahaya. Ini kerana usus boleh tercedera akibat kekasaran yang dilakukan melalui urutan itu.

Jadi masalah angin pasang boleh dirawat secara moden, melalui pembetulan atau 'repair' kelemahan dinding yang menyebabkan usus terjojol dalam rongga seperti kantung buah zakar.

Doktor juga akan memasukkan kembali usus yang terkeluar ke dalam perut dan menutup pembukaan atau ruang yang lemah itu supaya perkara itu tidak berulang lagi.

Anda dinasihatkan jangan lengah-lengahkan pembedahan itu kerana lagi lama anda tunggu, banyak gumpalan usus akan masuk dan ia boleh meingkatkan risiko perjalanan makanan dalam usus tersumbat serta menimbulkan masalah lain yang lebih serius.

Saya tidak dapat memberi banyak penjelasan kepada anda kerana saya tidak tahu jenis hernia yang suami anda alami. Saya syorkan anda ikut nasihat doktor dan jangan lengah-lengahkan rawatan pembedahan.

Ia sebenarnya prosedur pembetulan dan bukan membedah buah ketulan itu!

(Sumber: Masalah sakit tuan Harian Metro bersama Dr. Ismail Thamby)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

ANDROPAUS, LEMAH SYAHWAT BAGI LELAKI

ANDROPAUS juga istilah yang belum diterima secara terbuka oleh lelaki masa kini.

Walaupun hakikatnya ia mengakibatkan hormon testosteron mula berkurangan bermula usia 40 tahun dan terus menyusut dalam kadar satu hingga dua peratus setiap tahun, andropaus bukanlah satu ancaman terhadap upaya fizikal, stamina dan kesihatan.

Sebagai langkah awal mengendalikan simptom keletihan dan gangguan mood dalam lingkungan usia tersebut, lelaki perlu mengamalkan gaya hidup sihat dengan sentiasa mengambil diet yang sihat selain rajin bersenam.

Kawalan terhadap stres dan depresi juga membantu seseorang mencapai keseimbangan hidup.

Kegagalan upaya ketegangan zakar untuk kekal lama dan fungsi penetrasi disebabkan oleh aliran darah yang tidak sempurna di bahagian alat kelamin itu. Ia juga disebabkan oleh otot pelvik yang lemah.

Pelbagai jenis rawatan hasil kejayaan bidang sains dan teknologi boleh dicuba antaranya pam vakum, sistem gel salur kencing, implan silikon dan penyelesaian farmakologi.

"Usaha awal adalah dengan mendapatkan maklumat yang betul dan seterusnya berikhtiar untuk berubat".

"Perbincangan secara privasi boleh mendorong penderita ED untuk meluahkan isi hati," pesan Ismail dalam banyak siri ceramah beliau.

Mereka yang mengalami tanda-tanda ED dan yang berkaitan dengan keupayaan seksual dinasihatkan agar berfikir sehabis-habisnya sebelum percaya kepada kaedah perubatan tradisional seperti mengurut dan amalan pemakanan yang pelik.

Cara mengurut juga satu pilihan popular namun belum tentu berkesan. Urutan batin biasanya melibatkan tekanan ke atas saraf pada alat sulit dan pangkal zakar.

Jika ia terus dilakukan dengan kasar atau dikendalikan oleh tukang urut yang tidak berpengalaman dalam soal saraf, masalah lain boleh berlaku seperti radang pada pangkal zakar dan buah zakar.

Lelaki perlu berhati-hati dengan pilihan tersebut.

(Sumber internet)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

BETULKAH ZAKAR LEBIH MANTAP JIKA SELALU DIGUNAKAN

Zakar amat penting bagi alam perkahwinan. Tetapi adakah saiz amat penting untuk isteri?

MEMILIKI anggota seksual sempurna menjadi idaman semua lelaki. Jarang lelaki memiliki anggota seksual kecil atau cacat.

Jika ada, masalah ini memberi perasaan rendah diri dan sukar bergaul dengan masyarakat, lebih-lebih lagi dengan wanita.

Sebilangan besar lelaki memiliki anggota seksual yang berfungsi normal, boleh mencapai kekerasan apabila terangsang dan berukuran biasa untuk lelaki Asia (panjang 9-14 sentimeter/sm dan ukur lilit 8-13sm) tetapi sebilangan mereka rasa tidak puas hati, lebih lagi yang bertubuh rendah dan inginkan alat kelamin lebih besar.

Mereka beranggapan, jika berbadan tinggi atau besar, ukuran zakar patut begitu! Sebenarnya bentuk, saiz, termasuk ukuran panjang dan ukur lilit zakar dipengaruhi keturunan, bangsa dan baka.

Anggota seksual lelaki jika kerap digunakan akan kelihatan mantap. Tinjauan beberapa peninjau seks dan wanita menyatakan, zakar kelihatan mantap dan 'besar' jika kerap digunakan. Sebaliknya, jika lama tidak digunakan, ia kelihatan kecil dan kecut.

Tidak salah untuk membelai anggota sulit dengan krim dan sentuhan ringan sekali sekala untuk kesejahteraan anggota itu, tetapi elak beronani kerana khuatir menjadi ketagih dengan perbuatan itu dan mengakibatkan masalah lain.

Menyapu anggota seksual dengan minyak tertentu seperti minyak lintah atau minyak dhab bukan cara untuk membesarkan anggota seksual.

Losyen mengandungi herba tertentu, termasuk ekstrak ikan belacak, dapat membantu memantapkan anggota sulit sekadar strukturnya dan tidak dapat menambah saiz.

Sama juga dengan alat pam vakum yang pernah satu ketika dulu digunakan untuk menambah saiz. Apa berlaku, ia cuma meningkatkan saiz untuk sementara waktu. Hanya kulit zakar kelihatan panjang dan gelap hasil cara itu.

Alat penarik otot dan tisu anggota seksual lelaki iaitu Penis Extender Device seperti alat andropenis ialah alat 'penile extender' yang dapat menambah saiz zakar antara 2-5sm jika dipakai antara empat dan enam bulan.

Alat ini dikaji tiga tahun dulu dan didapati berkesan untuk menambah saiz dan juga membantu meluruskan zakar bengkok (pengalaman kajian tempatan ke atas lebih 100 kes keberkesanannya 99 peratus baik untuk tambah saiz atau meluruskan zakar bengkok)

Artikel dari Andromedical

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme