Label

TERLALU SAKIT SEBELUM HAID (SAKIT PUAN)

SAYA berusia 51 tahun dan sejak usia saya menjangkau 47 tahun, saya mengalami masalah kedatangan haid. Kira-kira dua minggu sebelum kedatangan haid, saya mengalami sakit perut yang amat kuat serta sakit bahagian pinggang manakala kaki saya juga lenguh.

Tempoh sakitnya sekitar 10 hingga 15 minit yang berulang-ulang selepas satu atau dua jam setengah selama tempoh dua minggu itu. Saya sudah berjumpa doktor tapi mereka hanya memberi ubat tahan sakit.

Sakit ini berlarutan hingga sekarang dan pada usia ini saya rasa sakitnya lebih teruk sehingga saya mengalirkan air mata menahan kesakitan. Saya harap doktor dapat memberikan langkah yang sepatutnya saya lakukan.

MARIA
Rawang, Selangor

ELOKLAH anda berjumpa doktor pakar pula. Pemeriksaan yang dilakukan mungkin dapat mengesan jika ada sebarang ketulan manakala imbasan ultrabunyi juga dapat membantu.

Lazimnya pada usia anda, ultrabunyi kawasan pelvis dilakukan secara kaedah TVS (melalui faraj) bagi melihat dengan lebih jelas organ pelvis. Pada masa sama, anda juga eloklah menjalani pemeriksaan dan ujian saringan kesihatan, termasuk ujian Pap smear dan mamogram.

Sekiranya tiada sebarang kelainan dikesan walaupun setelah menjalani ujian imbasan tambahan yang lebih canggih, doktor mungkin akan memberi anda pilihan untuk menjalani pemeriksaan secara penglihatan langsung menggunakan kaedah pembedahan laparoskopi terus ke dalam ruang abdomen. Tidak perlulah menanggung kesakitan dengan lebih lama.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan