Label

REMAJA RISAU HAID TAK TERATUR (SAKIT PUAN)


Soalan:

ASSALAMUALAIKUM doktor,

SAYA berumur 16 tahun dan mempunyai masalah kitaran haid tidak teratur. Saya mula baligh pada umur 13 tahun dan hanya haid tiga kali saja. Kali terakhir saya datang haid adalah ketika berumur 14 tahun pada 23 Oktober 2010.

Saya tidak mengamalkan pemakanan yang tidak teratur dan berat badan saya ideal. Saya juga tidak mengalami darah tinggi atau obesiti. Saya ingin bertanya pendapat doktor mengenai masalah kitaran haid saya ini kerana risau ia akan menjejaskan kesihatan saya kelak.

Saya juga tidak berdepan masalah keputihan yang teruk dan tidak mengalami sakit senggugut. Saya pernah bertanyakan doktor lain dan mereka mengatakan kitaran haid saya masih belum matang. Saya perlukan kepastian daripada pihak doktor untuk menerangkan dengan lebih terperinci masalah saya ini. Terima kasih.

Izzati
Raub

Jawapan:

ASSALAMUALAIKUM Izzati, saya bersetuju dengan doktor Izzati yang mengatakan kitaran haid Izzati belum matang. Ini bahasa yang paling senang untuk kami jelaskan kepada pesakit remaja yang mempunyai masalah seperti Izzati.

Saya harap Izzati boleh faham dengan penjelasan saya nanti. Untuk memberikan lebih pemahaman, selepas membaca penjelasan ini, cuba semak buku sains Izzati dan fahamkan sistem reproduktif manusia.

Sistem reproduktif manusia yang meliputi kelenjar pituitari, ovari dan uterus. Bagi wanita, mereka hanya akan mempunyai kitaran haid yang normal sekiranya kelenjar pituitari dapat berfungsi secara normal.

Untuk kelenjar berfungsi dengan baik, ia perlu matang. Kematangan kelenjar pituitari adalah tidak sama bagi semua gadis ketika akil baligh. Ada yang cepat dan ada pula yang lambat bergantung terutama kepada berat dan ketinggian optimum.

Pituitari yang matang menghasilkan hormon dalam bentuk pulsa setiap minit untuk merangsang folikel-folikel dalam ovari. Tanpa folikel-folikel yang hidup, dinding rahim tidak dapat tumbuh dan haid tidak datang.

Apa terjadi pada Izzati ialah pituitari masih belum cukup 'dewasa' untuk merangsang folikel-folikel dalam ovari. Sebab itulah haid tidak berlaku setiap bulan tetapi hanya beberapa kali setahun. Bagi mereka yang baru akil baligh perkara seperti ini selalu berlaku dan ia adalah normal dan tidak perlu dirisaukan.

Oleh kerana haid yang tidak menentu ini adalah biasa bagi gadis seusia Izzati, maka doktor selalunya tidak akan membuat apa-apa untuk memulihkannya. Ini kerana masalah terletak pada kelenjar pituitari dan memang tidak ada ubat untuk mematangkannya secara lebih cepat. Ia mengambil masa beberapa bulan dan tahun sebelum haid berjalan lancar.

Sekiranya haid yang turun boleh memudaratkan seperti terlalu banyak, berketul-ketul dan berpanjangan sehingga menyebabkan anemia, kami akan menggunakan hormon seperti pil perancang bagi mengawal haid.

Pil hormon akan menjadikan haid berjalan secara teratur tetapi ia bersifat sementara saja. Ini bermakna apabila pil diberhentikan, haid akan menjadi tidak normal semula.

Jadi Izzati tidak perlu risau kerana ia tidak akan menjejaskan kesihatan dan ia akan pulih secara semula jadi. Apa yang lebih baik adalah untuk Izzati menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran dan tidak terlalu memikirkan soal haid yang belum matang ini.

(Sumber Berita Harian)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

21 ulasan:

  1. Salam Doc, saya berumur 19 tahun skrg kitaran haid sy tidak teratur, hanya 2 bulan sekali je dtg haid tu pun darahnya sikit je. Kdg2 keluar darah berwarna hitam dan berbau. Apakah itu maknanya saya juga mengalami yg sama iaitu tidak matang lg. Sdgkan dri umur saya 12 tahun hingga 18 tahun kitaran haid sy normal dan mengalami senggugut. Tp skrg senggugut pun tidak. Sy harap doc dpt mmbtu, sy amat risau takut ia mmberikan kesan kepada sy kelak. Terima kasih.

    BalasPadam
  2. salam doc, saya berumur 23 tahun and next year saya ada perancangan untuk berkahwin...masalah saya di sini, dari start saya period iaitu semasa saya berumur 12 tahun sehinggalah sekarang saya mengalami masalah period tidak teratur..saya ada dengar kemungkinan masalah hormon dan juga PCOS...saya takut untuk berjumpa dengan doktor..tapi dalam masa yg sama saya takut juga kalau saya ada simptom2 yang lain menyebabkan saya susah nak hamil setelah saya berkahwin kelak...terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaallah kak miera takkan jadi apa-apa. Adik disini pun macam tu juga. Haid tak pernah kata teratur sejak 12 tahun. Ada sekali tu adik tak datang haid bnanyak bulan juga. Adik ini jenis orang yang takut nak jumpa doktor. Tapi adik selalu minta doa kepada allah supaya melancarkan haid adik dengan elok. Insyaalah allah akan mendengar doa kita kak apabila kita berdoa dengan ikhlas.. Sekian terima kasih

      Padam
  3. Saya berusia 14 tahun.. pertama kali saya didatangi haid ketika berumur 12 tahun.. permulaannya bagi haid saya tidak teratur.. ketika saya berumur 13 tahun kitaran haid saya sudah tidak datang lagi.. apakah masalah yang saya hadapi dan apakah penhelesaiannya

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum doctor...saya mempunyai masalah haid tidak teratur.. Pertama kali datang haid Umur 15 tapi haid saya tidak teratur.. 2 3 bulan datang dan ade 6 bulan sekali..sekarang umur saya sudah 20 tahun..tapi masalah ini selalu menjadi tanda tanya adakah saya tidak boleh melahirkan anak?

    BalasPadam
  5. Saya berumur 19 tahun,.saya mengalami datang bulan yang berpanjangan sehingga 3 minggu,cecair yang keluar juga mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan..kadang-kadang darah haid keluar tidak banyak,saya berasa sangat risau dengan keadaan ini,.saya memerlukan penjelasan untuk masalah yang saya hadapi

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum doktor. Saya berumur 14 tahun. Saya mengalami masalah haid yg tak teratur. Kali terakhir saya period pada bulan 9 2014. Selepas itu, haid saya tidak datang lagi selama 3 bulan. Apakah masalah yg saya alami ?

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum doctor. .saya berusia 18 tahun. .kitaran haid macam tidak menentu.,. Kitaran haid saya tidak sberapa lancar. .saya cuma risau. .kot2 ad masalah lain ke. .so apakah masalah yang saya alami. .

    BalasPadam
  8. assalamualaikum doctor. Saya berumur 15 thn. Saya mempunyai masalah haid tidak teratur doctor. Last day sya datang haid pda bulan 3. Itupun hanya sedikit sahaja. Saya khuatir masalah ini akan memudaratkan saya pada masa akan datang. Saya juga takut untuk berjumpa dengan pakar kesihatan. Saya juga tidak suka makan sayur. Jadi adakah saya patut makan saytur untuk menstabilkan kedatangan haid saya? harap doc tolong jelaskan kepada saya ap yang patut saya lakukan.

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum dokter..saya azie,saya dtng haid pada usia 11 tahun..haid saya xpernah ade masalah..cuma akn dtng sengugut yg sakit sangat..waktu usia saya 16 tahun pada bulan 8 smpai bulan 3 tahun dpnnya x dtng period..pada umur17 dtng sekali shj..saya berandaian yg saya terlalu sterss sbb nak spm dah..pada usia 18 bulan 1 haid dtng..tp selepas itu lansung x dtng..mlahan sya mengalami keputihan yg sgt byk dan berat badan saya naik dgn mendadak..bulan 5 tahun 2016 dalam pada yg sama saya berkerja dikedai makan ..parenst saya dh x sanggup dengar ketakutan ini..so bwk jumpe dokter.dia bg ubat suruh makan selama sebulan insyaAllah bru keluar katanye..tapi dh habis ubat tu pun masih x keluar..lepas tu dia bg ubat hormon sepapan..dia kata insyaAllah lepas dua minggu keluar dan setelah kering dia mahu saya dtng kembali ke klinik..ALHAMDULLILAH keluar juga akhirnya bulan 7..bertapa gembiranye saya ..setelah kering saya berjumpa nye kembali..dn dia minta utk rujuk kepda dokter perempaun..jadi saya dh buat appoiment..doktor perempuan tu kata ,masalah saya kne bwk ke pakar sakit puan..dan juga akn menyebabkan saya susuah nak hamil..sampai skrng saya tidak berjumpa dgn pakar sakit puan..blh dokter terangkn apa masalah kitaran haid saya..saya baru berusia 18.

    BalasPadam
  10. salam doc sy berumur 21 tahun. sy mula dtg haid masa umur 10 tahun.. kitaran haid sy memang tak normal and sy faham mungkin sebab hormon sy tak matang lagi. tp sejak masa umur sy 16 tahun, sy mula sukar datang haid sampai umur sy 21 tahun.. dah banyak kali pegi jumpa doc dy ckp sebab berat badan . and now sy masih dlm proses turunkan berat badan. tp masalahnya , sejak semenjak ni sy keluar cecair seperti haid tp warna coklat gelap.. boleh sy tau knape dan macam mana sy nak rawat? kalau tak keberatan doc blh email sy untuk terangkan? safrinashahirah27.12@gmail.com

    BalasPadam
  11. Salam doktor , saya baru berusia 15 tahun dan kali pertama saya dtg haid ketika umur saya 14 tahun.sepanjang tempoh saya sudah akil baligh kitar haid saya tidak teratur kadang kalanya saya tidak dtg haid selama 2 bulan hingga mahu mencecah 3 bulan , saya juga prnh ke klinik untuk bertemu dgn doktor tapi mereka mengatakan itu adalah hormon yg normal di peringkat remaja dan dia juga turut memberi sejenis pil untuk hormon selepas dua tiga hari saya makan pil itu haid saya terus keluar .kitar haid saya selama saya haid mmg tidak sperti remaja lain haid saya selalu akan keluar lebih dari kitar haid iaitu 28 hari saya juga bertanya dgn guru saya jd dia suruh saya calm down sbb ni semua normal bg remaja . Tapi kali ini haid saya mula cepat walhal bulan lepas saya sudah datang haid saya mulanya bersyukur sbb mungkin kitar haid saya dah mula normal seperti wanita lain tapi kali ini kitar haid saya lebih dari 15 hari . Pada hari pertama saya dtg haid darah keluar dgn sgt sikit begitu juga dgn hari ke 2-4 ianya sgt sedikit dan bila mncecah hari ke 5-9 ia keluar dgn byk bila hari ke 10 ia hnya normal tidak byk dan tidak sikit dan bila sudah hari ke 14 ia semakin sikit tapi belum berhenti lagi . Saya mula risau saya juga sudah membaca semua tentang haid yg tidak teratur saya rasa takut dgn penyakit2 yg merbahaya . Boleh doktor bagi penjelasan tntg perkara yg saya alami ?

    BalasPadam
  12. Salam dokter umur saya 21 berat badan 64 tiap bulan saya datang haid dengan teratur tapi bulan lepas saya tidak datang haid dan bulan ini saya datang haid hanya 1 hari dan terus berhenti tapi sakit di bawah perut masih rasa nyeri .saya berjumpa dokter ,dokter scan ovari saya ada bengkak tapi bengkak hanya 5.6cm dokter cakap ianya akan surut sendirinya .boleh dokter bagi tahu apa masalah haid dan ovari saya??

    BalasPadam
  13. Saya berumur 16 tahun saya tidak dtg haid selama 3 bulan saya tdk pernah tak dtg haid slambat ini adkah ia normal? Boleh doc knal.pasti apa msalah sya?

    BalasPadam
  14. Assalam doc.Saya berumur 14 tahun.Saya start period 11 tahun,bulan 5.Lpastu lama sikit,13 tahun dtg semula awal tahun.Last awal tahun tu shj.Sampai sekarang dah tak dtg period.Kiranya dua tahun jugak baru dtg semula.Nak jumpa doc takut.Apa masalah saya yea doc?

    BalasPadam
  15. Assalammualaikum doc , saya berumur 19 tahun . Senggugut mcm nak mati tapi bila period darah keluar sikit je . Tapi sebelum tu saya makan ubat sakit gigi terlalu banyak . Ada effect ke ?

    BalasPadam
  16. Assalammualaikum doc, saya berumur 16 tahun. Saya mengalami masalah kitaran hai, last day saya period pada bulan 5 tapi sampai ke bulan 8 saya masih belum period.Saya berasa sangat risau dan tidak dapat menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Apa masalah saya doc?

    BalasPadam
  17. Assalammualaikum doc,sy berumur 13 tahun. Sy dtg haid pada 12 tahun. Sy ade masalah haid tak teratur mula pd bln 5. Sejak puasa tu sy period 2 bulan sekali.Selepas 8 hari haid sy dtg semula. Cth;haid 9/5-17/5 dan dtg semula pd 25/8-2/6. Selepas itu ia berlarutan sehingga bln 8 ni. Jd setelah habis period bln 8(tp sy period 3 kali pd bln 8). Last period bln 8 29/8-4/9. Dan pd bln 9 ni sy dtg pd 19/9(mlm slps balik sklh). Bermakna 2 mggh slps habis period bln 8 tu. So maknanya period sy dh normal balik,sy rasa ini disebabkan pad. Sbb pad sblm ni yg sy guna ia jenis yg melancarkan darah(tertulis di bungkusan). Slps sy menukar period sy jd baik,maksudnya pd bln 9 ini la.Sy haral pd bln 10 hdpn ia teratur. Jd adakah ini normal bg sy? Sbb sy sklh ptg dn jika haid perlu ditanda di dlm buku,jd ustazah cek siapa yg lama sgt atau lebih 15 hari. Jd bila nama dipanggil nama atas sbb period smggu sekali tu sy susah utk terangkan kpd dia. Jd sy ckp ibu sy kata ini normal sbb sy masih bru lg haid dn slps 2/3 thn ia akn normal. Cg tetap kata utk berjumpa doc. Jd betulkah ini normal

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silao,sy period 2kali sebulan👆 start pd bln 5

      Padam
  18. Saya doctor, saya berumur 18tahun namun dari umur saya 13 tahun sehinggalah sekarang kitaran haid saya tidak teratur. 3 or 5 bln baru saya akn datang haid balik. Saya risau lah

    BalasPadam
  19. Siapa ada pengalaman spt saya... Haidh kali pertama hanya spotting saja 3 hari... Tp kali kedua, haidh berterusan selama 20 hari, dan keluar bersama ketulan.. Darah segar

    BalasPadam