Label

BELUM HAMIL - SPERMA MATI 2 JAM (SAKIT TUAN)

SAYA isteri berusia 25 tahun dan mendirikan rumah tangga selama dua tahun. Masalahnya, saya belum lagi hamil, dan ini membuatkan saya menjadi tertekan.

Empat bulan lalu saya pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan dan mendapati sperma suami cepat mati iaitu hanya mampu bertahan dua jam. Ia sungguh merunsingkan saya.

Adakah kemungkinan saya boleh mengandung atau ada ubat yang boleh mengubati masalah ini? Saya betul-betul inginkan cahaya mata dalam hubungan kami. Apakah jalan penyelesaian untuk masalah ini?

LIZ
Pahang

TIADA pasangan kelamin yang berumah tangga tidak mahukan anak, lebih-lebih lagi jika mereka sudah berusia. Satu ketika dulu jika pasangan kelamin yang berkahwin dan merancang memulakan keluarga tetapi gagal selepas setahun mencuba, mereka berdua dinasihatkan menjalani ujian kesuburan atau 'fertility work-up'.

Kini setahun menunggu, lebih-lebih lagi jika mereka sudah berusia dan bersedia. Jadi jangan tunggu lagi, kedua-duanya perlu menjalani pemeriksaan kesuburan bersama dan merujuk kepada pakar jika ujian awalan didapati normal.

Pemeriksaan asas untuk lelaki ialah ujian air mani dan ujian ini perlu dilakukan di makmal. Si suami perlu memberi sampel air maninya selepas dikeluarkan melalui onani atau dengan bantuan pasangannya dan ujian yang dilakukan itu termasuk menyukat isi padu air mani, warnanya dan kepekatannya selain keasidan, bilangan sperma, kualiti pergerakan sperma dan bentuk sperma.

Jika ujian lanjutan diperlukan, air mani itu ditapis untuk mengasingkan sperma daripada air mani dan memasukkan sperma dalam cecair penyegar untuk meneliti keadaan sperma itu.

Sperma hanya dapat bertahan dalam faraj dan lendir pangkal rahim. Jadi membiarkan sperma dalam air mani membuatkan sperma itu menjadi kurang aktif, lebih-lebih lagi jika suhu panas.

Amat mustahak untuk menjalani ujian air mani yang betul serta mendapat laporan tepat dan tidak mengelirukan.

Selain ujian air mani, ujian susulan yang lain perlu dijalani suami jika ujian air maninya menunjukkan bilangan sperma merosot.

Ujian lain yang dimaksudkan termasuk ujian menyukat hormon kesuburan suami dan jika didapati kurang, ubat penyubur diberi.

Jika doktor yang mengendalikan masalah kesuburan itu tidak fasih dalam mengurus masalah kesuburan lelaki, mustahak untuknya merujuk si lelaki itu kepada pakar sakit tuan atau Andrologis.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

1 ulasan:

  1. Untuk Masalah susah hamil, cuba herba: http://bunting.skslink.com
    dan untuk melambatkan pancutan bagi kaum lelaki, boleh cuba herba ini: http://skslink.com/delay

    atau nak keluar air mani banyak: http://skslink.com/spermomax

    Kalau susah terangsang atau masalah lain bagi lelaki dan perempuan, cuba saja herba-herba seperti di sini yang dah siap packing botol: http://skslink.com/pharmacy

    BalasPadam