Pokok Misai Kucing
SESIAPA sahaja memang mengenali pokok Misai Kucing (nama saintifiknya Orthosiphon Stamineus) kerana bunganya mirip misai seekor kucing. Ianya amat popular dalam perubatan tradisional bagi merawat masalah kencing manis dan batu karang. Akan tetapi tahukah anda Misai Kucing mampu merawat masalah kebatinan lelaki?
Organ buah pinggang adalah penentu kepada kesihatan seksual anda. Perubatan tradisional Cina mengatakan bahawa buah pinggang adalah menjadi asas kepada sumber kehidupan seperti memberi essence atau intipati kepada janin, pembesaran, kematangan dan pembangunan. Ianya juga menjadi asas kepada fungsi seksual manusia seperti penghasilan sperma dan ovum, penentu kadar kekuatan nafsu seks dan kesihatan organ seks. Oleh itu jika buah pinggang bermasalah maka masalah kesihatan seperti masalah kesuburan, masalah tenaga batin dan kanak-kanak lambat membesar akan berlaku.
Antara penyakit-penyakit yang akan dialami akibat masalah buah pinggang adalah kepala pusing, wajah bengkak dan berwarna kehitam-hitaman, pandangan kabur, nafas pendek atau sesak, selalu terasa mengantuk, gelisah, kotoran tidak berbentuk, sukar buang air besar, impotensi/masalah tenaga batin, perut kembung dan muntah-muntah.
Misai Kucing
Misai Kucing yang mempunyai pelbagai khasiat
Misai Kucing amat bagus untuk mencuci buah pinggang kerana sifatnya adalah diuretik atau memperbanyakkan air kencing. Ini sangat bagus bagi kesihatan badan kerana melalui air kencing pelbagai kekotoran dapat dibuang secara semulajadi tanpa memberi kesan buruk pada buah pinggang anda. Khasiat lain Misai Kucing adalah:
- mencuci saluran kencing dan buah pinggang
- mengelakkan dari terjadinya batu karang
- membuang asid urik berlebihan dalam badan
- mengeluarkan bendalir berlebihan dari sendi
- merawat masalah kencing manis dengan menstabilkan kandungan gula dalam darah
- mengurangkan masalah sengal-sengal dan lenguh-lenguh badan akibat masalah asid berlebihan
- menurunkan tekanan darah tinggi dan kolesterol berlebihan
- merawat masalah keputihan bagi wanita
- mengatasi masalah sembelit
- mengurangkan risiko penyakit gout
- mengelak dari terjadinya kaki dan otot kejang
- menambahkan tenaga setiap hari
Sistem perkumuhan manusia
Gambar di atas menunjukkan zakar merupakan salah satu komponen terpenting di dalam sistem perkumuhan manusia. Oleh itu saluran kencing dan buah pinggang perlu dicuci bagi memastikan zakar sihat. Selain daripada itu, penghasilan sperma akan bertambah pekat dan kuat sekiranya buah pinggang kita sihat. Zakar juga akan lebih tahan lama apabila bersama dengan isteri anda. Proses pencucian boleh dilakukan dengan mengamalkan Teh Misai Kucing.
Bagi menambahkan pemahaman anda, zakar lelaki perlukan air untuk kembali terus kuat dan tahan lama. Jadi amalan minum Teh Misai Kucing sangat digalakkan kerana ianya mempunyai pelbagai khasiat termasuk mengatasi masalah kebatinan lelaki. Akan tetapi terdapat beberapa pantang yang perlu dipatuhi bagi memastikan zakar kembali kuat dan tahan lama iaitu kurangkan onani dan elakkan minum ais/air sejuk (walau dari peti sejuk). Air kosong/air suam yang cukup perlu diamalkan setiap hari. Insya-Allah berkesan.
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Tiada ulasan:
Catat Ulasan