Blog yang membincang segala masalah tentang sakit tuan dan puan. Segala masalah lelaki dan masalah perempuan (masalah wanita) boleh didapati di sini.
HAID BERPANJANGAN (SAKIT PUAN)
ASSALAMUALAIKUM doktor, saya sudah lima tahun berkahwin dan masih belum dikurnia cahaya mata. Bagaimanapun, haid saya tetap dan tidak pernah lambat.
Masalahnya sekarang ialah saya pada mulanya mengalami turun darah yang disangka haid. Tetapi sehingga sekarang, masih belum berhenti. Darah turun dalam kuantiti yang agak banyak dan berterusan.
Keadaan ini berterusan sehingga minggu ke tiga. Apakah sebenarnya masalah saya dan apakah saranan doktor?
Terima kasih.
Zie
ASSALAMUALAIKUM Zie,
'APAKAH sebenarnya masalah saya?' Sukar sebenarnya untuk menjawab soalan ini. Apapun, kita perlu memahami bahawa peredaran haid yang normal memerlukan interaksi kelenjar pituitari dalam otak, ovari dan rahim. Kebanyakannya adalah berpunca dari ovari.
Sebab tertentu yang sukar diketahui puncanya, ovari-ovari ini mengalami gangguan pada kitaran pertumbuhan folikel-folikel. Saya maksudkan bahawa kegagalan pertumbuhan benih-benih telur ini menyebabkan terjadinya kegagalan ovulasi.
Apabila ini terjadi, dinding-dinding rahim mengalami ketebalan yang luar biasa. Akibatnya, haid akan turun dengan banyak dan berpanjangan. Kadangkala disusuli dengan senggugut.
Ada beberapa faktor yang boleh mengganggu ovari dari berfungsi secara normal. Misalnya, obesiti dan ubat-ubatan seperti hormon. Ovari juga boleh mengalami masalahnya tersendiri seperti sindrom polisistik di mana ada telur-telur yang tumbuh gagal berkembang dan tersangkut dalam ovari menyerupai sista-sista kecil dalam ovari. Sindrom polisistik ini banyak berlaku dan selalunya individu ini mengalami obesiti, haid tidak normal, sukar mengandung dan masalah hirsutisma.
Dari segi rahim pula, rahim amat jarang memberi masalah kepada kitaran haid. Walaupun fibroid contohnya yang kerap terjadi pada wanita, tetapi ia amat jarang sekali mengganggu haid. Jika terjadi pun, mungkin sudah terlalu besar kecuali fibroid yang tumbuh dalam rongga rahim. Fibroid dalam rongga rahim menyebabkan pendarahan yang banyak, berketul-ketul dan panjang.
Apakah saranan saya? Soalan ini senang untuk dijawab. Berjumpalah dengan doktor pakar ginekologi. Ada beberapa sebab kenapa puan perlu berjumpa doktor pakar. Pertama, darah haid yang berpanjangan dan banyak ini perlu dihentikan segera jika tidak, puan akan kekurangan darah atau anemia. Kekurangan hemoglobin dalam darah akan menyebabkan tekanan pada jantung dan ia terpaksa bekerja keras untuk menghantar oksigen ke anggota badan.
Jika anemia ini kronik, ia boleh menyebabkan lemah jantung. Anemia menyebabkan puan berasa amat letih dan lesu kurang bermaya. Puan akan kelihatan pucat dan letih. Doktor akan melakukan ujian darah bagi mengesahkan anemia ini. Jika anemia ini serius, puan akan diberi darah bagi mempercepatkan hemoglobin naik. Pil-pil zat besi lambat untuk mengembalikan hemoglobin ke paras yang normal.
Keduanya, masalah darah haid perlu diberhentikan dengan segera. Doktor akan menggunakan beberapa jenis ubat seperti hormon, transamin bagi memberhentikan darah ini. Ubat ini biasa diteruskan selepas keluar hospital.
Ketiganya adalah untuk mencari punca mengapa ia berlaku. Selain dari imbasan ultrasound, histeroskopi dan D&C pakar perlu melihat di dalam rongga rahim dan menentukan masalah pada dinding endometrium. Kebanyakan adalah hyperplasia endometrium dan terlalu kecil berpunca dari kanser dinding rahim. Jika ada fibroid dalam rongga rahim ini, rawatan boleh diberikan.
Keempatnya, ialah rawatan kepada punca pendarahan dapat diberikan. Contohnya uterine fibroid atau sista ovari. Bagi sesetengah wanita kami mengesyorkan dan memasukkan Implanon bagi mengawal peredaran pada bulan-bulan yang akan datang.
Rumusannya, puan perlu berjumpa doktor pakar untuk mencari punca masalah, merawat anemia jika ada, memberhentikan darah dan mengawal pendarahan pada bulan seterusnya. Paling utama ialah mengesahkan bahawa pendarahan bukan berpunca dari kanser rahim.
(Sumber Berita Harian)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Assalamualaikum ... Saye dah buntu dengan haid saye.... Haid saye setiap bulan normal .... Sy haid dari 19/11/14-24/11/14 dah bersih... Dan pade bulan 12/2014 saye belom datang haid lagi pade kitaran haid normal saye seperti biasa ... Dan sekarang dah lewat 2minggu lebih nak masuk 3minggu...saye dan suami sangka saye dh preggy tpi belum buat ujian UPT... Tpi trtbe je saye turun darah dan sakit perut , ari-ari dan pinggang berpanjangan.... Apakah sebabnya ???
BalasPadamAssalamualaikum.. haid xtratur mula umur sye 14,jarak 3-5.sye ada ktumbuhan susu iaitu tisu berlebihan sjak umur 16,mula kecil 20sen.cek hpital,doktr kta normal ia pandai hilang sdiri.tp ia mkin mbesar,stiap tahun sye cek hptal tp tiada tindkan.shinggalh umur 18 sye sdiri ambil kputusan utk d'operate,ktumbuhan dkeluarkn sbesar telur ayam.sye kawin umur 17(2013-2016)kandungn sye kguguran 3bulan & sampai skarang sye xmngandung.mslahny ... slepas gugur 2013+2014+2015 haid sy 2× setahun ia mngambil msa 2/3 bulan bru bhenti.sterusny..2016__23/01/16 sy beli ubat folic asid d farmasi.slepas sminggu haid kuar,bterusan hingga skrg bulan 5!bulan 2,3 haid bhenti sminggu,kdg byk kdg sikit.bulan 4 cek hptal..scan 2×,test darah smua normal!! Doktr bgi ubat hormon & mhentikn darah..tp sejak sy amalkn ubat 2 haid xbhenti juga! Tolong selesaikn mslah sy dah buntu.
BalasPadamAssalamualaikum.. haid xtratur mula umur sye 14,jarak 3-5.sye ada ktumbuhan susu iaitu tisu berlebihan sjak umur 16,mula kecil 20sen.cek hpital,doktr kta normal ia pandai hilang sdiri.tp ia mkin mbesar,stiap tahun sye cek hptal tp tiada tindkan.shinggalh umur 18 sye sdiri ambil kputusan utk d'operate,ktumbuhan dkeluarkn sbesar telur ayam.sye kawin umur 17(2013-2016)kandungn sye kguguran 3bulan & sampai skarang sye xmngandung.mslahny ... slepas gugur 2013+2014+2015 haid sy 2× setahun ia mngambil msa 2/3 bulan bru bhenti.sterusny..2016__23/01/16 sy beli ubat folic asid d farmasi.slepas sminggu haid kuar,bterusan hingga skrg bulan 5!bulan 2,3 haid bhenti sminggu,kdg byk kdg sikit.bulan 4 cek hptal..scan 2×,test darah smua normal!! Doktr bgi ubat hormon & mhentikn darah..tp sejak sy amalkn ubat 2 haid xbhenti juga! Tolong selesaikn mslah sy dah buntu.
BalasPadamassalamuailaikum.. sya telah melakukan hubungan sex bersma suami pad hari ketiga haid.. selepaa melakukan hubungan sex bersama suami sya dpati darah haid sya tidak turun.. mohon pencerahan ya..
BalasPadamassalamualaikum saya sering sakit perut sebelah kiri dan sakit pinggang sebelah kanan ketika dtg haid..dan darah haid banyak sehingga hari ke7 period..pergi jumpa doktor tapi doktor cakap itu biasa ketika perubahan hormon sakit perut dan pinggang pula start period smpai hbis period still sakit......boleh bg pencerahan
BalasPadam