Label

HAID BERPANJANGAN (SAKIT PUAN)


ASSALAMUALAIKUM doktor, saya sudah lima tahun berkahwin dan masih belum dikurnia cahaya mata. Bagaimanapun, haid saya tetap dan tidak pernah lambat.

Masalahnya sekarang ialah saya pada mulanya mengalami turun darah yang disangka haid. Tetapi sehingga sekarang, masih belum berhenti. Darah turun dalam kuantiti yang agak banyak dan berterusan.

Keadaan ini berterusan sehingga minggu ke tiga. Apakah sebenarnya masalah saya dan apakah saranan doktor?

Terima kasih.

Zie

ASSALAMUALAIKUM Zie,

'APAKAH sebenarnya masalah saya?' Sukar sebenarnya untuk menjawab soalan ini. Apapun, kita perlu memahami bahawa peredaran haid yang normal memerlukan interaksi kelenjar pituitari dalam otak, ovari dan rahim. Kebanyakannya adalah berpunca dari ovari.

Sebab tertentu yang sukar diketahui puncanya, ovari-ovari ini mengalami gangguan pada kitaran pertumbuhan folikel-folikel. Saya maksudkan bahawa kegagalan pertumbuhan benih-benih telur ini menyebabkan terjadinya kegagalan ovulasi.

Apabila ini terjadi, dinding-dinding rahim mengalami ketebalan yang luar biasa. Akibatnya, haid akan turun dengan banyak dan berpanjangan. Kadangkala disusuli dengan senggugut.

Ada beberapa faktor yang boleh mengganggu ovari dari berfungsi secara normal. Misalnya, obesiti dan ubat-ubatan seperti hormon. Ovari juga boleh mengalami masalahnya tersendiri seperti sindrom polisistik di mana ada telur-telur yang tumbuh gagal berkembang dan tersangkut dalam ovari menyerupai sista-sista kecil dalam ovari. Sindrom polisistik ini banyak berlaku dan selalunya individu ini mengalami obesiti, haid tidak normal, sukar mengandung dan masalah hirsutisma.

Dari segi rahim pula, rahim amat jarang memberi masalah kepada kitaran haid. Walaupun fibroid contohnya yang kerap terjadi pada wanita, tetapi ia amat jarang sekali mengganggu haid. Jika terjadi pun, mungkin sudah terlalu besar kecuali fibroid yang tumbuh dalam rongga rahim. Fibroid dalam rongga rahim menyebabkan pendarahan yang banyak, berketul-ketul dan panjang.

Apakah saranan saya? Soalan ini senang untuk dijawab. Berjumpalah dengan doktor pakar ginekologi. Ada beberapa sebab kenapa puan perlu berjumpa doktor pakar. Pertama, darah haid yang berpanjangan dan banyak ini perlu dihentikan segera jika tidak, puan akan kekurangan darah atau anemia. Kekurangan hemoglobin dalam darah akan menyebabkan tekanan pada jantung dan ia terpaksa bekerja keras untuk menghantar oksigen ke anggota badan.

Jika anemia ini kronik, ia boleh menyebabkan lemah jantung. Anemia menyebabkan puan berasa amat letih dan lesu kurang bermaya. Puan akan kelihatan pucat dan letih. Doktor akan melakukan ujian darah bagi mengesahkan anemia ini. Jika anemia ini serius, puan akan diberi darah bagi mempercepatkan hemoglobin naik. Pil-pil zat besi lambat untuk mengembalikan hemoglobin ke paras yang normal.

Keduanya, masalah darah haid perlu diberhentikan dengan segera. Doktor akan menggunakan beberapa jenis ubat seperti hormon, transamin bagi memberhentikan darah ini. Ubat ini biasa diteruskan selepas keluar hospital.

Ketiganya adalah untuk mencari punca mengapa ia berlaku. Selain dari imbasan ultrasound, histeroskopi dan D&C pakar perlu melihat di dalam rongga rahim dan menentukan masalah pada dinding endometrium. Kebanyakan adalah hyperplasia endometrium dan terlalu kecil berpunca dari kanser dinding rahim. Jika ada fibroid dalam rongga rahim ini, rawatan boleh diberikan.

Keempatnya, ialah rawatan kepada punca pendarahan dapat diberikan. Contohnya uterine fibroid atau sista ovari. Bagi sesetengah wanita kami mengesyorkan dan memasukkan Implanon bagi mengawal peredaran pada bulan-bulan yang akan datang.

Rumusannya, puan perlu berjumpa doktor pakar untuk mencari punca masalah, merawat anemia jika ada, memberhentikan darah dan mengawal pendarahan pada bulan seterusnya. Paling utama ialah mengesahkan bahawa pendarahan bukan berpunca dari kanser rahim.

(Sumber Berita Harian)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

TERINGIN ANAK KEDUA (SAKIT PUAN)


ASSALAMUALAIKUM doktor,

SAYA ingin bertanya mengenai tahap kesuburan saya. Saya berkahwin pada Ogos 2006. Selepas dua tahun, saya masih tidak dikurniakan cahaya mata sehinggalah saya mendapatkan rawatan kesuburan. Anak saya kini berusia dua tahun.

Untuk pengetahuan doktor, kitaran haid saya tidak teratur dari awal perkahwinan hingga kini iaitu antara 30 hingga 40 hari dan mengikut doktor perbidanan, saya tidak ada waktu subur.

Doktor juga memberitahu, telur saya tidak matang menyebabkan tidak berlaku percantuman telur dan sperma.

Buat pengetahuan doktor, ujian sperma suami saya normal dari segi kuantiti, kualiti dan aktiviti.

Ketika rawatan kesuburan mendapatkan anak pertama, saya menjalani ujian HSG untuk menguji kesihatan tiub fallopian dan ia normal.

Saya diberi pil hormon 'Clomid' dan suntikan berikutan percubaan pertama hanya makan pil hormon tidak berjaya dan menyebabkan rahim saya menipis.

Sehinggalah dengan kuasa Allah saya dapat juga menimang cahaya mata pertama.

Apa yang memusykilkan saya ialah sehingga kini saya masih berusaha untuk mendapatkan anak kedua tapi masih tidak berhasil. Saya tidak mengambil pil perancang mahupun implan.

Untuk pengetahuan doktor, berat badan saya 70 kilogram dengan ketinggian 148 sentimeter. Apa yang harus saya lakukan berikutan kos rawatan kesuburan di klinik atau hospital swasta tinggi dan saya dan suami kakitangan kerajaan bergaji rendah.

Adakah saya perlu kembali menjalani rawatan kesuburan seperti cahaya mata pertama?

Kelly
Jertih

ASSALAMUALAIKUM Puan Kelly,

DIANGGARKAN 15 hingga 20 peratus pasangan yang berkahwin mengalami masalah kesuburan. Dalam setahun usia perkahwinan, anggaran 80 peratus pasangan berjaya mengandung.

Masalah kesuburan ini agak kompleks kerana ia membabitkan kedua-dua pasangan dan sangat memberi tekanan fizikal, psikologi dan kewangan.

Masalah puan sukar untuk mengandung kali ini, saya berpendapat adalah masalah ovari puan. Ovari puan mengalami kesukaran untuk berovulasi. Ovulasi bermakna terhasilnya benih-benih atau ova untuk persenyawaan dengan sperma.

Jika dulu puan sudah menjalani ujian HSG dan didapati ia berfungsi dan suami puan juga mempunyai sperma yang mencukupi, maka yang bermasalah adalah ovulasi.

Saya berpendapat punca utama adalah puan mempunyai BMI yang tinggi. Saya kira BMI puan adalah 32 dan ini berada dalam kategori Obesiti 2. Lemak berlebihan di bawah kulit sintesis hormon estron iaitu sejenis hormon estrogen tetapi ovari menghasilkan hormon estrogen. Mereka mempunyai fungsi yang berlainan.

Walaupun benih dari ovari ini bercambah setiap bulan, ia tidak mempunyai kualiti yang baik untuk persenyawaan. Jika dikira kitaran haid puan, ia panjang dan tidak menentu. Bila ovulasi sukar berlaku atau tidak berlaku, maka kitaran ini agak panjang dan haid turun dengan banyak.

Kebiasaannya mereka yang mempunyai kitaran haid setiap 28 hari, waktu subur bermula dari hari ke 11 dan berakhir pada hari ke 17 setiap bulan.

Puan perlu rekodkan purata kitaran haid puan.

Contohnya, kitaran haid puan purata kitaran adalah 35 minggu. Kebiasaan ovulasi berlaku 14 hari sebelum haid. Pada tarikh jangkaan ovulasi berlaku, puan boleh bersama suami untuk mencubanya. Di farmasi ada set-set penentuan kesuburan yang puan boleh beli dan kira.

Di sini, saya cadangkan puan mencuba mengurangkan kadar BMI puan ke tahap yang mana kitaran puan boleh berlaku setiap 28 hari. Ini mungkin memerlukan pengurangan sebanyak 10 peratus dari berat sekarang.

Kalau turun ke tahap BMI yang normal iaitu 25, mungkin agak sukar tetapi tidak mustahil. Ada beberapa pesakit saya bersungguh-sungguh menurunkan berat badan dan berjaya mengandung tanpa bantuan ubat kesuburan.

Begitulah pentingnya kaitan berat badan dengan kitaran haid dan kesuburan. Selain itu, puan akan mendapat kebaikan kesihatan yang lain sekiranya puan cergas dan sihat tanpa penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan kadar kolesterol yang tinggi.

Sekiranya puan betul sukar untuk mengandung selepas BMI puan menjadi normal, kemudian barulah puan mencuba semula Clomid atau suntikan bagi mengeluarkan benih ini. Puan faham yang Clomid boleh menyebabkan berat badan meningkat sekiranya diambil banyak kali. Puan juga tahu betapa sukarnya doktor untuk menghasilkan benih jika BMI tinggi.

(Sumber Berita Harian)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

DILEMA SISTA ATAU HAMIL? (SAKIT PUAN)

Ujian lanjut seperti CT Scan, MRI boleh beri kepastian

ASSALAMUALAIKUM doktor,

BARU-BARU ini, saya membuat ujian air kencing di rumah dan keputusannya positif. Haid lewat sembilan hari dari waktu biasa dan saya jarang lewat. Ketika membuat ujian air kencing, ada dua garisan. Bagaimanapun, garisan kedua tidak begitu jelas.

Selain itu, saya juga disahkan oleh doktor sebulan lalu menghidap sista normal. Adakah saya hamil atau disebabkan penyakit sista itu, saya sebenarnya tidak mengandung. Saya jadi buntu dan keliru.

Sekiranya saya mengandung, adakah ia mengganggu sista yang dialami dan bagaimana dengan kandungan saya? Semasa saya membuat imbasan, saiz sista berukuran 3.5 sentimeter. Adakah sista ini akan membesar bersama pembesaran kandungan saya sekiranya hamil?

Selain itu, adakah saya perlu menjaga pemakanan sekiranya mengandung dan perlu banyak berehat kerana saya bekerja yang memerlukan keluar ke lokasi tertentu untuk mensyuarat. Sejak kebelakangan ini, saya juga sering sakit pinggang dan perut seakan berdenyut. Adakah ia normal bagi pesakit seperti saya?

Lisa

ASSALAMUALAIKUM Puan Lisa,

PENJELASAN kepada masalah puan terbahagi kepada dua. Pertama, puan hamil dan mempunyai sista ovari serta kedua, puan tidak hamil tetapi mengalami masalah sista ovari dan ujian air kencing positif.

Bagi masalah pertama, ujian air kencing bagi pengesahan kehamilan adalah tepat. Tetapi tidaklah setepat dan sensitif seperti ujian Beta hCG dalam darah. Ujian kehamilan sama ada kencing atau darah akan merekodkan kewujudan Beta hCG. Bezanya ujian darah dapat merekodkan jumlah dan kadar Beta hCG dalam darah itu. Ini bermakna, ia dapat merekodkan kadar paling minimum atau positif ketika ujian air kencing menunjukkan negatif.

Apabila ujian air kencing menunjukkan samar-samar atau positif lemah, ada dua kemungkinan. Pertama, ujian ini dilakukan terlalu awal di mana kadar Beta hCG dalam kencing terlalu sedikit. Kalau terlalu awal, puan boleh ulang semula dalam masa seminggu.

Jika ujian darah dilakukan dan ia positif, maka berkemungkinan besar puan hamil. Ujian darah ini akan menjadi lebih jelas jika diulang selepas 48 jam kerana kandungan yang normal akan menunjukkan kadar Beta hCG yang bertambah dua kali ganda.

Kemungkinan yang kedua ujian air kencing itu bersifat False Positive kerana ujian ini merekodkan hormon LH (Lutenising Hormone) yang tinggi dalam air kencing. Hormon LH ini mempunyai struktur molekul yang hampir serupa dengan Beta hCG iaitu hormon kandungan. Jika ujian darah dilakukan, Beta hCG akan negatif.

Sekiranya puan hamil dengan sista ovari sebesar 3.5 sentimeter, majoriti tidak akan memberi apa-apa masalah kepada puan dan juga kandungan puan. Jika sista ini besar, ia boleh terpulas atau mengalami torsion ketika mengandung.

Jika ia berlaku, puan akan mengalami kesakitan di bahagian bawah perut, memulas-mulas dan boleh muntah-muntah. Ini memerlukan pembedahan pembuangan sista ketika puan mengandung. Pembedahan ini mempunyai risiko kecil yang kandungan puan boleh mengalami keguguran. Sakit yang puan alami sekarang sukar untuk saya sahkan berpunca dari mana. Ini kerana pada peringkat awal kehamilan pun, masalah sakit di bahagian ari-ari dan belakang boleh terjadi. Ini adalah normal.

Jadi saya cadangkan puan melakukan imbasan ultrasound semula untuk menentukan saiz sista itu sekarang dan doktor akan menasihati puan langkah seterusnya yang perlu dilakukan. Apapun, tentu sekali apabila puan didapati mengandung, digalakkan berehat dan makan makanan yang seimbang tapi puan perlu mengesahkan dari doktor puan.

Bagi masalah kedua, sekiranya puan disahkan tidak mengandung tetapi mempunyai masalah sista ovari yang normal dan ujian kencing positif. Bagi saya, ia akan disahkan dengan ujian darah untuk mengesan paras Beta hCG dalam darah. Kalau paras Beta hCG tinggi dalam darah, kita perlu beberapa ujian darah untuk melihat petanda kanser dalam darah.

Ada beberapa kanser dalam manusia yang mengeluarkan hormon-hormon yang boleh dipastikan dengan ujian darah. Contohnya, bagi kanser ovari, petanda kanser adalah ujian CA 125, CEA, AFP dan juga Beta hCG tadi.

Di sini, kita lihat selain dari mengandung, ovari juga boleh menghasilkan Beta hCG. Saya syorkan puan berjumpa doktor untuk ujian selanjutnya seperti yang saya terangkan tadi termasuklah ujian seperti CT scan dan MRI.

Perlu diingat jika ujian kencing positif tetapi tidak terdapat kehamilan dalam rahim, kita kena fikirkan kemungkinan kehamilan berada di luar atau ektopik. Rumusannya, puan perlu berjumpa dengan doktor pakar ginekologi bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

(Sumber Berita Harian)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

SAKIT BUAH PINGGANG TAPI MAHU HAMIL (SAKIT PUAN)


Soalan:

SAYA menghadapi masalah kegagalan buah pinggang dan menjalani rawatan haemodialisis dua kali seminggu, selama hampir tiga tahun. Adakah saya boleh hamil?

Jika boleh, apakah ia akan memudaratkan diri saya dan kandungan? Terima kasih, doktor.

Hafiza
Kedah

Jawapan:

WANITA yang mengalami penyakit buah pinggang mempunyai risiko tinggi membabitkan si ibu dan bayi dikandung. Ini bergantung kepada punca yang menyebabkan buah pinggang itu rosak, tahap kerosakan buah pinggang, tahap kawalan darah tinggi jika ada dan jumlah protein dalam air kencing.

Jika fungsi buah pinggang merosot, keupayaan untuk mengandung dan melahirkan bayi cukup bulan juga menurun sama. Risiko yang akan dialami ibu adalah pertama, kemerosotan fungsi buah pinggang akan lebih merudum dan mungkin boleh kekal selamanya.

Ini boleh terjadi jika pesakit mempunyai kencing berprotein dan darah tinggi. Manakala kedua, darah tinggi, ketiga kencing berprotein, keempat pre-eclampsia, kelima Tromboembolisma saluran darah venos dan jangkitan air kencing.

Risiko terhadap kandungan pula termasuk keguguran, pertumbuhan bayi terbantut, kelahiran pramatang dan anak meninggal dalam perut.

'Outcomes' kehamilan pula bergantung kepada tahap kegagalan buah pinggang. Jika kegagalan buah pinggang adalah serius (creatinine >250umol/L). Risiko komplikasi terhadap ibu adalah tinggi jika dibandingkan dengan kejayaan mencapai kehamilan normal.

Sehubungan itu, mereka tidak dibenarkan mengandung. Selain itu, mereka juga mengalami masalah kesuburan berikutan ketiadaan haid. Kegagalan kekal fungsi buah pinggang adalah hampir 25 peratus.

Kadar kelahiran pramatang hampir 70 peratus dan kadar terbantut pertumbuhan bayi dalam sekitar 30 peratus. Saya berpendapat, berikutan puan memerlukan dialisis saya fikir, puan dalam kategori ini.

Bagaimana jika puan terlalu ingin untuk mengandung? Saya berpendapat jalan yang baik untuk puan adalah melakukan transplantasi buah pinggang. Ada banyak laporan perubatan wanita yang melalui pembedahan transplantasi hamil dengan jayanya.

Selepas transplantasi, haid, ovulasi dan kesuburan kembali pulih. Puan dinasihatkan menunggu selepas dua tahun transplantasi sebelum cuba mengandung. Ini memberi masa untuk buah pinggang berfungsi dengan stabil dan ubat 'immunosuppression' berada pada kadar 'mainteance'.

Ubat 'immunosuppression' amat penting bagi mengelak buah pinggang baru 'ditolak' oleh badan puan. Kejayaan kandungan puan selepas transplantasi amat bergantung kepada tekanan darah yang terkawal, tiada protein dalam air kencing, tiada 'rejection' pada buah pinggang dan paras creatinine dalam darah di bawah 180 umol/L.

Risiko kepada puan ketika mengandung selepas transplantasi tetap ada. Risiko mengandung luar rahim adalah tinggi kerana pembedahan dan jangkitan pada pelvis. Kegagalan fungsi buah pinggang semasa mengandung berada pada kadar 15 peratus.

Kebiasaannya hamil tidak menyebabkan 'rejection' pada buah pinggang. Darah tinggi, kencing berprotein dan pre-eclampsia pada kadar 30 peratus dan kadar kencing kotor pada 40 peratus. Di sini, puan boleh lihat walaupun transplantasi dilakukan, ia tidak menjamin 100 peratus kejayaan dan keselamatan puan.

Ketika mengandung, puan memerlukan pengawasan ketat dari pelbagai disiplin selain dari disiplin obstetrik. Ulangan antenatal adalah kerap dan ketat setiap dua minggu di mana pelbagai ujian darah diperlukan bagi memantau keadaan buah pinggang puan.

Selain itu, tekanan darah, jangkitan kuman, anemia, perlu dipantau. Kesimpulannya, saya cadangkan puan berbincang dengan pakar buah pinggang yang merawat puan kerana merekalah yang boleh memberi jawapan yang sebenar.

(Sumber Berita Harian)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

REMAJA RISAU HAID TAK TERATUR (SAKIT PUAN)


Soalan:

ASSALAMUALAIKUM doktor,

SAYA berumur 16 tahun dan mempunyai masalah kitaran haid tidak teratur. Saya mula baligh pada umur 13 tahun dan hanya haid tiga kali saja. Kali terakhir saya datang haid adalah ketika berumur 14 tahun pada 23 Oktober 2010.

Saya tidak mengamalkan pemakanan yang tidak teratur dan berat badan saya ideal. Saya juga tidak mengalami darah tinggi atau obesiti. Saya ingin bertanya pendapat doktor mengenai masalah kitaran haid saya ini kerana risau ia akan menjejaskan kesihatan saya kelak.

Saya juga tidak berdepan masalah keputihan yang teruk dan tidak mengalami sakit senggugut. Saya pernah bertanyakan doktor lain dan mereka mengatakan kitaran haid saya masih belum matang. Saya perlukan kepastian daripada pihak doktor untuk menerangkan dengan lebih terperinci masalah saya ini. Terima kasih.

Izzati
Raub

Jawapan:

ASSALAMUALAIKUM Izzati, saya bersetuju dengan doktor Izzati yang mengatakan kitaran haid Izzati belum matang. Ini bahasa yang paling senang untuk kami jelaskan kepada pesakit remaja yang mempunyai masalah seperti Izzati.

Saya harap Izzati boleh faham dengan penjelasan saya nanti. Untuk memberikan lebih pemahaman, selepas membaca penjelasan ini, cuba semak buku sains Izzati dan fahamkan sistem reproduktif manusia.

Sistem reproduktif manusia yang meliputi kelenjar pituitari, ovari dan uterus. Bagi wanita, mereka hanya akan mempunyai kitaran haid yang normal sekiranya kelenjar pituitari dapat berfungsi secara normal.

Untuk kelenjar berfungsi dengan baik, ia perlu matang. Kematangan kelenjar pituitari adalah tidak sama bagi semua gadis ketika akil baligh. Ada yang cepat dan ada pula yang lambat bergantung terutama kepada berat dan ketinggian optimum.

Pituitari yang matang menghasilkan hormon dalam bentuk pulsa setiap minit untuk merangsang folikel-folikel dalam ovari. Tanpa folikel-folikel yang hidup, dinding rahim tidak dapat tumbuh dan haid tidak datang.

Apa terjadi pada Izzati ialah pituitari masih belum cukup 'dewasa' untuk merangsang folikel-folikel dalam ovari. Sebab itulah haid tidak berlaku setiap bulan tetapi hanya beberapa kali setahun. Bagi mereka yang baru akil baligh perkara seperti ini selalu berlaku dan ia adalah normal dan tidak perlu dirisaukan.

Oleh kerana haid yang tidak menentu ini adalah biasa bagi gadis seusia Izzati, maka doktor selalunya tidak akan membuat apa-apa untuk memulihkannya. Ini kerana masalah terletak pada kelenjar pituitari dan memang tidak ada ubat untuk mematangkannya secara lebih cepat. Ia mengambil masa beberapa bulan dan tahun sebelum haid berjalan lancar.

Sekiranya haid yang turun boleh memudaratkan seperti terlalu banyak, berketul-ketul dan berpanjangan sehingga menyebabkan anemia, kami akan menggunakan hormon seperti pil perancang bagi mengawal haid.

Pil hormon akan menjadikan haid berjalan secara teratur tetapi ia bersifat sementara saja. Ini bermakna apabila pil diberhentikan, haid akan menjadi tidak normal semula.

Jadi Izzati tidak perlu risau kerana ia tidak akan menjejaskan kesihatan dan ia akan pulih secara semula jadi. Apa yang lebih baik adalah untuk Izzati menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran dan tidak terlalu memikirkan soal haid yang belum matang ini.

(Sumber Berita Harian)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

RISAU KEPUTIHAN TERUK JEJAS PELUANG HAMIL (SAKIT PUAN)

Soalan:

ASSALAMUALAIKUM Dr Suhaimi, saya berumur 31 tahun dan sudah berkahwin selama lima tahun tetapi masih belum mempunyai cahaya mata. Saya mengalami keputihan tetapi tidak gatal.

Dua tahun pertama perkahwinan saya membuat pemeriksaan di sebuah klinik di mana sampel darah diambil untuk diuji dan perut diimbas. Hasil pemeriksaan doktor mendapati rahim saya dalam keadaan baik dan berkedudukan cantik, ujian darah pula menunjukkan tahap kesuburan saya tinggi.

Seperti rakan lain yang sudah berjumpa doktor dan mendapat pil subur berjaya mempunyai zuriat, saya juga menyatakan keinginan untuk mendapatkan pil berkenaan. Doktor tidak berani memberinya kerana takut berlakunya perubahan hormon.

Saya dan suami nekad mencuba produk kehamilan yang popular di pasaran. Belum pun habis produk itu, suami sudah tidak mahu lagi kerana mengalami cirit-birit tujuh hingga lapan kali sehari, mungkin juga akibat mengambil makanan harian yang pedas-pedas.

Bulan Februari lalu, haid saya lewat enam hari dan mengalami sakit di bahagian perut (di bawah pusat) seperti ada bengkak di dalamnya. Saya mengajak suami ke klinik lain dan doktor mengimbas perut saya dan mendapati rahim saya normal dan tiada masalah.

Saya ada menyatakan pada doktor adakah saya berkemungkinan mengalami endometriosis? Doktor menyarankan saya mengambil pil clomiphene dulu selama dua bulan dan tidak terlalu memikirkan masalah itu.

Pada Mac lalu, haid saya lewat lagi selama tujuh hari pula. Saya lihat keluar seperti selaput berwarna putih kelabu. Suami ada menjalani pemeriksaan air mani dan didapati cuma kurang dua peratus daripada biasa.

Sekarang saya mengalami keputihan hampir setiap hari dengan kuantiti yang berbeza, berwarna kuning, kadang-kadang berketul seperti dadih tetapi tidak selalu merasa gatal. Ini membuatkan saya selalu melakukan pembersihan dengan menggunakan tisu yang dibasahkan dengan air panas.

Keputihan akan hilang dalam jangka masa pendek (selama satu hingga dua hari). Harap Doktor dapat membantu mengatasi masalah saya.

Terima kasih, doktor.

Iza

Jawapan:

ASSALAMUALAIKUM Puan Iza, daripada apa yang dibaca, saya dapati dua persoalan. Pertama adalah masalah sukar untuk mendapat cahaya mata walaupun usia perkahwinan menjangkau lima tahun dan keduanya adalah keputihan atau lelehan. Kedua-dua ini tidak ada kaitan antara satu sama lain.

Masalah lelehan ini memang kerap berlaku tetapi hendak membezakan yang mana satu lelehan penyakit dan lelehan normal memerlukan pemeriksaan vagina dan pengambilan contoh lelehan untuk ujian makmal. Lelehan normal atau lelehan fisiologi berlaku seminggu sebelum haid dan kebiasaannya putih jernih. Daripada apa yang ditulis, lelehan yang berkeping seperti dadih ini adalah berpunca dari jangkitan kulat yang dipanggil candidiasis.

Selalunya ia disertai dengan kegatalan yang amat sangat di bahagian kemaluan. Rawatannya amat mudah dengan menggunakan ubat anti kulat yang perlu dimasukkan ke dalam vagina pada waktu malam untuk beberapa malam. Ada juga ubat anti kulat dalam bentuk biji dan diambil secara oral. Saya cadangkan berjumpa dengan doktor pakar untuk pemeriksaan dan ubat.

Memang benar kami perlu masukkan satu alat yang dipanggil speculum yang berupa mulut itik untuk melihat dalam vagina dan pintu rahim. Ia tidak menyakitkan jika kita dalam keadaan tenang. Kami tidak melakukan pemeriksaan speculum semasa haid kecuali ada sebab seperti pendarahan. Kebanyakan prosedur dilakukan selepas haid seperti pap smear.

Masalah kesuburan atau infertiliti ini sukar untuk disembuhkan jika tidak mendapat komitmen 100 peratus dari kedua-dua pihak isteri dan suami. Banyak kes ketidaksuburan ini tersangkut di tengah jalan kerana pelbagai sebab peribadi dan kewangan. Sebenarnya, pada zaman sekarang banyak kaedah baru yang amat berjaya dalam mendapatkan cahaya mata. Ini adalah disebabkan ubatan yang baik dan skil doktor dan pasukan mereka yang baik. Rawatan IVF contohnya mencapai 50 hingga 60 peratus kejayaan untuk mengandung.

Bagi Puan Iza, saya cadangkan puan perlu tumpukan sepenuhnya untuk mendapatkan cahaya mata yang diinginkan kerana usia puan dan masa ketidaksuburan yang lama. Pasangan yang mengalami masalah kesuburan, akan disiasat tiga sudut. Pertama, adakah wanita mempunyai folikel-folikel (benih-benih telur) yang boleh membesar dan matang beserta dengan ovulasi. Keduanya, kami menyiasat sama ada seseorang itu mempunyai masalah saluran fallopian tersumbat dan ketiganya adakah suami mempunyai sperma yang mencukupi, normal dan aktif.

Ada beberapa sebab kenapa ovari gagal berfungsi, dalam erti kata lain ovulasi tidak dapat berlaku setiap bulan. Pertama adalah disebabkan oleh Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS). PCOS adalah masalah endokrin yang utama pada wanita. Ia punca utama (80 peratus) kes-kes subfertiliti. Pesakit PCOS kebiasannya obes, haid tidak teratur, masalah kesuburan dan ada masalah hirsutisma. Mereka ini mempunyai masalah ovulasi kerana folikel atau telur gagal membesar dan melepaskan ova. Mereka yang mengalami endometriosis juga mempunya masalah ovulasi.

Saluran fallopian boleh tersumbat disebabkan oleh endometriosis, jangkitan kuman dalam pelvis dan sebarang pembedahan di dalam perut. Bagi suami pula, jumlah minimum sperma yang diperlukan adalah 20 juta dan lebih dari 50 peratus adalah aktif dan normal.

Di antara rawatan yang ada untuk membantu wanita subfertiliti ini adalah induksi folikel dengan menggunakan Clomiphine. Masalah Clomiphine boleh menyebabkan gemuk. Kes-kes yang gagal dengan clomiphine, kami gunakan suntikan gonadotropin. Intrauterine Insemination (IUI) adalah kaedah yang kami gunakan untuk membantu suami memastikan sperma dimasukkan terus ke dalam rahim. IUI memerlukan sperma 'dibersihkan' dulu sebelum dimasukkan.

Peringkat yang terakhir kalau IUI gagal adalah IVF atau tabung uji. IVF adalah persenyawaan dilakukan di dalam makmal selepas telur atau ove dan sperma dipertemukan dalam tabung uji. Ia lebih berjaya dari Clomiphine dan IUI.

Jadi saya syorkan puan berjumpa dengan doktor pakar kesuburan bagi membantu puan kerana masalah infertiliti berpanjangan selama lima tahun. Lagi lama puan menunggu lebih kurang peluang untuk puan hamil kerana usia dan masalah folikel-folikel atau telur yang sudah berusia. Puan boleh mencuba IUI terlebih dulu tetapi syaratnya saluran fallopian tidak tersumbat dan sperma suami adalah normal. Jika mampu, IVF adalah pilihan terbaik.

(Sumber Berita Harian)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

IBU MUDA SEDIH GUGUR TIGA KALI (SAKIT PUAN)


SAYA sudah dua tahun berkahwin dan mengalami keguguran sebanyak tiga kali berturut-turut tahun lalu. Keguguran pertama berlaku ketika bulan kedua perkahwinan iaitu awal 2011.

Saya tidak tahu saya mengandung ketika itu walaupun berlaku perubahan fizikal. Oleh kerana haid hanya turun sedikit selama tiga hari, saya buat ujian kehamilan seminggu selepas itu, namun jalur kedua hanya samar-samar jadi saya pergi membuat pemeriksaan di hospital. Saya positif hamil selepas imbasan ultrasound dilakukan.

Saya kerap turun darah, jadi selepas usia kandungan tujuh minggu saya ke hospital pakar, hasilnya doktor menyuruh saya untuk membuat D&C disebabkan kandungan saya tidak membesar. Imbasan hanya menunjukkan ada kantung saja. Selang dua bulan, saya hamil lagi. Saya sangka kandungan kali ini baik. Tapi apabila kandungan mencecah lapan minggu, saya mula turun darah.

Saya sempat ke hospital tetapi doktor menasihati saya mendapatkan rawatan lanjut tetapi tidak sempat. Petang selepas saya pulang dari kerja, ada ketulan darah yang keluar dan ari-ari saya sangat sakit. Jadi saya reda gugur lagi.

November lalu, saya rasa saya hamil lagi, jadi saya terus ke doktor pakar untuk rawatan lanjut. Saya disahkan hamil tujuh minggu. Saya terpaksa ke pakar untuk mendapatkan suntikan sebab doktor kata rahim saya lemah dan doktor menasihatkan saya supaya mengambil cuti sehingga usia kandungan empat bulan dan tidak membenarkan saya membuat apa-apa kerja kerana risau turun darah lagi.

Minggu ke sembilan doktor menasihati saya melakukan D&C kerana sepatutnya usia kandungan saya 14 minggu tapi saiz bayi hanya tujuh minggu. Doktor menasihatkan saya untuk menggugurkan bayi sebab kandungan saya lambat membesar dan jika saya terus hamil, risau kandungan tidak sihat.

Saya tidak mahu melakukan D&C jadi doktor memberikan ubat dan suntikan untuk menggugurkan bayi. Hari yang sama dua ketulan daging sebesar telapak tangan keluar. Alhamdulillah sebab saya rasa semuanya sudah keluar dan tidak perlu lakukan D&C sekali lagi.

Bulan lalu saya ke pakar untuk meminta nasihat untuk hamil semula, namun saya tidak berpuas hati dengan penjelasan doktor. Doktor mengatakan saya normal dan boleh hamil pada bila-bila masa saja tanpa melakukan apa-apa rawatan, suntikan atau ubatan.

Saya keliru adakah selepas ini jika berlaku kehamilan lagi, saya tidak perlu diberi apa-apa rawatan khas daripada pakar untuk memastikan kandungan saya selamat sehingga dilahirkan. Saya dan suami sangat-sangat buntu sekarang. Saya sangat teringin untuk menimang cahaya mata dalam waktu terdekat ini. Tolonglah saya doktor.

Lenna
Banting

ASSALAMUALAIKUM Puan Lenna. Masalah puan dikenali sebagai gugur berulang atau 'Recurrent Miscarriage' di mana insiden ini amat kecil iaitu satu atau dua peratus dari keseluruhan kes keguguran.

Lebih dari setengah kes gugur berulang tidak diketahui punca ia berlaku setiap kali mengandung. Mengikut definisi, ia adalah keguguran yang berlaku tiga kali berturut-turut ketika trimester pertama. Masalah ini boleh terjadi walaupun seseorang itu pernah melahirkan anak cukup bulan.

Ada dua isu di sini yang selalu pesakit sukar memahaminya sehingga menimbulkan salah faham dan rasa tidak puas hati. Isu itu adalah masalah kesuburan dan keguguran. Persoalan pertama adalah, adakah puan mengalami masalah kesuburan atau infertiliti?

Saya sependapat dengan pakar yang puan temui tempoh hari. Puan memang tidak mempunyai masalah untuk hamil. Puan dan suami sudah membuktikan yang puan pernah mengandung tiga kali. Oleh sebab itu, puan adalah normal, tidak perlu apa-apa bantuan kesuburan, rawatan dan puan boleh mengandung bila-bila masa.

Persoalan kedua adalah, adakah puan mengalami masalah keguguran? Jawapannya sudah tentu sekali ya dan ini sememangnya masalah besar puan. Masalah keguguran berturut-turut ini memang memerlukan pertolongan dari doktor pakar sekiranya puan didapati hamil sekali lagi.

Saya harap puan tidak bercelaru dengan persoalan pertama dan kedua. Ia adalah dua masalah yang berbeza. Puan hanya mempunyai masalah untuk mempertahankan kandungan puan sehingga cukup bulan.

Pada peringkat ini iaitu keguguran tiga kali berturut-turut sudah sampai masa puan dan suami perlu disiasat untuk mencari punca dan harap membantu kandungan seterusnya yang akan datang. Puan perlu berjumpa dengan doktor pakar. Ada beberapa hospital yang mempunyai disiplin khusus serta doktor pakar dan kakitangannya yang merawat masalah semasa di peringkat semester pertama termasuklah masalah kes keguguran berulang seperti kes puan.

Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan keguguran secara berturut-turut. Pertama, sindrom anti fosfolipid yang paling penting dan didapati 15 peratus wanita yang mengalami masalah itu. Ujian darah perlu dilakukan untuk melihat sama ada puan mempunyai antibodi antikardiolipin atau lupus antikoagulan. Kedua, genetik iaitu tiga hingga lima peratus, di mana salah seorang dari mereka adalah pembawa resiprokal seimbang (Robertsonian Translocations).

Pasangan pembawa, 'phenotypicaly'/luaran adalah normal tetapi 50 hingga 70 peratus gamet (sel jantina) yang terhasil dari persenyawaan adalah tidak seimbang atau tidak normal. Ketiga, kromosom janin tidak normal. Keempat, anatomi rahim tidak normal di mana dianggarkan, dua hingga 38 peratus wanita yang mengalami keguguran berulang mempunyai anatomi rahim yang tidak normal. Contohnya 'uterine septum' dan 'bicornuate uterus'.

Kelima, fibroid di mana 30 peratus wanita mengalami masalah ini. Kesan fibroid terhadap reproduktif wanita adalah kontroversi. Fibroid jenis submukusal dan intramural boleh menyebabkan keguguran.

Keenam, masalah Trombofilia darah. Ketujuh, jangkitan namun buktinya masih spekulatif dan tiada bukti jelas. Contoh jangkitan 'Bacterial Vaginosis'. Isu kelapan ialah masalah Endokrin seperti diabetes dan penyakit Tiroid.

Kesembilan, kelemahan servik. Kebiasaan lebih kepada keguguran pada trimester kedua. Sukar dipastikan sama ada ia punca keguguran berulang pada trimester pertama.

Di sini, puan boleh lihat amat sukar untuk menentukan punca sebenar kenapa keguguran berulang ini terjadi. Sekiranya puan berjumpa doktor pakar nanti beberapa penyiasatan akan dilakukan terhadap puan dan suami.

Ujian 'Karyotyping' darah puan dan suami boleh dikendalikan di mana kosnya adalah tinggi. Kalau boleh, semasa keguguran yang lalu, doktor sudah menghantar sampel-sampel tisu kandungan itu untuk ujian analisis sitogenik yang kosnya juga tinggi.

Saringan Trombofilia, antibodi antikardiolipin dan antikoagulan adalah ujian darah dan bacterial vaginosis memerlukan sampel diambil dari dalam vagina. Imbasan ultrasound dan histeroskopi  boleh mengenal pasti anatomi rahim yang tidak normal. Ujian diabetes dan tiroid juga dilakukan.

Puan jangan hairan jika pada akhirnya, majoriti penyiasatan ini mendapati keputusannya adalah normal. Memang sukar untuk diterima dan kami juga sukar untuk menjelaskan kepada pesakit apakah puncanya. Saya selalu nasihatkan kepada pesakit untuk berdoa kepada Allah semoga diberikan anak yang sempurna dan cukup bulan kerana kuasa doa itu lebih kuat dari ubat-ubat kami.

Apa yang penting jangan berputus asa, dengan Allah puan akan dikurniakan zuriat yang diimpikan. Perlu diingatkan bahawa gaya hidup kita perlukan perubahan bagi menambahkan lagi peluang seperti rehat banyak semasa mengandung dengan mengambil cuti lama, berhenti merokok atau suami perlu berhenti merokok dan kurangkan berat badan.

Walaupun semua ini tidak mempunyai bukti yang nyata, tetapi sekurang-kurangnya kita sudah berusaha mengurangkan risikonya.

Dari segi perubatan, di antara rawatan yang kami beri adalah menggunakan aspirin dan heparin bagi mencairkan darah, suntikan hormon progesterone atau hCG bagi membantu pertumbuhan janin di peringkat awal kandungan.

Rawatan antibiotik diperlukan bagi kes bacterial vaginosis. Istilah 'a tender loving care' yang kami gunakan untuk pesakit yang mengalami keguguran berulang bermaksud lawatan yang kerap ke klinik bagi memberi sokongan psikologi kepada mereka.

Semoga berjaya.

(Sumber Berita Harian)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

BIMBANG GUGUR BERULANG (SAKIT PUAN)

Soalan:

ASSALAMUALAIKUM doktor, saya ibu muda berusia 30-an dan memiliki anak yang sudah meningkat dewasa. Anak pertama dan kedua adalah perempuan berusia 17 dan 16 tahun manakala anak ketiga lelaki berusia 15 tahun.

Pada pertengahan 2006, saya mengalami keguguran dan melakukan DNC di hospital kerajaan. Selepas itu, pada awal 2007, saya disahkan mengandung kembar. Namun, sayangnya kandungan saya hanya dapat bertahan selama 28 minggu kerana bayi kembar mengalami risiko Twin-to-Twin Transfusion Syndrome (TTTS). Saya pula mengalami jangkitan kuman sehingga dimasukkan ke ICU.

Ketika itu, saya mendapat tahu dan disahkan mengalami sista ovari di kilang telur, selepas melakukan pembedahan appendix pada November 2010. Pada Mei 2011, satu lagi pembedahan dilakukan untuk membuang batu hempedu.

Persoalan saya ialah adakah saya masih berpotensi mengandung kembar tanpa sindrom TTTS dan apakah risiko hamil jika sista ovari saya tidak dibuang?

Jawapan:

ASSALAMUALAIKUM Puan Zuraida, pertamanya, persoalan adakah puan berpotensi mengandung kembar tanpa TTTS? Kebarangkalian mengandung kembar secara semula jadi adalah kembar dua sebanyak 15 dalam 1,000 kehamilan. Manakala kembar tiga pada kadar satu dalam 5,000 kehamilan manakala kembar empat sebanyak satu dalam 360,000 kehamilan. Kembar lima ke atas adalah amat jarang sekali tetapi ia masih boleh berlaku juga tetapi survival anak adalah terlalu tipis.

Ada beberapa faktor lain yang menyebabkan kandungan kembar meningkat iaitu sejarah pernah mengandung kembar, sejarah keluarga yang mempunyai kembar, meningkatnya jumlah anak dan umur ibu.

Contohnya, umur ibu lebih dari 35 tahun adalah 22 dalam 1,000. Sementara lebih 45 tahun pula 57 dalam 1,000. Faktor lain bangsa dan penggunaan bantuan reproduksi seperti Clomiphene sebagai ejen induksi ovulasi meningkat 10 peratus, Inseminasi Uterin (IUI) meningkat 10 hingga 20 peratus serta kaedah tabung uji (IVF) dengan dua embrio meningkat ke 20 hingga 30 peratus.

Di sini, puan boleh lihat kebarangkalian puan mendapat kembar dua adalah dalam 15 hingga 20 dalam 1,000 dan bagaimana pula kebarangkalian untuk kembar puan mendapat TTTS? Bagi pembaca lain, TTTS atau Twin-to-Twin Transfusion Syndrome adalah satu keadaan di mana terdapat saluran-saluran darah di antara kembar ini bercantum antara satu sama lain di dalam uri. Ini menyebabkan ketidakseimbangan peredaran darah di mana darah dari satu kembar 'penderma' berpindah ke kembar satu lagi yang dikenali sebagai kembar 'penerima'.

Akibat dari TTTS ini adalah kembar penyumbang akan mengalami kekurangan darah dan anemia, pertumbuhan terbantut dan air ketuban kekeringan (Oligohidramnios). Sementara kembar penerima pula akan mengalami berlebihan darah dan haemoglobin, berlebihan air ketuban (polihidramnios) dan akhir sekali berlakunya 'Fetal Hydrops'. Fetal Hydrops boleh menyebabkan kematian kepada bayi disebabkan jantung lemah.

TTTS adalah salah satu komplikasi yang boleh berlaku bila mengandung kembar. Sebenarnya, banyak lagi komplikasi-komplikasi mengandung kembar. Komplikasi boleh berlaku kepada bayi dan juga ibu. TTTS ini terdapat pada lima hingga 25 peratus kandungan kembar monokorionik dan tidak dirawat manakala 80 peratus akan meninggal. Risiko untuk mendapat monokorionik adalah amat kecil sekali. Kejadian monokorionik bukannya 'keturunan' tetapi ia terjadi secara rawak.

Saya berpendapat puan tidak perlu khuatir mengenai kembar dengan TTTS kerana untuk mendapat kembar adalah kecil tambahan pula kembar dengan TTTS.

Keduanya, persoalan apakah risiko mengandung dengan sista ovari. Kejadiannya adalah kecil, (satu peratus saja). Majoriti sista semasa mengandung adalah bukan kanser. Sista kanser hanya dalam lingkungan satu hingga dua peratus saja. Komplikasi sista semasa hamil adalah seperti sista terpulas dan menyebabkan kesakitan yang amat sangat, muntah dan demam.

Ia biasa berlaku pada akhir trimester pertama dan semasa dalam pantang. Pendarahan dalam sista juga menyebabkan sakit perut, demam dan muntah-muntah. Pecah dalam perut dan menyebabkan 'peritonitis', keguguran, lahir pramatang serta menyebabkan kedudukan bayi tidak betul semasa mengandung.

Sista perlu dibuang semasa mengandung jika mempunyai gejala-gejala terpulas, pendarahan atau pecah, disyaki kanser dan saiz lebih dari 10 sentimeter. Pembedahan selalunya dilakukan pada usia kandungan 16 minggu. Risikonya adalah keguguran tetapi ia adalah rendah. Jika sista tidak memberi apa-apa masalah dan tidak membesar ia boleh dirawat secara konservatif saja.

(Sumber Berita Harian)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

RISAU ALAT CEGAH HAMIL LEBIH TEMPOH (SAKIT PUAN)


ASSALAMUALAIKUM doktor, saya berusia 45 tahun dan sudah menggunakan IUD (alat pencegah kehamilan) selama tiga tahun.

Sepatutnya IUD harus dibuka pada Februari lalu namun sehingga kini IUD itu masih belum dibuka. Saya bimbang dengan risiko yang bakal dihadapi sekiranya membuka IUD lewat dari tempoh ditetapkan.

Bolehkah saya mendapat jangkitan kuman atau akan menjejaskan kesihatan dalam jangka masa panjang?

Husna
Kuala Lumpur

PUAN Husna tidak perlu bimbang mengenai risiko jika terlebih masa yang sudah disarankan doktor. Puan hanya terlewat tiga bulan saja. Tempoh tiga tahun yang disarankan oleh pengeluar IUCD adalah tempoh keberkesanan IUCD itu dapat mencegah kehamilan.

Ini adalah melalui beberapa kajian yang pernah dijalankan oleh mereka. Selalunya, ada beberapa bulan lagi ia masih berkesan mencegah kehamilan. Alat IUCD yang puan guna sekarang adalah Cu 250 yang mempunyai lilitan tembaga pada IUCD itu. Ia tidak membawa apa-apa kesan negatif atau memudaratkan pemakainya.

Penggunaan IUCD jenis Cu 250 ini menyebabkan darah haid yang banyak daripada biasa tetapi ia tidak memudaratkan. IUCD juga boleh menyebabkan jangkitan bakteria dalam pelvis kerana IUCD ini 'menarik' bakteria melalui benang nilon yang terdedah dalam vagina.

Ini bukannya komplikasi yang biasa berlaku. Selain dari itu IUCD juga kadangkala menyebabkan 'spotting' iaitu titisan darah selepas haid habis.

Oleh kerana itu, saya cadangkan puan buka dan ganti IUCD baru secepat mungkin. Bukannya kesan sampingan yang saya bimbangkan tetapi keberkesanan untuk mencegah kehamilan berkurangan. Saya takut puan hamil yang tidak dirancangkan jika lambat menukarnya.

(Sumber Berita Harian)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

HPV BUKAN BERMAKNA KANSER SERVIK (SAKIT PUAN)


ASSALAMUALAIKUM doktor, saya berusia 29 tahun dan disahkan hamil sembilan minggu.

Baru-baru ini, doktor mengesahkan saya menghidap Human Papilloma Virus (HPV) selepas Ujian Pap Smear menunjukkan keputihan yang abnormal. Minggu depan saya dijadual menjalani ujian Colposcopy. Saya sangat tertekan kerana masih belum pasti sama ada ia bersifat kanser atau tidak.

Antara kemusykilan saya ialah:

1. Adakah HPV akan menjejaskan kandungan seperti risiko keguguran, lahir pra-matang dan komplikasi lain.

2. Adakah virus ini akan dipindah kepada bayi saya.

3. Adakah benar, kelahiran melalui pembedahan lebih kurang risikonya berbanding normal.

Rosmah
Kota Tinggi

UJIAN Pap smear bertujuan mencari bukti awal yang sel di pintu serviks mempunyai potensi untuk merubah ke arah sel kanser. Tetapi dari ujian Pap smear ini, kadangkala ada tanda-tanda sel ini sudah dijangkiti virus Human Papilloma Virus atau HPV. HPV adalah penyebab utama sel normal menjadi sel kanser.

Bagi memastikan sama ada seseorang dijangkiti virus ini, maka ujian khas yang dikenali Ujian DNA HPV boleh dilakukan. Keputusan dari ujian DNA ini dapat memberitahu kita 'sub-type' HPV yang ada pada pintu servik.

Sub-type HPV 16 dan 18 adalah paling berisiko tinggi. Ada sub-type lain yang mempunyai risiko sederhana. Ada juga sub-type HPV 11 yang menyebabkan ketuat genital (genital warts) pada bahagian kemaluan biasanya.

Puan, jika puan disahkan pengidap HPV, ia bukan bermakna puan mempunyai kanser servik. Seperti jangkitan virus lain seperti HIV, ia bukan beerti seseorang mempunyai AIDS.

Virus HIV, HPV mahupun Hepatitis B boleh dibawa atau dihidapi oleh semua orang tetapi hanya sebahagian kecil pengidap virus-virus ini akan berkembang menjadi penyakit serius. Contohnya pengidap HIV akan berkembang kepada AIDS, HPV akan berkembang kepada kanser servik dan Hepatitis B kepada kanser hati.

Oleh itu, jika ujian DNA HPV ini positif, maka kami akan tekankan kepada pesakit bahawa mereka tidak boleh ponteng ujian Pap smear. Ini kerana kami tidak tahu bila sel yang dijangkiti HPV ini akan terus berkembang kepada sel kanser. Pemantauan ini amat penting bagi wanita yang mengidap HPV.

Ada juga doktor yang melakukan kolposkopi bagi melihat dengan lebih jelas dan tepat kawasan di pintu yang tidak normal. Kawasan ini perlu diambil biopsy sekiranya perlu. Bagi saya, pemantauan dengan Pap smear sudah cukup sehingga wujud bukti suatu hari nanti ia menyebabkan sel-sel ini berubah kepada fasa pra kanser.

Tambahan pula puan sedang hamil, mungkin kurang sesuai jika dilakukan biopsy.

Pendarahan boleh berlaku dan jika perlu, elok dilakukan selepas bersalin. Apa yang puan bimbangkan mengenai masalah yang boleh timbul seperti keguguran dan kelahiran pra matang adalah tidak benar. HPV juga tidak menyebabkan kecacatan pada bayi puan. Sekiranya HPV ini boleh menjangkiti bayi puan ketika proses kelahiran berlaku, kesannya pada bayi puan amat kecil sekali.

Kebiasaannya, bayi puan dapat menghasilkan sendiri antibodi untuk melawan HPV ini. Jika ada HPV sub-type 11, maka ia boleh menyebabkan ketuat dalam kod vokal si bayi tetapi ini amat jarang berlaku. Masalahnya kini, kami tidak mempunyai apa-apa rawatan untuk HPV kecuali puan mempunyai ketuat genital tadi.

Oleh kerana kebarangkalian bayi ini dijangkiti HPV adalah terlalu rendah dan kesan sampingan adalah minimal dan terlalu kecil, maka kami membenarkan kelahiran secara normal berlaku. Ini berlainan dengan jangkitan HIV di mana kebarangkalian pembedahan adalah tinggi bagi mengelak HIV menjangkiti bayi. Itupun bergantung kepada jumlah HIV yang ada dalam pesakit. Jika jumlahnya kecil, maka mereka ini boleh melahirkan secara normal.

Saya harap penjelasan ini tidak mengelirukan puan kerana terma saintifik perlu digunakan bagi menjelaskan keadaan puan. Secara amnya, tidak perlu khuatir apa-apa dan teruskan saja kehamilan ini.

(Sumber Berita Harian)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

RISAU PETANDA KANSER SERVIKS (SAKIT PUAN)


SAYA berusia 25 tahun mempunyai seorang anak berusia dua tahun. Masalah saya kini apabila saya dan suami bersama, keluar darah, tapi sedikit dan tidak sakit. Untuk pengetahuan puan, saya mengalami masalah haid tidak teratur.

Lebih memeranjatkan saya baru-baru ini apabila saya membaca artikel bertajuk, "Pendarahan Ketika Bersama Adalah Petanda Kanser Serviks".

Adakah kenyataan itu benar? Apa yang harus saya lakukan? Apakah tanda sebenar kanser serviks?

Ana
Kuala Lumpur

PENDARAHAN ketika atau selepas bersama adalah satu daripada petanda kanser serviks apabila kanser terbabit menjadi mudah luka sama ada secara sentuhan jari mahupun zakar. Tetapi ia tidak semestinya begitu.

Masalah lain juga boleh menyebabkan pendarahan ketika atau selepas bersama misalnya polip yang muncul ke pintu serviks, luka jangkitan serviks, keadaan ektropion serviks dan seumpamanya. Eloklah anda menjalani pemeriksaan doktor untuk kepastian.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

HAID TAK BERHENTI LEBIH SEBULAN (SAKIT PUAN)


HAID saya tidak berhenti selama lebih sebulan. Saya melahirkan anak pertama, selepas tiga minggu darah nifas berhenti dan selepas dua minggu darah haid datang sehingga hari ini selama lebih sebulan.

Kini ia masih keluar lagi, tetapi terlalu sedikit. Saya memang risau dengan keadaan saya ini. Saya harap puan dapat memberi nasihat. Adakah perkara ini normal untuk ibu selepas bersalin?

Pah
Shah Alam, Selangor

ADAKAH anda mengambil sebarang ubat, produk kesihatan atau tradisional? Ini kerana jika ia sebenarnya mengandungi bahan hormon, ia boleh memberi kesan terhadap pendarahan dari rahim.

Adakah anda mengalami masalah sewaktu melahirkan seperti tumpah darah, air ketuban pecah bagi tempoh yang lama dan anda disyaki mengalami jangkitan endometritis? Adakah doktor memberitahu apa-apa mengenai keadaan uri? Adakah anda mengamalkan bertungku?

Nifas lazimnya berlaku untuk jangka masa sekitar satu hingga dua minggu saja kemudian diikuti oleh pengeluaran cecair bercampur sedikit darah untuk seminggu sehingga dua minggu lagi. Saya sarankan anda menjalani pemeriksaan doktor untuk memastikan tiada kemungkinan masalah seperti endometritis (jangkitan kuman dalam rahim), penyakit molar dan seumpamanya.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KEPUTIHAN, BERBAU KETIKA HAMIL (SAKIT PUAN)

SAYA sudah berkahwin dan Alhamdulillah, saya kini hamil empat bulan. Sepanjang tempoh kehamilan, saya mengalami masalah keputihan dan berbau yang kurang menyenangkan, tetapi tidak gatal.

Saya ada bertanyakan masalah ini kepada doktor, tetapi menurutnya, perkara itu normal bagi ibu hamil selagi ia tidak berbau yang sangat busuk dan gatal. Memandangkan saya tidak selesa dengan bau yang tidak menyenangkan itu, saya mengambil ubat antikulat yang dimasukkan ke dalam faraj seperti yang disarankan oleh doktor.

Tetapi saya tidak memakan sebarang ubat terbabit kerana ia tidak dibenarkan pengambilannya oleh ibu hamil, saya hanya dinasihatkan untuk memakan probiotik. Untuk pengetahuan doktor, saya tidak mengalami sebarang masalah keputihan sebelum saya hamil.

Atas nasihat doktor, suami saya juga memakan ubat antikulat, namun masalah saya masih berlarutan sampai ke hari ini. Terkini saya menggunakan pantyliner herba, tetapi masih tidak nampak keberkesanannya. Saya harap doktor dapat membantu saya menyelesaikan masalah yang saya hadapi ini.

Azura Ab Karim
Kuala Lumpur

SEELOKNYA keputihan terbabit diperiksa puncanya menggunakan ujian mudah. Sampel keputihan akan diambil menggunakan sapuan (swab) dan dihantar ke makmal untuk ujian kultur kuman serta ujian secara kaedah PCR bagi kuman tertentu.

Dalam kebanyakan kes, keputihan wanita disebabkan oleh kulat Candida. Tetapi ada juga yang mengalami jangkitan kuman lain seperti bakteria. Ada juga yang mengalami lebih daripada satu jenis jangkitan kuman. Ubat antikulat hanyalah untuk kulat.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

INGIN ZURIAT KEDUA (SAKIT PUAN)

Ubat subur tertentu boleh memberi kesan negatif kepada lapisan terdalam rahim
SAYA mempunyai seorang anak berusia sembilan tahun. Masalahnya, sekarang saya mahu zuriat lagi, tetapi tidak berjaya walaupun pernah mengambil ubat perancang. Kini, saya berusia 34 tahun dan suami pula 35 tahun.

Untuk pengetahuan doktor, saya dan suami sudah membuat pemeriksaan kesuburan dan masing-masing dalam keadaan normal.

Saya juga membuat pemeriksaan HSG dan tiada masalah serta pernah membuat proses permanian berhadas (IUI), tetapi keputusannya mengecewakan kami. Saya sudah buntu memikirkannya dan mencuba mengambil ubat subur dan asid folik di klinik untuk makan, tetapi tidak berjaya walaupun mencubanya selama tiga bulan.

Dulu berat badan saya 49 kilogram, tetapi selepas melahirkan anak pertama berat badan saya semakin bertambah sehingga sekarang 63 kilogram, penambahan 14 kilogram.

Apakah nasihat doktor yang perlu saya lakukan untuk mendapat zuriat kedua ini?

Ingin Zuriat Lagi
Kedah

ANDA tidak menyatakan ketinggian anda. Bagaimanapun, penambahan berat badan sebanyak itu boleh mengganggu kesuburan secara menyekat pengeluaran telur.

Ubat subur berfungsi merangsang pembesaran telur yang kemudiannya boleh digunakan untuk persenyawaan. Bagaimanapun, ubat subur tertentu boleh memberi kesan negatif kepada lapisan terdalam rahim yang penting untuk perlekatan embrio kelak.

Selain itu, faktor kesuburan lain seperti mutu sperma dan keadaan sebenar tiub fallopio (bukan setakat tidak tersumbat saja), juga penting. Begitu juga sewaktu IUI, keadaan kantung folikel telur, lapisan terdalam rahim, teknik 'mencuci' air mani, waktu IUI dan banyak lagi perkara yang penting dalam menentukan kejayaan.

Anda berdua janganlah berputus asa dan dinasihatkan berjumpa pakar sakit puan kesuburan yang berhampiran.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

PETUA UNTUK CEPAT HAMIL (SAKIT PUAN)


1. Waktu Terbaik Untuk Melakukan Hubungan Seksual

Adalah penting bagi pasangan yang inginkan zuriat mengetahui tentang masa yang sesuai untuk melakukan hubungan seks iaitu pada waktu wanita subur (masa pengeluaran telur atau ovulasi). Bila dan bagaimana untuk mengetahui waktu subur anda? Anda boleh dapatkan ovulation kit di mana-mana farmasi. Ovulation kit ini boleh membantu anda menentukan bilakah masa subur anda. Anda perlu tahu bahawa telur yang matang hanya hidup 24 jam sedangkan sperma pula hidup 48 hingga 72 jam dalam tubuh wanita. Oleh itu, sekiranya anda melakukan hubungan seks sebelum saat ovulasi lebih baik berbanding selepas ovulasi.

2. Kekerapan Melakukan Hubungan Seksual

Ini bergantung kepada setiap pasangan itu sendiri. Tidak ada angka atau fakta yang tepat yang dapat memastikan berapa kali seseorang itu harus melakukan hubungan untuk hamil. Ada wanita yang hamil hanya dengan satu kali sahaja tetapi ada juga yang memerlukan waktu yang lebih lama. Bagaimanapun yang paling penting ialah 'berapa kerap' anda melakukan hubungan pada 'waktu subur'. Sebab, jika anda melakukan hubungan banyak kali pun, tetapi bukan pada masa anda (isteri) subur, potensi untuk mengandung tetap tipis atau boleh jadi langsung tidak ada.

3. Nikmati Proses Hubungan Seksual Anda

Daripada penelitian pakar menunjukkan bahawa ketika seorang wanita mencapai orgasme - klimaks semasa hubungan kelamin - akan membentuk suasana alkaline pada vagina yang mana sperma suka keadaan ini, berbanding keadaan normal vagina. Jika anda mencapai orgasme pada saat yang bersamaan atau sesaat sesudah pasangan anda ejakulasi maka kesempatan sperma untuk selamat sampai di serviks - rahim - lebih tinggi.

4. Posisi Hubungan Seksual

Posisi seks yang dicadangkan berikut ini mungkin dapat meningkatkan kemungkinan terjadinya kehamilan. Posisi suami di atas adalah yang terbaik untuk anda hamil. Letakkan sebuah bantal kecil di bahagian pinggul anda, sehingga pinggul anda beristirehat untuk menampung sejumlah sperma selama 15 minit atau lebih selepas anda berdua mencapai klimaks bersama-sama. Keadaan ini akan memudahkan sperma berenang ke dalam rahim. Jangan menggunakan bantal yang besar dan terlalu tinggi, kerana ia akan menyebabkan sperma terkumpul di belakang rahim sahaja dan ini akan menyukarkannya untuk berenang dan bergabung dengan sel telur, yang akhirnya menjadikan usaha anda sia-sia saja. Manakala posisi seksual yang perlu dielakkan bila anda ingin hamil adalah posisi wanita di atas, duduk atau berdiri, yang akan menyebabkan sebahagian dari sperma keluar dan hanya tersisa sedikit sperma yang mencuba berenang ke arah sel telur.

5. Jangan Banyak Bergerak Setelah Melakukan Hubungan Seks

Tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa jika anda tidak bergerak selepas hubungan akan meningkatkan potensi untuk hamil. Kerana sebenarnya sperma sudah berada di dalam serviks - rahim - sesaat setelah ejakulasi. Namun adalah digalakkan agar anda memberi masa untuk sperma berenang ke serviks seperti diterangkan sebelumnya. Anda juga diingatkan agar tidak membersihkan vagina anda dengan cairan pembersih vagina setelah melakukan hubungan seksual kerana cairan pembersih vagina adalah bersifat toksik untuk sperma.

6. Buat Para Suami

Para suami sebaiknya menghindari memakai seluar dalam yang terlalu ketat atau mandi air panas, ini kerana ia akan menurunkan kemungkinan kehamilan kerana proses penekanan atau panas kawasan testis (pembentuk sperma). Ini berkait dengan tabiat atau amalan kebiasaan.

7. Relaks

Setiap pasangan suami isteri perlu sentiasa tenang dan tabah dalam menghadapi apa jua stress atau tekanan. Ini kerana stress atau tekanan terhadap sesuatu masalah ini mampu menurunkan keupayaan untuk hamil.

8. Jaga Kesihatan Anda

Menjaga kesihatan adalah asas yang paling penting. Pastikan tubuh anda cukup nutrisi. Perlu diingatkan bahawa wanita yang sihat akan lebih mudah hamil daripada yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau kurang.

Petua ini diharapkan dapat membantu anda untuk meningkatkan kemungkinan untuk hamil. Anda perlu tahu, hanya 30% sahaja dari jumlah sperma yang bertemu dengan telur di dalam rahim akan berhasil untuk melakukan kehamilan manakala 70% lagi gagal walaupun anda telah melakukannya dengan betul. Jadi anda harus menunggu dan mencuba lagi. Sekiranya anda telah mencubanya sehingga 1 tahun tanpa membuahkan hasil maka adalah penting untuk anda dan pasangan merujuk kepada doktor pakar untuk dapatkan rawatan dan khidmat rundingan yang terbaik.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

ORANG YANG CERIA HIDUP LAMA



Belajarlah menjadi individu berfikiran positif kerana diri sendiri yang menentukan emosi setiap hari

PERWATAKAN seorang teman yang selalu ceria membuatkan penulis berasa selesa dan gembira setiap kali bertemu dengannya. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman dan memang jarang penulis lihat dia bermuram, tetapi ia bukan bermakna teman ini tidak mempunyai masalah. Semua orang ada masalah, bezanya bagaimana kita mengendalikannya.

Mencungkil rahsia keceriaannya, jawapan yang diberikan kepada penulis agak pendek - itu adalah pilihan. Maksudnya, kita yang memilih untuk menjadi ceria atau sebaliknya. Tidak kiralah apa masalah yang dihadapi, tetapi kalau kita menetapkan hati dan fikiran mahu menjadi ceria, itulah yang akan kita dapat. Ia mungkin tidak dapat menyelesaikan masalah, tetapi sekurang-kurangnya mampu meredakan ketegangan hati dan kekusutan fikiran.

Kajian sains menunjukkan orang yang ceria dan gembira hidup lebih lama. Orang yang ceria kurang berisiko menghidap penyakit jantung. Dalam satu kajian didapati satu daripada lima pesakit jantung hidup dalam kelompok masyarakat yang tertekan dan murung. Penyelidik penyakit kanser pula mendapati kegembiraan dan keseronokan boleh meningkatkan paras sel imun yang menjadi benteng pertahanan badan.

Bahkan ketawa juga didapati boleh mengeluarkan hormon endorfin - komponen kimia dalam otak yang membuatkan kita berasa tenang dan selesa. Ada banyak lagi manfaat yang boleh kita peroleh apabila berasa ceria. Soalnya, bagaimana hendak melakukannya? Ada beberapa panduan yang boleh kita contohi seperti:

- Tunaikan ibadat seperti dituntut dalam agama

Sebaik membuka mata pada waktu pagi, ucapkanlah kata-kata syukur kerana umur kita dipanjangkan sehari lagi. Bagi umat Islam, dirikanlah solat Subuh sebaik azan berkumandang. Memulakan hari dengan menunaikan kewajipan kita kepada Tuhan cara terbaik untuk mendapat hati yang tenang dan ketenangan ini akan terpamer pada wajah.

Ia juga menandakan kesyukuran kita kerana diberi peluang sehari lagi untuk melihat wajah pasangan, anak-anak dan ahli keluarga tersayang. Oleh kerana tiada siapa yang tahu bila kita akan dijemput 'pulang', manfaatkan hari anda dengan bertekad menjadikan hari ini sebagai hari terbaik dalam hidup anda.

- Menghubungi ibu dan ayah

Kesibukan harian kadangkala membuat kita terlupa untuk menghubungi ibu dan ayah yang sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan anak-anak. Panggilan telefon yang pendek atau pesanan ringkas untuk bertanya khabar orang tua akan menggembirakan hati mereka dan kita juga secara tidak langsung turut mendapat tempiasnya. Hati siapa yang tidak tenang apabila mengetahui ibu dan ayah tersayang berada dalam keadaan sihat.

Hubungilah ayah dan ibu kita sekurang-kurangnya seminggu sekali, namun kalau boleh lebih kerap tentulah lebih baik. Jika kita ada masa minum petang dan bersembang panjang dengan kawan, takkanlah tidak boleh diluangkan lima minit untuk bertanya khabar ibu dan ayah. Hargailah saat berharga ini sementara mereka masih ada bersama kita.

- Ubah cara kita berfikir


Sama ada mahu menjadi ceria atau sebaliknya, semuanya tertakluk kepada cara kita berfikir. Apa yang ada dalam fikiran diluahkan melalui perkataan dan perkataan ini lama-kelamaan akan menjadi tabiat. Tabiat inilah yang akhirnya menjadi karakter kita. Jadi jika kita membenarkan perkara negatif menguasai fikiran, kata-kata yang lahir dari mulut kita akan mengandungi unsur negatif juga dan ia perlahan-lahan dizahirkan dalam perbuatan.

Bak kata penceramah motivasi terkenal, Prof Dr Muhaya Mohamad, individu negatif akan menarik orang negatif kepadanya. Dalam suasana negatif, bagaimana kita boleh menjadi insan yang ceria? Jadi, mulakan dengan diri kita dulu dan belajarlah untuk menjadi individu yang berfikiran positif. Kitalah yang menentukan emosi kita setiap hari. Ia mungkin tidak dapat dilakukan dalam sehari, tetapi berusahalah untuk memperbaiki diri.




- Mulakan hari anda dengan senyuman

Amalkan untuk tersenyum sebaik saja anda membuka mata pada waktu pagi walaupun fikiran teringat kepada masalah yang menekan. Kajian menunjukkan dengan menggerakkan beberapa otot muka untuk tersenyum dapat meningkatkan paras hormon endorfin dan merendahkan hormon kortisol yang membuatkan kita berasa tertekan.

Cuba fikirkan perkara yang boleh membuatkan anda tersenyum dan pada masa sama, katakan pada diri berulang kali bahawa kita mahu menjadi individu proaktif dan tekun. Yakinkan diri sendiri bahawa kita boleh mengendalikan tugas dan cabaran dengan baik.

Selain itu, jangan kedekut untuk menghadiahkan senyuman kepada orang lain, baik yang anda kenal atau tidak. Senyuman akan membuatkan kita nampak lebih berkeyakinan. Selain itu, pakar psikologi mengatakan jika anda mahu berasa gembira, cubalah paksa diri untuk senyum. Walaupun ia senyuman paksa, ia tetap boleh membuatkan anda berasa lebih gembira.

- Luangkan sedikit masa untuk bersenam

Ramai orang masih memberikan alasan tidak ada masa untuk bersenam. Sebenarnya anda hanya perlukan 20 minit saja. Sementara menunggu giliran untuk mandi, buatlah senaman ringkas seperti berjalan setempat. Kalau suka menari, bolehlah pasangkan muzik kegemaran yang akan membuatkan kita berasa lebih terdorong untuk menggerakkan badan.

Kalau tidak dapat 20 minit, kita boleh pecahkan senaman kepada beberapa sesi, mungkin 10 minit pada waktu pagi dan disambung 20 hingga 30 minit pada waktu petang. Senaman akan membuatkan kita berasa lebih bertenaga dan tenang. Malah, senaman juga dapat menghindarkan kita daripada berasa mengantuk ketika berada di pejabat.

- Berbaik sangka dengan semua orang

Berbaik sangka satu cara untuk 'membersihkan' hati dan fikiran. Amalkan sikap berbaik sangka terutama ketika berhadapan dengan orang yang menunjukkan reaksi kurang senang atau tidak suka pada kita. Anggaplah individu itu ada masalah yang membelenggu fikirannya dan bukan kerana dia kurang senang dengan kita.

Jika benar pun dia tidak suka pada kita, cubalah hadiahkan senyuman setiap kali bertembung dengannya dan mendoakan semoga kegusaran hatinya akan reda. Berbaik sangka ini bukan untuk orang lain, tetapi manfaatnya lebih pada diri kita sendiri.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

HAID IBU TUNGGAL TAK TERATUR (SAKIT PUAN)

SAYA berusia 36 tahun, ibu tunggal dan mempunyai empat anak berusia tujuh, sembilan, 12 dan 14 tahun. Sejak akhir-akhir ini, haid saya tidak teratur walaupun sudah mengambil pil perancang.

Tetapi setiap tahun saya membuat Pap smear dan Alhamdulillah, semuanya normal. Saya tidak minum ais, hanya air masak dan minuman perisa coklat. Saya juga makan mengikut masa dan kerap bersenam (berlari).

Untuk pengetahuan doktor, saya akan berumahtangga untuk kali kedua bulan depan dan bakal suami saya berusia 40-an. Dia inginkan anak dan saya ingin tahu dengan keadaan haid tidak teratur, adakah saya tidak boleh hamil lagi?

Norita
Kuala Lumpur

HAID yang tidak teratur lazimnya berpunca daripada ketiadaan pengeluaran telur. Penggunaan pil perancang dapat membantu mengaturkan kembali haid kerana pil terbabit mengandungi dua hormon menyerupai hormon yang dikeluarkan oleh ovari.

Namun, jika seseorang tidak mengambil pil perancang terbabit mengikut aturan, ia boleh menyebabkan pendarahan atau haid yang tidak menentu.

Ujian Pap smear hanyalah ujian mengesan penyakit serviks (pangkal rahim) saja. Ia tiada kaitan dengan badan rahim yang mengandungi tisu haid terbabit. Bagus anda bersenam tetapi anda tidak menyatakan ketinggian dan berat badan serta ukuran pinggang dan punggung anda. Eloklah anda menjalani pemeriksaan kesuburan, sama ada sekarang atau selewat-lewatnya enam bulan setelah berkahwin kelak.

Kemungkinan anda mempunyai masalah pengeluaran telur, di samping itu tahap kesuburan wanita menurun dengan pertambahan usianya. Anda bolehlah memulakan pengambilan pil asid folik sebanyak sekurang-kurangnya 400 mikrogram setiap hari sehingga anda hamil tiga bulan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

BUASIR TERKELUAR KETIKA BERDIRI (SAKIT PUAN)

SAYA baru empat bulan berkahwin. Saya dan isteri tinggal berasingan disebabkan pekerjaan.

Masalah kini, isteri saya selalu mengadu sakit di bahagian punggung dan saya difahamkan apabila dia berdiri lama, dia beritahu ada sesuatu keluar dari punggungnya.

Katanya, ia seolah-olah lebihan isi. Apabila dia menolak benda yang keluar itu, ia masuk semula dan dia terasa sakit. Adakah ini dipanggil buasir? Harap doktor dapat membantu.

Eri
Kuala Lumpur

PUNGGUNG ialah anggota yang besar. Jika anda maksudkan punggung sebagai dubur, berkemungkinan apa yang keluar dari punggungnya ialah buasir.

Jika ia membonjol daripada bahagian hadapan kawasan ari-ari kanan atau kiri dan boleh lebih teruk ke dalam bibir kemaluan, berkemungkinan ia hernia inguinal yang lebih dikenali sebagai angin pasang.

Jika ia keluar dari faraj, mungkin ia prolaps organ dalaman contohnya rahim, namun ini jarang berlaku ke atas wanita yang belum pernah hamil.

Faktor graviti, berat badan dan tekanan organ abdomen sewaktu berdiri seperti usus, boleh menambah tekanan ke atas bahagian di bawahnya sehingga menyebabkan ia membonjol keluar dari lubang sedia ada atau kawasan dinding yang lemah.

Tekanan ini juga meningkat apabila seseorang batuk berterusan atau meneran misalnya dalam keadaan sembelit dan mengangkat barang berat yang juga boleh menjadikan ia lebih teruk.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

TELAN JAMU MERAGUKAN (SAKIT PUAN)

Wanita disahkan alami PCOS disyorkan guna kaedah IUI, pembedahan atau IVF jika ingin hamil

SAYA sudah berkahwin selama enam tahun dan masih belum dikurniakan cahaya mata. Saya disahkan mempunyai masalah ovari polycystic (PCOS).

Kedatangan haid saya tidak teratur dan pihak hospital memaklumkan satu-satunya cara untuk saya hamil ialah melalui kaedah persenyawaan tabung uji (IVF) dan keputusan pun hanya 50/50. Saya dan suami pekerja biasa dan tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk melakukan kaedah terbabit.

Pelbagai jamu (yang didaftarkan di bawah Kementerian Kesihatan) daripada pelbagai syarikat di Malaysia sudah saya cuba bagi mengatur kembali kitaran haid dan mengatasi masalah ini, tetapi keputusannya mengecewakan.

Justeru, rakan saya menyarankan saya menggunakan sejenis jamu (Jamu Susuk Dara). Daripada pengakuan beberapa pasangan, ia berjaya membuatkan mereka mendapat cahaya mata walaupun mempunyai masalah yang sama dan sudah berkahwin lebih 10 tahun.

Adakah jamu itu selamat digunakan kerana saya tidak menjumpai sebarang pelekat daripada Kementerian Kesihatan atau sebarang kod pendaftaran yang menunjukkan jamu itu didaftarkan dan selamat digunakan. Lagipun, penggunaan jamu itu agak berlainan daripada jamu lain iaitu jamu ini perlu dimasukkan ke dalam bahagian sulit dan bukannya dimakan atau diminum.

Kamsiah
Puchong, Selangor


SESEORANG wanita dikatakan mempunyai PCOS jika dia mempunyai dua daripada tiga perkara berikut:

1. Masalah telur tidak matang (anovulasi) atau jarang matang (oligo-ovulasi). Ini boleh dikesan menggunakan pemantauan ultrabunyi pelvis ataupun menggunakan ujian darah. Secara amnya haid yang jarang-jarang iaitu tiga hingga empat kali setahun lazimnya petanda anovulasi atau oligo-ovulasi.

2. Berlebihan hormon kelelakian. Ini ditunjukkan melalui ciri-ciri kulit kasar, berminyak atau berjerawat, mempunyai taburan bulu roma yang lebat misalnya pada kawasan misai atau janggut.

3. Ultrabunyi ovari menunjukkan banyak cyst kecil yang lazimnya berada hampir pada permukaan ovari. Namun, tidak semua yang mempunyai ovari sedemikian mempunyai masalah sukar hamil, justeru hasil keputusan ultrabunyi saja tidak mencukupi untuk melabelkan seseorang wanita itu tidak subur akibat PCOS.

Sekiranya anda hanya mempunyai masalah PCOS (ini bermakna tiub fallopio dan rahim anda normal serta sperma suami juga baik) rawatan kesuburan bagi anda adalah secara ubat pil dalam dos yang sesuai sehingga ia menunjukkan ovari anda dapat menghasilkan telur matang.

Jika ia masih gagal, anda perlu bertukar kepada jenis ubat kesuburan suntikan dan dalam dos yang dipantau lebih kerap untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki. Hanya setelah ovari dapat menghasilkan telur matang, barulah doktor menyarankan teknik bantuan tambahan seperti permanian berhadas (IUI). Jika tidak berjaya, pilihan rawatan lain adalah secara pembedahan ataupun secara IVF.

Anda harus berhati-hati dengan pengambilan sesuatu ubat atau bahan. Semak teliti kelulusan yang diberikan oleh pihak Kementerian Kesihatan contohnya sama ada ia diluluskan sebagai bahan ubat atau diluluskan hanya sebagai bahan tambahan atau suplemen saja.

Saya tidak dapat menjawab soalan selanjutnya mengenai produk yang dinyatakan melainkan apabila hasil keberkesanannya disahkan.

Kajian perubatan moden adalah berlandaskan kajian beberapa fasa, hasilnya juga perlu disahkan menggunakan analisa statistik. Banyak kajian perubatan yang menunjukkan angka keberkesanan melebihi angka keburukan, tetapi apabila diuji secara analisa statistik, rupa-rupanya perbezaan angka atau hasil terbabit tidaklah signifikan untuk diterima pakai, justeru keberkesanan ubat terbabit masih diragui.

Barangkali apa yang anda dapati atau dengar adalah hasil kajian pemerhatian saja. Sukar untuk menyatakan bentuk kebaikan melebihi keburukan produk sedemikian, kesanggupan seseorang menggunakannya bolehlah dijadikan bahan bukti atau bahan uji produk terbabit. Apapun diharapkan bahan uji ini tidak menimbulkan kesan buruk yang dikesali kelak.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

BUNYI KUAT JEJAS PENDENGARAN (KESIHATAN)

275 juta orang di seluruh dunia mengalami kecacatan deria.

ADA antara kita yang mengalami masalah deria pendengaran disebabkan memang dilahirkan sebagai orang kelainan upaya. Namun, tidak kurang juga yang kehilangan deria itu kerana berlaku kemalangan atau penyakit berjangkit.

Penyakit berjangkit seperti meningitis, campak, beguk dan jangkitan kronik telinga, kecederaan kepala dan telinga serta penuaan boleh menyumbang kepada kehilangan pendengaran.

Namun, punca paling biasa masalah pendengaran ialah bunyi bising yang berlebihan sama ada terdedah dengan bunyi sangat kuat, tembakan atau jentera di tempat kerja yang didengari sekali atau secara berulang dari semasa ke semasa berpotensi merosakkan deria penting itu.

Ia juga boleh disebabkan bunyi yang terlalu kuat daripada televisyen sehingga mengganggu keupayaan individu untuk memahami perbualan yang akan menimbulkan masalah bukan saja di rumah, malah di tempat kerja.

Bukan itu saja, kadangkala kehilangan deria pendengaran juga akan menyebabkan seseorang itu berasa terasing atau disisihkan daripada keluarga, rakan dan persekitaran.

Menurut laporan dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, dianggarkan kira-kira 275 juta orang di seluruh dunia tidak dapat mendengar dengan jelas semua bunyi yang disukai kerana mengalami kehilangan pendengaran dan menyenaraikannya sebagai kecacatan deria nombor satu di dunia.

Menyedihkan apabila masalah kehilangan pendengaran itu akibat kebisingan yang boleh dicegah. Justeru, orang ramai perlu mengelakkan diri mereka dengan perkara yang boleh menyebabkan masalah itu berlaku.

"Malah, deria pendengaran juga boleh dilindungi menerusi langkah yang mudah," kata Pakar Audiologi Perniagaan Perlindungan Pendengaran 3M, Dr Laurie Wells.

Memakai pelindung pendengaran

Langkah paling penting untuk mencegah kehilangan pendengaran adalah memakai pelindung pendengaran.

Terdapat banyak pilihan baik untuk pelindung pendengaran, tetapi kadangkala ia memerlukan penelitian mengenai alatan yang sesuai dipilih dan dipakai dengan cara yang betul.

"Pelindung pendengaran kini lebih selesa dipakai dan mempunyai pilihan untuk meningkatkan komunikasi seperti mikrofon dan rangkaian radio dua hala bagi orang yang memerlukannya," Kata Dr Wells.

Antara punca yang boleh mengganggu masalah pendengaran ialah letupan bunga api di kawasan perumahan ketika sambutan perayaan.

Walaupun ia dianggap perkara biasa, bunyi yang kuat hasil daripada letupan mercun atau bunga api itu sebenarnya boleh membawa kemudaratan terhadap kesihatan pendengaran penghuni di kawasan terdekat seperti ahli keluarga dan jiran.

Pendedahan yang berpanjangan kepada bunyi bising berbahaya ini satu punca kerosakan pendengaran yang tidak dapat dipulihkan.

Bunga api direkodkan melebihi 120 kekuatan sasaran dalam desibel (dB) pada jarak sehingga 150 meter manakala letupan mercun pula melebihi 170dB pada jarak 0.5 meter.

Memberi perhatian terhadap risiko kesihatan, kita masih boleh menikmati pertunjukkan bunga api dengan menggunakan penyumbat telinga pakai buang sebagai langkah berjaga-jaga.

Langkah mudah berkenaan bagi mengelakkan terjadinya kerosakan berkekalan pada deria pendengaran akibat pendedahan berpanjangan lebih 15 minit terhadap kekuatan bunyi sehingga 100dB.

Kesan berdengung atau berdesing selepas letupan mercun boleh diatasi dengan berehat dan elakkan daripada mendengar bunyi yang kuat selepas itu selama 24 jam.

Namun sekiranya gejala itu berterusan, Dr Wells menyarankan untuk menjalani pemeriksaan perubatan dan penilaian pendengaran dengan doktor pakar.

Berhati-hati sepanjang masa

Pendedahan yang berpanjangan terhadap bunyi kuat boleh merosakkan pendengaran anda secara kekal yang menyebabkan bahagian dalam telinga terasa berdesing dan gejala lain.

Mungkin tidak ramai yang memiliki atau membawa meter desibel untuk mengetahui tahap kekuatan bunyi didengari. Namun, sebaiknya kita perlu sentiasa mengetahui tahap bunyi yang didengari bagi mengelakkan masalah pendengaran berlaku.

- Menghadiri permainan bola sepak (100dB hingga 120dB)

- Menggunakan mesin peniup daun atau gergaji rantai (95dB hingga 120dB)

- Menunggang motosikal (80dB hingga 110dB)

- Menggunakan pemotong rumput (82dB hingga 103dB)

- Menghadiri konsert genre rock (90dB hingga 120dB)

- Mendengar alat pemain muzik peribadi (75dB hingga 114dB)

- Menonton filem di pawagam (72dB hingga 104dB)

Mendengar bunyi hasil daripada aktiviti di atas dalam masa singkat dan bukan berulang tidak menjadi ancaman utama kepada deria pendengaran.

Namun, jika ia dilakukan secara berulang akan menyebabkan kerosakan kepada pendengaran untuk jangka masa yang panjang.

Ramai orang misalnya yang bekerja di lombong, pegawai polis, bidang pembinaan dan petani akan menghadapi bunyi bising sehingga 85dB atau lebih tinggi setiap hari.

Justeru, kehilangan pendengaran akibat bunyi bising yang berpunca dari tempat kerja suatu masalah biasa.

Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan melaporkan, masalah kehilangan pendengaran berpunca dari tempat kerja berada di tahap kedua tertinggi yang berlaku kepada pekerja.

Selain bunyi bising di tempat kerja, gangguan masalah pendengaran juga boleh terjadi ketika kita bergembira menghabiskan waktu lapang dengan melakukan aktiviti karaoke.

Kajian dilakukan Institut Kesihatan Amerika Syarikat, sesi karaoke boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan pendengaran individu itu sendiri.

Kekuatan suara yang dinyanyikan dengan keras serta muzik latar yang kuat akan membawa kepada kerosakan suara serta kehilangan pendengaran disebabkan bunyi bising.

Kajian menunjukkan bahawa selepas dua jam sesi karaoke pada paras bunyi melebihi 95dB, subjek uji kaji dilaporkan mengalami kehilangan pendengaran sehingga 8dB.

Justeru, untuk mengatasi masalah itu berlaku di samping dapat menjalankan aktiviti digemari bersama rakan, cuba kurangkan kesan bunyi kepada pendengaran secara berlanjutan.

Sebaiknya, berikan rehat seketika kepada telinga dengan meninggalkan bilik atau keluar ke kawasan yang lebih aman dan tenang untuk beberapa minit.

Bayangkan jika untuk orang biasa saja, bunyi melebihi 85dB dianggap berbahaya kepada telinga apatah lagi jika mendengar bunyi yang lebih kuat daripada itu.

Selain itu, ramai generasi muda hari ini lebih gemar mengunjungi kelab hiburan untuk menghabiskan masa di hujung minggu.

Namun, tahukah anda, bunyi rentak muzik kuat yang dihasilkan pusat hiburan antara 118dB hingga 133dB itu bersamaan dengan bunyi pelepasan enjin pesawat jet?

Pada tahap bunyi bising yang tinggi ini, pendedahan selama tiga hingga empat minit saja sudah mencukupi untuk menyebabkan kerosakan jangka panjang kepada deria pendengaran anda.

Untuk mengurangkan masalah berkenaan, hadkan lawatan ke kelab hiburan tidak melebihi sekali dalam sebulan dan kurang dari empat jam jika mahu berkunjung ke situ.

Mengurangkan volum atau menjauhkan jarak

Bunyi bising disebabkan persekitaran pekerjaan mungkin tidak dapat dielakkan, tetapi anda boleh mengawalnya dengan memilih peralatan yang lebih senyap.

Selain itu, berhati-hati dengan kawalan kelantangan bunyi pada peranti hiburan mudah alih yang boleh melebihi 110dB, tahap berbahaya jika mendengarnya dalam masa yang panjang.

Menerusi cara mengurangkan volum dan mengehadkan tempoh masa ketika mendengar bunyi berkenaan, antara langkah yang boleh dicuba.

Jika bunyi tidak dapat dikurangkan, cuba jauhkan jarak beberapa langkah bagi menurunkan tahap desibel yang didengari.

Selain itu, ketika menghadapi perjalanan pulang ke kampung halaman apabila ada sambutan perayaan, kebanyakan kita gemar menggunakan pemain alat muzik mudah alih untuk mendengar hiburan yang kemungkinan akan memberikan tekanan pada telinga.

Walaupun tidak menunjukkan kesan secara langsung, ia disedari pada tempoh jangka panjang yang boleh membawa masalah lain seperti tidak dapat membezakan konsonan dan kurang memahami pertuturan ketika perbualan.

Terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan dalam usaha untuk mengurangkan kesan yang timbul ketika mendengar muzk dalam tempoh lama.

Caranya, dengar muzik dengan volum 60 peratus daripada tahap maksimum selama 60 minit dan kemudian berehat seketika.

Selain itu, gunakan fon kepala dan bukannya palam telinga kerana ia lebih cenderung untuk merosakkan pendengaran serta tahap kekuatan bunyinya iaitu 9dB lebih kuat.

Ambil komitmen perlindungan pendengaran


Justeru, bagi menjaga kesihatan deria pendengaran anda, pastikan memakai pelindung pendengaran supaya dapat menikmati semua muzik atau bunyi yang digemari.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KEKASIH TUNANGAN ORANG (KAUNSELING REMAJA)

SAYA rasakan masalah yang saya tanggung ini sangat berat dan sarat dengan derita. Saya sudah lama berkawan dengan kekasih.

Perhubungan kami berlangsung selama empat tahun dan dalam tempoh itu, sudah banyak kenangan pahit manis kami rasai termasuk terlanjur.

Saya sangat sayangkan kekasih dan mahu dia bertanggungjawab atas apa yang sudah kami lakukan.

Malangnya, percintaan kami menerima ujian dan tamparan hebat kerana beberapa bulan lalu, kami dipaksa memutuskan perhubungan.

Bukan kerana saya atau kekasih curang tapi dia dipaksa menerima pinangan orang lain atas desakan keluarganya.

Saya sangat kecewa kerana kami saling menyayangi. Walaupun dia kini sudah menjadi tunangan orang, kami masih tetap berjumpa dan berharap masih ada jodoh.

Saya takut jika kami tidak dapat mengawal diri dan seterusnya mengambil tindakan luar dugaan.

Apa yang harus saya lakukan? Berikanlah pendapat.

Jejaka Pilu
KEDAH

CINTA adalah keabadian dan kenangan terindah pernah dialami. Betapa pilunya perasaan adik kerana cinta itu adalah apa yang diingin.

'Sesiapa yang mendekatinya tidak akan terbakar, tetapi tertangkap di dalamnya'.

Cinta sememangnya memerlukan pengorbanan yang tinggi. Jika adik memang serius untuk menjadikan kekasih sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak adik kelak, ambillah tindakan berani untuk berterus terang dengan keluarga kekasih.

Jelaskan pada mereka mengenai perhubungan adik berdua terutama mengenai keterlanjuran yang sudah berlaku agar keluarga kekasih faham apa yang sudah berlaku. Terangkan juga mengenai keinginan adik untuk bertanggungjawab dan bertaubat.

Walaupun cara ini boleh mengundang pelbagai kemungkinan termasuk kemarahan keluarga kekasih, ia masih boleh dijadikan ruang untuk mereka tahu kebenarannya. Mungkin mereka boleh menimbangkan hasrat adik dan memilih calon lelaki siapa yang terbaik untuk dijadikan suami kepada anak mereka.

Cinta itu manis dan pahit. Jika pahit yang diterima, ia tetap kesan cinta. Selepas adik berbincang dengan keluarga kekasih dan masih tidak diterima, anggaplah bahawa mereka mempunyai sebab untuk menjodohkan anaknya dengan orang lain. Soal jodoh adalah ketentuan Tuhan.

Jika jodoh tiada di antara adik dengan kekasih, terimalah hakikat dan doakan kesejahteraan kehidupannya. Jadikanlah kata cinta ini sebagai kekuatan iaitu 'cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain dan kamu masih mampu tersenyum sambil berkata: "Aku turut bahagia untukmu".

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

ANAK 'SUMBER KEWANGAN' DIANAKTIRIKAN (KAUNSELING REMAJA)

Abang dan kakak hanya pandai minta duit ibu bapa


BETAPA sukarnya saya untuk menerima hakikat bahawa ibu bapa bersikap pilih kasih di kalangan kami adik beradik.

Saya anak ketiga daripada lima beradik yang baru saja bekerja. Ini bukan rungutan atau enggan membantu keluarga, tapi saya mahu mereka faham gaji diterima tidak banyak.

Dengan gaji yang sedikit itu, saya sentiasa berdepan dengan keperitan kewangan, namun saya masih menghulurkan belanja buat ayah dan ibu di kampung kerana faham mereka juga sering kesempitan belanja.

Saya ikhlas membantu mereka sedaya upaya, tapi ada kalanya perasaan saya gelisah kerana berasa seperti dianaktirikan oleh ibu ayah.

Untuk pengetahuan Dr, saya ada seorang kakak sulung yang berkeluarga, namun masih menetap di rumah ayah.

Rumah itu asalnya untuk disewa bagi menambah pendapatan belanja keluarga kami terutama buat adik lain yang masih belajar.

Walaupun kakak ada menghulurkan sedikit wang pada ibu ayah, namun seharusnya dia tidak mengambil kesempatan. Dia perlu membayar sewa mengikut harga ditetapkan.

Abang pula baru memulakan perniagaan.

Ibu ayah bergolok gadai demi abang selain menghulurkan bantuan kewangan yang saya anggap datang dari hasil pemberian wang saya setiap bulan.

Saya geram kerana abang seperti mahu bersenang lenang, hanya tahu membuka mulut untuk meminjam duit saja. Malah seingat saya, dia tidak pernah membayar wang yang dipinjam itu.

Adik bongsu masih belajar dan sudah tentu dia tidak boleh menghulurkan bantuan.

Pada pendapat Dr, adakah perlu saya terus memberi duit kepada ibu bapa dalam situasi begini. Jika tidak, apakah alasan yang harus saya boleh gunakan supaya ibu ayah tidak berkecil hati.

Anak Terdesak
JOHOR

DR ucapkan terima kasih atas kesudian menghulur bantuan kewangan kepada ibu bapa walaupun dalam keadaan adik mengalami kesulitan kewangan.

Islam menjelaskan memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat dan berpuasa sunat.

Diriwayatkan daripada Bukhari dan Muslim, Ibnu Umar berkata: "Saya bertanya kepada Nabi Muhammad SAW: Apakah perbuatan disukai oleh Allah?" Lalu Baginda bersabda: "Sembahyang pada waktunya." "Kemudian apa?" tanya saya lagi. Baginda menjawab: "Berbakti kepada kedua ibu bapa." Saya bertanya: "Apa lagi?" Jawab Baginda: "Berjihad pada jalan Allah."

Dr juga gembira adik ikhlas memberi wang buat ibu ayah. Sebaik-baiknya pemberian kepada mereka tidak dilakukan atas rasa bersalah.

Begitu juga, mengungkit akan peranan adik beradik lain dalam memberi ibu ayah wang akan lebih melukakan hati. Secara psikologi, ia memberi kesan negatif kepada emosi adik.

Seeloknya, adik secara ikhlas membantu ibu bapa dan tidak menyimpan sebarang rungutan. Jika ini berlaku, adik berkemungkinan mempunyai masalah dengan ibu ayah adik dalam jangka masa panjang yang perlu diatasi segera.

Dr memahami situasi yang adik alami. Memberi wang kepada ibu ayah tersayang dalam keadaan kewangan sempit bukan sesuatu yang mudah dilakukan. Justeru, adik perlu mengkaji kemampuan kewangan seperti berapa jumlah yang boleh diberikan.

Perbincangan dengan mereka mengenai status dan setakat mana kemampuan adik untuk membantu dari segi kewangan dapat memberi gambaran kepada ibu bapa kemampuan sebenar kewangan adik.

Dr percaya, ibu bapa adik pasti faham mengenai kesusahan adik dan tidak mahu menyusahkan anaknya. Apa yang perlu adik lakukan ialah memberitahu mereka keadaan sebenar.

Apa yang adik lakukan sangat baik dan membuktikan adik seorang anak yang ingin berbakti kepada kedua ibu bapa tersayang.

Adik boleh menghulurkan bantuan, tapi biarlah dalam keadaan termampu. Perbincangan juga mungkin dapat menghuraikan isu adik 'dianaktirikan' kerana dapat mengetahui sebab-sebab ibu bapa bertindak sedemikian.

Jika adik tidak berkemampuan membantu ibu bapa dalam bentuk kewangan, adik masih boleh membahagiakan mereka dalam bentuk kasih sayang yang muncul dalam pelbagai rupa.

Adik masih boleh berbakti kepada ibu bapa adik dengan pemberian kasih sayang dan itu lebih bermakna.

Anak yang baik tidak melupakan jasa dan kasih sayang ibu bapa. Sering kali secara emosi, ibu bapa yang diabaikan akan kesunyian, terasa disisih dan tidak dipedulikan.

Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan, malah jika tiada tindakan diambil akan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.

Selain itu, adik boleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa adik diberkati dan dicucuri rahmat.

Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa juga satu bentuk memberi kasih sayang. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya.

Firman Allah bermaksud: "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil." (Surah al-Isra, ayat 24).

Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan walaupun mereka meninggal dunia.

Sabda Rasulullah bermaksud: "Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya." (Hadis riwayat Muslim).

Semoga adik berterusan menjadi anak yang berbakti kepada kedua ibu ayah tercinta dan pada masa sama dapat memelihara kesejahteraan diri.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme