BUAH ZAKAR kiri saya mempunyai benjolan. Ia terasa berat dan panas.
Untuk pengetahuan doktor, saya berumur 25 tahun. Saya risau jika ia petanda kanser. Harap doktor dapat memberi pencerahan.
Nizam
Hulu Langat, Selangor
Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!
BERDASARKAN pengalaman, saya dapati wanita lebih peka pada isu kesihatan mereka dan tidak teragak-agak untuk berjumpa doktor.
Lelaki pula, sebaliknya. Mereka lebih suka bertanya kawan atau sesiapa yang bukan doktor selain merujuk di Internet.
Apabila mereka terbaca perkara yang menakutkan, barulah mereka terbuka hati untuk berjumpa doktor.
Anda menyatakan terdapat benjolan pada buah zakar kiri dan tahu ia berbeza seperti sebelumnya, tetapi anda masih tidak berbuat apa-apa.
Sepatutnya, anda berjumpa doktor bagi membolehkan pemeriksaan dilakukan. Doktor berkenaan akan merujuk masalah anda kepada pakar atau ke hospital bagi menjalani ujian imbasan dan ujian makmal.
Anda pula merujuk kepada saya melalui e-mel dalam ruangan ini yang tentunya sukar bagi saya memberi ulasan kerana tidak memeriksanya.
Ini perkara serius kerana benjolan buah zakar yang menggambarkan simpton kanser buah zakar perlu diberi perhatian serius.
Saya tidak dapat menentukan sama ada ia kanser atau sebaliknya tanpa pemeriksaan. Jangan sia-siakan diri anda.
Ini saranan saya kepada semua pembaca ruangan Sakit Tuan. Jika ada masalah kesihatan lelaki, cepat berjumpa doktor.
Jika doktor tidak dapat menyelesaikan, barulah berjumpa pakar.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!
Blog yang membincang segala masalah tentang sakit tuan dan puan. Segala masalah lelaki dan masalah perempuan (masalah wanita) boleh didapati di sini.
FAHAMI WANITA PCOS (SAKIT PUAN)
PCOS boleh menyebabkan kemandulan, obesiti, gangguan metabolisme gula dan kolesterol |
"BIASALAH. Awal-awal datang haid memang ada yang tidak dapat kitaran yang tepat kerana kitaran masih belum teratur," kata-kata yang sering didengari oleh remaja yang baru kedatangan haid.
Dua hingga tiga bulan sekali kitaran haid tiba dianggap perkara biasa membuatkan seseorang itu tidak merujuk dengan doktor untuk melakukan ujian.
Kerana tanggapan sebegitu, ramai yang membiarkan sahaja masalah kitaran haid tidak teratur sehingga dewasa kerana merasakan ia perkara biasa dan akan normal sendiri satu hari nanti.
Hakikatnya, ia merupakan antara tanda klasik seseorang wanita itu mengalami gangguan hormon yang serius pada seseorang wanita iaitu Sindrom Ovari Polisistik (Polycystic Ovarian Syndrome - PCOS) disertai dengan beberapa simptom lain.
Juga dikenali sebagai sindrom Stein-Levanthal, penyakit ini disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon di dalam badan, yang mana terdapat berlebihan hormon lelaki dan insulin di dalam badan pesakit.
Ujar Pakar Kesuburan, Pusat Kesuburan Kuala Lumpur, Dr. Natasha Ain Mohd. Nor, PCOS tidak boleh dipandang ringan kerana ia bukan saja akan mengganggu kesuburan kerana jarang berlakunya ovulasi akibat ketiadaan haid, malah ia akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan lain yang serius.
PCOS boleh menyebabkan kemandulan, obesiti, gangguan metabolisme gula dan kolesterol. Kira-kira 10 hingga 20 peratus pesakit PCOS akan menghidapi penyakit kencing manis terutamanya pesakit yang mempunyai sejarah keluarga kencing manis atau gemuk.
"Dalam keadaan yang lebih teruk, PCOS boleh menyebabkan seseorang pesakit berisiko mengalami masalah kolesterol tinggi, darah tinggi, sakit jantung terutamanya sekiranya anda menghidapi kencing manis dan darah tinggi malah kanser rahim terutamanya pesakit yang sering tiada haid," tegas Dr. Natasha.
Dianggarkan lima hingga 10 peratus wanita yang berada dalam umur reproduktif mengalami masalah ini.
Para doktor masih tidak dapat memastikan apakah punca sebenar PCOS ini tetapi mungkin penyakit ini ada kaitan dengan genetik.
Terangnya, PCOS tidak boleh disembuhkan, hanya rawatan bagi mengawal simptom-simptomnya daripada menjadi semakin parah serta rawatan untuk mereka yang mahu hamil.
Diagnosis di peringkat awal adalah digalakkan supaya dapat mengawal masalah-masalah lain yang disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon ini.
(Sumber Utusan Malaysia)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!
GEMUK BUKAN PENGHALANG (SAKIT TUAN)
Hakikatnya saiz tidak ada kaitan dengan ‘pelayaran’ yang menyeronokkan di dalam seks. |
GEMUK memang sinonim dengan masalah tubuh. Malah, ada beranggapan kononnya hubungan seks antara pasangan gemuk adalah mustahil.
Pendapat ini mungkin datangnya dari individu yang bertubuh kecil. Namun, hakikatnya saiz tidak ada kaitan dengan ‘pelayaran’ yang menyeronokkan di dalam seks.
Malah, dalam tamadun purba yang menganggap kegemukan suatu ketrampilan yang sinonim dengan kejelitaan dan keindahan. Melakukan hubungan seksual dengan pasangan gemuk pada waktu itu dikatakan amat menyeronokkan.
Ini kerana, perkara penting dalam hubungan kelamin adalah kerjasama antara pasangan untuk menjaya dan menikmati hubungan seksual penetratif.
Memang ada yang membayangkan jika lelaki gemuk melakukan persetubuhan dengan wanita kurus mungkin wanita itu akan pengsan kerana ditindih jika pasangan lelaki mengambil posisi di atas. Tetapi, perkara ini tidak pernah berlaku.
Pasangan akan tahu posisi sesuai apabila melakukan hubungan seks sama ada salah seorang iaitu wanita atau lelaki itu yang gemuk.
Malah, jika kedua-dua adalah gemuk, melakukan hubungan kelamin juga bukan suatu yang mustahil.
Mungkin ada yang berpendapat sukar bagi pasangan gemuk untuk melakukan hubungan kelamin kerana perut mereka saja yang dapat rapat dan yang lain tidak.
Sebenarnya, posisi yang betul dapat menentukan kejayaan hubungan kelamin hingga berlakunya ereksi dan penetrasi.
Tidak ada sebab individu gemuk tidak dapat melakukan hubungan seksual penetratif kerana keadaan fizikalnya kecuali dia atau pasangannya yang memutuskan perkara itu.
Sentuhan, pelukan, geselan dan urutan sebahagian daripada hubungan seksual intimasi yang boleh dilakukan sebagai pendekatan alternatif atau suatu pilihan jika gagal untuk melakukan hubungan seksual penetratif.
Untuk mendapat cahaya mata, kedua-dua pasangan perlu berusaha supaya ada hubungan penetrasi faraj dan jika tidak, pasangan itu boleh berjumpa pakar untuk bimbingan dan tunjuk ajar.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!
DIET TIDAK SIHAT PUNCA SENGGUGUT (SAKIT PUAN)
Senggugut atau istilah perubatannya dipanggil dismenorea kebiasaannya merujuk kepada kesakitan yang dialami semasa permulaan haid |
Soalan
SETIAP KALI kedatangan haid, saya mengalami sakit perut yang teruk. Adakah sakit tersebut senggugut? Bagaimanakah cara untuk mengurangkan kesakitan tersebut?
Amy
Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!
Jawapan
SENGGUGUT atau istilah perubatannya dipanggil dismenorea kebiasaannya merujuk kepada kesakitan yang dialami semasa permulaan haid. Ini mungkin lebih teruk semasa dua hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali kedatangan haid. Kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat.
Proses ini bertujuan mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput dinding rahim (selaput endometrium). Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim atau serviks. Kebiasaannya, saluran pangkal rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit. Oleh sebab itu ketulan darah tersebut agak susah untuk dikeluarkan.
Secara fisiologinya, semasa terjadinya haid, berlaku penguncupan dinding rahim yang begitu kuat disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai 'prostaglandin'. 'Prostaglandin' adalah daripada sejenis kumpulan molekul lipid yang berasal daripada asid lemak dan peranannya sangat penting di dalam tubuh.
Setiap 'prostaglandin' ini mengandungi 20 atom karbon. Ini menjadi pengantara serta memberi banyak kesan terhadap psikologi. Oleh sebab itulah kesakitan terasa dan jika ia dihasilkan secara berlebihan maka terjadilah senggugut. 'Prostaglandin' yang berlebihan akan mengakibatkan rasa mual, cirit-birit, muntah serta sakit kepala. Lazimnya, kesakitan akan reda dua atau tiga hari kemudian.
Faktor lain seperti diet dan suasana persekitaran turut memainkan peranan. Diet yang berlemak, rendah protein dan rendah serat boleh meninggikan risiko untuk anda mengalami senggugut. Pengambilan gula yang banyak dan alkohol serta kopi semasa haid boleh mengakibatkan dismenorea.
Wanita yang merokok lebih berisiko untuk mengalami dismenorea berbanding yang tidak merokok. Rehat yang tidak mencukupi dan tekanan tinggi di tempat kerja serta sekolah boleh mengganggu keseimbangan bahan kimia di dalam badan anda dan seterusnya mengakibatkan dismenorea.
Dismenorea primer boleh dirawat dengan ubat tahan sakit seperti 'ibuprofen' yang membantu menghalang penghasilan 'prostaglandin'. Dalam kes tertentu, ubat-ubatan yang mengandungi hormon boleh membantu. Senaman, nutrisi yang baik serta pengurangan tekanan juga merupakan beberapa amalan penting yang tidak harus dipandang ringan.
(Sumber Utusan Malaysia)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!
MASALAH LELAKI HIDAP DIABETES (SAKIT TUAN)
Terdapat sebilangan daripada pesakit kencing manis yang mengalami masalah tahap glukosa masih tinggi walaupun sedang mendapat rawatan, mengalami keradangan urat saraf |
SAYA mengalami masalah tiada air mani atau sebarang cecair keluar apabila ejakulasi. Untuk pengetahuan doktor, saya penghidap diabetis dan berumur 33 tahun. Harap doktor dapat membantu masalah ini.
FIQ
Manjoi, Perak
Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!
ANDA menghidap penyakit kencing manis, boleh mencapai klimaks tapi tiada ejakulasi air mani di depan.
Terdapat sebilangan daripada pesakit kencing manis yang mengalami masalah tahap glukosa masih tinggi walaupun sedang mendapat rawatan, mengalami keradangan urat saraf. Ini mengganggu perjalanan air mani ketika mencapai klimaks.
Kebiasaan, air mani berkumpul di dalam salur uretera kawasan pundi prostat ketika lelaki itu sedang beraksi seksual dengan pasangan. Ketika klimaks berlaku, air mani itu tidak terpancut ke depan untuk keluar sebagai ejakulasi.
Ia bergerak ke belakang, ke dalam kawasan pundi kencing. Fenomena ini dikenali sebagai ejakulasi retro atau ‘retrograde ejaculation’.
Lelaki itu akan rasa macam pundi kencingnya penuh dan jika dia membuang air kecil, ia akan kelihatan sedikit keruh.
Jika nak tahu sama ada anda mengalami fenomena ‘retrograde ejaculation’, tadah air kencing selepas melakukan seks atau selepas onani dan hantar ke makmal untuk kajian bagi melihat kewujudan sperma dalam air kencing itu.
Jika ada, itu bermakna anda menghidap atau mengalami ejakulasi retro. Ini perlu pemeriksaan dan rawatan khusus.
Sperma dalam air mani akan mudah mati jika terdedah kepada suasana asid. Jika air kencing itu kurang berasid, maka sperma kekal hidup dan boleh ditapis dari air kencing, ‘dibasuh’ dan disalurkan ke dalam rahim pasangan pada waktu pasangan subur.
Ini juga perlu rawatan khusus di klinik atau hospital yang ada menyediakan perkhidmatan ini. Jika anda bercadang untuk berjumpa saya, e-mel kepada dr_tambi@yahoo.com.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!
BIMBANG KEPUTIHAN GANGGU KESUBURAN (SAKIT PUAN)
Penghasilan hormon progesteron selepas ovulasi (pengeluaran telur) mengubah mukus jernih menjadi keputihan dan pekat. |
SAYA berumur 36 tahun dan berkahwin kira-kira dua setengah tahun namun masih belum dikurniakan cahaya mata.
Saya mempunyai masalah keputihan yang tidak begitu banyak. Ia muncul pada hari ke-15 atau ke-16 selepas haid dan keadaan ini berterusan sehingga datang haid berikutnya.
Keputihan itu seolah-olah petanda saya akan didatangi haid. Adakah keputihan itu mengganggu kesuburan atau adakah ia berkaitan dengan masalah sukar hamil?
Rozziah
Petaling Jaya, Selangor.
Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!
ISTILAH keputihan boleh merujuk kepada beberapa kemungkinan. Penghasilan hormon progesteron selepas ovulasi (pengeluaran telur) mengubah mukus jernih menjadi keputihan dan pekat.
Maka kehadiran mukus jernih cair kemudian bertukar menjadi keputihan dan pekat boleh menjadi petanda seseorang itu subur ovarinya.
Keputihan juga mungkin lelehan akibat jangkitan kulat. Kadangkala ia disebabkan jangkitan bakteria. Kaitannya dengan kesuburan bergantung kepada jenis keputihan itu.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!
SUKAR BEZA DARAH HAID DENGAN ISTIHADAH (SAKIT PUAN)
SAYA berusia 23 tahun dan belum berkahwin. Saya menghadapi masalah kitaran haid yang tidak teratur, istihadah dan panjang.
Saya mengalami haid kira-kira 13 hingga 15 hari dan akan didatangi haid semula sebelum tempoh 15 hari suci. Masalahnya, apabila haid datang awal, saya sukar membezakan sama ada itu darah haid atau istihadah memandangkan tempoh keluar darah itu dalam lingkungan 15 hari suci.
Ini juga menyukarkan saya sama ada wajib bersolat atau sebaliknya. Adakah kitaran haid sedemikian punca sebarang masalah? Saya berharap doktor dapat memberi pandangan mengenai masalah saya itu.
Mas,
Kuala Lumpur.
Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!
ADAKAH haid anda banyak pada kebanyakan 15 hari terbabit atau adakah haid anda sedikit saja? Kedua-dua jenis ini mempunyai punca yang berbeza.
Lazimnya haid yang sedikit-sedikit petanda masalah kesuburan pada ovari yang berpunca daripada ketiadaan ovulasi (pengeluaran telur) yang tetap. Kadangkala ia disusuli dengan satu kitaran haid yang banyak.
Haid yang banyak dan berpanjangan pada kebanyakan bulan pula lazimnya disebabkan oleh masalah di dalam rahim.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!
Saya mengalami haid kira-kira 13 hingga 15 hari dan akan didatangi haid semula sebelum tempoh 15 hari suci. Masalahnya, apabila haid datang awal, saya sukar membezakan sama ada itu darah haid atau istihadah memandangkan tempoh keluar darah itu dalam lingkungan 15 hari suci.
Ini juga menyukarkan saya sama ada wajib bersolat atau sebaliknya. Adakah kitaran haid sedemikian punca sebarang masalah? Saya berharap doktor dapat memberi pandangan mengenai masalah saya itu.
Mas,
Kuala Lumpur.
Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!
ADAKAH haid anda banyak pada kebanyakan 15 hari terbabit atau adakah haid anda sedikit saja? Kedua-dua jenis ini mempunyai punca yang berbeza.
Lazimnya haid yang sedikit-sedikit petanda masalah kesuburan pada ovari yang berpunca daripada ketiadaan ovulasi (pengeluaran telur) yang tetap. Kadangkala ia disusuli dengan satu kitaran haid yang banyak.
Haid yang banyak dan berpanjangan pada kebanyakan bulan pula lazimnya disebabkan oleh masalah di dalam rahim.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!
LENDIR COKLAT KELUAR SEBELUM HAID (SAKIT PUAN)
SAYA berumur 22 tahun dan baru-baru ini bahagian faraj saya mengeluarkan lendir berwarna coklat.
Pada mulanya saya fikir ia sesuatu yang normal kerana biasanya sebelum haid, lendir berwarna coklat muncul terlebih dulu tetapi kini ia kerap muncul yang membuatkan saya sedikit bimbang.
Adakah saya mengalami masalah pada bahagian faraj? Harap doktor dapat membantu.
Yang bimbang,
Kuala Lumpur.
Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!
LENDIR coklat lazimnya mengandungi darah. Sama ada darah terbabit adalah darah awal haid, darah daripada luka pada bahagian faraj atau serviks (pintu rahim) atau dari dalam rahim.
Ia dapat dibezakan melalui pemeriksaan doktor menggunakan alat spekulum yang dimasukkan ke dalam faraj dan juga pemeriksaan imbasan ultrabunyi ke atas rahim.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!
Pada mulanya saya fikir ia sesuatu yang normal kerana biasanya sebelum haid, lendir berwarna coklat muncul terlebih dulu tetapi kini ia kerap muncul yang membuatkan saya sedikit bimbang.
Adakah saya mengalami masalah pada bahagian faraj? Harap doktor dapat membantu.
Yang bimbang,
Kuala Lumpur.
Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!
LENDIR coklat lazimnya mengandungi darah. Sama ada darah terbabit adalah darah awal haid, darah daripada luka pada bahagian faraj atau serviks (pintu rahim) atau dari dalam rahim.
Ia dapat dibezakan melalui pemeriksaan doktor menggunakan alat spekulum yang dimasukkan ke dalam faraj dan juga pemeriksaan imbasan ultrabunyi ke atas rahim.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!
KITARAN DATANG BULAN PANJANG LEPAS KAHWIN (SAKIT PUAN)
Kitaran haid yang panjang kebiasaannya disebabkan oleh gangguan pembesaran folikel telur sama ada lambat atau tidak berjaya membesar (yang menyebabkan ketiadaan ovulasi) |
SAYA wanita berumur 26 tahun, baru berkahwin selama lapan bulan dan belum hamil.
Bacaan BMI saya ialah 25.4. Masalah saya ialah kitaran haid yang panjang selepas tiga bulan berkahwin.
Sebelum berkahwin, kitaran haid saya normal iaitu sekitar 30 hingga 33 hari. Sejak kebelakangan ini, kitaran haid saya antara 58 hingga 61 hari. Aliran haid terbabit masih normal iaitu tujuh hari dan tiada senggugut.
Adakah keadaan ini masih dikatakan normal? Adakah kemungkinan saya mempunyai masalah lain?
Untuk pengetahuan doktor, suami saya berumur 26 tahun, mempunyai masalah ejakulasi pramatang. Namun dia masih mampu melepaskan air mani ke dalam faraj saya.
Pada pandangan doktor, apakah punca saya masih belum hamil?
Ad,
Selangor.
Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!
KITARAN HAID yang lazim adalah di antara 25 hingga 35 hari. Kitaran haid yang panjang kebiasaannya disebabkan oleh gangguan pembesaran folikel telur sama ada lambat atau tidak berjaya membesar (yang menyebabkan ketiadaan ovulasi). Ini adalah masalah kesuburan ovari.
Anda boleh memilih untuk menunggu sehingga cukup setahun berkahwin atau terus menjalani pemeriksaan doktor memandangkan anda menghadapi masalah kitaran haid.
Ejakulasi pramatang bukanlah punca masalah kesuburan asalkan ejakulasi dapat berlaku ke dalam faraj.
Namun secara amnya, adanya air mani tidak semestinya bermakna ada sperma di dalamnya. Suami anda juga boleh menjalani ujian analisa sperma awal tahun hadapan.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!
AWAS KENCING TERSEKAT-SEKAT (SAKIT TUAN)
Mereka yang menderita kanser pundi prostat akan menghadapi masalah kencing tidak puas atau tersekat-sekat. |
KANSER anggota reproduktif mungkin jarang didengar di dalam masyarakat berbanding kanser lain seperti payudara, tulang dan otak. Namun, ia biasanya berlaku dengan menyerang pundi prostat, buah zakar dan zakar.
Seperti kanser lain, jangka hayat mereka yang menderita penyakit ini dapat dipanjangkan jika dikesan pada peringkat awal.
Kanser pundi prostat biasanya menyerang lelaki berusia 65 tahun ke atas. Ia jarang dikesan pada mereka berusia di bawah 50 tahun.
Tanda awalnya ialah bengkak pundi prostat, sekali gus menyebabkan salur kencing tersekat. Mereka yang menderita kanser ini akan menghadapi masalah kencing tidak puas atau tersekat-sekat.
Cara mengesan kanser pundi prostat:
- Kemunculan simptom kencing tidak lancar atau tersekat-sekat.
- Buat pemeriksaan DRE (Digital Rectal Examination).
- Ujian darah PSA.
- Pemeriksaan kencing untuk kesan darah.
Cara menghindar kanser pundi prostat:
- Kurangkan memakan makanan berlemak.
- Kurangkan memakan daging merah, sebaliknya banyakkan daging putih.
- Makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.
- Kawal berat badan.
Sementara itu, kadar kanser buah zakar dan zakar berlaku adalah sebanyak satu peratus daripada kanser yang menyerang lelaki. Ia biasanya dikesan dalam kalangan mereka yang berusia dari 15 hingga 30 tahun dan jarang berlaku kepada mereka yang berusia lebih 40 tahun.
Kemungkinan penyakit ini menyerang buah zakar yang tidak turun ke dalam kerandut adalah empat kali ganda lebih besar. Satu lagi fakta yang perlu diketahui jika ia berlaku kepada sesiapa, maka kemungkinan penyakit itu turut adik atau abang mereka ialah 10 kali ganda.
Cara mengesan kanser buah zakar:
- Kemunculan ketulan atau bengkak kepada buah zakar.
- Menjalani pemeriksaan kendiri buah zakar (testicular self examination) yang patut dilakukan sebulan sekali atau mengikut kesukaan lelaki. Dilakukan ketika mandi, pemeriksaan dilakukan dengan dua tangan dan dilakukan daripada bawah ke atas serta depan ke belakang dengan meneliti bentuk buah zakar secara menyeluruh.
- Perubahan kepada saiz, bentuk dan kemunculan ketulan perlu diselidik dengan berjumpa doktor.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!
ZAKAR SEAKAN-AKAN ORANG TUA (SAKIT TUAN)
SAYA berusia 17 tahun dan gemar melakukan onani.
Keadaan ini berlarutan sejak kanak-kanak hingga sekarang. Adakah itu penyebab zakar saya mengendur bila saya berdiri dan berjalan.
Saya dapati zakar saya kurang tegang berbanding zakar kawan-kawan saya. Apakah yang perlu saya buat pada masa sekarang?
POKJI
Kemaman, Terengganu
Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!
MENYENTUH tubuh badan untuk menikmati keselesaan dan kesegaran adalah perkara biasa.
Apabila bahagian tubuh badan yang disentuh itu menyeronokkan, maka perkara itu akan diulangi dan menjadi kelaziman, tanpa mengetahui yang amalan itu sebenarnya amalan yang bergelar ‘onani’.
Anda mungkin jenis yang suka menyentuh tubuh badan dan kebetulan seronok pula dengan menyentuh dan membelai anggota kelamin hingga mencapai kepuasan atau klimaks.
Untuk menikmati keseronokan yang lebih, anda akan menarik zakar dan perbuatan yang dilakukan sejak sekian lama membuatkan anggota itu berbentuk luar biasa atau hilang rupa bentuk normalnya.
Kulit zakar jenis yang mudah mengembang, sama juga dengan otot dalaman. Jika struktur elastik sudah hilang dayanya serta kesan ‘wear and tear’ maka anggota itu akan kelihatan mengendur dan terkulai.
Perubahan ini biasa berlaku kepada lelaki berusia. Nampaknya anda kini mempunyai zakar yang seakan lelaki tua. Jika sayangkan anggota mutlak anda itu, memandangkan ia hanya ada satu saja (tidak sepasang), anda perlu kurangkan aktivti onani tu sehingga mampu menghentikannya sama sekali.
Anggota itu untuk tujuan hubungan silaturahin dengan pasangan dan bukan untuk disia-siakan seperti dilakukan itu.
Jangan sampai zakar anda mati pucuk atau tidak berfungsi dengan baik, baru hendak menyesal. Kerana sesal dulu berpendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

MUDAH CAPAI EREKSI SPONTAN (SAKIT TUAN)
BARU-BARU ini saya terasa seolah-olah ngilu dan sengal-sengal di bahagian zakar, terutamanya di bahagian kepala zakar.
Kadangkala bila dipegang rasa sakit. Seolah-olah sakit di bahagian dalam zakar. Puas saya cari maklumat di Internet mengenai masalah ini tapi sehingga kini belum jumpa sebarang jawapan.
Harapkan penjelasan dan nasihat doktor.
AZIZ
Shah Alam, Selangor
Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!
PENGHUJUNG zakar atau kepala zakar mengandungi banyak penghujung urat saraf atau ‘nerve ends’.
Jika kulit penghujung zakar yang daripada jenis kulit lembut atau mukosa itu disentuh, sudah tentu penghujung urat saraf itu akan tertekan dan zakar akan mula mengeras.
Ini berlaku akibat kemasukan darah yang banyak dalam liang otot zakar dan juga bahagian penghujung zakar.
Jika rangsangan itu berlaku secara berterusan, penghujung zakar akan rasa tidak selesa dan jika disentuh akan terasa ngilu. Jadi, bagi lelaki yang mudah mencapai ereksi spontan, memang dia akan mengalami perasaan ngilu yang kronik.
Situasi ini membuatkan keseluruhan zakar tidak selesa. Jika mahu kurangkan perasaan tidak selesa atau sakit itu, zakar perlu dituam dengan ais.
Apabila ‘congestion’ atau takungan darah dalam zakar itu reda, maka perasaan sakit itu turut lega.
Kadangkala, geselan kain kepada penghujung zakar akan membuatkan bahagian itu rasa amat ngilu. Lama-kelamaan perasaan ngilu itu akan terkawal.
Untuk mengurangkan perasaan ngilu itu kekal, boleh pakai seluar dalam yang selesa. Jika perasaan ngilu itu amat menyukarkan, boleh guna gel anestetik untuk seketika sehingga perasaan ngilu itu terkawal.

SYOK SEKEJAP MERANA LAMA (SAKIT TUAN)
Wanita yang mempunyai harga diri tahu menjaga diri dan tidak akan terjebak dengan perkara yang boleh merendahkan martabat kewanitaannya. |
TIDAK SALAH untuk dua individu yang berbeza jantina menjalin hubungan. Mereka yang akan menentukan ke arah mana hubungan itu, sama ada berakhir dengan perpisahan, kekal sebagai rakan atau ke jenjang pelamin.
Tidak dinafikan, hubungan lelaki dan wanita membabitkan interaksi minda, emosi dan kadangkala membawa ke tahap intim.
Namun, penting untuk mereka fikirkan risiko yang akan berlaku apabila hubungan intim itu menjadi hubungan seksual jika mereka belum bersedia membuat komitmen.
Lelaki bertanggungjawab akan bersedia untuk berkahwin, tetapi yang tidak bersedia akan melarikan diri.
Wanita pula boleh hamil dan kemungkinan dia tidak lagi diterima lelaki lain berikutan mempunyai anak luar nikah.
Perlu diingatkan, lelaki biasanya terlepas daripada segala tekanan sosial. Malah, dia akan berasa dirinya 'hero' dan bermegah kerana dapat meniduri seseorang wanita dengan tidak teragak-agak memberi 'laporan' kepada rakan lain.
Sehubungan itu, yang jelas rugi ialah wanita! Jika wanita pernah melakukan hubungan seksual, dia bukan lagi anak dara. Sebaliknya, tiada apa-apa tanda kepada lelaki yang pernah meniduri wanita.
Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!
Jika wanita itu pernah hamil dan menggugurkan kehamilan pula, dia akan mempunyai sistem reproduktif yang tercemar.
Ketika peringkat awal, proses kehamilan akan mengakibatkan payudara membesar dan kembang. Puting juga membesar dan bertukar warna kepada lebih gelap.
Keadaan ini akan kekal dan tidak pulih kepada sedia kala walaupun selepas menggugurkan kandungannya.
Jika dia pernah berseronok dengan lelaki, sentuhan intim yang dilakukan kepada kemaluan dan payudara sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada bahagian berkenaan dan perubahan tumbesaran boleh berlaku.
Bagi wanita yang tidak menghargai diri dan tidak berfikir panjang, semua perubahan mungkin tidak membimbangkan sehingga tiba harinya yang mereka berasa kesal tetapi semuanya sudah terlambat.
Wanita yang mempunyai harga diri tahu menjaga diri dan tidak akan terjebak dengan perkara yang boleh merendahkan martabat kewanitaannya.
Inilah wanita yang cemerlang, pilihan lelaki yang sejati!
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!
BAHAGIAN KULIT KERAP KOYAK (SAKIT TUAN)
SAYA berusia 25 tahun, sudah berkahwin namun belum ada cahaya mata. Selama setahun ini saya tiada masalah ketika ‘bersama’ isteri.
Namun, sejak dua bulan kebelakangan ini, ketika zakar ereksi, kulit bahagian kepala zakar akan terkoyak dan menyebabkan luka kecil.
Luka itu akan sembuh pada keesokan harinya tetapi terjadi semula apabila ia menegang, tidak kira sama ada ketika bersama isteri atau tidak.
Untuk pengetahuan doktor, ketika bersama isteri, saya tiada masalah dengan kelembapan (pelincir) dan saya juga mencuba menggunakan minyak bayi, tetapi tidak berhasil.
Adakah kulit zakar saya menipis dan adakah sebab lain? Bagaimanakah cara merawat masalah saya kerana selepas bersama, saya berasa pedih kerana luka itu.
HADI
Seremban, Negeri Sembilan
Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!
KULIT zakar jenis kulit yang nipis, licin, tanpa lapisan lemak dan mudah mengembang apabila zakar menjadi tegang. Jika kulit zakar menebal dan kurang licin, ia mudah merekah dan luka.
Ini berlaku apabila keadaan kulit berubah seperti kering dan menggerutu. Kadangkala tisu pengembang kulit zakar berkurangan dan mengambil masa untuk mengembang, tekanan kepada kulit boleh menyebabkan kulit merekah atau koyak.
Saya syorkan anda menggunakan krim pelembap yang sesuai disapu kepada kulit zakar setiap kali selepas mandi supaya ia tidak merekah apabila anda melakukan persetubuhan.
Jangan guna minyak atau krim pelembap sebarangan. Ketika hubungan seks, guna air liur sebagai pelincir.
Jika kulit zakar bahagian penghujung terlalu ketat, kulit itu perlu dilegakan dengan pembedahan plastik. Anda perlu jalani pemeriksaan doktor untuk mengetahui masalah itu.

LAMA TUNGGANG MOTOSIKAL JEJAS SPERMA (SAKIT TUAN)
SAYA pernah terbaca laporan lelaki yang terlalu lama menunggang motosikal atau basikal akan mengalami kerosakan sperma, sekali gus menyebabkan kemandulan.
Adakah ia benar? Bagaimanakah cara mengatasinya kerana saya sudah lama menggunakan motosikal dan risau kesannya apabila berkahwin nanti.
ZAHARI
Rompin, Pahang
Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!
KILANG SPERMA berada dalam buah zakar, manakala buah zakar pula dalam kerandut yang terletak di luar badan.
Pembiakan sperma memerlukan suhu optimum iaitu tiga hingga empat darjah Celsius kurang daripada suhu badan (37 darjah Celsius).
Apabila suhu dalam kerandut meningkat, pemprosesan sperma tergendala seketika dan jika perkara ini berlanjutan, profil sperma menjadi kucar-kacir, iaitu bilangan dan kualiti sperma menjadi tidak normal dan rupa bentuk sperma cacat.
Peningkatan suhu dalam kerandut boleh berlaku apabila lelaki itu memakai pakaian dalam yang ketat atau tebal dan seluar ketat.
Sama juga jika buah zakarnya terdedah kepada bahang ketika bekerja di kawasan panas atau berendam dalam kolam panas atau sauna.
Dengan pakaian ketat dan padat serta duduk dalam kereta juga boleh membuatkan buah zakar tertarik di atas tundun dan terdedah kepada kepanasan badan. Sama juga jika memakai pakaian ketat dan menunggang motosikal.

TIADA NIKMAT KETIKA HUBUNGAN (SAKIT TUAN)
Lelaki yang mempunyai badan sihat, fungsi anggota seksual yang cergas dan kesihatan mental yang mantap mampu menghayati tahap keghairahan syahwat yang menggalakkan. |
SAYA menghadapi masalah pancutan air mani. Sama ada ia keluar ketika mengadakan hubungan seks dengan isteri atau menerusi onani, nikmat pancutan itu tiada. Pada masa sama, ia juga tidak sakit.
Untuk makluman, saya berusia 29 tahun dan baru dua tahun berkahwin serta mempunyai seorang anak. Yang menghairankan, masalah ini berlarutan sejak setahun lalu.
SYAHRIN
Pendang, Kedah
Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!
EJAKULASI untuk lelaki berlaku hasil daripada kemuncak perasaan syahwat akibat rangsangan anggota seksual secara terus atau anggota tubuh badan lain yang menaikkan rasa berahi.
Bagi lelaki, kemuncak perasaan syahwat boleh berlaku dengan rangsangan mental, seperti melalui khayalan seksual dan boleh berlaku juga jika lelaki itu terangsang dengan apa cara sekali pun, termasuk bauan mengghairahkan.
Lelaki yang mempunyai badan sihat, fungsi anggota seksual yang cergas dan kesihatan mental yang mantap mampu menghayati tahap keghairahan syahwat yang menggalakkan.
Dalam keadaan letih, lesu dan tahap hormon testosterone atau hormon kelelakian menurun serta tanpa tumpuan ketika melakukan hubungan seksual, tentu kualiti kemuncak tidak seperti diinginkan.
Selain itu, tekanan atau stres juga boleh menyebabkan kualiti ejakulasi tercabar.
Saudara perlu amalkan gaya hidup sihat dan melakukan senaman berkala supaya ada stamina untuk bersama pasangan.
Selain itu, ambil makanan seimbang dan elak kenaikan berat badan kerana badan yang ringan mudah bergerak aktif tanpa keletihan.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!
SUSU BERKURANGAN (SAKIT PUAN)
PIL hormon berkombinasi boleh mengurangkan penghasilan susu badan, ini salah satu kesan sampingannya. |
SELEPAS melahirkan anak, saya disarankan oleh jururawat klinik kesihatan untuk mengambil pil perancang bagi menjarakkan kehamilan.
Masalahnya, saya diberi pil berkombinasi dengan alasan bayi saya minum kedua-dua susu ibu dan formula (yang hanya diberi beberapa kali saja kerana kekurangan susu badan di awal kelahiran) yang mana pil itu menyebabkan susu saya semakin berkurangan.
Saya kemudian mendapatkan nasihat doktor dari sebuah klinik swasta berkenaan perkara terbabit dan dimaklumkan hanya pil hormon tunggal (Noriday) saja yang patut saya ambil sekiranya masih menyusu walaupun bayi sudah bercampur susu.
Harap doktor dapat memberi pandangan memandangkan ini kali pertama saya menggunakan pil berkenaan.
Asma,
Sungai Petani, Kedah.
Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!
PIL hormon berkombinasi boleh mengurangkan penghasilan susu badan, ini salah satu kesan sampingannya.
Bagi wanita yang masih ingin menyusukan bayi dengan susu badan, seeloknya mengambil pilihan sama ada pil hormon progestin saja, suntikan depo (yang juga mengandungi hormon progestin), alat dalam rahim (IUD) sama ada bersifat kuprum mahupun berhormon progestin ataupun menggunakan implan (juga mengandungi hormon progestin).
Walaupun anda tidak melakukan penyusuan badan sepenuhnya (dan disangka tidak perlu bimbang kerana bayi boleh mendapat susu formula) serta mungkin kekurangan susu akibat kurang aktif menyusu, pil hormon berkombinasi eloklah dielakkan kerana ia boleh tambah mengurangkan lagi susu badan anda.
Bagaimanapun, anda harus faham kesan sampingan setiap kaedah pencegahan kehamilan. Kaedah yang mengandungi hormon progestin saja boleh menjadikan haid terganggu misalnya haid berpanjangan, terputus-putus dan seumpamanya.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!
KEPUTIHAN SEPERTI TELUR PUTIH (SAKIT PUAN)
Keputihan boleh disebabkan oleh jangkitan kuman, ia juga boleh dipengaruhi dengan pemberian ubat antibiotik tertentu, ubat berhormon, produk kesihatan tertentu dan perubahan hormon daripada ovari. |
SAYA berumur 20 tahun, sudah mendirikan rumah tangga selama dua tahun. Kitaran haid saya teratur sebelum berkahwin namun dalam tahun pertama perkahwinan, saya mengalami masalah haid tidak teratur.
Tetapi bermula tahun ini iaitu dari Januari, haid saya kembali normal. Masalahnya, saya kini tidak didatangi haid sejak Julai lalu dan pada Jun pula, saya sedar ada darah yang keluar tetapi dalam tempoh pendek iaitu tiga hari, juga dalam kuantiti yang tidak bertambah.
Warnanya juga berubah daripada merah terang kepada merah jambu dan coklat. Saya juga tidak mengalami sebarang simptom PMS selama tiga hari terbabit.
Pada bulan berikutnya, saya mengalami keputihan yang tidak pernah saya alami sebelum ini yang mana tekstur dan dan warna keputihan seperti telur putih yang dipecahkan dan direbus dalam air. Teksturnya kasar tetapi tiada bau atau gatal-gatal dan saya tidak mengalami sebarang kesakitan.
Saya agak keliru dan saya juga bimbang jika saya kecewa apabila membuat ujian kehamilan kelak. Adakah keadaan itu petanda sebarang penyakit?
Asiah,
Kuala Lumpur
Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!
ADAKAH anda sedang mengambil sebarang ubat atau produk kesihatan? Keputihan boleh disebabkan oleh jangkitan kuman, ia juga boleh dipengaruhi dengan pemberian ubat antibiotik tertentu, ubat berhormon, produk kesihatan tertentu dan perubahan hormon daripada ovari.
Gangguan pada kitaran haid anda boleh berpunca daripada beberapa perkara. Kehamilan adalah kemungkinan yang pertama dan perlu disahkan dahulu sebelum doktor membuat diagnosis lain.
Anda boleh melakukan ujian UPT sendiri dan jika ia negatif, lazimnya doktor akan melakukan ujian pengesahan secara lebih tepat menggunakan ujian darah serta melakukan pemeriksaan penuh. Kemungkinan lain yang juga kerap adalah gangguan pengeluaran telur yang menyebabkan masalah kesuburan.
Pernahkah anda hamil atau adakah anda merancang untuk tidak hamil selama dua tahun perkahwinan ini? Ini kerana wanita seusia anda mempunyai tahap kesuburan yang tinggi, lebih 80 peratus wanita seusia anda sudah pun hamil dalam masa setahun mencuba.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!
LELEHAN BERTUKAR KEKUNINGAN (SAKIT PUAN)
ADAKAH saya perlu bimbang jika lelehan faraj bertukar ke warna kekuningan? Adakah ini menandakan jangkitan bakteria atau masalah lain?
Saya berusia lingkungan 30-an dan belum mendirikan rumah tangga. Saya pernah menonton rancangan di televisyen yang merujuk kepada lelehan faraj bertukar ke warna kehijauan. Adakah lelehan faraj kehijauan menandakan seseorang itu mengalami penyakit kronik?
Rina,
Kuala Lumpur.
Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!
LELEHAN kekuningan lazimnya disebabkan oleh jangkitan kulat dan boleh juga bercampur dengan jangkitan bakteria.
Lelehan faraj kehijauan pula lazimnya disebabkan oleh jangkitan kuman tertentu, ini perlu diperiksa dan dirawat kerana ada antara puncanya jangkitan penyakit seksual yang boleh memberi kesan kepada organ peranakan.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!
ELAK JAUNDIS (SAKIT PUAN)
Jaundis yang lazim dialami bayi baru lahir kebiasaannya bersifat sementara, tidak berkait dengan apa-apa penyakit dan tidak membahayakan. |
SAYA ingin mengetahui penyakit kuning yang sering dihidapi bayi baru lahir. Adakah ia hanya berpunca daripada kekurangan pemberian susu ibu? Adakah penyakit ini sudah bermula sewaktu bayi masih dalam kandungan?
Bagaimanakah cara terbaik bagi si ibu dan bayi untuk mengelak penyakit kuning?
Ima,
Petaling Jaya, Selangor.
Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!
SAYA bukanlah pakar dalam bidang ini, anda bolehlah bertanya lanjut dengan pakar pediatrik (pakar kanak-kanak).
Apa yang anda maksudkan adalah jaundis. Ia satu simptom atau petanda, bukannya penyakit dan boleh disebabkan oleh beberapa punca atau penyakit.
Jaundis yang lazim dialami bayi baru lahir kebiasaannya bersifat sementara, tidak berkait dengan apa-apa penyakit dan tidak membahayakan.
Bagaimanapun, penting untuk melakukan pemantauan bagi memastikan ia tidak menjadi lebih teruk. Pada masa sama, pemeriksaan doktor penting untuk memastikan ia tidak disebabkan oleh penyakit tertentu.
Khasiat susu ibu memang diketahui ramai, antaranya menyumbang antibodi yang banyak di dalam susu awal (kolostrum). Kepercayaan susu ibu menyebabkan jaundis dan sebaliknya pula kepercayaan kurang susu ibu menyebabkan jaundis bukanlah benar.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!
KEJAP ADA, KEJAP TIADA (SAKIT PUAN)
Benjolan berhampiran bukaan faraj lazimnya adalah Cyst Bartholin dan ia lembut berisi cecair kecuali jika ia mengalami jangkitan kuman dan membentuk abses maka ia tegang kemerahan dan sakit. |
SAYA wanita berumur 23 tahun dan belum berkahwin. Masalah saya membabitkan benjolan kecil di kiri, atas dan bawah di bahagian tempat haid keluar. Namun benjolan itu ada kalanya menghilang dan kemudian muncul semula.
Apabila saya mahu membersihkan faraj, saya biasanya terpegang benjolan itu dan keesokan hari, benjolan itu tiada.
Saya agak risau mengenai benjolan itu tetapi saya malu untuk ke klinik. Apakah benjolan itu? Apakah langkah untuk mencegah benjolan terbabit? Adakah benjolan itu akan memberi kesan kepada rahim saya?
Wan,
Selangor
Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!
ADAKAH anda maksudkan anda mempunyai tiga benjolan?Atau adakah benjolan itu satu saja tetapi meliputi kawasan atas, kiri dan bawah bukaan faraj? Anda tidak menyatakan saiz benjolan terbabit. Adakah benjolan itu lembut mengandungi cecair ataupun berisi daging?
Sukar untuk meneka jenis benjolan itu berdasarkan penerangan anda. Benjolan berhampiran bukaan faraj lazimnya adalah Cyst Bartholin dan ia lembut berisi cecair kecuali jika ia mengalami jangkitan kuman dan membentuk abses maka ia tegang kemerahan dan sakit.
Cyst Bartholin lazimnya hanyalah satu di sebelah kanan dan kiri berhampiran bukaan faraj. Cyst Bartholin tidak bersifat hilang dan muncul semula.
Sekiranya benjolan terbabit menjadi nyata dalam posisi berdiri dan boleh ‘masuk’ semula apabila ditolak serta dalam posisi berbaring, mungkin ia adalah hernia femoral yang turun ke dalam bibir kemaluan labia majora. Seeloknya anda menjalani pemeriksaan doktor pakar sakit puan.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!
HAID TAK TERATUR (SAKIT PUAN)
Pertumbuhan endometrium dikawal oleh hormon estrogen manakala pematangannya sebelum menjadi haid pula dikawal oleh hormon progesteron |
SAYA berumur 32 tahun dan belum berkahwin. Sudah lebih tiga bulan haid saya tidak teratur. Ia biasanya keluar dengan banyak bermula 10 haribulan dan haid saya kering sekitar 23 haribulan. Selepas berhenti seminggu, saya didatangi haid semula namun saya tidak mengalami senggugut.
Adakah keadaan yang saya alami ini berkaitan dengan masalah rahim? Adakah mungkin saya mengalami masalah lain?
Diba,
Petaling Jaya, Selangor
Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!
TISU yang membentuk haid disebut endometrium. Endometrium tumbuh pada permukaan paling dalam dinding rahim dan apabila haid, ia ‘luruh’ ke dalam ruang rahim sebelum turun ke faraj dan bahagian luar.
Bagaimanapun, pertumbuhan endometrium dikawal oleh hormon estrogen manakala pematangannya sebelum menjadi haid pula dikawal oleh hormon progesteron. Kedua-dua hormon ini dihasilkan terutama oleh kedua-dua ovari kanan dan kiri.
Maka, masalah haid boleh berpunca daripada masalah pada dinding terdalam rahim contohnya polip, fibroid submukosa; masalah haid juga boleh disebabkan oleh masalah pada pembesaran kantung telur di dalam ovari.
Selain itu, ia juga boleh disebabkan oleh punca luar contohnya memakan ubat moden, ubat tradisional atau produk kesihatan yang sebenarnya mengandungi hormon estrogen dan/atau progesteron.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!
AMBIL KIRA FAKTOR USIA (SAKIT PUAN)
Tahap kesuburan wanita menurun dengan pertambahan usia |
ANAK pertama saya lahir tujuh tahun lalu, kemudian saya menggunakan pil perancang kerana selepas kelahirannya saya menyambung pengajian dan banyak menghabiskan masa menguruskan perniagaan.
Kini saya ingin hamil lagi pada usia awal 40-an. Selepas menghentikan pengambilan pil perancang, lazimnya berapa lama masa diambil supaya tahap kesuburan saya kembali normal? Untuk pengetahuan doktor, haid saya sentiasa teratur sehingga kini dan jarang menghadapi masalah senggugut.
Wawa,
Shah Alam, Selangor
Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!
BAGI wanita yang tiada masalah kesuburan sebelum ini, tahap kesuburan selepas menghentikan pengambilan pil perancang dijangka dalam masa enam bulan atau selewat-lewatnya setahun dari tempoh dia berhenti.
Bagaimanapun, faktor pertambahan usia perlu diambil kira. Tahap kesuburan wanita menurun dengan pertambahan usia. Saya galakkan anda menjalani pemeriksaan dan rawatan kesuburan tanpa menunggu lebih lama daripada enam bulan.
Pada masa sama, eloklah anda memulakan pengambilan pil asid folik sebanyak 5 miligram setiap hari. Anda juga digalakkan menjalani pemeriksaan saringan kesihatan untuk penyakit lazim di negara kita seperti darah tinggi (hipertensi) dan kencing manis (diabetes mellitus).
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!
TAK TAHU MAKSUD ONANI (SAKIT PUAN)
Dari sudut perubatan, onani boleh mendatangkan kesan kepada kepekaan saraf pada bahagian berkenaan selain kesan ketagihan sehingga memerlukan bantuan pakar psikiatri. |
SAYA wanita berusia 20 tahun dan masih bujang. Saya bertanya untuk menambah pengetahuan kerana saya kurang memahami perkara berikut:
1. Apakah yang dimaksudkan dengan perbuatan onani dan kesannya.
2. Saya kerap mengalami pengeluaran cecair jernih dari faraj dan kadang-kadang keputihan setiap kali sebelum haid. Adakah keadaan ini normal? Adakah itu menandakan wanita itu subur?
3. Adakah air mani hanya akan keluar melalui persetubuhan? Adakah akan terasa seperti terdapat getaran pada bawah perut? Bolehkah ia keluar disebabkan faktor lain contohnya melalui sentuhan ketika mencuci selepas membuang air kecil?
4. Saya kerap menukar seluar dan menggunakan pantyliner kerana sering keluar cecair lendir, licin dengan warna kadang-kadang jernih dan putih. Saya sangat tidak selesa jadi saya membersihkan bahagian terbabit dengan sabun hingga hilang rasa lendir. Kemudian saya gunakan tisu untuk mengeringkan bahagian itu. Adakah cara ini betul? Saya keliru dan ragu-ragu jika cecair yang keluar itu air mani. Harap doktor dapat memberi penjelasan.
RIN
Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!
MENAMBAH ilmu pengetahuan memang digalakkan, tetapi lebih elok jika kita memastikan ilmu yang lebih perlu ada pada kita semasa itu dipenuhi dahulu sebelum mengambil tahu mengenai ilmu yang kita tidak sepatutnya amalkan.
Persoalan yang diajukan dengan tujuan menambah ilmu, tetapi tiada kaitan dengan amalan hidup kita lazimnya bersifat secara umum sahaja dan tidaklah mengharapkan jawapan yang mendalam. Peringatan ini diberi ke atas persoalan sensitif bagi masyarakat kita, lebih-lebih lagi apabila ia ditegah oleh agama.
Onani adalah perbuatan memuaskan diri secara seksual. Ia dilakukan dengan berbagai cara, sama ada menggunakan anggota sendiri ataupun alatan lain. Orang yang melakukan onani mengharapkan kesan kepuasan seksual. Dari sudut perubatan, ia boleh mendatangkan kesan kepada kepekaan saraf pada bahagian berkenaan selain kesan ketagihan sehingga memerlukan bantuan pakar psikiatri.
Air mani pula lebih merujuk kepada cecair mani yang dikeluarkan oleh lelaki sewaktu ejakulasi apabila mengalami kemuncak seksual. Tidak semestinya ia keluar sewaktu persetubuhan sahaja. Anda mungkin merujuk kepada orgasma yang turut dialami oleh wanita. Ia boleh berlaku sama ada secara hubungan seks penetratif, aktiviti seks bukan penetratif (termasuk onani), sentuhan, malah secara imaginasi seksual.
Pengeluaran cecair dari faraj boleh disebabkan keadaan semulajadi/fisiologi dalam kitaran haid. Ia juga boleh disebabkan jangkitan kuman, sama ada kuman dari permukaan kulit kemaluan, jari atau apa yang menyentuh kawasan berhampiran kemaluan, hubungan seksual sama ada seksual penetratif dan oral dan lain-lain.
Membersihkan kemaluan memadai menggunakan air paip sahaja. Sekiranya dikhuatiri ada jangkitan, membersihkan menggunakan air bercampur sedikit garam masakan dapat membantu. Walau bagaimanapun, perbuatan mencuci itu sendiri boleh menjurus kepada jangkitan kuman terutama apabila sentiasa menggunakan tangan/jari kerana anggota badan kita bukan bebas kuman sepenuhnya.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!
RAGU SAMA ADA MENGANDUNG ATAU TIDAK (SAKIT PUAN)
Berkemungkinan ia disebabkan gangguan tekanan sehingga mengganggu ovulasi bulan berkenaan |
SAYA sudah berkahwin selama sembilan bulan, tetapi masih belum hamil.
Kemusykilannya, pada 6 Mei saya didatangi haid, diikuti dengan haid pada Jun yang hadir lebih awal. Namun pada Julai saya langsung tidak didatangi haid sehingga kini.
Adakah keadaan ini mempunyai kemungkinan saya hamil? Saya belum membuat sebarang ujian kehamilan kerana masih ragu-ragu. Saya masih alami petanda sebelum haid sebab itu saya masih tidak membuat sebarang ujian kehamilan apatah lagi saya juga mengalami senggugut dan sakit kepala.
Adakah saya perlu membuat ujian kehamilan atau menunggu saja haid akan datang? Saya juga ingin tahu, adakah kesihatan seseorang itu terjejas jika dia tidak didatangi haid lebih sebulan (jika dia tidak hamil)?
Zie
Gombak.
Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!
LEBIH mudah jika anda terus menjalani ujian kehamilan daripada anda terus bimbang, menunggu haid malah menunggu jawapan apabila mengajukan soalan ini di sini. Ujian ini banyak didapati di farmasi. lazimnya dalam harga serendah RM5 sehingga sekitar RM25.
Sekiranya haid tidak lewat sebulan sedangkan sebelum dan selepas itu kitaran menjadi normal semula, lazimnya usahlah bimbang. Berkemungkinan ia disebabkan gangguan tekanan sehingga mengganggu ovulasi bulan berkenaan. Berkemungkinan juga ia disebabkan oleh kehamilan yang kemudiannya berakhir denga keguguran awal yang disangka sebagai pendarahan haid.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!
MASALAH KENCING TAK LAWAS (SAKIT TUAN)
SAYA menerima banyak pertanyaan berkaitan masalah membuang air kecil, dan saya tertarik dengan satu soalan iaitu mengenai masalah kencing tidak lawas.
Dalam soalan itu, individu berkenaan memaklumkan sudah lama menghadapi masalah kencing tidak lawas. Katanya, beberapa titisan air kencing keluar setiap kali selesai membuang air kecil.
Berdasarkan pengalaman saya, masalah kencing tidak lawas seperti dialaminya memang meruncing. Lebih-lebih lagi jika ia berlaku ketika seseorang mahu menunaikan solat, batuk atau ketawa.
Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!
Biasanya, selepas selesai membuang air kecil, seseorang itu akan membasuh alat kelamin serta keluar tandas. Ada juga yang meneran sedikit atau melurutkan alat kelamin sambil mengemut beberapa kali supaya tiada bekas atau titisan kencing.
Individu yang was-was akan menunggu dan mengelap penghujung alat kelamin dengan tisu supaya tiada lagi kelembapan dan kemudian membasuhnya.
Keadaan ini biasanya dilakukan lelaki berumur untuk memastikan tiada titisan air kencing lagi selepas selesai kencing. Jika tidak berjaya, mereka akan melekatkan secebis kertas tisu ke penghujung alat kelamin sebelum bergerak.
Sebilangan lelaki muda juga mengalami masalah sebegitu hingga menyebabkan mereka mati akal dan tidak tahu cara mengatasinya.
Mungkin ada mencuba perkara yang saya jelaskan tadi dan mungkin mereka mahu cara lebih sempurna kerana titisan air kencing pasti menjadi masalah, terutama ketika mahu menunaikan solat.
Cara mudah untuk lelaki yang mengalami masalah sebegini adalah mengelak membuang air kecil sebelum menunaikan solat.
Sebenarnya, ada banyak sebab mengapa keadaan sedemikian boleh berlaku, antaranya berkemungkinan salur kencingnya sempit, sedikit air kencing mungkin tersekat dan terkeluar selepas selesai membuang air kecil.
Ada kemungkinan jika pundi prostatnya mengalami radang atau bengkak di mana sedikit air kencing boleh tersekat di salur kencing bahagian prostat dan terkeluar apabila lelaki itu selesai kencing dan ketika dia mengemut.
Ada juga sebilangan lelaki mempunyai takungan air kencing di belakang pembukaan salur kencing di tempat dikenali sebagai ‘lacuna mega’. Dalam keadaan sedemikian, air kencing mula bergerak keluar secara titisan selepas selesai membuang air kecil.
Cara rawatan bagi masalah demikian adalah bertemu doktor untuk pemeriksaan kepastian sama ada seseorang itu menghadapi masalah kencing kotor atau radang pundi kencing atau masalah pundi prostat.
Ujian lanjutan akan dilakukan doktor jika ada sesuatu yang perlu diselidik. Jika tiada apa-apa yang serius, cara mengelak solat terganggu ialah jangan buang air kecil sebelum solat.

JUMPA DOKTOR UNTUK TAMBAH SPERMA (SAKIT TUAN)
Banyak perkara boleh menyebabkan masalah sperma lelaki, tapi tanpa berjumpa doktor, memang sukar menyelesaikan masalah itu. |
SAYA berkahwin lebih setahun dan sehingga kini belum ada zuriat. Untuk pengetahuan doktor, saya wanita dan bekerja di sebuah makmal perubatan swasta.
Saya pernah menjalankan ujian sperma terhadap suami dan saya dapati spermanya sangat kurang selain air maninya sangat cair. Dalam satu ‘field’ hanya ada dua hingga tiga ekor saja dan itupun mati.
Adakah cara nak mengatasi masalah suami saya, umpamanya seperti makan vitamin atau ubat? Sebelum ini pernah cuba Vit Shaklee tapi tiada perubahan.
AMYLIN
Semenyih, Selangor
Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!
APABILA berkahwin, tentu kedua-dua mempelai menunggu waktu untuk menimang cahaya mata.
Inisiatif untuk mencari punca atau sebab anda belum mencapai kehamilan itu memang baik. Anda dapat gunakan kemudahan yang ada pada anda untuk melakukan ujian air mani suami dan mendapati masalah benihnya.
Namun anda tiada kemahiran untuk mengendalikan masalah kesuburan yang berada dalam bidang kawalan doktor.
Anda dan pasangan sepatutnya berjumpa doktor menjalani pemeriksaan kesuburan. Jika anda mahu rujuk kepada pakar pun boleh dan itu mengikut kemahiran pakar itu.
Jika suami anda jumpa doktor yang mengendalikan masalah kesuburan lelaki, tentu doktor itu akan melakukan pemeriksaan fizikal, memeriksa buah zakar suami dan jadualkan ujian air mani.
Jika air maninya mempunyai profil benih yang tidak normal, doktor itu boleh lakukan ujian lanjutan terhadap suami anda, melakukan ujian darah untuk menyukat hormon FSH, Prolactin dan hormon Testosterone. Hanya selepas itu baru doktor akan memberi ubat sewajarnya.
Namun, anda tidak berbuat begitu. Anda nak dia cuba suplemen tapi tidak berkesan. Jika anda meneliti maklumat dalam Internet mengenai kesuburan lelaki, anda akan dipaparkan pelbagai suplemen dan makanan.
Itu bukan rawatan, itu hanya maklumat kesihatan yang mungkin boleh membantu. Makanan seperti kacang hazel, kacang badam, pecan, walnut, pista dan kacang tanah mengandungi asid lemak tambahan essential dan zat galian zink yang membantu penghasilan sperma sihat.
Sama juga dengan asid folik yang membantu menstabilkan struktur baka sperma. Malah, anda akan dapati herba tertentu seperti Tribulus (Tribestan) dan Tongkat Ali (Nu-Prep Lelaki) dapat membantu meningkatkan isi padu air mani, kualiti dan bilangan sperma.
Jika suami anda sudah cuba suplemen dan amalkan makanan yang dijelaskan tadi dan dalam masa dua hingga tiga bulan tetapi tiada apa-apa perubahan, dia perlu berjumpa doktor.
Mungkin masalah sperma suami anda ada kaitan dengan pekerjaannya atau amalan tidak sihat seperti merokok atau alkohol atau perkara lain.
Banyak perkara boleh menyebabkan masalah sperma lelaki, tapi tanpa berjumpa doktor, memang sukar menyelesaikan masalah itu.
Cadangkan suami berjumpa doktor dan anda juga perlu menjalani pemeriksaan sekali. Mana tahu jika anda juga ada masalah, lagi cepat dikendalikan lagi baik. Elok dua-dua pasangan menjalani pemeriksaan serentak.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!
CECAIR KELUAR, SUKARKAN SOLAT (SAKIT TUAN)
Jika keadaan masih berkekalan atau kelihatan ketara, ini mungkin menggambarkan jangkitan yang memerlukan rawatan. |
SEJAK dua minggu lalu, zakar saya mengeluarkan cecair putih jernih seperti mazi tetapi tidak berlendir dan tidak juga berbau. Untuk pengetahuan doktor, saya berusia 31 tahun dan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Cecair ini keluar hampir setiap masa dalam kuantiti yang sedikit. Ia menyukarkan saya untuk melakukan solat dan sedikit sebanyak merunsingkan.
Untuk makluman, zakar saya berfungsi seperti biasa tetapi apabila bahagian kepala atau pangkal zakar ditekan, akan terasa gatal atau perit tapi dalam keadaan minimum.
Dalam keadaan biasa sehari-hari, tidak terasa sakit atau apa-apa rasa. Harap doktor dapat memberi penjelasan.
KIMI
Pontian, Johor
Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!
LAPISAN mukosa dalam salur kencing lelaki mengandungi pepundi kecil yang menghasilkan cecair jernih dan membuatkan salur kencing lembap.
Cecair ini boleh keluar secara berlebihan apabila pepundi yang menghasilkannya radang, boleh berlaku akibat jangkitan dan jarang kali akibat amalan onani.
Apabila keradangan itu lega, penghasilan cecair itu akan reda. Jika keadaan masih berkekalan atau kelihatan ketara, ini mungkin menggambarkan jangkitan yang memerlukan rawatan.
Soalnya, bagaimana boleh terkena jangkitan? Biasanya melalui hubungan seks rambang tanpa penggunaan kondom atau melalui seks oral.
Jarang ia terjadi akibat penyakit kencing kotor di mana jangkitan itu datang dari pundi kencing. Cecair akibat jangkitan berwarna lebih pekat dan mudah melekat pada pakaian dalam.
Keadaan ini jarang menyebabkan penghujung zakar terasa gatal atau pedih. Cecair mazi yang jarang keluar ketika meneran, tidak sama dengan cecair hasil dari keradangan salur kencing.
Ia keluar ketika meneran dan warna lebih jernih atau keputihan. Cecair mazi yang keluar akibat teruja seks pula lebih jernih dan hanya keluar apabila lelaki itu terangsang.
Pengeluaran cecair akibat keradangan keluar pada bila-bila masa dan lebih banyak jika keradangan itu ketara.
Saya banyak mengendalikan kes keradangan salur kencing akibat seks oral, sama ada secara rambang (seks rambang yang hanya lakukan seks oral saja dengan pasangan rambang, atau tunang atau bakal isteri) atau secara halal (dengan pasangan bergelar isteri bukan tunang atau bakal isteri).
Jika ia jangkitan, tanpa rawatan sewajarnya, ia boleh menular ke kawasan dalaman dan mengancam kesuburan lelaki itu apabila jangkitan merebak ke pundi prostat atau buah zakar.
Anda boleh bayangkan pelbagai kemungkinan yang memberi simptom pengeluaran cecair dari salur kencing dan perasaan pedih penghujung salur kencing.
Jumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan anda perlu berterus terang jika mahu masalah anda dikendalikan dengan baik.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!
SUDAH 3 TAHUN PUNGGUNG GATAL (SAKIT TUAN)
Jumpa doktor keluarga dulu untuk pemeriksaan dan jika tidak dapat diselesaikan, kes itu akan dirujuk kepada doktor pakar |
SAYA ingin bertanya berkaitan masalah di punggung saya. Dulu, badan saya sering gatal-gatal sehingga seluruh badan, termasuk punggung.
Kegatalan ini meninggalkan masalah apabila meninggalkan kesan seperti kudis dan tidak hilang sejak hampir 3 tahun lalu. Ia turut meninggalkan parut hitam dan besar yang jelas kelihatan. Saya buntu mengenai masalah ini. Apakah puncanya?
AIZAT
Kuching, Sarawak
MAMPU BERTENAGA HINGGA TUA (SAKIT TUAN)
Gaya hidup memainkan fungsi penting dalam mempengaruhi kemampuan ereksi. |
SETIAP manusia ada kemampuan untuk melakukan hubungan intim yang berkekalan sehingga ke akhir hayat, melainkan ditimpa masalah kesihatan. Justeru, ada lelaki ‘tua’ masih berupaya melakukan hubungan intim dan ada pula yang gagal.
Hakikatnya, beberapa perubahan akan berlaku kepada fungsi dan kemampuan syahwat apabila umur meningkat dan ia perubahan semula jadi.
Selepas usia 40 tahun misalnya, tahap kekerasan ereksi kurang antara 10 hingga 20 peratus dan jika otot lantai pelvis (otot kemut) kurang aktif, tahap ereksi menurun lima hingga 10 peratus dan jika perasaan keghairahan berkurangan, tahap ereksi terus menurun lima hingga 10 peratus.
Kajian yang pernah dilakukan satu ketika dulu untuk mengesan masalah disfungsi erektil (ED) dalam kalangan lelaki Malaysia mendapati, gaya hidup memainkan fungsi penting dalam mempengaruhi kemampuan ereksi.
SAYANGI DIRI SENDIRI HENTI 'GUNAKAN TANGAN' (SAKIT TUAN)
SAYA boleh dikatakan pengikut setia ruangan doktor di akhbar Metro Ahad sejak remaja lagi. Untuk pengetahuan doktor, kini saya berusia 26 tahun dan masih bujang.
Saya akui banyak artikel dan permasalahan yang doktor jawab di ruangan ini meskipun kebanyakannya lebih kurang sama, termasuk menyentuh soalan ketagihan onani. Sejujurnya, saya akui ia juga berlaku pada saya.
Adakah ini masalah psikologi? Perlukah orang seperti saya menemui pakar psikologi untuk menangani masalah ketagihan onani? Saya menyedari kini lebih bernafsu dengan tangan sendiri daripada memikirkan soal pasangan.
Saya pernah cuba mencipta fantasi indah dengan pasangan tetapi tidak terangsang seperti mana dicapai menggunakan tangan saya yang diselang seli dengan bahan lucah.
Saya akui sangat ketagih kepada kedua-duanya iaitu pornografi dan tangan sendiri. Keadaan lebih parah bila menyedari nafsu saya kuat tetapi nafsu itu dilepaskan pada saluran salah.
Saya terfikir perkara ini lebih kepada masalah psikologi kerana seolah-olah mental saya yang menentukan saya hanya boleh terangsang melalui tangan dan pornografi.
Saya risau jika berkahwin nanti, kemungkinan saya tidak mampu mencapai ereksi walaupun dirangsang oleh pasangan.
Perlukah saya berjumpa pakar psikologi atau ia masih di bawah rawatan doktor sakit tuan? Bagaimana prosedur perubatannya?
HADZLI

PERBANDINGAN FENUGREEK DAN TONGKAT ALI (SAKIT TUAN)
Jika bandingkan herba ‘fenugreek’ dengan herba Tongkat Ali pada sudut peranannya membantu kesihatan lelaki, kedua-duanya ada fungsi tertentu. |
APAKAH pendapat doktor mengenai produk Prime Androguard with Testofen? Sumber utamanya ialah fenugreek. Adakah ia setanding dengan Nu prep yang berasaskan tongkat ali?
SYAHIR
Pantai Dalam, Kuala Lumpur
SINDROM KEKURANGAN HORMON TESTOSTERON (SAKIT TUAN)
Jika buah zakar tidak berkembang atau tidak mengalami ketumbesaran, buah zakar yang tidak berkembang itu tidak dapat menghasilkan sperma kerana tiada kilang sperma. |
KETIKA remaja, saya dapati wujud perbezaan ketara mengenai saiz fizikal saya yang kelihatan kurang matang berbanding rakan lain.
Untuk pengetahuan doktor, saya kini berusia 22 tahun dan masih tidak mempunyai misai, suara lembut seperti perempuan, zakar tidak membesar, tiada bulu di zakar dan celah ketiak.
Saya pernah ke klinik kesihatan dan berjumpa doktor yang kemudian memberi surat rujukan kepada pakar urologi di sebuah hospital sebelum dirujuk kepada hospital lain. Bermacam ujian saya jalani, termasuk diberi ubat serta suntikan.
Pada peringkat awal, saya rasakan perbezaan apabila wujud perubahan suara, pertumbuhan bulu di zakar dan penambahan ketinggian.
Dos ubatan ditambah mengikut waktu dan membawa perubahan pada diri saya. Cuma, doktor yang merawat memaklumkan saya mungkin tidak mempunyai anak kerana saiz buah zakar kecil berbanding lelaki normal lain.
Mungkinkah saya memperoleh anak jika berkahwin kelak? Saya pernah melakukan onani dan air mani yang keluar pekat dan bercampur cair serta bertompok.
JEPP
Kota Samarahan, Sarawak
JANIN KEMBAR BERLAINAN KANTUNG (SAKIT PUAN)
Jika kembar berlainan uri dan berlainan kantung, lazimnya ia tidak menjadi masalah kepada janin sewaktu kehamilan |
SAYA berusia 33 tahun dan kini hamil anak kedua. Kandungan saya kini berusia 15 minggu dan disahkan hamil kembar berlainan kantung.
Saya kurang jelas apa yang dimaksudkan dengan kembar berlainan kantung. Saya juga ingin tahu jenis kehamilan kembar dan sebarang masalah yang bakal dihadapi oleh ibu dan anak semasa kelahiran nanti.
PERNAH KEGUGURAN TIGA KALI (SAKIT PUAN)
Keguguran tiga kali berturut-turut sememangnya lebih berisiko untuk gugur kali keempat. |
SAYA berusia 19 tahun dan sudah bernikah selama dua tahun. Selama dua tahun ini juga, saya keguguran sebanyak tiga kali.
Kali pertama keguguran pada Ogos tahun lalu diikuti keguguran empat bulan kemudian dan kali ketiga pada April tahun ini. Keguguran pertama kerana terpaksa dibuang atas dasar kesihatan saya yang kronik. Saya penghidap sakit jantung.
Keguguran kali kedua disebabkan dinding rahim tidak kuat dan kali ketiga kerana saya terjatuh semasa mengendali mesin.
Adakah saya mampu untuk hamil lagi? Saya sangat menginginkan zuriat. Ada yang mengatakan apabila wanita gugur kali ketiga, potensi untuk hamil tipis.
BELUM DATANG HAID HARI KE-41 (SAKIT PUAN)
Ujian UPT bergantung kepada jenis kit. Ia juga boleh menjadi ‘positif palsu’ mahupun ‘negatif palsu’ |
KEMUSYKILAN saya, sehingga hari ke-41, saya masih tidak didatangi haid. Minggu lalu saya membuat UPT di klinik dan keputusannya positif, namun tidak begitu jelas.
Dua hari kemudian saya ulangi UPT, namun keputusannya negatif. Baru-baru ini saya juga mengalami migrain yang teruk serta kekejangan kaki, tetapi masih tiada darah yang keluar.
Menurut pandangan doktor, apakah masalah yang saya alami ini? Haruskah saya merujuk pakar sakit puan?
Yati,
Kuala Lumpur
KENAL PASTI TITIK GHAIRAH (SAKIT TUAN)
PENTING bagi seorang lelaki mengetahui ‘titik’ yang mampu membangkitkan keghairahan wanita bagi mengelak kerap ‘tewas’ ketika berasmara, seterusnya menimbulkan masalah dalam rumah tangga. |
PENTING bagi seorang lelaki mengetahui ‘titik’ yang mampu membangkitkan keghairahan wanita bagi mengelak kerap ‘tewas’ ketika berasmara, seterusnya menimbulkan masalah dalam rumah tangga.
Perlu diingat, wanita juga ada naluri, nafsu syahwat dan perasaan ghairah. Apabila dalam keadaan ghairah dan sedia melakukan hubungan seks, anggota seksualnya terangsang.
TAMPAK GAGAH JIKA SELALU DIGUNA (SAKIT TUAN)
Saiz, bentuk dan keadaan anggota kelamin lelaki mengikut keturunan, baka, kesihatan lelaki itu dan juga pengalaman dalam bidang ‘seni’ seks. |
Soalan
SAYA melihat zakar di Internet berurat dan nampak gagah tetapi mengapa saya tidak? Adakah zakar berurat disebabkan kuat aktiviti seks, khususnya yang berkahwin. Adakah perbezaan di antara zakar lelaki bujang dengan yang berkahwin?
AZRIL
Jerantut, Pahang
CARA BERPUASA KETIKA HAMIL (SAKIT PUAN)
Langgan:
Catatan (Atom)