Label

SUKAR BEZA DARAH HAID DENGAN ISTIHADAH (SAKIT PUAN)

SAYA berusia 23 tahun dan belum berkahwin. Saya menghadapi masalah kitaran haid yang tidak teratur, istihadah dan panjang.

Saya mengalami haid kira-kira 13 hingga 15 hari dan akan didatangi haid semula sebelum tempoh 15 hari suci. Masalahnya, apabila haid datang awal, saya sukar membezakan sama ada itu darah haid atau istihadah memandangkan tempoh keluar darah itu dalam lingkungan 15 hari suci.

Ini juga menyukarkan saya sama ada wajib bersolat atau sebaliknya. Adakah kitaran haid sedemikian punca sebarang masalah? Saya berharap doktor dapat memberi pandangan mengenai masalah saya itu.

Mas,
Kuala Lumpur.

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

ADAKAH haid anda banyak pada kebanyakan 15 hari terbabit atau adakah haid anda sedikit saja? Kedua-dua jenis ini mempunyai punca yang berbeza.

Lazimnya haid yang sedikit-sedikit petanda masalah kesuburan pada ovari yang berpunca daripada ketiadaan ovulasi (pengeluaran telur) yang tetap. Kadangkala ia disusuli dengan satu kitaran haid yang banyak.

Haid yang banyak dan berpanjangan pada kebanyakan bulan pula lazimnya disebabkan oleh masalah di dalam rahim.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

1 ulasan:

  1. assalamualaikum saya berusia 19 tahun dan belum berkahwin, semasa bulan ramadhan saya datang haid 3 kali , 2 kali haid darah saya sedikit sedikit kali ketiga haid darah saya sangat banyak dan sakit bila buang air besar mahupun air kecil, haid saya tak berhenti sampai sekarang , saya dah berjumpa doktor dan makan ubat henti haid tapi masih darah banyak dan tak berhenti, apakah yng berlaku kepada saya

    BalasPadam