Label

KITARAN DATANG BULAN PANJANG LEPAS KAHWIN (SAKIT PUAN)

Kitaran haid yang panjang kebiasaannya disebabkan oleh gangguan pembesaran folikel telur sama ada lambat atau tidak berjaya membesar (yang menyebabkan ketiadaan ovulasi)

SAYA wanita berumur 26 tahun, baru berkahwin selama lapan bulan dan belum hamil.

Bacaan BMI saya ialah 25.4. Masalah saya ialah kitaran haid yang panjang selepas tiga bulan berkahwin.

Sebelum berkahwin, kitaran haid saya normal iaitu sekitar 30 hingga 33 hari. Sejak kebelakangan ini, kitaran haid saya antara 58 hingga 61 hari. Aliran haid terbabit masih normal iaitu tujuh hari dan tiada senggugut.

Adakah keadaan ini masih dikatakan normal? Adakah kemungkinan saya mempunyai masalah lain?

Untuk pengetahuan doktor, suami saya berumur 26 tahun, mempunyai masalah ejakulasi pramatang. Namun dia masih mampu melepaskan air mani ke dalam faraj saya.

Pada pandangan doktor, apakah punca saya masih belum hamil?

Ad,
Selangor.

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

KITARAN HAID yang lazim adalah di antara 25 hingga 35 hari. Kitaran haid yang panjang kebiasaannya disebabkan oleh gangguan pembesaran folikel telur sama ada lambat atau tidak berjaya membesar (yang menyebabkan ketiadaan ovulasi). Ini adalah masalah kesuburan ovari.

Anda boleh memilih untuk menunggu sehingga cukup setahun berkahwin atau terus menjalani pemeriksaan doktor memandangkan anda menghadapi masalah kitaran haid.

Ejakulasi pramatang bukanlah punca masalah kesuburan asalkan ejakulasi dapat berlaku ke dalam faraj.

Namun secara amnya, adanya air mani tidak semestinya bermakna ada sperma di dalamnya. Suami anda juga boleh menjalani ujian analisa sperma awal tahun hadapan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan